Salam Ramadhan.


Baik, aku tak pegi terawih tadi. Yelah yelah. Apalah aku kan? Tak ada penjelasan, aku tidur pukul 6 lebih, sampai 9 malam. Maghrib pun terlepas.


Bangun hati dah kencang2 sebab solat wajib pertama di bulan puasa aku kena qadha. Apa nak jadi nih??? Nak jadi setan??


4 5 hari, barulah blog ni ter'touched up' sikit. Tak ada cerita baru, selain kekalutan menyudahkan prelim report, membuat lawak2 bodoh mengatakan skoler PET dah masuk dan permainan2 poker yg menghiasi malam2 yg bosan.


Aneh! Semasa intern, aku ada byk cerita. Sungguh banyak. Tak tipu! Tapi di Tronoh, hidup macam kamus tak ada glosari. Aku bukak blog, member2 aku ada macam2 update. Menarik tak menarik cerita mereka, itu isu lain. Aku tak ada hak utk jadi judgementalist! Tapi mereka ada cerita. AKU dengki!!


Tapi aku sangatlah perlahan dalam mencari idea2 utk dimuatkan di sini. Otak selembap tahap wireless juga. Perlahan. Terbantut. Kosong. Bengap. Buang masa utk difikir lebih2!


Hidup aku segan tanpa gambar2 baru. Sekadar gambar2 bosan sewaktu di lecture2. Naseb baiklah Final Year Project(FYP) aku, aku lakukan sesuatu yg aku suka. Projek apa? Lain kali aku bukak cerita. Tapi ia pasal kereta, pasal teknologi utk kereta, kalau korg mau tau jugak.


Malam pertama Ramadhan budak2 rumah V5C 5-1-2 dibuka dengan pembelian Poker Set yg ada cip2 macam kat Vegas tu, serta 2 dek lengkap daun terup. Heck! Aku tertanya2, orang2 kat Las Vegas bukak puasa kat casino kah? Kami memang Amerika! Hehehe...


Tak adalah, sekadar suka2. Kami main poker utk suka2 saja. Habes2 bet pun, sekadar orang yg kalah kena pass awek kat orang yg menang. Tapi aku rasa main cip takdelah kejam sgt kan? Awek? Pass awek normal je. Member2, kenapa nak berkira?


Cukuplah dulu. Nanti esok aku puasa dengan kamu semua. Viknesh dan Wei Xuan (2 2 member baik) dah siap suruh kejut sahur, nak puasa jugak katanya. Tak apa, diorg buat sebab suka2, aku pun suka kalau diorg puasa. Tak payahlah aku terliur lagi kalau tiba2 diorg buat2 lupa nak pergi lunch ke kan?


Aku semayang terawih sendiri sudahlah.


Nak pegi smayang sat.


(gambar poker set, dgn 3 jari setan yg terlepas... hehehe!)

chiow~


(ada sedikit rasa nk buka puasa di melaka, insyaAllah... :D)


2 ulat gigit daun hijau:

huh..
biadap main poker d;blan pose,

tp menarik main bet awek,
bleh join????
huhuhu...

hahaha!

boleh2.

apasal biadab? maen suka2 jelah bai. hehe!

masalahnya, ko nak bet apa? hehehe! :P

daun hijau

daun hijau

ilustrasi pensil & cinta

Projek ini sudah lama aku rancang, tapi hingga saat ini baru diberikan sedikit kekuatan, ruang dan masa untuk benar-benar merealisasikannya.

Baru saja bermula, InsyaAllah sedikit demi sedikit projek ini akan aku usahakan dan sampai waktunya nanti, akan aku dedahkan secara umum matlamat dan hasil sebenar projek ini pada sahabat, kawan dan rakan-rakan bloggers.

Ianya projek yang ringkas, tapi amat sangat bermakna untuk kersani. Harap kalian sabar menunggu.

kira ulat

kroni ulat hijau

ulat hijau

tiga

tiga

rendam

rendam

sembang ulat


ShoutMix chat widget

pustaka ulat

FEEDJIT Live Traffic Feed