(kerusi favourite dia... kadang2 dia tertidur di kerusi ni.)


Selalunya aku tak begini.


Tapi dalam membelek2 album lama dalam laptop, tetiba hati rasa tersentuh melihat wajah-ajah arwah ayahanda yang aku panggil ‘Ba’.

Post ini bukan menagih simpati, malah aku harap klau korg tengah happy2, x payahlah baca. Ianya sekadar apa yg aku rasakan waktu itu. Aku tak nak pulak korg sedih ke, simpati ke. Benda pun dah lama berlalu.

 

Ia dah terlalu lama, tapi sehingga kini Ba masih hero terhebat dalam keluarga aku. Dalam ramai2 menantu atuk aku belah mak, tv yg dibeli oleh arwah Ba masih ada di situ.  Bukan mengatakan menantu2 lain kurg baik, tapi sehingga hari ini, atuk aku akan cerita pada cucu cicit dia, tv itu pemberian menantu kesayangannya.

 

Arwah Ba tak pernah sekali pukul Ma. Tak pernah. Ba kadang2 senang marah, tapi jika marah, Ba cepat2 akan keluar dari rumah dan pergi ke tempat lain. Ma tak pernah kena penangan Ba. Aku tak faham mcmana Ba mampu tahan marahnya. Aku tak yakin aku mampu lakukan apa yang Ba lakukan.



(Ba tengah gunting rambut salah seorg cucu dia... umpama potret yg berkata2.)

Arwah Ba minat btul berkebun. Dia paling suka tanam nenas. Kadang2 bila musim nenas, seluruh keluarga belah mak dan Ba akan datang ke rumah kami utk menikmati nenas dari kebun. Keluarga kami tak biasa beli nenas, bila nak makan, tunggu hingga musim nenas, dan jika buah ‘jadi’, tahun itu semua orang akan makan nenas. Makan dengan gembira. Dan Ba akan gembira jika semua orang dapat merasa hasil tangannya.


Bila ada urusan pasal tanah pusaka, pasal pembahagiaan harta, arwah Ba akan jadi rujukan. Sebab arwah baik dgn DO. Hinggakan orang2 kampung lebih senang berurusan dengan dia dari berurusan dgn DO. Sebab arwah faham perangai dan kesusahan orang kampung utk ke bandar. Mungkin sebab itu, arwah Ba jadi ketua kampung lebih 15 tahun. Dia nk berhenti pun, masih ada org mintak nasihat dgn dia.

 

Satu benda aku yg selaku anak lelaki Ba tak mampu lakukan hingga ke hari ini ialah pergi ke kubur di setiap pagi jumaat selepas subuh. Arwah Ba tak pernah terlepas ke kubur pada hari jumaat utk membaca Tahlil dan Yasin pada arwah atuk dan moyang aku serta saudara-saudara lain. Dari aku kecil hinggalah aku masuk sekolah menengah, aku perasan Ba akan lupakan hal hal keluarga pada pagi jumaat, dan terus ke kuburan selepas subuh. Tak usahlah cakap pasal benda lain pada waktu itu, dia buat tak peduli saja.


Seolah-olah minda arwah Ba sudah terlekat dgn ingatan pada ayahnya dan moyangnya. Namun aku hingga kini masih gagal utk menuruti jejak amalannya itu.


Dan hingga kini aku masih ingat dulu masa kecil jika aku melukis sesuatu lukisan, Ba buat tak peduli saja. Dan aku sering menyangka Ba x kisah dgn minat aku. Tapi rupa-rupanya bila lukisan sudah siap, Ba akan memberi komen2 yg kadang buat aku garu kepala. Muka sengetlah, mata x bundarlah, pipi seronglah. Maknanya Ba sengaja suruh aku berusaha dahulu sebelum mengalah. Ba tak mahu aku lakukan sesuatu dgn senang. Dia mahu aku capa kejayaan dgn cara susah. Agar aku mengerti indahnya erti pengorbanan.

 

Terima kasih Ba. Ba sudah memberi dan menjadi contoh terbaik utk anak Ba ini menempuh hidup dan menjadi insan yg penyayang pada insan bergelar wanita. Ba sudah mengajar aku bagaimana menghadapi hidup tanpa bergantung pada orang lain. Ba juga sudah menjadi role model terbaik utk anak-anaknya berhadapan dgn onak dan duri kehidupan.



(8 bulan 7 hari sebelum Ba meninggalkankami...)


Semoga arwah Ba tenang di sana.

Al-Fatihah utk Ba. 

(gua mulakan post gua dgn sticker keta baru milik member gua. tepuk! tepuk!)


Masa: Doblas tengahari sampai doblas tengahmalem
Tarikh: 25 April dua ribu semilan
Tempat: Seksyen 2 shah alam, pastu monash, pastu sunway


9.30 pagi, aku dah bangun. Awal giler! Haish. Apahal budak2 ni senyap je semua? Semalam jumaat kata bising sgt nk pegi warehouse sale ni.

Adeyh! Plan jadi macha lagi la ni nmpknya.

Tetiba lagu korea bunyi, “Eh, tu sms tu. Sms tuh.” Aku pecut naik atas amek henset. Tadi kat bawah tgh melayan astro ceria dgn dgn anak sedara. Dalam hati tadi klau tak jadi kluar, aku layan crita ‘Roary the Racing Car’ tak pun ‘Thomas and Friends’ pun best jugak. Sebab awek dalam crita kartun Roary tu cun! Cukupla gua layan stengah jam sebelum gua sambung tidow di pagi sabtu yg indah nan hening nih. Hehe!

Pedot Sms;

“Daus, amacam plan? Kalau jadik aku amek ko? Ko support minyak.”

Sms balik;

“Xdehal. Jom!”

Dalam doblas tengahari camtu, ‘driver’ aku sampai. Heheh! Apa lagi, kitorg memecut ke shah alam sebab masa OTW, Pisunk, BowBow, Remy n Musang dah tgh jamming kat shah alam. Dalam hati aku, “Cilanat! Diorg dah gerak dulu rupanya.”



Sampai je shah alam, kitorg terus gerak gi food court seksyen dua yg famous tuh. Famous ke? Aku tengok cam kedai kat tronoh je. Xdela gempax sgt. BowBow kata sini awek2 uitm slalu turun lunch sebab dekat ngan hostel diorg. Tapi setelah membuat muka ‘kayu’ selama hampir stengah jam dan awek2 kat situ pun tgk kitorg cam muka lanun Somalia nk cari mangsa, kitorg blah. Tapi sempat la aku tibai ABC musang. ABC dia nice la. Lupa pulak nk snap picture. Len kali lah!

Lepas tu kitorg gerak ramai2 pegi Stadium Malawati. Keane gebang macam2 branded items ada jual murah tahap dewa tertelan bijik durian. Semua excited la nk masuk, sambar apa2 yg patut. Whoa, ramai btul orang!! Mesti gempax nih!!

Skali masuk…



Aiyarkk!! Ni jualan barang branded ke jualan longgok?? Gua usha Levi’s, Jeep ngan Renoma, adeyh, ni semua tukun zaman firaun daaa!!! Semua dah boleh jadi collector’s items sebab dah giler2 punya out-to-date! Hampeh keane!! Kutuk gua dalam hati walaupun kitorg tak jumpa pun dia kat situ. Pusing2 skejap je sebelum blah.



Dari plan asal nk usha baju ngan jeans, dah jadi usha awek pulak. Awek memang ramai. Tapi diorg dtg dgn bakal2 mak mertua gua!! Gambar?? Kejap… nah!



(hahaha! mcmana pic ni boleh dpt 'clear' gua pun heran!)


Sambil2 kluar tu, sempat la snap 2 3 pictures dgn Proton Exora yg baru kuar tu. Aku rasa macam dapat idea nk sewa je pegi Melaka nti, takut brader tu x bagi pulak, heheh! Kan best klau buat roas trip pegi Melaka pkai MPV pinjam. Curik ke? :P


Sebab dah bosan dgn warehouse yg kecik lagi crowded dgn umat2 manusia yg baru sampai, kitorg gerak pegi Monash. Tak jauh dari sunway. Sebenarnya aku tak tau pun it’s Monash Music Festival sebab guan k pegi jenguk2 booth kawan2 gua, Ojan, Rahmah dan Nita. Diorg ni usahawan tudung, perhiasan n barang pencuci muka apa ntah. Kira macam usahawan muda la. So, kitorg support la, pegi enjoy2 layan booth diorg.



(air virgin mohito! lemon plus pudina.. gua suka air virgin2 neh.. :P)



(official banting.. nice! Monash Music Festival. tapi gua x layan sgt jam dia walaupun masa gua sampai ada satu band tgh perform...)




(antara khazanah2 berharga cik Nita. maju2. siap pkai 2 phone. apsal ko x pkai public phone nita? lagi kewl! baru nmpk cam cik limah jual jamu! hehe...)



(ojan adalah taukeh! yg lain2 tu sebok je tayang muka...)



(rahmah, usahawati CIS. dia jual tudung, dia jadik model, dia jurucakap. semua dia!)


Yang bestnya, si Nita ni ada member skul lama dia. Cun siot! Muka can Juliana evans. Gua apalagi, snap la gambar dia. Tapi gua x brani tegur sebab dia member kawan gua, Gua tanak buat cilanat. So, gua usha jauh2 je. Picture pun dapat satu, sebab takde bran nk usha lebih2. hehe! ßwalaupun gua hampir2 dah nk buat ayat romeo gua! Ahahaha!!!



(yg tgh minum air mineral tu, tu member gua. Nita. gua usha kawan dia yg pkai baju kotak2 tuh. usha jauh2 je. tp masa nk blah, dia kenyit mata kat gua. kira orait la kan? hueh hueh hueh!)


Dah habes sesi kat Monash, girls bukan awek ajak pegi Sunway. Asal nk masuk cinema, tapi usha2, semua crita hantu taik kucing! Gua ngan Pisunk memang tak layan sebab tak minat. Pedot pulak sebab dia xleh ngan crita hantu, takut xleh drive balik umah. Sebab dia kata dia penah keta tegur. Walaupun gua yakin yg tegur dia cumalah pakcik yg nk menompang keta dia. Sian pak cik tu! Naseb baek dia tak naik geram, pastu kokak betis ko Pedot



(ni lah hidangan gua.... untuk appetizer! heh! :P rm21, buffet style, worth it? difinite yes!)


(Pisunk @ Hafiz. sedang asyik masyuk dilamun cinta dgn awek Citibank. tapi skrg dia dah syok kat adik minah tuh pulak. gua tak paham.)


(zetty, sorg lagi awek CIS yg single dan masih mencari. berminat? contact gua bersama iPhone 8 gigabyte sbg cagaran! heheh~)



(keane n suraya, bahagia menunggu kelahiran baby sulung, due bulan 6 nti. congratz! :P)



(gua minum punch fruit je malam tu. tak makan pun! contohi gua akim... walaupun gua tibai 6 ketul ayam malam tu. lalala~)



(kalau tgk gaya melantak, akim ni dah tahap kena wat surat wasiat dah nih! hehe!)



(depan lif top floor, orange atrium. semua kaver perut? sedia! klik!)


Then, kitorg makan2 kat Hartz Chicken Buffet. Ni pun cadangan Keane jugak, sebab dia kata sunway je ada restoran nih. gua usha2, memang semua ayam! Seketoi ikan mahupun daging pun xde. Apatah lagi abalone, sup sirip yu dan bubur lambok! Tapi sebab gua layan je perasaan Keane yg memang minat semua jenis ‘ayam’, kitorg layan jela. Hehe! Dalam stengah jam pastu, Akim Gemox sampai tayang2 dia punya t’shirt “I Love UTP”.


Lu ingat gua tak tau itu baju lama? Pastu gua jealous dgn dia sebab dia dah dapat bangle Xmen Wolverine Origin yg KFC punya tuh! Dem la kau akim!



(lu nanti la Akim the Juggernaut!! Ni dia Matpie the Wolverine nk tenet rusuk lu!! Hiyarghh!!)


Gua jealous nih. Dah dah! Gua tak kira, gua nk gi makan kentaki sekarang jugak. Gua nk gak bangle ngan rantai Xmen tuh!


Gua tak kira. Gua nk cari kuku Wolverine tuh pastu gua nk seret2 kat blakang Akim. Gua nk layan suara seksi dia kena seret dgn kuku gua! Muahahaha!!


Chiow!

Ia semakin hampir...


(aku rasa makin dekat, hakikatnya ia makin jauh...)

Tarikh?


Apa ada pada tarikh? Ia datang sekali, lepas 23 jam 59 minit, ia akan jadi satu tarikh lain.
Tapi dalam hidup ni, kenangan yg telah tercipta selama lebih 4 tahun bukan boleh hilang dalam tempoh masa itu. Bukan bisa hilang dengan menelan perit.



Banyak benar yg terukir. Dan sudah terlalu banyak pula istilah dan perkataan yg bermula dgn perkataan ‘first’ yg tercipta pada tarikh itu, 6 tahun yg lalu.



‘Fist glance’… SMACH, 2003.

‘First date’… KB, 2004.

‘First touch’… KB, 2005.

‘First kiss’… Persisiran Air PCB, 2006.

‘First love’… Till today.



.....

‘First betrayal’… UTP, February 2007.


Namun begitu, ia masih satu tarikh yg istimewa utk aku.
Masih tersimpan kemas di lubuk jiwa.


Walau aku bukan superhero…


12 Mei 1989...


Dia~

Minggu ni antara minggu paling byk benda dalam kepala hotak aku…

 

Tapi satu benda yg aku proud, boleh kata semua benda2 tu melibatkan member2 kamcing and coursemate aku sebenarnya.

 

I swear to God i appreciate spending all the good times dgn korg. Sempoi nk mampus! 


Panglima2 yg berjuang ngan aku di kampus tronoh...


(antara rakan2 bola aku. pedot the galah! time MU kalah, dialah menjadi rakan gelak2 kutuk mu kaw2!!! hahaha!!!)



(sem 2. bobo cuba mempraktikkan teknik cengkaman beruang koala pada remy, pemilik wajaenzo dan bido, ahli sumo wakil olimpik, smentara keane menjadi referee.. eh, apa jari keane tuh? :P)



(eh, eh ni bukan aku nih!! mcmana bleh te'release ni?? heheh~)


(cubaan akim utk menjadi pembuat grafitee di poster RM!! nice la bro... setan sungguh la lu!)



(zetty and suraya, dua dua kelakar! tapi semangat n fokus, two thumbs up!! :D)



(asal ada gambaq bido atau bobo, mesti terhidang santapan depan diorg! wahaha!)



(depan lab EE, walaopun aku budak CIS! heh~)


Check out antara idea2 bernas yg telah mengeringkan idea haku dan bakal jugak melonsongkan poket haku!


Penyebab Otak Serabut Satu : IGC trip ke Melaka

 

Pada yg tak tau apa itu IGC, ia adalah nama lain bagi kuih donut dalam bahasa sanskrit yg diterjemah dalam kitab veda edisi ke 15 kurun yg lalu. Takde ah! IGC ni singkatan frasa ITIS Gathering Community, yg mana namanya aku suggest utk first time, n trus dtrima oleh member2 aku yg lain.

 

Maybe sebab diorg malas nk fikir, atau maybe diorg rasa kejam sgt nk tolak idea aku… hahaha!

 

Anyway, 9 dan 10 May ni, aku dgn Ojan dah plan a vacation utk kanak2 ITIS seramai 30 yang mana kitorg akan ramai2 pegi ke Melaka utk trip satu hari, satu malam!! Wah wah wah! Tdoq sebilik ke bang??

 

Ha’ah!

 

Err…

 

Takdeah! Kami book 3 bilik la wey. And sceneries kat hotel tu memang nice. Tak mau crita byk, dah buat nti, baru aku upload segala pics itu.

 

Gempaxx!! Gempaxx!!!

 

Sebenarnya, sebelum ni pun kitorg pernah ada event bukak puasa ramai2 kat Morven Peak kat Ipow, tapi takkan semua event based on nk memenuhkan ‘tong-tong gas’ dan ‘tempayan-tempayan naga’ je kan??



(aweks2 yg menemani kitorg malam tu... :D)




(saudara keane yg tergigit kulit siput! kulit pun habes malam tu... ish ish ish!)



(cubaan aku cuba menyepit crabball dgn kelajuan cahaya!! gagal~)



(Bido sangatlah heppy meal dpt melanya steamboat!! :P)


Korang paham ke ‘tong-tong gas’ dan ‘tempayan-tempayan naga’ tu apa?? 


PERUT!!!

 

So, kali ni kitorg wat pembaharuan, kitorg akan pegi Melaka!! Yeeehhaaaa!!!

 

Penyebab Otak Serabut Dua : Warehouse sale kat Stadium Malawati


Tgh2 pening2 pale plan nk gi Melaka, tetiba Keane suggest satu cadangan weekend trip yg tak mampu ditepis atau ditolak oleh kaum wanita batch kami.

 

Warehouse Sale in the house people!!!

 

Memang kaw2 kena pada masanya, so alih2, kitorg jadikan ni sbg trip preIGC pulak.


So, bila benda dah havoc, sorg demi sorg kaum hawa batch kami menunjukkan minat menghabiskan duit skoler diorg kerana aku memang dah tau, diorg ni semua memang kaki shopping!

 

Jgn kata makeup and beg tangan, tgk lipstick MAY atau Shiseido pun diorg dah berlenja2 air liur jkluar... Memang fan shopping habes ahh!

 

Alang2, kebetulan pulak malam tu ada game final FA antara Kelantan ngan Selangor. So, maybe kitorg trus pegi sana lepas merembat 2 3 barang yg tak perlu sgt pun sebenarnya.


Aku nk cari jeans je, dapat dalam selai dua, brambus lah. Hehe!

 

Tapi dah namanya warehouse sale kan???

 

Pastu ada la lagi 2 3 benda kat rumah yg masih tak settle. But regardless of that, aku rasa aku tak kisah utk burn 2 hari weekend aku yg packed ni dgn member2 yg memang best!!

 

Next post aku akan upload pics semua event dan event2 tempelan nih! Tempelan ke?Takdelah tempelan sgt kan? Sebab aku pun join jugak!

 

Heh~

 

Hahaha!! Short and shades x cari lagi ni nk gi pantai? Wuhhuuuuuu!! 

(shades!! pelindung mata dari sinar UV yg memancar2... aahhhh!!)



(bunge2 punye hawaiian short... perghh!!)

(surfboard!! hahaha... dream on baby!!)

 nilah dia wishlist accesory yg bakal merobek skoler aku dgn rakusnya...

Len kali pulak…

 

:D


(Couple membawa hingga pelamin... bg aku, indah~)


Ini satu pilihan ke?

 

Sebenarnya post ni aku nk dedikasikan pada sorg member aku yg skrg ni tgh buat dentistry kat Medan, Indonesia. Maaf ya Mas, agak lambat sikit post ni nk kluar. Actually, dia bertanyakan pendapat aku tentang pilihan seorg lelaki berkaitan tajuk di atas, yang mana aku tak mungkin dpt conclude utk semua lelaki.

 

Tapi aku akan berkata mengenai apa yg aku rasa dan kalau korg rasa aku tipu, aku tipulah tu. Ngee…  :P

 

Baik, bagi aku kalau ingin dipandang dari sudut nk tayang2 GF kat member2 yg solo, sudah pastilah pilihan lelaki adalah choice yg kedua, yakni…

 

“Kau tengok aku bro. Aku xdelah hensem sangat, tapi awek aku phoojaan Malaya kot!” sambil mendengus2 nafas dan menkontrol loobang hidong yg kembang kuncup umpama gajah afrika lagaknya.

 

Well, secara logik akal manusia normal pun, kau memang deserve la walaupun muka kau longkang (ooopss!!), tapi kalau kau boleh dpt GF yg melecun, maknanya kau boleh di’respek’ la dari segi itu. Kau adalah homo sapien yg mendapat Princess Amidala misalnya, awek pujaan galaksi, sudah tentulah kau bangga bukan?

 

Anakin skywalker pun of course salute la kat kau!



(definisi cantik, manis, cute, sweet adalah perkataan… hati yg mentafsirkan~)

 

Dan kadang2, memang ini yg dicari oleh sesetengah lelaki, Kebanggaan. Sebab apa? Banyak! Salah satunya, self esteem. Jangan kata tak terdapat lelaki yg offended bila member2 dia couple, and of course utk dptkan kebanggaan tu, he’ll soon be starting to compare of what he has with his friends’. Maknanya, lelaki spesies ni akan berusaha utk dptkan sesuatu yg lebih baik dan lebih cantik dr orang lain, utk kepuasan diri dan utk rasa lebih confident to mingle dgn komuniti he’s been living with.

 

Mungkin juga conformity, tapi lebih ekstrim mungkin…



(ego lelaki sukar dikawal… biar ia bebas, ia akan jinak~)


Pilihan yg pertama, iaitu BF hensem tahap belalang kaktus, umpamanya Robert Pattinson (hero citer Twilight) atau contoh umum, Keanu Reeves (aku hempuk jugak kang sapa x knal!), couple dgn awek atau GF yg bermuka ‘sedih’.

 

‘Sedih’ = tak berapa melecun laa…

 

Well, terdapat byk jugak kemungkinan aku rasa. Mungkin lelaki tu kurang keyakinan utk cuba memilih yg lebih baik, atau mungkin juga prinsip hidup dier memang mcm tu…

 

“Korg kata awek aku muka kuali? Yeke? Takpe. Aku tak kisah. Kuali cantik bagi aku. Seni…”

 

“Err………” (jaw jatuh sempai ke lantai!)

 

Hmm, atau mungkin juga GF yg dia ada skrg adalah satu platform atau spring loncatan utk lelaki itu sebelum mencari GF yg lebih baik. Gf yg dia ada skrg adalah list ketiga beliau, walhal target sebenar beliau mungkin ialah list yg ke 20 nti. Siapa tahu?

Walaubagaimanapun, kemungkinan2 serta segala hipotesis di atas hanya wujud dgn keadaan berikut;

 

Pembolehubah Dimalarkan     : Awek2 mempunyai akaun bank yg sederhana, iaitu   tidak terlalu kaya, dan tidak juga tahap mengemis. Maknanya, awek yg sedang2.

      Pembolehubah Dimanipulasi   : Tindak tanduk si BF.

Pembolehubah Bergerakbalas : Jangka masa couple sbelum gaduh n etc etc.

 

Tetapi jika GF mempunyai jumlah kad kredit yg sama tebal dgn kamus dewan edisi ke doblas atau bilangan not2 biru dan purple yg melimpah ruah ke dalam pinggan klau terjatuh masa makan kat café, segala possibility di atas x boleh diambil sebagai rujukan yg sah, benar atau sewaktu dengannya.



(duit bukan penyelesaian pada semua masalah...)

Sebab???

 

GF yg mempunyai poket tebal atau kantung yg sentiasa penuh harus dikenakan exception yg kalau nk explain kat sini, baek aku wat thesis bertajuk “Apa Sahaja Asal Kaya.”

 

Hahahaha!

 

Tapi, tak semua lelaki mcm tu sebenarmya. Ada yang ikhlas, cantik atau kurang cantik, itu soal kedua. Asalkan berbudi bahasa, pandai mengambil hati atau tahu menjaga batas pergaulan.

 

Well, dunia ni macam-macam. Utk generalize sifat dan refleksi lelaki pada wanita, saya bukan orgnya utk memberi jawapan 100% tepat dan complete.

 

Tapi sentiasalah percaya bahawa agama dan pengalaman mengajar kita dgn memberi petunjuk2 utk kita membuat pilihan yg terbaik. Kesilapan membuka ruang utk kita memperbaiki diri, merevolusikan pemikiran dan melihat dunia dari sudut ygt berbeza.

After all, kadang2 Cinta tetap datang walau tanpa diundang~ :)



(bidadari? layak kah kita??)


p/s: serius sgt ke post aku ni? Hmm…

 

credit to :

http://blog.mohdalhafiz.com/ 

for the nice photos~

(alahai torrent ku sayang, bilala hang nk berubah dr speed siput cacat ni???)


Apa yg aku nti?? 

Hari ni sehari suntuk aku menjadi penunggu setia torrent utk mendownload series kegemaran aku...

Haremm!! Semalam ak boleh dpt 15kbps to 20kbps. Tapi hari ni mutu persembahan torrent sgtlah hambar sampai dua tiga kali aku tertidow ngan bermimpikan series2 chuck telah aku tonton...

Padahal cuba korg tgk speed limit highway torrent kat atas...

Hampeh hampeh! Aku hanya mendapat kurg dr 10kbps... Chilake!
Mana pegi nodes, seeds ngan peers yg otai2 smalam???

Arrghhhhh!!! 

Aku merindu DC++ kampus tronoh. Aku merindu kelajuan LAN speed download hingga 10Mbps. 

Aku rinduuuuuuu.......

Aku rinduuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu................






Selalunya mentaliti kita hari ni, bila sebut saja budaya barat, dalam kotak minda kita mesti terbayang seks bebas, parti liar, irresponsible drink, salah guna dadah dan macam2 yg tak baik, yg kononnya berpotensi mencemarkan budaya timur kebanggaan kita.

 

Aku tak berapa setuju klau kita ‘pukul rata’ atau menyempitkan minda kita dgn fikiran2 sebegitu…

 

Kenapa??

 

Sebab kita cenderung memfokus retina serta fikiran kita pada yg negative sahaja. Betul. Aku tak nafikan kadar jenayah dan gejala sosial diorg memang dah tahap merapu meraban semua, tapi aku nk mengajak korg cuba lihat dari budaya yg lain.

 

Budaya yg positif, yg kadang2 bangsa timur ni kurg amek perhatian…


1) Menyemai sikap benar2 sayangkan alam sekitar dan bukan sekadar iklan bodo kat tv.

 

Kalau kita lihat di tempat kita, iklan jaga alam sekitar ni dah mcm2 tema dan slogan dah dipakai. Tapi hasilnya?? Hampeh! Sungai kita masih tercemar dgn plastik2, botol2, tin2 kosng, sisa toksik, bangkai2 menatang dan mcm2 rempah ratus yg ada dlm sungai kita..

 

Pendek kata, klau sesorg tu mengusahakan perniagaan sampah sarap, memang x payah modal. Pegi je kat sungai2 kita. Confirm byk sgt menda bleh diniagakan!

 

Sebab apa? Sebab masyarakat kita kurg atau tak merasai pentingnya sungai. Sungai = tong sampah awam! Maka, suka hati mak cik tiri belah nenek angkat aku la nk buang sampah dalam sungai tu. 



(bapak la ni punye pasal, ngan aku skali kena kaut sampah2 ni. hampeh2!)


Patutnya, makhluk2 yg mcm ni, jgn bagi saman je, kita patut fikirkan hukuman yg lebih setimpal, iaitu tiap2 hujung minggu, satu keluarga diorg mesti pegi kat mana sungai, n tolong JPS utk bersihkan sungai yg diorg kotorkan tu! Baru merasa sket mcmana rasanya buat dirty jobs cam dlm crita Mike Rowe tu… hehee! 


2) Menyokong semangat kesukanan dan bukan kebodohan dalam sukan

 

Tak lain tak bukan, contoh aku mestilah EPL (English Premier League pada yg buta huruf dlm dunia bolasepak!).

 

Bagi korg yg biasa layan bola, mesti korg rasa satu pride atau ‘bangga’ bila menyokong kelab2 sperti Chelsea, Arsenal, Liverpool atau MU kan? Sebab apa? Sebab kita suka cara diorg bermain dgn taktik dan teknik yg betul.

 

Selain diorg dapat mengawal bola dgn baik, kita sebagai penonton terhibur dan dapat belajar benda baru bila tgk cara permainan diorg. Walhal, pemain2 yg bermain dalam satu padang tetap sama, 11 org jugak satu team, sorg je referee, tapi kegilaan pada bola cukup2 mengagumkan.

 

Tapi bola kita???




(awwwwwwww!!!! beg iiiiiiii!!!)


Sedih! Pemain2 kita lebih suka bercakaran sesame pemain dari bermain bola. Kaki yg boleh diguna utk menggelecek lebih suka menyimpan energy bila menerajang atau membuat flip back kick pada penjaga gol lawan, atau sekurag-kurangnya referee.

 

Meriah! Memang meriah! Tapi meriah dgn aksi2 tinju, gusti, street fighter dan dragon ball. Nasen baek xde yg ada kebolehan kame hame ha! Kalau tak, mesti salah seorg dr player akan keluar dari padang berlari2 sambil bogel sebab pakaian semua dah kena fire.



3) Menghargai ilmu dari pelbagai sudut

 

Rasa2 korg la, klau salah sorg dari adik atau anggota femly kita kata bercita2 nk jadi pemain skateboard profesional, atau nk jadi usahawan cendawan, atau nk jadi penternak lembu atau kambing besar-besaran, agaknya bagaimana reaksi parents atau org2 tua kita?

 

Mesti adik atau family member kita tu kita kena gelak kan??

 

Hahaha! Ada ke cita2 nk jadi penternak lembu! Hahaha! Pengusaha cendawan. Berapa ramai yg nk beli cendawan kao haa?? Inilah antara2 dialog2 yg mungkin kedengaran jika disuarakan hasrat hati utk menceburi profesion2 di atas.




(walupun gue tidaklah hensem sperti the Jonas Brother, gue ader banyak susu weyyy!!!)


Hakikatnya??

 

Kita tak sedar, seorg pemain skateboard di negara eropah, diorg belajar tentang ilmu aerodinamik dan fizik utk memahirkan diri mereka. Bila diorg dah terer, diorg masuk tournament dan dapat penajaan berjuta2 ringgit utk brand2 sperti Quiksilver, Tribal, Vans, Atlanta dan sebagainya. diorg boleh jadi kaya mcm Tony Hawk dan disebabkan diorg ada ilmu, diorg boleh contribute balik pada society yg support minat diorg.



(mungkin jugak aerodinamik subjek kena diajar kat luar klas kan? sapa tau?)


Masyarakat kita??

 

Kita jugak tak sedar perniagaan mengusahakan cendawan sebenarnya membawa pulangan yg cukup lumayan. Korg ingat cendawan2 yg kita makan kat hotel tu sketul nipis2 tu singgit dua hinggit?? Cendawan tu mahal gler korg tau tak.

 

Pengusaha cendawan yg serius, diorg blajar tentang ilmu agriculture dan nurture cendawan2 yg unik, berkualiti tinggi serta mahal. Bila dah nmpk lubang bisnes, diorg bukak company dan bekalkan pada hotel2 mewah dan mendapat untung yg berlipat ganda. Klau bernasib baik, siap boleh export lagi ke luar negara.

 

Tapi kita?

 

Kita jugak tak sedar benda yg sama boleh berlaku pada penternak lembu atau kambing. Jika ada kesungguhan utk belajar, ilmu bukan hanya dalam buku dan kelas smata2. pengalaman adalah guru yg paling baik utk mendidik manusia mengejar apa yg diimpikan.

 

 Impian bukan utk org lain, impian kita utk kita… Cuma kita perlu berani melangkah…

Dua tiga hari ni kepala aku sakit gile. Tak taulah kenapa. Maybe selalu kena hujan bila balik keje. Aku stay agak jauh dari KLCC, dan dalam perjalanan balik, berbagai onak dan duri aku lalui (cheewaahhh!). Hujan memang dah selalu sangat, sampai kadang2 aku dah tak cover dah kepala aku bila hujan.


(hujan hanya best pada pagi sabtu dan ahad. bila dtg ngan pakej lengkap selimut lapuk + bantal yg enak digomol2 seumpama kucin parsi..)


Aku biarkan ia menitis membasahi rambut yg berjurai. Wakaka! Ayat mcm mende… 


Blah la wei! 


Tapi  2 3hari ni, antibody aku tak berapa nk berfungsi rupanya. Dalam dua hari lepas, kena hujan sket je, kepala dah denyut2. adeyh! Sengal2 mengigit-gigit urat saraf otak serta medulla oblongata menyebabkan aku trus terbaring kat atas katil bila sampai ke rumah. Aku nk layan CSI pun dah xde mood… adoiii!! Pening!!


(antara sebab gua minat giler babash kat csi miami.. hihi! biler le citer polis mesia 
nk amek diana danielle jadik inspektor?? whoaa... tangkap sayer! tangkap sayer! :P)

Tengah-tengah dok pening kepala…


Trett!! Trett!! Phone pulak bunyi. Lagu everything u want dr train menderu2 membingitkan telinga. Arghhh, sapa kacau aku malam2 ni? Office hour aku tamat sebaih saja aku melangkah kluar dari Tower 2 KLCC, aku memang tak layan call2 lepas office hour neh..


“Matpi, macamana ek plan kita nak pegi Melaka tu? Berapa orang dah confirm? Schedule dah setel?” Ojan bertanya dgn rakus umpama boss yg memang budget dia akan lari giler2 klau file2 tu tak siap… hehe.


Dan aku dengan pantasnya teringat file2 yg berkaitan ngan trip ke Melaka tu semua aku save kat desktop office. Aiyak! Otak aku mula ligat berpusing utk mengklentong Ojan dgn ayat2 yg dah disusun kaw2 punya. Tapi otak tak jalan beb. Idea2 baek otak geliga Sidek Segaraga tak mau kluar bila tgh pening2 mcm ni. Akhirnya…


(whoaa!! makang baby!! ko x buat lagi ek apa aku soh ko wat??!!)


“Jan, sori jan. aku tak buat lagi beb pasal schedule tu. Pasal confirmation budak2 ni pulak, semua file tu ada kat desktop office. Aku lupa bawak balik. Nti aku update balik ngan ko eh Jan? sorry bro…”


Aku buat ayat2 syahdu sebelum kena sembur ngan Ojan. Hehe! Naseb baek Ojan tak hot! Wahahaha! Tapi aku pastikan jugak, esoknya trus aku siapkan plan schedule tu. Pening wey rupanya nk adjust vacation plus gathering utk 30 orang ni. Masing2 nk enjoy cara sendiri… akhirnya, dengan kuasa veto yg ada pada aku, aku reject je mana2 idea yg agak2 sewel n plan aku punya vacation sendiri. Ngee3x! :P



(gua dah reject idea lu! apahal?? tak puah hati?? nk gado?? gigit tinga kang...)

Ahhh, bosan sungguh! Apesal la bosan sgt ni???

Hari ini hari yg tidak brapa produktif utk aku di pejabat. Dari pagi td, aku hanya ada mood sepoi sepoi bahasa utk sekadar mencari informasi ttg satu software yg bakal memudahkan aku membuat sebuah website. Pkul 11 aku dah start layan benda2 lain.

Tetiba aku t’dengar nyanyian merdu zapin, dendangan yg begitu dekat dgn telinga aku. Mula2 aku cuba perhatikan siapa punya suara yg begitu memukau. Alih2 perut aku terasa sakit. Owh, perut ini sudah mula menyiapkan effect2 dan percussion2 yg secukupnya utk mengaum minta diisi.

Aku lapar! Dem!

Aku sangkakan suara Diana Danielle yg sedang menari lenggang lenggok di depan anak mata yg sedang dr td dok kebosanan melihat skrin computer. Heheh~

Sabar ya sayang. Skejap lagi kau santaplah sepuas-puasnya. Tapi nk makan kat mana?


Burger King? Ahhh, bosan! Lagipun Bobo ada sejarah hitam ngan awek counter dia. Burger King Kong ada tak?


KFC? Hari tu dah makan ayam togel. Mau bau ayam aku klau hari2 makan ayam goreng pak cik Sanders nih!

Melompat2 ngko yer?? Lompatlah! Lompatlah!
McD? Aku dah boikot. (ada orang boikot lagi ke?) Hmm…


Nampak gaya aku follow budak2 ni ah. Follow je ye. Mana2 hidangan yg terlintas pasti disebat dgn rakus dan penuh nikmat. Pasti! Tapi bukan aku nk usha cari Levi’s ke selai? Jeans aku dah byk yg lama. Yg aku pkai dari foundation pun ada. Tapi dah lusuh tahap gaban. Ni nk kena cari yg baru nih.
Wulamak aiii! Fit bontot tuh… Ngeh3x~
(idaman gue nij, levi's 501... cup cup cup!)

Kejap lagi boss aku xde. Nice! Boleh hang out jap lepas lunch. Lepak2 kat satu tempat ekslusif yg hanya manusia2 dan geng2 sperti aku yg tau. Siapa kata KLCC xde tempat lepak yg best? Hehehe~

Hmm, utk blog ini, aku kena upload picture. Kasi drama sket. Hehehe. Baru masyuk. Aku baru tau blog aku xde picture. Patutla mcm tak meriah. Owhhh. Yeahhh. Lepas ni masuk picture2 byk. Masuk byk2.

Okeyh, mau chiow. Till then~

Oooops, lupa. Nti gua tunjuk jeans levi’s baru gua! Heheh…

daun hijau

daun hijau

ilustrasi pensil & cinta

Projek ini sudah lama aku rancang, tapi hingga saat ini baru diberikan sedikit kekuatan, ruang dan masa untuk benar-benar merealisasikannya.

Baru saja bermula, InsyaAllah sedikit demi sedikit projek ini akan aku usahakan dan sampai waktunya nanti, akan aku dedahkan secara umum matlamat dan hasil sebenar projek ini pada sahabat, kawan dan rakan-rakan bloggers.

Ianya projek yang ringkas, tapi amat sangat bermakna untuk kersani. Harap kalian sabar menunggu.

kira ulat

ulat rajin

kroni ulat hijau

ulat hijau

tiga

tiga

rendam

rendam

sembang ulat


ShoutMix chat widget

pustaka ulat

FEEDJIT Live Traffic Feed