(Aku Sayang Tanah Airku...)

Dulu:


Rakyat Persekutuan Tanah Melayu tak sambut kemerdekaan dengan bunga api. Mereka tak sambut dengan konsert-konsert dan lagu-lagu serta perempuan-perempuan yang menarik nafas tinggi2 semata-mata nak menunjukkan patriotik. Wang tak dibazirkan berpuluh-puluh ribu untuk menggantung bendera di tiang-tiang di tepi2 jalan atau untuk banner2 yg bergantungan. Bendera Malaysia pun tak banyak macam sekarang sampai dekat reban ayam pun orang gantung bendera. Patriokan kan, biasalah.


Kenapa begitu? Sebab orang2 dulu sambut merdeka dengan mengingati atuk, ayah, sahabat dan rakan2 yg pernah berjuang menentang Jepun dan British. Mereka sudah pergi sebagai bunga bangsa. Dan nama mereka walau tak tersemat di batu nisan, tapi tetap utuh dalam hati anak-anak cucu. Ada di antara mereka yang terkorban dalam berjuang a.ka Killed In Action dan langsung tak diketahui di mana cebisan daging mereka akibat periuk api Bintang Tiga. Tapi anak cucu mereka mampu mengimamkan solat jenazah utk golongan syahid ini. Allahuakabar! Anak-anak cucu khatam al-Quran dan belajar pandai2, kerana pesan 'orang2 yang telah pergi'...


Tun Abdul Razak dulu naik basikal pergi ke kampung2 semata2 nak tengok kehidupan rakyat. Siap punggah baja bersama rakyat sebab nk galakkan rakyat tanam padi. Rakyat Kelantan ingat semua tu...


Sekarang:


Sepanjang bulan Ogos, bendera Malaysia boleh dijumpai di mana2. Di kereta2, di tiang2 letrik, di anjung rumah, di dewan2 serbaguna, di tandas2, di motor2 mat rempit, kadang2 mat pit pun sambut merdeka dengan beli bendera harga RM1.20 sebab nak beli 'stok' dengan pusher pun tak lepas. Bendera yg ada gula2 bulat bergentel pastu bermacam2 warna kat dalam plastik tu. Sebab apa? Sebab pengertian merdeka adalah bendera. Simple! Macam perjuangan orang2 lama sudah tak relevan lagi dengan zaman moden hari ini. Dan aku sedikit sedih tentang ini.


Aku tak kisah kalau nak buat konsert merdeka sekalipun. Nak buat besar dan meriah macam mana pun, buatlah. Tapi seimbangkan dengan sejarah2 Tunku Abdul Rahman, Tun Sambanthan, Ahmad Boestamam, Datuk Onn Jaafar, Hamka, Ibrahim Haji Yaacob, Dr. Burhanuddin Al-Helmy, Tun Tan Cheng Lock, Tun Abdul Razak, Tun Hussein Onn dan ramai lagi agar anak cucu kita tidak hanya kenal Mawi, Faizal Tahir, Siti Nurhaliza, Suki dan bersepah2 lagi.


Maaf cakap, kalau tanya Mawi siapa yg mengasaskan Kesatuan Melayu Muda (KMM), korang rasa apa jawapan dia?


"Err, err... Datuk Jaafar Onn! Yea, saya pasti! Err... kot."


Bukanlah aku nak menghina sesiapa, tapi teladanilah manusia-manusia yg patut diteladani. Cerita-cerita seniman agung P.Ramlee seperti Bukit Kepong dan Sarjan Hassan yg kerapkali ditayangkan jangan dihentikan. Cerita2 moden seperti Leftenan Adnan pun patut diperbanyakkan. Ini aku geram dan dendam dengan pengarah filem melayu, makin banyak buat cerita hantu dan langsuir dan pontianak! Kenapalah dok sibuk nak kacau dunia diorg. Biaq pi la depa!


Cerita2 sejarah Malaysia tak nak pulak buat. Biarlah anak2 kecil bosan sekalipun menonton cerita2 seperti ini, tapi sekurang2 nya timbul curiosity dalam hati kecil mereka utk bertanya...


"Mama, siapa Sarjan Hassan ni?"


"Papa, Leftenan Adnan tu pejuang kemerdekaan kita ya?"


Dan kita nanti kalau dah jadi bapak atau mak budak2 tu, rasa2 nya kita nak jawab apa dekat anak2 kita???


Sendiri fikir lah kawan!


:D


Chiow~


p/s: bunga bangsa tidak mati. mereka hidup, tapi memandang dari jauh...


9 ulat gigit daun hijau:

Nice one.

It's true we've forgotten what Merdeka really means. Then again, who is to blame for the way things are going in this country now?

Seeing how things are going, no wonder then that people would rather just 'raise the flag' than do anything about them.

ko suke tulis panjang2...huhhukk~.tpi bagus la kot..hahah!

selamat menyambut ari merdeka ;)

good job,mate! :)
tapi aku masih belum merdeka.
selagi bergelar student,selagi tu lah belum bebas dari assignments dan yang seumpama dengan nya.heh

hanseong - sadly to say, yeah. lots of things have changed. And i'm hoping that somehow our generation will keep on holding the history, appreciating it they way it should be. Even just a little of them...

This comment has been removed by the author.

Farhah - Maaf. Post yg sedikit emotional. Aku tak tau macam mana nk simplify the words.

chipsmore - selamat hari merdeka ke 52. moga kita masih ingat sejarah kita... :D

khadijah - thanks, girl! Haha, pengertian merdeka tu berbeza utk setiap orang. Anyway, assignments tu ada submission dates juga kan? :D

daun hijau

daun hijau

ilustrasi pensil & cinta

Projek ini sudah lama aku rancang, tapi hingga saat ini baru diberikan sedikit kekuatan, ruang dan masa untuk benar-benar merealisasikannya.

Baru saja bermula, InsyaAllah sedikit demi sedikit projek ini akan aku usahakan dan sampai waktunya nanti, akan aku dedahkan secara umum matlamat dan hasil sebenar projek ini pada sahabat, kawan dan rakan-rakan bloggers.

Ianya projek yang ringkas, tapi amat sangat bermakna untuk kersani. Harap kalian sabar menunggu.

kira ulat

kroni ulat hijau

ulat hijau

tiga

tiga

rendam

rendam

sembang ulat


ShoutMix chat widget

pustaka ulat

FEEDJIT Live Traffic Feed