Benda yang aku nak cakap kali ni sebenarnya aku sendiri pun dah lama tak rasa. Dah 4 tahun beb, korg bayangkan sendiri la kan? Benda apa? Benda yg dinamakan cemburu atau dalam bahases omputehnyes ialas jeolous! Yerp, cemburu. Jealousy.

Sebab apa cemburu? Sebab cemburu ni perasaan yg dialami oleh sesiapun pun kecuali 2 manusia. Gua bukan budak masjid. so klau korg nk tau sapa 2 org yg tak cemburu tu, korg tny sendiri budak2 masjid, pasti diorg tau.

Tapi cemburu yg nk aku ceritkan kat sini ialah cemburu antara mat2 couple dgn awek2 couple. Apasal aku nk cakap pasal nih? Woih, suka hati akulah! Takdela, apa yg aku tulis ni adalah apa yg aku rasa lebih 4 tahun dulu. tapi tak tahulah klau cemburu ni ada version 1.5 ke, 3.0 ke macam Mozila tu kan?

So, kenapa lelaki cemburu?

Aku bagi 3 reasons.

Pertama, lelaki itu bersifat penyayang dan protektif. Ini cemburu yg aku kategorikan sbg positif. Sebab mana2 lelaki yg mempunyai perasaan sayang pada wanita, Tuhan akan bagi satu pakej dgn perasaan ingin melindungi wanita yg disayangi itu. Sebagai contoh, seorang husband atau fiancee (bunyi omputeh sket ye tak??). seorg suami memang secara akar umbi azalinya akan sayang dan cemburu pada isterinya. Toksah nak kelentong! Hatta suami yg ‘mati ehem ehem’ pun akan cemburu bila melihat isterinya bercakap dgn lelaki lain. Apatah lagi yg ‘segar bugar’.

Tapi mcmana dgn couple? Adakah perasaan cemburu itu normal? Sebab aku rasa klau buat kajian, purata penyebab pada clash, break off mainly adalah kerana cemburu. Bila sang awek bercakap dgn kawan lelaki yg sedikit lebih hensem dari awek beliau, akan ada ‘satelit measat’ yg dgn pantasnya akan mereport pada si balak. Dari benda perbualan biasa, crita yg smp ke telinga sang balak maybe dah jadi version mcm ni…

“Eh, tadi aku nampak awek lu tgh sembang dgn si A. Manja beb! Siap cubit2 pipi woo! Aku yg tgk ni pun geram. Kau tak nak buat pape ke? Sanggup ke brader? Kang menangis sensorg!”

Lebih kuranglah sebab aku tak pandai nak imitate 100%. Maklumlah dah lama single. Tapi akibatnya? Korang faham2 sendiri kan? Atau maybe jugak korg pernah rasa. Sebab aku akui, lelaki pun memang cemburu, bukan hanya wanita. Dan secara lahiriahnya ia memang hadir disebabkan perasaan sayang pada kaum yg satu lagi.


Kedua, lelaki cemburu kerana “security” atau “level” yg berbeza.
Tak faham? Fahami situasi berikut.

Ali : Bro, aku tau awek ko si Ayu tu baik. Takde perangai pelik2. Tapi bro, ko kena tengok kawan2 dia bro.
Leman : Kenapa dengan kawan2 dia?
Ali : Kau tengok la. Kawan2 dia semua loaded beb. Ayu sendiri pun kau kenal b’ground dia mcmana. Dia datang dari keluarga senang. Aku bukan nak kata apa, tapi kadang2 sebelum nak pandang langit, kita kena tengok dulu kita berpijak kat mana.
Leman : Sekarang ni aku masih mampu tanggung dia.
Ali : Betul. Itu betul. Gua tau. Tapi lu baru kenal dia setahun. Dia dah bertahun2 hidup macam tu. Bukan nak salahkan dia, tapi dah memang keluarga dia macam tu. Skrg ni maybe lu boleh sebab lu tak tanggung semua. Kalau dah serius, family dia punya request macamana? Diorg punya expectation lu tak pikir?
Leman : Aku couple dgn dia, bukan dgn family dia?
Ali : Lu ingat lu boleh kapel sampai bila2? Kawen lu tak mau? Lepas kawen, lagi banyak crita beb. Bukanlah gua nak melaga2 atau jadi firestone, tapi sebagai member, gua nak lu pikir benda ni betul2 klau lu nak serius dgn dia. Kita lelaki beb, sentiasa kena pikir 4 5 langkah ke depan. Kalau tak, sakit beb!

Dan dengan dialog terakhir tu, Leman akan balik berjalan kaki ke rumah hampir2 pasti terlanggar tiang letrik sebab cuba mengjustify apa yg dikatakan Ali. Patut ke? Patut ke aku? Memang confirmed malam tu antara malam Leman paling tak tidur nyenyak! Dan dari situ, Leman akan start cemburu bila Ayu kuar dgn member2 dia. Sebab apa? Sebab Leman merasakan dia dah hilang ‘security’ terhadap Ayu atau dia bukan lagi ‘satu level’ dgn Ayu. Kompleks nak paham, tapi itulah hakikatnya yg dilalui lelaki esp yg mula utk serius dan jujur dlm relationship diorg. Dan biasanya perasaan ni akan ends up dgn rasa rendah diri atau ketaq lutut, lemah semangat lah tu!


Ketiga, lelaki akan cemburu bila tak diberi perhatian.
This is a fact! Tak caya? Korg boleh try eksperimen ni. Ajak member2 baik korg, tak kisah lelaki ke pompuan pegi hang out kat mana2. Bila dah sampai tempat tu, korg buat2 tak layan apa yg Bf korg cakap. Kalau dia cakap pape, angguk sikit2 je lepas tu lebihkan perhatian korg pada member2 korg. Lagi bagus utk buktikan hipotesis ini dgn lebih cepat, ajak kawan2 BF korg yg jambu2, pastu layan diorg ni lebih2 skit dari BF korg. Amacam? Ada bran?

Confirm tak sampai stengah jam, korg boleh tgk BF korg mendengus2 memendam nafsu amarah diorg. Antara simptom2 yg korg boleh perhatikan pada beliau ialah mengenggam jari2 sambil melepaskan nafas sedalam-dalamnya umpama protes duit scholar masuk lambat!

Kedua, korg boleh prasan dialog2 negatif yg akan terkeluar dari mulut beliau. Sekadar contoh bila korg dan BFF korg tgh sembang pasal nak shopping ke…

“Ala, shopping je pun! Korang ni tak bosan ke? Takde benda lain ke nak fikir? Asal ada sale, startlah agenda. Bosan syial!” sambil memandang tempat lain menunjukkan tahap kegeraman yg maksima yg tak terbendung lagi!

Atau maybe korg tgh bercerita pasal hero2 movie Korea yg tgh meletop…

“Hek eleh. Korg dok sembang2 pasal dia ni, dia kenal korg ke? Wey, sedar2 la diri sikit.”
Sambil membuat muka kelat bila korg pandang dia balik!

See? Banyak lagi contoh2 lain tapi cukuplah dua ye? Maknanya kaum lelaki ni sukakan perhatian. Tapi takdelah lebih2. kalau lebih perhatian sgt, dia akan jadi RIMAS. Bila rimas, dia jadi meNYAMPAH! So, pandai2 la budget okeyh? Contoh perhatian yg best utk kaum lelaki?

Hmm, klau dah habes main futsal, GF boleh tolong hulur tuala dgn air pun dah kira nice.Ye tak? :P

Picit2? Lebih2 la tuh!


Tapi bila tgk member2 gua yg couple, gua rasa skrg ni definisi cemburu dah tak termampu dah nak ditafsir secara ortodoks. Meluas sgt applikasinya. Sebab skrg ni macam bentuk hubungan ada. Ada yg BF tak kisah lgsg awek dia buat apa, tapi tetap jugak awek tu awek dia. Ad a gak GF yg memang ramai BF, so dia boleh pilih2 nak BF tu time bila2. Dah macam main game la pulak. Lelaki pun sama.

Tapi apa2 hal pun, percayalah dan apply 3 benda ni bila couple. Maybe, maybe je ye, hubungan korg kekal dan takde lah nk gaduh2 pasal benda2 remeh.

Kepercayaan…
Kejujuran…
Hormat…

Bila ada kepercayaan, kujujuran akan datang. Dan bila kejujuran itu wujud, rasa hormat akan timbul dgn sendirinya~

….
……
……..

Ceh! Sumpah post ni membuat gua kelihatan macam mat bunga!

Chiow~ ^_^



4 ulat gigit daun hijau:

hahaha..nice post!its true~!=p

Tepat2. Bravo!

Slalunyer cemburu no2 tu yg bwk ke clash~

hahahaa. reli love ur post! mmg btol!

n ade gak ckit2 unsur sindiran. haha.

yurp..laki mmg cemburu. ape ntah lg gurls...

tp 4 me...laki lg ssh..xpandai majuk...tibe2 meletop je..

rupenyer...die lg perlu dimanja n dilayan...tp xreti cmne nak mintak.

kes aku la tuh.hahaha

so..berilah perhatian yg sewajarnya. bkn berlebihan dan bkn sgt minima.

:)

3eapple - :D nothing but the truth...

alealabasta - yerp! somehow, kena cari jalan utk tingkatkan self esteem bila berhadapan dgn wanita.. hee! :P

orkid - harap2 lelaki yg baca komen ko dpt 'something'. :D sindiran? eh, xdelah. btul.

daun hijau

daun hijau

ilustrasi pensil & cinta

Projek ini sudah lama aku rancang, tapi hingga saat ini baru diberikan sedikit kekuatan, ruang dan masa untuk benar-benar merealisasikannya.

Baru saja bermula, InsyaAllah sedikit demi sedikit projek ini akan aku usahakan dan sampai waktunya nanti, akan aku dedahkan secara umum matlamat dan hasil sebenar projek ini pada sahabat, kawan dan rakan-rakan bloggers.

Ianya projek yang ringkas, tapi amat sangat bermakna untuk kersani. Harap kalian sabar menunggu.

kira ulat

kroni ulat hijau

ulat hijau

tiga

tiga

rendam

rendam

sembang ulat


ShoutMix chat widget

pustaka ulat

FEEDJIT Live Traffic Feed