Satu artikel pada helaian surat khabar bertarikh 4 Mac lepas mengingatkan aku pada satu peristiwa perang yg cukup menarik utk dibangkitkan di sini. Ianya telah berlangsung selama beratus-ratus tahun duhulu di Sepanyol di mana pada waktu itu satu puak peribumi Sepanyol sedang dalam era perang dgn pemberontak. Kumpulan peribumi ini terdiri dari orang-orang kampung, petani2 dan pekerja2 buruh yg rendah taraf hidupnya. Mereka bukanlah golongan2 yg biasa dgn perang dan antara mereka juga tidak rami yg tahu menggunakan senjata. Namun, perjuangan mereka adalah bertunjangkan semangat yg membara kerana hak mereka sebagai manusia telah dicabul dgn kejam sekali oleh pemberontak yg menunjukkan kekejaman dgn merampas tanah mereka, serta mengambil hasil perladangan mereka tanpa belas kasihan.

Suatu hari, di bawah pohon yg besar dan rendang, yg kalau tak salah aku, Pokok Basque namanya, petani2, peladang2 dan pekerja2 buruh ini berkumpul utk membincangkan ancaman yg dihadapi mereka setiap hari. Kumpulan ini bersidang dgn amat teratur di mana ‘mesyuarat’ tidak formal ini diketuai oleh seorg wakil yg amat dihormati mereka. Perbincangan ini sebenarnya diketahui oleh golongan pemberontak di situ tetapi mereka tidak mengendahkannya atau bertindak utk menyekat perhimpunan itu kerana pada akal mereka, orang2 kampung ini hanyalah sekadar bercakap dan tiada apa2 hasil yg akan didapati dr perbincangan kosong itu.

Namun tidak bg penduduk2 kampung tersebut yg di dalam hati mereka tersemat naluri utk bersatu yg amat kuat. Kerana mereka tahu, dgn mereka bersatu barulah mereka mempunyai peluang utk menghalang kekejaman yg terus berleluasa yg dilakukan oleh golongan pemberontak. Selepas beberapa kali ‘bersidang’ di bawah Pokok Basque tersebut, dan sudah byk idea2 bernas yg lahir dari kerjasama dan buah fikiran mereka, akhirnya mereka telah mendapat 3 keputusan muktamad.

Pertama: Mereka akan mengutus wakil sulit kepada raja Sepanyol utk menceritakan tentang keadaan hidup mereka yg terancam dan meminta bantuan baginda utk mengalahkan tentera pemberontak. Mereka berjanji utk bersetia pada baginda sekiranya bantuan diberiakn.

Kedua: Mereka tidak akan berdiam diri lagi jika diserang atau hasil tanaman mereka dimusnakan dan dirampas. Mereka akan berperang dgn segala kekuatan yg ada sekalipun peluang mereka utk menang amatlah tipis. Mereka berpadu dan bersumpah setia utk perpegang teguh pada janji itu dan akan saling melindungi antara satu sama lain.

Ketiga: Kaum wanita dan anak2 kecil akan dipindahkan sementara ke kawasan yg lebih selamat agar mereka tidak terlibat dgn perang yg mungkin tercetus bila2 masa.

Dan beberapa minggu selepas itu, golongan pemberontak tersebut dtg ke perkampungan mereka bersama2 senjata dan berbagai kelengkapan pertempuran yg menakutkan. Tiba sahaja di kampung tersebut, mereka hairan kerana orang2 kampung tersebut tidak kelihatan di ladang2 dan kawasan tanaman seperti kebiasaanya. Mereka berpecah kepada kumpulan2 kecil utk memburu petani2 dan peladang2 tersebut. Tidak sama sekali mereka menyedari ini adalah taktik yg digunakan oleh petani2 itu utk menumpaskan tentera pemberontak itu dgn cara yg paling pantas.

Apabila kumpulan kecil itu diserbu oleh golongan petani yg lebih besar, mereka menjadi takut kerana salama ini mereka hanya bertempur dlm puak yg besar. Dalam keadaan takut dan lemah, kumpulan2 kecil ini berjaya ditumpaskan oleh golongan petani tersebut satu demi satu hinggalah dari beribu2 tentera tersebut, hanya puluhan yg tinggal. Pertempuran terus berlaku melarat hingga ke malam hari, dan akhirnya orang2 kampung tersebut dapat menguasai medan perang. Seorg demi seorg golongan pemberontak tumpas di tangan ‘tentera’ petani yg berjumlah tidak lebih 300 orang. Dan pagi esoknya, mereka menikmati pagi yg paling indah dalam hidup mereka setelah beemandi darah berjuang melawan tentera pemberontak.

Golongan petani yg tercedera dirawat dan kaum wanita serta anak2 kecil dibawa pulang. Sebuah kubur besar digali utk mengebumikan tentera pemberontak yg terkorban. Manakala, penduduk kampung yg terkorban disemadikan khas di bawah Pokok Basque yg menjadi lambang dan simbol perjuangan mereka. Pokok itu hanylah pokok biasa sebelum itu, namun selepas perang tersebut, penduduk di situ menganggap pokok tersebut adalah simbolik kekuatan yg diberikan dari Tuhan mereka dalam mempertahankan tanah air mereka. Dan anak2 kecil serta generasi2 yg lahir di kampung itu selepas perang tersebut, mereka terus diingatkan dgn kenangan yg tertinggal pada Pokok Basque itu. Pokok yg besar dan tegap itu telah mengalir dalam setiap urat darah anak2 lelaki perkampungan tersebut dlm melindungi tanah air mereka.

Bagaimana? Tidakkah kamu merasa perhimpunan sidang parlimen Perak yg dianggotai Pakatan Rakyat yg belangsung di bawah Pokok Angsana juga begitu? Sidang itu mungkin kecil atau kelihatan hina, tetapi tidakkah dapat kita faham betapa utuh dan ampuhnya hati mereka yg berani bersidang di situ? Sedangkan pasukan polis menghalang kemasukan mereka ke Bangunan Sekretariat Negeri. Sekatlah bangunan! Sekatlah jalan raya! Mereka tak perlukan bangunan yg selesa umpama apartment, mereka tak perlukan air-condition yg menyejukkan utk berjuang, tapi mereka punyai kecekalan dan keazaman hati yg tinggi utk menegakkan keadilan. Kekejaman ‘pihak pemeberontak’ FRU harus disekat, hatta bersidang di bawah pokok sekalipun.

Mungkinkah Pokok Angsana akan menjadi seperti Pokok Basque?? Mungkinkah ‘tentera pemberontak’ pada masa kini akan tumpas pada ‘petani2 kecil’ yg berjuang dgn semangat dan azam yg kukuh? Aku tidak tahu. Tapi kita akan lihat. Kita akan terus melihat. Hanya Tuhan yg tahu pihak mana yg benar2 ikhlas hati mereka, dan hanya Tuhan yg tahu pihak mana yg berjuang dgn politik kotor, mendera rakyat dan meninggalkan keadilan di belakang mereka semata2 kerana inginkan wang, kuasa dan pangkat. 3 pilihanraya kecil yg akan berlangsung tidak lama nti mungkin memberi kita sedikit gambaran, kemana hala tuju pengundi Malaysia. Mendayung perahu biru yg sama yg sudah bocor, atau berkibar di bawah gabungan cahaya bulan, bulan sabit dan roket? Aku akan menantikan…

~dan jangan terkejut andai dalam buku teks anak2 kita nti, Pokok Angsana itu akan tercatat dalam buku sejarah Malaysia, sebagai persidangan parlimen pertama di luar dewan, yg berjaya membentuk Kerajaan di dunia. Kerajan Pokok Angsana…


0 ulat gigit daun hijau:

daun hijau

daun hijau

ilustrasi pensil & cinta

Projek ini sudah lama aku rancang, tapi hingga saat ini baru diberikan sedikit kekuatan, ruang dan masa untuk benar-benar merealisasikannya.

Baru saja bermula, InsyaAllah sedikit demi sedikit projek ini akan aku usahakan dan sampai waktunya nanti, akan aku dedahkan secara umum matlamat dan hasil sebenar projek ini pada sahabat, kawan dan rakan-rakan bloggers.

Ianya projek yang ringkas, tapi amat sangat bermakna untuk kersani. Harap kalian sabar menunggu.

kira ulat

kroni ulat hijau

ulat hijau

tiga

tiga

rendam

rendam

sembang ulat


ShoutMix chat widget

pustaka ulat

FEEDJIT Live Traffic Feed