Baru2 ni aku tertonton sebuah filem yg sudah boleh dikategorikan ‘outdated’, filem yg berjudul ‘Budak Kelantan’. Aku tak pasti berapa ramai antara korg yg pernah tgk crita ni. Aku brani bet tak lebih dari 10 org kot member2 aku yg dah tgk crita ni sebab tajuk dia. Well, bukanlah nk kata sebab aku orang Kelantan, crita ni best, bukan! Bagi diri aku sendiri pun crita ni takdelah cemerlang sgt dari segi plot dan storyline dier. Action pun xdelah boleh dibanggakan sgt selain aksi pukul2 org kat sbelah keta, pastu shot masa jatuh motor. Tu jer!

Tapi apa yg aku nk critakan kat sini ialah sesuatu tentang KEJUJURAN yg terdapat dalam crita ni. Bagi aku, movie budak Kelantan adalah sebuah filem yg ‘jujur’ dari segi watak dan karakternya. Dialog2 yg diucapkan dalam filem ini memang adalah dialog2 seharian yg dipertuturkan oleh orang2 Kelantan sperti aku. Walaupun perkataan2 yg diucapkan kedengaran kasar di halwa telinga orang lain, tp itulah dialog2 sehari-harian kami org Kelantan. Org Kelantan tak perlu berbahasa2 bila meluahkan rasa tak puas hati. Meraka tak pandai kutuk2 belakang dan Mereka tak reti prinsip cabut lari. Anak2 jantan Kelantan tak pandai berbahasa sopan2 utk berbohong menyedapkan hati. Mereka suka berterus terang kalau ada rasa tak puas hati yg terpendam. Biarlah apa org kata, orang Kelantan biadab atau tak tahu berbahasa, sebab terkadang mereka memang tak gunakan bahasa bila bertutur. Orang Kelantan lebih suka gunakan tangan dan kaki utk ‘bercakap’bila berdepan dgn manusia2 yang kurang ajar.

Namun bukan itu yg hendak aku garapkan di sini. Apa yg terniat di hati aku ialah menyentuh tentang keterbukaan sesebuah filem terutamanya di tanah tumpah darah kita. Saban tahun, industri perfileman kita memproduksikan berpuluh2 filem. Daripada crita seram, kelakar, romantik, serius, romantik komedi dan sbagainya, aku ingin bertanya, berapa keratkah filem kita yg benar2 ‘jujur’ di pawagam? Apa yg aku maksudkan dgn jujur ialah budaya yg ditunjukkan dalam filem kita, adakah itu sebenarnya yg berlaku dalam masyarakat kita? sebagai contoh dalam filem ‘Anak Halal’, kita dihidangkan dgn sebuah filem kononnya manusia2 yg terjerumus ke dlm lembah kejahatan ini sebenarnya tidak mempunyai pilihan. Keadaan diri mereka digambarkan tertekan dgn masalah keluarga, tertekan dgn masalah kewangan, lalu mereka memilih jalan sedemikian. Mereka terlibat dgn dadah, pergaduhan, hubungan sosial yg tidak berbatas dan mcm2 lagi. Tapi keadaan sebenar masyarakat kita adakah benar2 begitu? Sejak kecil, anak diwajibkan hadir ke sekolah. Di sekolah, memang byk tekanan sebagaimana tekanan akademik. Akan tetapi di sekolah juga kita diajar secara tidak langsung bahawasanya hidup ini memang sukar. Tiada apa yg senang dan percuma dalam dunia hari ini. Lalu apakah adil utk kita menyalahkan kehidupan setiap kali anak2 muda kita terjerumus ke dalam kancah yg hina dan jijik?

Aku ingin persoalkan pula filem2 arahan A. Razak Mohaideen. Filem2 arahan beliau sungguh byk yg berkisarkan masyarakat utara yg begelar mami yg sgt suka mengumpat hal peribadi serta rumah tangga orang lain. Kebanyakan filem2 beliau jika diteliti, hanya mendapat untung cukup2 makan utk beliau membikim filem2 bergenre sperti itu. Persoalannya, tidakkah kita merasa malu mempertontonkan filem2 sedemikian, seolah2 mempersenda gelongan mami ini? Setahu aku, sikap suka mengumpat ini ada pada semua orang, maka mengapa golongan mami menjadi mangsa dalam filem2 arahan beliau. Sebagai profesor, aku mengharapkan kejujuran dan wujudnya sifat intelektual dalam filem2 arahan beliau. Tetapi sehingga kini, tahap pemikiran beliau hanya berkisar tentang masalah dan penerokaan minda yg sama. Sehingga aku tertanya2, adakah ini sahaja tahap pemikiran seorg pengarah di Malaysia yg bergelar profesor? Sampai bila persoalan dan hal anak2 mami akan diungkit2 dan diketawakan oleh anak2 kecil? Apa orang utara tak rasa malukah bila filem2 sedemikian yg mempertontonkan ttg diri mereka digelakkan dan diketawakan oleh orang lain??

Maaf Datuk Yusof Haslam. Walaupun anda berpingat PJN, tetapi bagi aku, anda gagal sama sekali dalam mencorong minda penonton Malaysia ke arah yg lebih baik. Filem2 serta drama2 beliau hanya bertitik tolak dari filem Sembilu yg diolah2 ceritanya dan kadang2, aku terasa sperti dihina kerana filem2 arahan beliau masih bersoalkan cinta di alam persekolahan, cinta yg terhalang kerana keluarga dan storyline2 yg begitu stereotaip dan membosankan. Kenapa? Tak ada ke sinopsis dari2 novel yg pengarah2 ini yg mereka baca yg boleh mereka olah dan jadikannya sebuah filem yg benar2 bermutu? Ataupun mungkin mereka memang tak membaca? Bila tak membaca, kuranglah penelitian terhadap isu2 semasa dan yg jauh lebih penting dari kisah cinta budak2 sekolah wahai saudara Yusof Haslam. Apa yg lebih menyedihkan, kesilapan yg beliau lakukan, secara sedikit demi sedikit diperturunkan kepada anaknya. Walaupun filem Evolusi KL Drift arahan Syansul boleh dianggap berjaya dgn kutipan tiket, tapi persoalannya apa kepentingan filem2 sedemikian pada pemikiran anak2 muda? Berapa kerat rakyat Malaysia yg benar2 menyukai sukan drift?? Jawapannya, nak cari 10 orang pun susah kerana sukan tersebut adalah mahal, membazir dan hanya golongan2 sperti mereka sahaja yg mampu bermain sukan tersebut. Maka tak hairan, filem itu pun ditonton hanya oleh golongan2 sebegitu. Akhirnya, apa yg penonton dapat dari filem sebegitu? Membazir duit sajalah! Filem tersebut bagi aku, langsung tiada ‘isi’ atau sesuatu yg boleh kita pelajari dan teladani dalam hidup seharian kita.

Aku tidak mengecam semua pengarah Malaysia adalah begitu kerana filem2 arahan sutradara2 sperti Afdlin Shauki, Adlin Aman Ramli, Bade, Rashid Sibir dan beberapa nama lagi, jauh lebih mantap, jujur dan mempunyai tarikan serta mencabar minda penonton. Sebagai contoh, filem Buli dan Buli Balik, 2 filem tersebut bagi aku cukup terkesan dalam minda pembuli2 dan manusia2 yg dibuli. Kerana apa? Kerana filem tersebut menunjukkan sikap membuli tidak akan membawa kita ke mana2. Keseronokan membuli dan penghormatan yg didapati dari perbuatan membuli langsung bukan sesuatu yg boleh dibanggakan. Bagi aku, filem ini cukup simple saja jalan ceritanya, tetapi ia mempunyai mesej yg mendalam terhadap isu2 yg sedang melanda masyarakat Malaysia pada waktu itu.. Ia seolah2 mengajak manusia supaya berfikir, bahawa pembuli tidak selamanya akan selamat. Pemikiran2 sperti inilah yg harus dipertontonkan pada penonton kita kerana ianya mempunyai kaitan dgn kehidupan seharian mereka. Lebih2 lagi, filem tersebut diolah jalan critanya dengan dialog2 yg kelakar, sinis dan mendalam pada hati penonton. Ini menjadikan filem ini ‘dekat’ pada penonton yg berbilang bangsa dan agama.

Drama2 arahan Rashid Sibir juga bagi aku begitu menarik utk diteliti. Sebagai contoh, drama ‘Sekeras Kerikil’ yg menceritakan ttg kesabaran seorg anak dalam melayani telatah org tuanya. Drama2 sebeginilah yg harus ditekankan utk tontonan umum kerana ia mengajar manusia sesuatu yang mereka takkan dapat kalau mereka sendiri tak menempuhinya. Ketabahan, kesabaran dan kekuatan dalam hidup perlu dicari, bukan dinanti. Drama tersebut bagi aku, mengajak penontonya agar berani dan jangan mudah mengalah dalam hidup. Tidakkah itu memberi sesuatu yg berguna pada penonton?

Sebenarnya byk lagi filem2 dan drama2 yg bagus utk kita tenungi, tapi bagi aku, RTM sama sekali gagal dalam mengetengahkan filem2 dan drama2 sebegini. Mereka lebih suka menyiarkan propaganda-propaganda parti, berita2 yg tiada kepentingan serta banyak pula iklan2 yg melampau, sehinggakan kadang2 filem yg ditonton hanyalah sejam dari durasi 2 jam yg diperuntukkan. Bukanlah aku ni jenis minat sgt nk tonton drama2 melayu, tapi bila aku menonton, aku ada hak untuk menonton dan memilih filem yang bagus dan dapat menjana fikiran aku. Dan aku pasti ramai rakyat Malaysia yg berpelajaran pun berpendapat sedemikian. Baiklah, secara jujur aku nk tny korg, dari byk2 siaran RTM, yg mana korg rasa betul2 memberi faedah pada korg? Aku jamin, habis2 pun korg boleh menamakan 2 atau 3 siaran je. Yang lain? Semuanya dokumentari2 yg entah apa2. Kanak2 pun tahu boring dan bosan bila menonton siaran RTM. Tapi cuba tgk discovery channel, walaupun ia berbahasa inggeris, tapi kanak2 gemar menonton tayangan mereka kerana sinematografi yg cantik, penceritaan yg jelas serta grafik2 yg menarik. Yg lebih penting, ia memberi pendedahan pada kanak ttg sains, haiwan, tumbuh-tunbuhan dan sebagainya. kenapalah RTM tidak mampu mendokumentarikan siri2 sperti ini utk tontonan rakyat Malaysia?? Sedangkan siaran nasional kita, RTM, tak ubah seperti siaran sekadar melepas batuk di tangga. Keadaan yg sama turut melanda siaran swasta spt TV3 yg semakin byk mempertontonkan byk drama2 bodoh spt Pepaya, Puaka Niyang Rapik dan entah apa2 lagi. Boleh ke drama2 sebegini disiarkan pada prime time utk tontonan umum? Berjayakah drama2 sebegini membentuk pemikiran rakyat Malaysia agar lebih kreatif, meneliti kehidupan dgn cara yg lebih baik dan paling penting, apa yg penonton dapat dari tayangan2 sedemikian??

Kalau setakat utk mendapat rating yg tggi, lebih baik siarkan siaran hiburan 24 jam! Tapi apa faedahnya pada penonton?? Kita bercakap ttg wawasan 2020, bercakap ttg minda rakyat kelas pertama, tapi media elektronik kita gagal dgn teruknya dalam mendokong cita2 dan wawasan tersebut. Kemana hala tuju pemikiran generasi yg akan dtg kalau syarikat2 televisyen gagal dalam membentuk minda penonton mereka sedangkan aku brani kata, setiap rumah di Malaysia, sekurang2 nya mesti mempunyai 1 televisyen paling minimum. Bagi aku, rakyat Malaysia sudah lama matang dan kita pun sudah bosan menonton drama2 dan filem2 bodoh. Janganlah insult pemikiran kami. Pengarah2 Malaysia ramai yg berbakat, maka garaplah drama2 serta filem2 yg memerlukan kami berfikir, menarik dan challenging, sudah pasti rating anda akan naik dgn sendirinya. Dan utk membikin filem sebegini, anda tak perlukan pelakon2 yg perasan diri mereka hebat, sebaliknya jalan crita dan plot filem serta drama itu sendiri yg harus mantap dan diolah dgn sempurna, serta sinematografinya yg digarap dgn jelas dan berkesan. Filem2 Hollywood sendiri pun bukan semuanya bagus. Bukan nk membanding, tapi lihatlah filem2 sperti The Italian Job, Gladiator dan Ip Man, filem2 ini tak ada byk letupan, tak ada byk dialog2 yg meleret2. Tetapi apa yg menjadi kekuatan filem2 ini adalah jalan critanya yg mencabar minda penonton! Sehinggakan pada satu tahap, penonton mula berempati seolah2 mereka sendiri berada dalam filem2 tersebut. Come on lah pengarah2 baru, cetuskan idea2 yg lebih gempak, lebih ummphh! Kami dah bosan dgn idea2 sampah Yusof Haslam, Yusof Kelana, Razak Mohaideen, Zila Jalil, dan mereka2 yg sewaktu dengannya. Utk Afdlin Shauki, Hans Isacc, Adlin, Farid Kamil, Bade, Rashid Salleh dan ramai lagi yg masih baru dalam dunia pengarahan filem, kami tau anda semua ada byk idea2 yg segar utk pemikiran rakyat Malaysia. So stop worrying about your ratings, as we, Malaysian movie-goers will always support you! May Malaysian Film Industry be blessed… Chiow~

0 ulat gigit daun hijau:

daun hijau

daun hijau

ilustrasi pensil & cinta

Projek ini sudah lama aku rancang, tapi hingga saat ini baru diberikan sedikit kekuatan, ruang dan masa untuk benar-benar merealisasikannya.

Baru saja bermula, InsyaAllah sedikit demi sedikit projek ini akan aku usahakan dan sampai waktunya nanti, akan aku dedahkan secara umum matlamat dan hasil sebenar projek ini pada sahabat, kawan dan rakan-rakan bloggers.

Ianya projek yang ringkas, tapi amat sangat bermakna untuk kersani. Harap kalian sabar menunggu.

kira ulat

kroni ulat hijau

ulat hijau

tiga

tiga

rendam

rendam

sembang ulat


ShoutMix chat widget

pustaka ulat

FEEDJIT Live Traffic Feed