Sapa kata Kamera Henpon xde kelebihan compared to DSLR atau Digicam?? Walaupun kamera henpon ni kadangkala kecik je dier punya resolution, tapi dalam bab snap2 picture ni, korg jgn nk memperkecikkan kebolehan dia. Senang2, kamera henpon bleh campak DSLR masuk longkang beb!

Kalau pakai DSLR yg besar gedabak dan buleh nampak sejauh 2 batu notika tu, korg ada bran nk amek gambar2 camni???


(botol air! owh, tak power? takpe! tengok bawah lagi...)


(botol kicap besaq! bak kata bobo. tak power jugak? takpe, bawah... bawah!)


(sbuah merc bersport rim 16 inci cuba membuat wheelie kat divider depan stadium malawati!)


(haaa! amacam? lu brani snap awek nak naek lrt pegi keje pagi2 pkai DSLR??)


(snap lagi! hahaha! kali ni aku kasi lagi clear baekk punya!)


(wuish!!! snap jarak korner lipat cecah side mirror punya dekat. amacam DSLR? lu brani masuk??)


(snap kawan member sendiri yg muka cun-tahap-tak-hengat! cam j.evans pun ada bai!)


(pic ni ibarat terminator la bagi DSLR! mana mungkin DSLR brani masuk gini punya rapat?!)


(ini? hehehe! sorry bro, lu letak sticker "liverpool supporter on board", takde org sanggup naik wira lu! hehe... :P)


chiow!



(casts utama siri My Girl. pedulikan yg lain, fokuskan retina korg pada yg no 4 dari kiri.)

Dulu, aku adalah antara jejaka2 macho yg pernah men'tag' manusia2 yg suka layan crita korea ni sbg jiwang.org , mat bunga, jambu, sayur dan yg sekapal dengannya. Waktu itu aku 1st year dan aku masih ingat, Akim Moxx adalah antara member2 aku yg terawal menjadi spesies yg berjangkit kronik dgn crita korea.

Sehinggalah suatu hari, Akim Moxx memperkenalkan aku dgn My Girl. Aku sahut cabaran Akim utk mengatakan aku akan layan serie ni sampai habes, dan demi Nasi Goreng Paprik Pak Ali dan Sweet Lassi Kassim, aku takkan tgk korea series yg lain! Dan aku begitu yakin, Akim Moxx akan sekurang2nya mengenyangkan aku dgn hidangan enak tersebut.

TAPI ke'cute'an Joo Yoo Rin atau Lee Da Hae, membuatkan aku tewas! Dari satu serie ke serie yg lain, My Girl membuat aku hilang RM7.00++ sebab blanja Akim Moxx! Nak kata crita dia konflik sgt2 pun tak, tapi lakonan Yoo Rin membuat aku tersenyum tiap kali melayan My Girl. Rasa macam cepat je satu serie tu habes! Lebih2 lagi bila Yoo Rin ketawa comel2, alahai, rasa nak terkam je! Tarik sket pony tail dia pastu usap2 pipi dia yg gebu cam harem tuh! Hish!

Siapa Yoo Rin? Korg cari lah balik serie My Girl... Gediks? Sket, tapi sebab dia comel, gua maafkan. Dan sampai hari ni, walaupun aku dah layan byk series korea yg lain, aku still rasa My Girl paling best! And Akim Moxx, thanx sebab kenalkan aku dgn Yoo Rin. Tapi ko tetap mat jiwang di mata, hati dan jiwa aku. Heheh!


(Yoo Rin buleh jadi aweks rock sket...)


(Yoo Rin pun buleh jadi sophisticated mother sket... mcm Lily Van Der Woodsen.)


(Yoo Rin pun sesuai jadi model iklan lotion mandi...)


(awek indie? bawak gi konsert ni, mau tak kenal member nih!)


(dan yg paling best, senyuman dia yg kelakar, innocent, sweet, full of spirit and inspiringly beautiful...)



(first time post video, sorry gua x reti nk centerkan... anyway, i know sesapa yg penah layan My Girl akan ingat every single scene in this video. kan? layann!!)



Assalamualaikum? Ma ko nih?”

(Assalamualaikum. Ma ke ni?)


Ayat pertama bila panggilan aku bersambut, menandakan panggilan aku berjawab. Jarang benar klau aku call mak aku dia tak angkat. Kalau tak angkat, mesti ke masjidlah tu. Jarak tak jauh, so smayang wajib memang dia slalu buat kat masjid.


“Waalaikumussalam. Ho, Ma la nih. Pie sihat ko?”

(Waalaikumussalam. Haa, Ma la ni. Pie sihat ke?”)


Ibu. Apa-apa hal pun, kesihatan dulu dia tanya. Stereotaip. Takkan pernah dia start dengan soklan lain. Tapi ke’stereotaip’an sifat penyayang mereka itulah yg menjadikan diri seorg ibu 3 kali ganda lebih wajib dicintai dari seorg ayah. Lu ingat senang jadi penyayang?


“Oghe sihat yah, supo skalo. Ma dok wat gapo? Make nasik doh ko?”

(Orang sihat je. Macam biasa. Ma tengah buat apa? Dah makan ke?)


Sebenarnya aku kadang2 blank bila cakap dgn mak aku. Tak tau nk bukak topik apa sebab klau aku salah cakap mesti ada nasihat yg diberi. Bukanlah aku tak nak trima nasihat, tapi alah, korg tak yah hipokritlah, sapa suka dgr nasihat ye tak? Lebih kurang aku jer semua kan?


“Ho. Make nasik doh. Ni Ma nok ghoyak mugo ko pie.”

(Dah. Dah makan dah. Ni Ma nak bagitau benda pada Pie)


Gulp! Alamak, sesi nasihat tazkirah lagi ke? Adeyh! Tak sempat nak elak, tahan jelah. Naseb baek aku takde nk buat apa2 malam ni. Ni biasa klau opening macam ni, mau 15-20 minit nih.


“Ma nok ghoyak gapo?” Kias sket ah! Hehe!

(Ma nak bagitau apa?)


“Pie kalu nok caghi oghe tino, kalu buleh gak, caghi hok pakai klubung kepalo lah. Buke ma nok laghe ko gapo. Tapi Pie keno ingat, oghe jate ni bakal jadi ketuo keluargo. Ketuo keluargo besar tanggungjawab dio. Doso dio sedighi, doso bini dio, doso anok2 dio, semuo dia kena tanggung.”


(Pie kalau nak cari orang perempuan @ awek, kalau boleh carilah yg pkai tudung. Bukanlah Ma nak larang ke apa. Tapi Pie kena ingat orang lelaki ni bakal jadi ketua keluarga. Ketua keluarga besar tanggungjawabnya. Dosa dia sendiri, dosa isteri dia, dosa anak2 dia, semua dia kena tanggung.)


Err, apasal tetiba kluar topik pompuan pakai tudung tak pakai tudung nih? Aiyak! Ini membikin gua risau nih. Gundah gulana hati kecil beta. Macam Sadik Segaraga bila Abdul Wahub tak balik2 walaupun sudah malam hari.


“Hmm… Tapi Ma, buke semuo oghe tino hok tok pakai tudung tu tok baik. Ghama jugok hok baik. Buke semua oghe tino hok pakai tudung tu baik.”

(Hmm… Tapi Ma, bukan semua orang perempuan yang tak pakai tudung tu tak baik. Ramai jugak yg baik. Bukan semua orang perempuan yg pakai tudung tu baik.)


Aku cuba mencari punca. Nak kata membidas, takdelah. Saja nak dgr penjelasan lanjut, pandangan seorg ibu, seorg wanita. Seriously, gua tak tau kenapa topik ni tetiba muncul. Dalam telepon pulak tu!


“Betul. Ma tok kato oghe tino hok ghambut lepah tu tok baik. Tapi Pie yakin ko Pie buleh didik dio? Oghe tino ni pie keno ingat, bilo nikoh, dio haghap ko Pie doh nok didik dio. Nok ajar smaye, ajar poso, ajar amal-amal ibadat lain. Kalu dio tu pakai tudung doh, lagi mudoh Pie nok ajar.”

(Betul, Ma tak kata orang perempuan, err… ‘freehair‘ tu tak baik. Tapi Pie yakin ke Pie boleh didik dia? Orang perempuan ni Pie kena ingat, bila dah kawen, diorg mengharap pada Pie utk didik diorg. Nak ajar cara solat, ajar puasa, ajar amal-amal ibadat lain. Kalau dia dah bertudung, lagi mudah Pie nak ajar.)

“Hmm… Oghe tokse nikoh lagi Ma. Haha!” Batuk2 kecil.

(Hmm,.. orang tak nak kawen lagi Ma. Haha!)


Ehem! Ehem! Dah 2 kali dah batuk2 gelabah nih. Keluar crita pasal kawen la pulak. Ketawa tu nak tutup bunyi enjin motorbot yg tgh berdengung2 kat dalam. Kaver kaver!


“Tau. Ma tau. Cumo Ma beghaso ma keno peghingat ko Pie. Pie nok saing takpo, tapi keno ado batase. Kalu buleh, ajok saing-saing smaye skali. Pie oghe jate, jange malu nok ajak saing wat ibadat. Biarlah oghe kato gapo pun. Tapi Pie pecayo lah ko Ma, oghe jate hok wak baik denga ikhlas, insyaAllah Allah ake temuke jodoh dio denga oghe tino hok baik jugok.”

(Tau. Ma tau. Cuma Ma terasa Ma kena ingatkan pada pada Pie. Pie nak berkawan takpe, tapi kena ada batasan. Kalau buleh, ajak kawan-kawan solat skali. Pie orang lelaki, jangan malu nak ajak kawan buat ibadah. Biarlah orang lain kata apa. Tapi Pie percayalah pada Ma, orang lelaki yg berbuat baik dgn ikhlas, InsyaAllah Allah akan temukan jodoh dia dengan orang perempuan yg baik juga.)

“Yo Ma. Betul kato Ma. Tapi bakpo tibo-tibo ceghito pasal oghe tino nih? Hehe!”

(Ya Ma. Betul kata Ma. Tapi kenapa tiba-tiba cakap pasal orang perempuan ni? Hehe!)

“Pie anok Ma. Pie telepon sokmo ko ma. Ma buleh ghaso. Nasihat ma, kalu besaing, besaing besungguh kerano nok jago agamo dan budi bahaso kito. Jange besaing denga oghe tino kalu Pie ghaso dio merosakke diri. Pie dok jauh dulu lagi. Ma cayo ko pie, sebab tu ma pese awal-awal.”

(Pie anak Ma. Pie selalu telefon Ma. Ma dapat rasa. Nasihat Ma, kalau berkawan, berkawan betul2 kerana nak jaga agama dan budi bahasa kita. Jangan berkawan dengan orang perempuan kalau Pie rasa dia merosakkan diri. Pie jauhkan diri awal-awal. Ma percaya pada Pie, sebab tu Ma pesan awal-awal.)

“Baik Ma. InsyaAllah, oghe try jago stakat hok buleh.”

(Baik Ma. InsyaAllah, orang try jaga stakat termampu.)

“Ho lah. Haa, takpolah, nanti smula Ma telepon pulok. Assalamualaikum.”

(Baiklah, Haa, takpelah. Nanti lain kali Ma telefon pulak. Assalamualaikum.)

“Waalaikumussalam. Ma jago dighi molek deh. Kalu ado gapo2, ghoyak lah ko oghe.”

(Waalaikumussalam. Ma jagi diri elok-elok. Kalau ada apa2, bagitau lah pada orang.)

“Takpo. Ma tak dop gapo2.”

(Takpe. Ma takde pape.)

“Okey.”


Klik! Panggilan diputuskan, mak aku dah letak. Haih, tetiba rasa smacam bila mak tetiba call out of blue, pesan supaya jaga batas pergaulan aku dengan kawan2 pompuan. Apa crita nih? Ke ada benda jadi yg aku tak tau? Mak aku ada basic instinct macam Peter Parker ke? :P


Takdeah, aku yakin ini Cuma naluri seorg ibu ni, yg sentiasa mahukan yg terbaik utk anak dia. Tak caya? Try call mak korg. Agak2 kalau dengar suara korg, dia tau tak apa yg korg tgh rasa? Aku bet singgit dia tau! Aci potong jari kelingking korg. Hehe!


**************************************


(cantik! begini?)


(ayu! atau begini?)

Artikel yg aku merepek ni bukan nak justify sapa betul sapa salah, cuma aku sekadar cuba mentafsir pandangan seorg wanita bergelar ibu. Aku takdela jahil, aku tau bukak aurat tu haram. Tapi skrg ni bukan itu tujuan aku menulis. Bukankah kita tak boleh nk terus mengatakan semua yg ‘nampak baik’ itu baik? Dan bukankah tak adil utk menghukum sesuatu yg ‘nampak macam tak baik’ itu betul2 tak baik?


Aku menulis sebab aku rasa aku hanya mampu berfikir dalam2 pasal hal ni bila aku menulis. Kalau korg rajin pulak baca dan tetiba ada something yg lahir dalam hati korg yg korg rasa tetiba membuak-buak nk bgtau, just shoot me. Gua sedia mendengar pandangan korg. Manis atau pahit.


Aku agak isu tudung tak tudung ni sentiasa jadi topik ‘Pillow Talk’ di kalangan pompuan. Betul ke? Oooppss, girls! Pompuan tak bunyi omputeh, girls bunyi omputeh sket ye tak? Haha! Well, kalau ada minit mesyuarat tak rasmi pillow talk korg yg boleh dibentang, bentangkan je kat sini. Perap lama2 pun, korg lupa gak someday.


p/s: kalau aku mintak pendapat Akhil Hayy, korg rasa amacam? Dia kan slalu jemput tetamu undangan ‘freehair ‘dalam Café Akhil Hayy. Prasan tak?


Anak rusa nani, Baru pandai jalan.

Ada salah kami, Harap dimaafkan.


^_~


Chiow~


NotaDalamPoket: Pie adalah panggilan mak aku pada aku.



(michael jackson. 1958-2009)

Hari ini dunia kehilangan seorang lagenda muzik pop yg terkenal dgn 'Moonwalk' beliau.

Menginspirasikan dunia tanpa mengira warna kulit, hitam atau putih, Michael Jackson telah disahkan meninggal dunia di UCLA Medical Center akibat kegagalan fungsi jantung.

Beribu-ribu penghibur di seluruh dunia menjadikan Michael sbg idola mereka kerana Michael telah membuktikan muzik adalah sesuatu yg universal. Dalam menghiburkan, manusia tetap boleh bersama menghayati muzik pop beliau.

Dan America's Hall of Fame telah menjadi bukti kegigihan Michael pada 1984.

Jutaan peminat-peminat Michael pula telah membesar bersama-sama Michael dgn lagu-lagu seperti "You Are Not Alone","Smooth Criminal","Black Or White", "The Earth Song" dan perbagai lagi dalam album Thriller, Bad dan Dangerous.

"But, if you're thinkin' about my baby it don't matter if you're black or white" - MJ.

Semoga roh beliau dicucuri rahmat.

p/s: masih tertanya-tanya adakah rakyat malaysia akan mengenali air Pepsi seperti hari jika tiada lagu "Black or White"...




(Peace-Ang-Gun, BowBow dan Fidut, RaymeeKari tidak kelihatan...)

ClassBatal, sebuah band tempatan yg tidak asing lagi pada pendengar-pendengar muzik zaman 60an. Masih lagi mengekalkan konsep slow rock punk yeh yeh, pada tahun ini yakni 2009, mereka muncul kembali dengan frontline2 baru yg bakal menggegar utk album ke 29 mereka. “Burger Tak Masak”, itulah nama album baru mereka yg menjanjikan 1008 kepuasan utk fan fan mereka yg begitu kehausan cinta pada band ClassBatal ini.


Band ini pernah mencipta rekod dengan menghasilkan 700 lagu singles sepanjang zaman yg tidak pernah mampu dicabar oleh band-band lain walaupun selepas 2 abad! Lagu-lagu seperti “Awek 7 Eleven Yang Aku Masih Dok Tackle Tak Dapat-Dapat”, “Anak Ayam Mati Tercekik Biji Durian”, “Kusimpan Kad Kredit Mu Yang Kau Tak Nak”, “Aku Pencinta Amelina Dangdut”, “Cinta Senipis Walletku Di Hujung Bulan” serta “Nak Beli Rokok Tak Mampu Jadi Aku Pow Member Punya” Masih lagi segar di ingatan peminat peminat muzik mereka.


ClassBatal juga telah berjaya menghiburkan lebih 1.47 juta peminat mereka di seluruh Malaysia, Indonesia, Selatan Nepal, Kepulauan Zimbabwe Utara, serta Mongolia 4 Musim dengan mengadakan konsert2 terhebat sepanjang zaman. Lebih 8241 konsert yg telah mereka adakan di seluruh pelusuk planet di mana antara konsert2 yg paling diingati adalah di perkarangan rumah Mak Cik Jenab Nasik Lemak yg mana pada waktu itu tema konsert tersebut adalah “Jerangkung Dalam Baldi”. Sungguh ganas dan menyeramkan walaupun lagu2 yg dibawa berentak zapin lenggang dengan kerjasama persatuan tarian sumazau dari jawa barat. 12 ekor kerbau hitam, 40 ekor biri-biri ternakan FAMA serta 34 ekor lotong liar yg dibawa khas dari Zoo Melaka telah dikorbankan dalam konsert tersebut di mana 41 orang peminat mengalami sawan babi sejurus selepas konsert akibat sesak nafas melayan lagu zapin cak pong cak pong yg dibawa oleh ClassBatal dalam versi metal death iras2 Megadeath dan Iron Maiden! Manakala monyet2 liar yg berkeliaran di kampung tersebut didapati telah mengalami trauma cacat otak akibat keganasan ClassBatal yg menyanyikan lagu2 mereka pada skala 18.9 skala richter decibel!


Fronline ClassBatal utk tahun 2009 masih mengekalkan BowBow (saudara bau-bau bacang dgn BowWow) sebagai vokalis utama yg mampu membawa lagu Ku Di Halaman Rindu nyanyian Nash lefthanded dengan skali nafas sahaja! Lead gitar telah beralih tampuk pada saudara Fidot, bekas tukang masak Donald Trump yg dipercayai lari dari hutang tak bayar sewa bilik di New York. Dengan pendedahan sebegitu meluas di negara “chill” tersebut, tidak hairanlah Fidot mampu menggoreng lagu BYOB dari System Of A Down sambil memakan karipap daging dan membantu adiknya membuat kerja sekolah pada satu2 masa!


Bassist? Siapa lagi kalau bukan Peace-Ang-Gun! Nama yg cukup disegani dalam irama kuda kepang kerana beliau mampu membuat wheelie pada kuda kayu tersebut sambil pejam mata. Peace-Ang-Gun sebelum ini pernah menganggotai band Lifehouse dan menjadi tulang belakang Blink 182 tetapi beliau merasakan dunia Hollywood terlalu cemar dab bebas dengan perempuan, sedangkan beliau lebih suka berzanji di dalam bilik pada malam sabtu, bukannya pegi Las Vegas mengabihkan beras dan hasil kutipan royalti mereka.


Kini, dengan album baru mereka berjuduj “Intern Lagi 2 Minggu Nak Habis, Awek Burger King Masih Buat Tak Kenal” yg membawak konsep alternatif punk dan indie, mereka cuba menggabungkan elemen-elemen tarian puak Zulu di afrika dalam lagu-lagu mereka. Hasilnya, 138 lagu dimuatkan dalam album ini dan 33 singles ClassBatal telah meloloskan diri di BillBoard lagu2 nasyid di Tumpat Kelantan, dengan menggunakan Maya Karin dan Hamid Gurkha sebagai album artwork! Album ini juga dianggap tribute pada RaymeeKari , drummert mereka yg kini masih ditahan di Sungai Golok Thailand kerana cuba menyeludup 152kg belacan asli dari Narathiwat. Untuk RaymeeKari, mereka telah dedikasikan lagu “Apasal Kau Seludup Belacan Ikut Sungai Haa??” sebagai mengingati sahabat mereka yg kini meringkuk di Guantanamo dengan hukuman hisap rokok 15 batang skaligus setiap 2 jam, sekali selepas breakfast!


Jikalau anda kenal Wings, Search, Lefthanded, BPR, Black Dog Bone, Pertubuhan Seni Suara Anak Perlis, Kugiran Abuya dan Rakan2, atau setidak-tidaknya Band Bengkok (apala punya nama!), sudah pasti ClassBatal masih tersemat dalam hati nurani anda antara band2 yg pernah melengkapkan kisah hidup anda dgn gamitan lagu2 mereka. 14 lori anugerah dan trofi dari RTM, TV3, NTV7, Astro Oasis, Akademi Fantasia (WTF?), Mentor, Jangan Tidur Lagi, Jalan2 Cari Makan serta 2 pencalonan America’s Kids Choice Award membuktikan ClassBatal bukanlah calang2 band anak Melayu yg buta warna. Buta warna tidak pernah mencacatkan mereka dari menghasilkan berpuluh ribu lagu yg kini masih kedengaran jika anda ke kedai Basikal Ah Peng, Superstore Tesco, Mini Market Uda dan Stesen Radio KLFM! TV3 juga telah mengambil inisiatif utk membuat siri realiti TV khas utk ClassBatal dgn tajuk yg dipersetujui sehingga ini ialah “Kalau Kau Bukan Awek, Jangan Harap Nak Menang!” bagi mencari anggota mereka yg kelima.


Bakat ClassBatal juga tidak terhenti pada nyanyian sahaja, sebaliknya mereka turut mengambil peluang dgn memegang pelbagai watak dalam 5 buah filem, tempatan serta Hollywood. Filem2 seperti “Gerak Khas The Movie: Korean Version” telah mengambil BowBow sebagai tukang jual air batu campur di kaki lima di mana lakonan mantap beliau telah mendapat pujian Perdana Menteri Rusia pada waktu itu, seterusnya mengambil BowBow sebagai duta projek angkasawan pada tahun 2016 nanti.


Fidut juga tidak kurang hebatnya apabila ditawarkan watak Legolas dalam filem The Lord Of The Rings tapi beliau terkena demam campak pada waktu itu yg menyebabkan beliau menolak lamaran utk berlakon dalam filem tersebut. Namun tuah masih menyebelahi beliau apabila ditawarkan berlakon teater di bawah arahan Yasmin Ahmad utk teater berjudul “Tiang Letrik TNB Bukti Cintaku Pada Nenekmu”.Kalau tak silap kajian saya, Fidut memegang watak paling mencabar dalam teater tersebut, iaitu err… erm, tiang letrik la! Susah kot jadi tiang!


Saudara Peace-Ang-Gun pula mendakwa lakonan bukan sebahagian dari seninya. Maka beliau mengambil jalan pintas utk mempopularkan diri beliau dengan berlakon part-time dalam advertisement sebuah syarikat telekomunisi terkenal. Memakai kostum kuning sedikit gempal dan sentiasa mengikut pengguna telefon bimbit ke mana2, Peace-Ang-Gun menjadi faktor utama syarikat telekomunikasi berkenaan mendapat untung berbilion ringgit pada waktu itu. Kini, beliau lebih suka menyendiri di dalam washing machine LG sambil mencari ilham utk lagu2 ClassBatal.


Oleh itu, jangan lepaskan peluang menghadirkan diri anda (bawak adik pompuan ramai2 yer?) ke konsert ClassBatal yg bakal dilangsungkan pada 31 Julai ini di Secret Garden, Stadium Negara. ClassBatal dijangka menghangatkan keadaan dgn cuba membuat persembahan 3 hari 12 malam tanpa henti, kecuali utk buang air kecik dan solat sunat dhuha. BowBow yg kini mendapat sentuhan kasih sayang make up artis beliau sendiri turut mengundang Ahmad Dhani Bidin, vokalis Kumpulan Dewa Dewi Tadika Dzul Iman dan Mulan Jameela sebagai opening act utk konsert mereka.


Tiket2 berharga RM388, RM258, RM138, RM18 dan RM0.18 sen boleh didapati di kedai-kedai jamu Putri Wulandri, Kedai Jam Lee Ah Leong, Kilang Roti Ana, Pusat Latihan Memandu Kumaresan, Pondok Polis Kg Beruk, TGV KLCC, pintu-pintu masuk stadium dan kedai2 snuker seluruh Negara serta tong-tong sampah yg berdekatan. Tempahan online boleh dilakukan di www.jolikatak.com tetapi link dijangka mengalami kesesakan kerana peminat2 ClassBatal yg terdiri dari hacker2 negara Papua New Guinea telah mencerobohi database MySQL jualan tiket. Astaga!


Sebagai tip of the iceberg konsert tersebut, 55 buah jet A380 airbus milik AirAsia bakal dibakar dgn minyak tanah sebagai mercun dalam menyambut konsert 40 tahun ClassBatal! Dengan ClassBatal bakal terjun dari udara dalam menyampaikan 36 lagu mereka! Jumpa anda di sana!!!


Autobots!!! Roll Out!!!

(official poster! i want that limitless power!!)
Aduh! Adoi! Sakitlah Starscream! Apa ni tembak tembak aku?? Beeee!!! Prime!!!!!!! Sini oi!! Sini!!!

Hahaha! Filem yg aku tggu selama 2 tahun setelah filem pertama Transformers membuat aku ke wayang sebanyak 3 kali. Macam syial je Michael Bay!

Baiklah, Transformers 2 adalah hasil usahasama Michael Bay dan Steven Spielberg, kedua duanya adalah taiko filem yg mementingkan kesempurnaan dalam hasil kerja mereka. Dan bila otai2 ni bertemu, lahirlah sebuah seni filem yg aku rasa filem terbaik utk 2009!! Transformers 2: Revenge of The Fallen!!


Let’s go to kriteria aku yg pertama:

“Plot” atau Jalan Cerita

Secara keseluruhan, Jalan Cerita Revenge of The Fallen adalah 3000 kali ganda lebih baik dari filem Melayu arahan Razak Mohaideen, 100 kali lebih baik dari High School Musical dan hanyalah filem2 seperti Kung Fu Panda, Ip Man atau The Last Samurai yg mampu berada satu tahap seperti Revenge of The Fallen!

Plot RoTF dimulakan Sam Witwicky yg mendapat satu ability utk memahami rahsia puak Autobots dan Decepticon melalui symbol2 pelik yg wujud dalam mindanya. Simbol2 ini adalah satu petunjuk rahsia pada satu kunci utk membuka salah sebuah kuasa terkuat yg tertanam sejak beribu tahun di bumi, selain All Spark.

Geng Decepticons yg bersekutu dgn salah seekor dari Primes yg jahat lagi kejam, cuba untuk menawan bumi dan memperoleh kuasa tersebut. Niat mereka hanya satu, iaitu mendapatkan tenaga dari matahari dan sekiranya mereka berjaya, bumi akan bergelap utk selama-lamanya.

Plot semakin mencabar minda penonton apabila Primes dan rakan2 Autobots yg lain dianggap menjadi punca kepulangan Decepticons, seolah-olah kehadiran mereka adalah faktor kemusnahan bumi. Walaubagaimanapun, dgn kebijaksaan Sam Witwicky dan ditemani oleh aweks yg brani bersamanya, Mikaela, mereka member harapan baru pada bumi setelah melepaskan diri dari cengkaman Megatron dan kembali menghidupkan Optimus Prime yg telah mati!

Dan kali ini Prime hidup kembali dengan kuasa baru yg tidak terbayang kehebatannya!!

Cukup! Kalau nk lebih detail, cari kat blog lain. Korang rasai sendiri betapa kejahilan manusia tak mampu diubati dengan kata2 Prime, sebaliknya bila keadaan semakin terdesak, robot2 yg dianggap makhluk asing ini sanggup berkorban nyawa utk menyelamatkan bumi!

Gua bagi 4.95 per 5 utk rating Plot! Kasi gegar itu wayang!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!


(Prime: Not gonna give ya a chance Megatron!!)

Kriteria aku yang kedua:

“Character Development” atau Perkembangan Watak

Aku rasa tak perlu ulas panjang2 kriteria nih. Hampir semua watak berjaya menjadi elemen2 yg saling melengkapkan satu sama lain!

Prime: Dari 6 buah Prime yg ‘baik’, Optimus hanya satu2 nya yg tinggal. Sejarah ttg Prime dirungkaikan satu demi satu hinggakan ada penonton yg hampir nak menangis bila Primes dikalahkan bila berlawan dgn 4 geng Decepticons serentak! Tapi Prime dibuktikan bangsa pemimpin terkuat dalam sejarah Cybertron di mana bila dihidupkan kembali, Megatron dan Prime yg jahat langsung bukan saingan Optimus! Kedua duanya dibantai macam budak kecik oleh Prime!! Yeehaaaa!!

Bumblebee: Autobots yg paling hampir sifatnya dgn manusia. Konflik kehidupan Sam mengubah normaliti Bumblebee. Tetapi bila tiba masanya, Bumblebee tetap adalah pelindung Sam yg paling tepat bila Si Lebah ni menghapuskan seekor Decepticon yg hampir2 melunyaikan Sam!


(Bee: Take my Sam, I'm gonna blow ur asses off!!)

Sam dan Mikaela: Kolej, Cinta, Break Up, Betrayal, Kesetiaan dan Perfecting Each Other! Memerlukan kehancuran sebuah piramid utk melengkapkan cerita cinta mereka. Dan mereka tetap tidak putus harapan bila Prime dibelasah dgn teruknya!


(Sam & Mikaela)

Megatron: Ketua Decepticon yg angkuh dan paling sukar dikalahkan. Bijak dan sangat bijak! Kerjasama dgn Starscream dan seekor Prime yg jahat hampir2 membolehkan Megatron menguasai planet bumi!

Rating aku??? 4.9 per 5 utk Perkembangan Watak! Kasi gegar itu wayang!!!!


Dan kriteria yg last skali:

“Action” atau Aksi

Transformers 2 adalah sebuah filem yg membuat jantung korg berdegup kencang, sekencang bunyi sbuah F-22 Raptor yg hancur sebelum terbang pun!

2 jam setengah filem mini berlangsung, terdapat berpuluh letupan yg amat2 real! Sbuah naval base hancur, berpuluh Raptor dan Tank hancur, berjuta peluru muntah, dan beberapa Decepticons serta Autobots baru yg mempunyai ability masing dan semuanya diberikan nafas oleh Michael Bay utk menonjol.

Devastator menjadi sbuah Decepticon gabungan yg bagak giler babash, Autobots dapat member baru, 2 ekor robot kecik yg sgt2 power serta kembalinya Megatron yg maha kejam menjanjikan aksi graf yg sentiasa ascending!

Babak pertarungan paling indah adalah apabila Prime mendapat kuasa dari Jetfire, sbuah Decepticon yg berpaling tadah dan kembali menjadi warrior Cybertron! Tapi bezanya kali ini mereka bertarung di bumi!

Pabila bazooka saiz gergasi menghancurkan muka Prime yg jahat tuh, gua rasa macam nak melompat2 sarkas! Puas hati!!!! Puas hati!!! Gua tak peduli lu minat Bumblebee yg comel ke, Mudflaps dan Skids si kembar tu ke, Megatron ke, Devastator ke, yang pasti Optimus adalah Autobots dan Transfomers paling macho, paling kuat, paling pintar, dan paling sinikal sekali antara semua Transformers!

Dengan pedang yg membara, gua yakin Prime mampu menghancurkan rangka mana2 Decepticons skalipun! Yeeeehaaaaaa!!


(Optimus: Who wants some fire burning sword under his neck?!!)

So, utk rating Aksi, gua bagi 5 per 5 utk RoTF!!!


(Boooommmmmmmmmm!!!)


(Fiiuuuungggg!!!)

(Kapooowww!!!!)

Guys! U should fight ur lives for this movie. Ain’t no bullshittin ya man!

“If you ask us to go, then we’ll go. But I got one question for your president. What if we’re gone, and YOU’RE WRONG???” – Optimus Prime

Chiow!

Mari menunggu T3 pulakkkk!!!!



Pemeriksaan Gun Shot Residue (GSR)

Campuran di dalam GSR

Apabila sesuatu tembakan dilepaskan, satu pembakaran akan terhasil akibat dari pelanggaran penghentak dan serbuk letupan di dalam katrij peluru. Serpihan atau ‘Residue’ akan terhasil dan ianya boleh digunakan utk mengenalpasti katrij peluru yg telah digunakan dalam tembakan tersebut. Serpihan ini boleh ditemui pada kulit atau pakaian penembak, pada lubang luka tembakan serta pada objek2 lain yg menjadi sasaran. Proses nyahcaj dari pistol atau rifel yg digunakan, terutamanya jenis ‘Revolver’ juga kadangkala menyebabkan serpihan terdapat pada orang2 yg berada berdekatan dgn kawasan tembakan.


(GSR yg terhasil ketika tembakan dilepaskan)

Antara bahan2 kimia yg terdapat di dalam serpihan atau ‘Residue’ adalah Karbon (Pb), barium (Ba), atau antimoni (Sb). Biasanya, ketiga-tiga bahan tersebut akan wujud secara serentak dan dipanggil bahan primer. Antara bahan2 lain yg kadangkala terdapat bersama adalah aluminium (Al), sulfur (S), tin (Sn), kalsium (Ca), potassium (K), klorin (Cl) atau silikon (Si). Walaubagaimanapun, tiga bahan primer di atas lebih senang utk dikesan kerana ia tidak akan memanas seperti yg berlaku pada serpihan atau ‘Residue’.

Selain itu, bahan primer akan mengikut arah laluan senjata dihalakan dan menurun secara berkurangan mengikut arah peluru. Oleh itu, bahan serpihan primer lebih senang dijumpai pada sasaran atau luka tembakan dalam jarak sekitar 200 meter.


(kesan tembakan pada t-shirt normal)

Katrij peluru, peluru, kelongsong serta jaket besi juga mengandungi bahan spesifik yg boleh dikesan. Secara fizikalnya, kesemua katrij peluru adalah diperbuat dari tembaga (70% gangsa dan 30% zink). Hanya sebilangan kecil yg mengandungi logam nikel (logam syiling). Peluru pula adalah terdiri dari karbon dan antimoni, dengan sgt sedikit yg mengandungi teras aloi yg diperkukuhkan. Jaket peluru pula selalunya diperbuat dari tembaga (90% gangsa dgn 10% zink), tetapi ada juga yg diperbuat dari aloi yg diperkukuhkan atau aluminium. Kelongsong juga kadangkala mengandungi logam nikel.

Pengesanan GSR

Teknik utama utk mengesan serpihan primer adalah dgn mengaplikasikan:

1) Analisis Pengaktifan Neutron (NAA)

2) Spektrophotometri Penyerapan Atom (AAS)

3) Meng’scan’ Mikroskopi Elektron dgn Analisis Penceraian Tenaga (SEM-EDA)

Untuk menjalankan teknik-teknik ini, sample mesti diperolehi dari permukaan kulit mangsa di tempat kejadian. Kelewatan mendapatkan serpihan, pergerakan mangsa atau basuhan pada anggota badan akibat dari bedah siasat atau ‘autopsi’ akan menghapus atau memusnahkan GSR.

SEM-EDA telah diakui sebagai antara teknik terbaik dalam mengesan GSR.

Teknik mengumpul GSR tidak sukar dan agak senang utk dijalankan di tempat kejadian. Satu permukaan atau pemegang bergetah (gummed) akan diusap secara langsung pada permukaan (kulit atau sebagainya) untuk diuji. Pemegang tersebut yg mengandungi serpihan boleh terus dibawa ke makmal utk ujian dgn menggunakan alatan SEM. Teknik pengumpulan Polivinil-Alkohol (PVAL) telah dicipta bagi memastikan taburan topikal GSR serta penyampelan bahan2 lain seperti darah terjaga dgn baik.


(ukuran sebenar kemungkinan GSR yg terhasil dari tembakan pada sasaran)

Kelebihan utama teknik ini ialah: SEM akan mendedahkan maklumat terperinci permukaan sebenar dari bahan yg diuji, utk dibandingkan dgn contoh GSR yg telah diketahui serta gambar2 yg telah diambil dari tempat kejadian. Sebahagian besar bahan dari serbuk letupan yg telah separuh terbakar dan sfera GSR boleh diasingkan dari bahan2 lain yg mencemarkannya.

Harus diingati, mana2 bahagian badan yg berada berhampiran dgn kawasan tembakan juga mungkin mengandungi serpihan jelas yg konsisten dgn tembakan yg dilepaskan. Pakaian mangsa harus dibiarkan pada badannya sehingga dibawa ke makmal utk bedah siasat atau ‘autopsy’ kerana sedikit kesilapan pengendalian akan mengubah lubang kemasukan peluru dan mengubah cara GSR perlu dikumpulkan serta memerlukan maklumat lain dalam mengintepretasi tempat kejadian.

Analisis GSR memerlukan penilaian yg teliti. Hasil positif palsu mungkin disebabkan pencemaran atau pemindahan GSR kepada anggota badan mangsa akibat kecuaian, atau apabila anggota badan dicemari oleh GSR dari tembakan sebelumnya. Hasil negatif palsu pula mungkin terhasil apabila membasuh tangan (ketika tempat kejadian sedang disampelkan) atau mangsa yg memakai sarung tangan (gloves). Rifel dan ‘shotgun’ mungkin tidak menghasilkan GSR pada tangan.


(serakan GSR)

SEM sgt berguna dalam mengenalpasti peluru, di mana bahan2 yg terdapat pada atau berhampiran mangsa seperti fragmen atau pecahan tulang mungkin dpt digunakan dalam pengstrukturan semula tempat kejadian. Ia juga digunakan utk mempelajari kesan yg tertinggal pada alatan akibat dari hentakan pin tembakan di dalam bahan2 yg wujud pada katrij yg telah digunakan. Penemuan kesan ini mungkin sgt bermanfaat dalam menentukan jenis pistol yg telah digunakan utk melepaskan tembakan. Hasil dari satu kajian mendapati SEM mampu mendedahkan dgn jelas kesan pada permukaan dengan peratusan 50% utk impresi dari ‘shotgun’ manakala 75% impresi dari senjata jenis rifel, dgn persamaan pada 4 atau lebih karakteristik utk seseorg individu bagi kategori yg sama.

p/s: kalau nk tembak sesapa, prepare je berus cat, plastik dan minyak tanah. tau kan apa nak buat? :P


daun hijau

daun hijau

ilustrasi pensil & cinta

Projek ini sudah lama aku rancang, tapi hingga saat ini baru diberikan sedikit kekuatan, ruang dan masa untuk benar-benar merealisasikannya.

Baru saja bermula, InsyaAllah sedikit demi sedikit projek ini akan aku usahakan dan sampai waktunya nanti, akan aku dedahkan secara umum matlamat dan hasil sebenar projek ini pada sahabat, kawan dan rakan-rakan bloggers.

Ianya projek yang ringkas, tapi amat sangat bermakna untuk kersani. Harap kalian sabar menunggu.

kira ulat

ulat rajin

kroni ulat hijau

ulat hijau

tiga

tiga

rendam

rendam

sembang ulat


ShoutMix chat widget

pustaka ulat

FEEDJIT Live Traffic Feed