Pommm! Kapowww!! Penggg!! Kabooommm!!!


Aku pasti ramai di kalangan bloggers yg sememangnya menantikan bunyi bunyian ini menjenguk dingin pagi 1 syawal nanti. Sebab bunyi2 tersebut datangnya dari kanak kanak bermain mercun dan mercun tandanya itu hari raya! Siapa yg tak suka berhari raya? Yang tak puasa cukup 30 hari di bulan puasa pun semangat mengalahkan penyimpan mohor besar raja2. Apatah lagi yg sudah prepare 4 5 pasang baju melayu atau yg sudah siap dengan baju kurung pahang, baju kurung kedah, kebaya dan macam macam lagi. Semua orang suka hari raya.


Tapi bagi Kersani, budak budak tak patut dihalang main mercun. Cuma orang dewasa kena bagitau risiko dan teknik yg betul utk bermain mercun. Lepas tu, bagi diorg buat pilihan sendiri. Berani buat, berani tanggung lah brader! Tapi takpe, kat sini Kersani nak explain pasal mercun utk adik2 yg baru nak berkecimpung dalam dunia 'SENI BERMAIN MERCUN!'


Mercun Bom/Rakit:

Mercun jenis ni selalunya adik2 dapat tengok kat perayaan2 orang cina. Berbentuk silinder dan berkaler merah, kuning, hijau atau biru. Ia mempunyai sumbu yg diperbuat dari kertas yg ditabur dgn belerang yg sangat senang dan sangat cepat menyala! Level kekuatan bunyi pula pada tahap sederhana dan tidaklah membuatkan para makcik yg sedang membuat kuih tercekik pengacau atau sebagainya. Mercun ini boleh dimainkan dengan selamat jika tidak dipegang dgn tangan dan hanya dinyalakan bila diletakkan pada sesuatu objek. Teknik paling best?Nyalakan kat taik lembu di pagi raya, kaw kaw punya effect!!!


Mercun Telur Naga:

Ini adalah mercun yg langsung tak berbahaya. Takde letup letup pun! Hampeh! Nama je ada naga2. Ia adalah mercun yg mempunyai sumbu yg diperbuat dari tali keras yg dipintal2 dan sangat sangat sangattttttt lambat nak menyala. Mercun ni tak meletup, tapi mengeluarkan pancuran bungi api yg boleh lahhh.... Amat cantik jika selepas dinyalakan dan dilastik pada waktu malam. Nanti nampak ada sikit2 macam bunga api yg slalu adik2 tengok kat KLCC waktu merdeka. Teknik paling best? Nyalakan dan letak dalam poket baju melayu baru member yg adik2 jealous, pastu lari jauh2! Hehehe!


Mercun Roket:

Mercun roket adalah mercun yg paling best utk adik2 yg pengecut dan masih lagi belum akil baligh. Hehehe! Mercun roket dipanggil mercun roket sebab... err.... sebab dia macam roket kot! Letupan yg terhasil agak kuat juga dan kalau setakat nak impress awek2 yg sedang dipimpin mak cik2 yg nak pegi semayang raya, confirm berjaya! Mercun roket ni juga sebenarnya boleh dituju pada makhluk2 atau objek3 tertentu seperti tok mudim, lembu, samseng kampung sebelah atau kalau adik2 jenis yg loser xde kawan, boleh tuju pada diri sendiri. Tapi idea last tu abang tak galakkan, just nak bagi option. Teknik paling best? Buat 2 team perang dan set kan botol2 sebagai pelancar roket. Lepas tu lawan dgn member2 roket sapa paling kaw! Uishhh, masyuk giler abang cakap lu!


Mercun Bola:

Mercun ni ramai yg kata mercun paling kuat bunyi dia. Maaf, gua tak setuju. Bagi gua mercun bola ni adalah copycat dan hasil gagal sejenis mercun yg gua akan cerita sekejap lagi. Berbentuk macam bola sebesar ibu jari, kat dalamnya ada belerang yg dimampatkan dan bunyi dia bagi gua memang lah kuat, tapi still xleh lawan legend of mercun. Sumbu mercun bola juga diperbuat dari tali tebal yg dipintal2 dan kalau adik2 berani, lepas nyalakan, baling kat lembu2 yg sedang meragut rumput kat padang. Nikmat sungguh dapat kacau lembu2 yg tak puasa tuh. Gua jamin! Tahap keganasan mercun ini sama macam orang pompuan yg tak muat nak pakai baju raya sendiri sebab terlalu banyak makan biskut di malam raya! Jadi, berhati2 dgn spesies mercun ni.


dan Legend Of Mercun, MERCUN KETUPAT!!!

Gua tabik hitler pada mana2 adik yg berani cucuh ini mercun ketupat. Mercun ketupat ni kira macam paling otai lah dalam sejarah mercun senang cita. Pada adik2 yg tak berani lagi nak main mercun ketupat, adik2 kena consider diri tu mumayyiz lagi dalam dunia mercun nih! Mercun ketupat of course macam ketupat, cuma ada sumbu warna hijau yg terjuntai keluar. Spesies mercun ni bila ia meletup, fuhhhhh, satu kampung boleh dengar! Pak bilal yg tgh semayang terawikh pun boleh terlucut kain kalau lu ada teknik. Tapi gua tak nak ajar! Pikir sendiri. Teknik paling best? Sambil makan ketupat kat beranda tuh, cucuh sepam dua bila tetamu2 dah dekat2 nak sampai kat tangga. Nanti macam2 versi melatah lu orang boleh dengar! Hahahaha!!


Pesanan penaja: Sebarang bentuk keganasan rumah tangga sperti disebat dengan lidi penyapu, diikat pada tiang letrik pada petang raya, diselam dalam sungai atau dikejar oleh lembu yg mengamuk adalah tanggungan sendiri. Tapi gua cakap lu, itulah thrill nya bila bermain mercun!


Lain kali gua explain macamana nak buat meriam buluh dengan meriam karbaid pulak!


Chiow~


8 ulat gigit daun hijau:

eh adekah mercun ketupat yg ko mksud kn tu berbntuk 3 segi yg kekadang org pnggil mercun palas?
kalau tu yg ko mksud kn,dua2 mercun tu best n the best thing ever ak pnah men kat utp...best wooo!!!

pop pop takde?
eh tu bukan mercun.hahaha tapi tu je yang saya berani main.
dengan bunga api.
setakat mercun ni,usha dari jauh je boleh lah.
mercun papan lah,mercun bola lah.

ala mercun bawang xde ke...

aku mana tau camna nak men mercun bawang...

pergh bhaye ko ni,

tp layn beb main mercun roket,
luncher gne tngan je tak main r botol2,
bru true raye....

hihihi

safwanah - aah. ye kot. sebab ketupat dibuat dari daun palas. so aku assume betullah kot, mercun ketupat = mercun palas.

khadijah - pop pop? yang dalam kotak harga singgit tu? tu mercun bawang. tu adalah mercun paling sopan skali utk dimainkan. letup bunyi cam kucing berdehem. tak cuak langsung. hehehe... tau mercun papan? haa, ada orang panggil tu mercun rakit jugak.

imHeppie - mercun bawang baling je cik err, sapa nama tadi? haa, sonag ajo. baling kat benda2 keras, pastu dia bunyi pop pop! Habes dah! hehehe...

api - untuk pengetahuan ko, dulu aku main cucuh mercun bom tu, satu tangan kiri pegang ubat nyamuk, satu tangan kanan pegang mercun. sambil jalan2 je cucuh.

mercun roket boleh jugk pakai tangan. tapi sebab penulisan aku utk adik2, aku tak galakkan teknik2 esktrim...

daun hijau

daun hijau

ilustrasi pensil & cinta

Projek ini sudah lama aku rancang, tapi hingga saat ini baru diberikan sedikit kekuatan, ruang dan masa untuk benar-benar merealisasikannya.

Baru saja bermula, InsyaAllah sedikit demi sedikit projek ini akan aku usahakan dan sampai waktunya nanti, akan aku dedahkan secara umum matlamat dan hasil sebenar projek ini pada sahabat, kawan dan rakan-rakan bloggers.

Ianya projek yang ringkas, tapi amat sangat bermakna untuk kersani. Harap kalian sabar menunggu.

kira ulat

kroni ulat hijau

ulat hijau

tiga

tiga

rendam

rendam

sembang ulat


ShoutMix chat widget

pustaka ulat

FEEDJIT Live Traffic Feed