(daisy putih yg mendamaikan...)


Aku tak pasti samada readers kat sini pernah layan muvi 'Daisy'. Pernah? Kerana bagi aku muvi tersebut adalah antara muvi2 yang perfect dari segi story line, sinematografi dan feels yg wujud dalam setiap babak filem tersebut. Feels yang bagi aku 95.5% sempurna utk seorang lelaki yang jatuh cinta pada perempuan yang tidak mampu utk dimiliki. Bukan tidak boleh, tapi pilihan utk tidak memiliki lebih baik dari memliliki perempuan itu.


Akhirnya, dia hanya mencintai dan melindungi gadis itu dari jauh. Memandang dari celahan kaca dalam hujan, dan setiap pkul 4 petang, dia akan meninggalkan sepasu bunga daisy utk menceriakan hari perempuan itu. Dan dalam dia, perempuan itu jatuh cinta pada 'Daisy Man' yang tidak dikenalinya hinggalah saat dia hilang pendengaran...


Cerita ini masih panjang dan aku pasti lepas ini ramai readers yg akan cari balik file sharing atau korek dari member2 collector muvi utk cari muvi ini. Tapi berbaloilah! Muvi ini memang buat aku rasa lelaki itu sangat bijak dan perempuan itu sememangnya sayangkan lelaki itu. Tapi apa yg akan jadi pada kita(lelaki) ya kalau situasi ini terpikul pada bahu sendiri?


Mampu ke kau jatuh cinta pada seorang perempuan tapi pilihan utk melihat cinta kau bahagia dengan orang lain lebih baik dari dia mencintai kau kembali? Tak sakit ke? Entahlah, aku sendiri tak yakin utk menjawab soalan ini. Mungkin entri kali ini kedengaran macam aku ni mat jiwang, well, terpulanglah. Kau tak perlu pun jawab soalan aku, tapi rasanya seronok juga kalau tiba2 lelaki yg 'so-called 'bukan mat jiwang' menghadapi situasi seperti ini, aku nak tengok riak wajah diorg! Benda kalau kena atas batang hidung orang lain memang senang utk diketawakan, tapi bila kena batang hidung sendiri, baru bertemu buku dengan ruas bukan? :D


Melindungi perempuan, itu satu lagi tugas lelaki. Aku rasa macam nak menulis tentang lelaki yg perlu berfikiran jauh, atau senang cerita, BIJAK! Tapi mungkin lain kali, biar aku cari sumber dulu. Satu pesanan utk semua, ni dari interview (perbualan) aku dengan seorang perempuan.


Aku: Apa bezanya bila u dengan ur bf dan u dgn kawan2? Dua dua pun u happy, so?


Perempuan: Bila dgn kawan2, yes i'm happy. But with my bf, the feeling isn't the same. It's different. You're happy the way that you know he completes you...


Dapat apa yg aku maksudkan? Jadi, bahagiakan pasangan anda. Haha! Aku ni pandai bagi nasihat saja, kisah aku bukan macam 'Daisy' pun...



(pretty sure ramai readers yg dah came across with the actress...)




Tentu korang tertanya-tanya apasal aku upload gambar sampah sarap kat atas nih. Takpe, sebelum korang fahamkan diri korang, aku pun amek masa lama gila nak faham politik kampus aku sekarang. Al-maklumlah semua orang 'believe in change' dan semua penduduk kampus tau 'change' apa yg sedang hangat kat UTP di Tronoh nih.


Sebelum korang bertambah pening, ini ada maklumat penting utk penghadaman fikiran korang. UTP baru saja lepas General Constituency Election atau 'Pilihanraya MPP' utk senang difahami. Seperti biasa, budak-budak yg pro ke 'arah itu' dan budak-budak yg 'lost' tak tau pro arah mana-mana akan bertanding merebut jawatan tertinggi pelajar. Dah namanya berkempen, mestilah masing-masing nak tunjuk lagak manifestasi yg gempak-gempak kan? Banting, banner, poster memang tak payah ceritalah, sampai kat atas jalan raya pun (kalau dibenarkan) diorg nak tampal poster dan banner! Semangat macam haram!


Tapi dalam banyak-banyak perubahan yang dijanjikan (aku dan member-member aku memang tak percaya pun!), takde seekor pun calon yang cuba memanifestasi pasal kebersihan kat UTP! Semua nak manisfestasi idea dan gimi-gimik yang "WOW!!!" tapi banyak benda-benda asas yg dilupakan. Kepentingan kebajikan pelajar, akademik, perancangan masa depan, kebersihan, ketelitian dalam penilaian keputusan pelajar antara isu-isu yg bagi aku WAJIB dijadikan menu utama dalam interface antara wakil pelajar, pelajar dan pihak pengurusan. Tapi hampeh, memang aku dah rasa 'perubahan' kali ini setakat macam gaduh kucing! Bunyi gedebang gedebung dari jauh, tapi hasilnya tak ada pun! ZERO! Macam anjing menyalak bukit!


Contoh KEGAGALAN pertama, calon-calon MPP ni gagal utk mengutip balik poster2 yg berselerakan di kawasan academic building! NAK KUTIP SAMPAH SENDIRI PUN TAK MAMPU??? Apatah lagi nak betulkan dogma dan pemikiran pelajar supaya maju 10-20 tahun kehadapan. Kecewa, aku memang kecewa. Sejujurnya, aku tak kisah pun kalau calon-calon ini nak buat banner sebesar gunung everest, atau banting sepanjang tembok china skalipun, BUATLAH!!! AKU TAK HERAN LANGSUNG!!! Tapi yg aku tak puas hati, sehari lepas election, bila aku lalu jalan nak gi ke kelas, poster-poster wakil pelajar (AHHH, bosan!!!), poster-poster 'manusia-manusia sampah' ni bertaburan di atas jalan dan aku kesian dekat mak cik cleaner yg tak pasal2 dapat pahala free tolong kutip sampah-sarap diorang.


WOI MANGKUK, LAIN KALI NAK BERTANDING, TOLONG AJAR ANAK BUAH KE, ANAK APA-APALAH, KUTIP BALIK SAMPAH SARAP KAU! Jangan fikir kau dah menang election, poster-poster kau tu menarik perhatian aku sangat. Seriously, aku pijak-pijak je poster-poster tu semua bila aku jalan. Sumpah! Kau tak puas hati, meh datang bilik aku v5c-5-1-2. Call dulu sebelum datang, boleh aku prepare ayat2 power nak bagi berdesing sket telinga tuh! Dan aku ada bukti pun memang aku pijak poster-poster tuh! Lantaklah poster sapa, pro apa pun, mana-mana yg ada tengah jalan, lagi sedap aku 'merasa' tapak kaki aku!



Aku bukan pelajar yang perfect! Tapi brader, sendiri pikirlah. Pukul 4.45 petang, kotak undian baru suku je penuh. Ko tak rasa macam ko ni hina ke hanya disokong oleh kroni-kroni kau? Ahhh, persetankan! Bosan aku melatah pasal manusia-manusia macam ni. Ada sesapa tak puas hati???



Pada aku, cinta bukan sains roket. Cinta bukan sesuatu yang rumit, yang memerlukan lelaki atau perempuan utk mencuba semua 'rasa' mempermainkan dan dipermainkan sebelum membuat keputusan. Ramai sungguh yg kata, even kawan2 aku pun menganggap hidup lelaki macam dalam akuarium. Dan perempuan adalah 'ikan' yg mesti dipancing seekor demi seekor utk dirasa. Bila sudah rasa tahu rasa manis dan pahit pada semua ikan, barulah kau nak buat pilihan. Ahhhh, persetankan lelaki! Perempuan pun sama!


"Saya bukan tak boleh terima awak. Tapi saya perlukan masa utk berfikir..." Sedangkan bukan aku tak tahu berapa ramai lelaki yg mengelilingi kamu, mengucapkan kata-kata sayang palsu! Yang kelakarnya, lelaki seperti ini kamu layan lebih istimewa dari yang betul-betul sayang pada kamu. Pantang kalau yg lelaki yg benar-benar ikhlas ini terbuat silap, pasti akan 'dihukum' seteruk-teruknya agar merasa sakit, kononnya itulah pengorbanan sebelum cinta diterima. Dan pada masa yg sama, kata-kata mesra lelaki durjana, kau layan penuh mesra.


Hahaha! Malam ini pedih. Tapi aku belajar sesuatu. Aku sudah buat sesuatu yg tak pernah aku lakukan kerana kamu. Kerana aku sangka kamu istimewa. Kamu berbeza dari yg lain. Tapi malam ini kamu buktikan kamu cukup sabar menyeksa sampai ke limit batasan aku. Aku tidak putus asa, tapi aku tahu perjuangan aku sebenarnya tak ada makna pada kamu. Kamu anggap ini permainan. Macam kisah lama kamu juga. Walhal kadang2 kamu lupa, lelaki ini yg membuat kamu ketawa di saat kamu sedih dan di saat lelaki2 durjana itu sedang dengan perempuan lain. Tapi akhirnya, kamu lukakan juga.


Tolong jangan komen entri ini. Fikiran aku sedang tidak betul. Dan aku sedang berfikir tentang sesuatu. Kamu perempuan yg memerlukan cinta, tapi bila cinta itu datang dekat pada kamu, kamu buang macam kain buruk. Kamu campak dengan kata2 manis agar hati lelaki tidak terluka. Kamu susun bahasa biar derita itu nampak 'manis'. Tak apalah, sekali lagi lelaki itu curang! Hahaha, terima kasih perempuan. Dunia egoistik lelaki memang akan jadi mangsa perempuan di planet mana2 pun.


Curang? Ahhh, indah perkataan ini. Indah lagi bila melakukannya! Satu soalan aku pada kamu, kemana kamu rasa kamu akan menapak dengan kecurangan kamu ini? Hukum dunia wahai perempuan, curang dibalas curang. Jadi jangan letak status YM, GTalk, FB, FS atau Tweeter kamu dengan doa2 pada Tuhan utk diberikan cinta sejati kalau kecurangan itu macam permainan kamu! Selalu aku dengar lelaki punya air mata buaya. Bagaimana dengan perempuan yg membuang cinta hanya utk keseronokan sementara? Benar aku jauh, dan aku cuba mendekatkan diri pada kamu setiap hari. Setiap hari. Kamu tak mampu nafikan ini, tak usah cuba.


Cukuplah rasanya sampai di sini. Tragedi oktober berulang. Beribuan kali aku memaafkan kamu dalam diam. Beribuan kali aku menyejukkan hati yg panas kerana sayang. Tak terucap lagi kata sayang kerana kamu tak pernah memandang. Walau apapun, terima kasih utk permainan itu. Tapi layak ke aku utk berterima kasih? Penat sudah aku cuba membuktikan. Tapi alasan2 kamu semuanya aku cuba fahami walaupun aku tahu andai tersadung, kamu selalunya terperangkap dengan kata2 kamu sendiri. Tapi lelaki berair mata buaya setia memaafkan, owh maaf, lelaki berair mata buaya tak kenal cinta. Ya, mungkin sebab tak kenal cintalah yg membuatkan hingga malam ini tangan aku masih terketar2 bila menulis entri gila ini!


Perempuan, aku tidak meminta banyak. Mahal sungguhkan satu peluang? Owh maaf, sekali lagi terlupa, lelaki berair mata buaya mana layak diberi peluang. Tempatnya di bakul sampah saja. Bila hidup kamu ditimpa hujan, kamu akan datang balik ke tong sampah itu supaya kamu ada teman. Satu pilihan, dicampak bila saja kemahuan dan nafsu kamu dipenuhi. Pandai pula kamu mencari jalan ke sini bila kamu rasa 'lelaki2 jujur' di luar sana mula bosan pada kamu.


Sekali lagi cukuplah. Kerana aku tahu lelaki berair mata buaya atau mana2 lelaki pun ada batasan kewarasannya. Kamu pijak lumat kewarasan itu, hancurkan apa saja yg mungkin membuat aku sayang pada kamu utk tumbuh subur kembali. Tapi kali ini tidak, permainan kamu sampai di sini. Kamu yang memulakan, dan aku berhak utk menamatkannya sekarang. Kerana sudah 2 kali kamu mematikan kamu dalam hati kamu, biar aku tamatkan selamanya dalam hati AKU malam ini. Maaflah, takkan ada terima aku kembali atau drama2 melankolik lagi, terima kasih? Cukuplah apa yg sudah aku perbodohkan diri sendiri.


Kamu jalanlan sendiri. Kita lihat nanti, siapa yg bertatih bertongkat dan siapa yg takkan menoleh lagi ke belakang! Tidak lama pun, dan aku tahu kamu pun bukan jauh sangat!






Anang, kau bertuah kerana kau dianugerahkan pandai buat lagu.


Bolehlah kau buat lagu sedap macam Separuh Jiwaku Pergi bila cinta kau pergi.


Tapi aku? Main gitar pun tak pandai.


Tak apalah, lukisan kau masih ada. Masih ada.


How i wish aku pandai main gitar. Biarlah lagu aku tak sedap, tapi telinga aku aman mendengar lagu sendiri.


p/s: gua dibenarkan jiwang dalam post kali ni.



Bila aku belek saja bab2 berkaitan hati, perasaan, cinta, jealousy: ramai sungguh perempuan yg hit entri tersebut dan walaupun pada dasarnya mereka sebenarnya terasa dan cuba membela nasib diri mereka, tapi ayat yg disusun masih lagi berbunyi seperti mereka tak yakin utk menang. Jadi langkah terbaik yg boleh diambil, play safe!


Bagaimana perempuan bermain dalam permainan yg (kaum lelaki, kamu harus faham ini!) kita boleh anggap sebagai play safe? Mari kita masuk kelas yg kedua selepas chapter "Perempuan Yang Aku Tidak Faham".


Okeyh, aku mulakan babak cerita ini dengan saat perkenalan kamu. Kali ini aku bagi lagi banyak analogi, kalau tidak ramai perempuan yg tidak faham. Selalunya kamu lelaki, bila kami terpandang kaum kamu dan kami merasakan kamu menarik perhatian, akan ada 2 kemungkinan saja yg berlaku.


Pertama: jika lelaki itu berani dan ikhlas, dia akan menegur kamu dengan sedikit perasaan segan. Tapi hati tetap mahu. Jadi lelaki mesti simpan sedikit kegugupan itu dan do the first move. Aku jamin 90% couples yg ada hari ini pun, semuanya lelaki yg mulakan. Betul? Baik, setelah itu, kami akan menunggu refleks dari kamu. Haaa, di sinilah kamu akan bermain permainan 'play safe' kamu.


Bagaimana? Bila kamu bersama-sama kawan2 kamu dan kamu SEBENARNYA ingin kenal kami, tapi ayat2 dan gerak geri yg kamu utarakan seolah-olah macam memalukan kami. Kamu mahu contoh ayat? "Err, nak kenal saya? Kenapa?" atau "Eh, awak ni sapa?" atau "Erm, okey". APA NI??? Kamu ingat ini pop kuiz ke? Sekurang-kurangnya senyumlah sedikit dan berbanggalah diri kamu sudah ada yg minat. Ini tidak, kamu lebih senang bercakap dgn kami sambil membuang pandang pada kawan kawan kamu padahal boleh saja kamu bangun dan berbicara sebentar. Bukan susah pun.


Lagi pun, apa yg kamu expect dengan soalan2 seperti di atas tu? Kenapa kami nak kenal kamu? Hahaha! Mesti kamu tertunggu2 jawapan seperti, "Owh, sebab awak ni cantiklah..." HAHAHAHA!!! Loser giler lelaki yg akan cakap begitu. Sumpah! Awak ni siapa? Laaa, sebab tak kenal lah kami nak berbicara dengan kamu. Ini bukan group interview yg mana kami lelaki perlu kenalkan diri kami pada semua kawan2 kamu. Susah sgt ke nak bangun dan bercakap face to face? Rasanya aku sudah terangkan dulu, lelaki mengagumi perempuan yg berani. Dan selalunya perempuan yg berani itu bijak. Percaya cakap aku, tak ada lelaki yg suka 100% bercakap pasal diri dia depan kawan2 kamu. Atau kalau ada, dia mesti sudah terlebih sayangkan kamu.


Okeyh, itu peringkat permulaan. Walaupun setelah kami tinggalkan kamu bersama-sama kawan kamu, kami tahu kamu mungkin tergelak-gelak kecil dan dalam hati kecil kamu, ia sebenarnya berbunga! Bangga sebab kami tegur kami. Tapi mahu jaga muka punya pasal, kamu main play safe. Maaf, lelaki jarang main play safe. It's whether we go for it or we leave it at once! Permainan play safe tak menjanjikan apa2 yg baik utk kami. Tapi perempuan, ia semacam shield yg kukuh utk mereka sebab kalau katalah lelaki itu sekadar menegur utk berkawan, sekurang-kurangnya kamu ada dialog ini utk kawan2 kamu.


"Alah, dia yg tegur aku dulu. Bukan aku minat pun..." Padahal dalam hati sudah menangis sebal sebab ahhh, malas aku nak explain! Suka sangat main play safe, padan muka! Hahaha! Tak apa, tggulah ada lagi lelaki yg akan tegur kamu, mainlah play safe lagi. Hehe! :P


Bila sudah couple pun, masih ramai perempuan yg akan main play safe. Selalunya di peringkat ini, kaum perempuan sangat dipengaruhi oleh 'perbualan-perbualan malam' yg kononnya meningkatkan keyakinan diri mereka, padahal aku rasa dalam perbualan itu mereka sebenarnya mencipta inferiority dalam diri tanpa mereka sedari. Mereka akan menjadi seperti ini. 'You have to be like this so that you can get' atau setidak-tidaknya, 'We suggest you do this so that he will be treating you like that".


Apa ni? Kamu ingat hubungan itu dibina dengan pembolehubah-pembolehubah dari pengalaman orang lain ke? Seriously, betulkah begitu? Sebab pada kami, sesuatu hubungan yg terjalin itu utk jadi special, ia harus membesar dan menempuh pengalaman itu sendiri. Barulah ada keaslian dan kesetiaan itu wujud. Tapi maaf cakap, perempuan hari ini ramai sungguh yg mengambil pengalaman orang lain utk dijadikan pengalaman sendiri. Kamu perasan atau tidak, sebenarnya kamu sekali lagi terperangkap dalam permainan 'play safe' kamu?


Kamu lihat kawan2 kamu bahagia dengan cara A, kamu paksa teman lelaki kamu follow cara A, walaupun cara itu SANGAT TIDAK KENA DENGAN KAMU DAN KAMI! Atasa dasar apa? Atas dasar sudah ada orang melalui cara itu, mari kita bermian permainan cuba-cuba. Hey come on, kami sayangkan kamu dan kami mahu pengalaman bersama kamu, biarlah ia sesuatu yg unik. Yang kami dan kamu mulakan dan lalui bersama. Bukannya yg hanya kamu dan kawan2 kamu saja yg mengatakan itu sesuatu yg best. Lagi pun, mana kamu tahu cara A itu 'masuk' dengan kita? Mungkin cara B lebih sesuai, atau C atau D atau E atau F. Bukankah kita sudah mengambil risiko bila bersama? Kenapa bila ingin melalui jalan itu, risiko itu kamu mahu kurangkan dengan bermain play safe? Percayalah pada kami, jatuh bangun dalam hubungan itu benda biasa, dan kadang2 tanpa kamu sedari, yg jatuh itulah yg menyebabkan kami tambah sayang pada kamu.


Cukuplah utk bab ini pagi ini. Banyak lagi aku nak membebel tapi aku ada hal kejap lagi.


Chow!


"Wanita itu dicipta dari tulang rusuk lelaki. Dekat dengan jantung utk dipertahankan maruahnya, dekat dengan tangan utk dilindungi dirinya dan dekat dengan hati utk dicintai seluruhnya...."




Entri ini mungkin ada gambar atau mungkin juga tak ada gambar. Sesungguhnya aku tetiba macam dapat seruan utk menulis di waktu2 dinihari macam nih. Sungguhlah kot kata orang tua2, waktu2 macam ni memanng otak kita paling bagus dan paling cergas apatah lagi kalau dapat nyenyak sejam dua. Tapi aku tak tidur lagi, so, bear with me jelah dgn apa yg aku nak mengarut nih!


Perempuan, satu persoalan yg mana2 lelaki termasuklah Don Juan De Marco sekalipun tak mampu nak figure out apa yg diorg nak sebenarnya. Dari zaman jahiliah, perempuan menjadi sebab kenapa kabilah2 arab berperang utk beratus-ratus tahun lamanya. Di zaman Napoleon Banoparte, perempuan pun salah satu sebab kenapa Banoparte dikenang sebagai perwira sehingga hari ini. Siapa lagi? Leonardo Da Vinci? Monalisa itu bukan perempuan? Bill Clinton? Habis kau ingat siapa Monica Lewinsky? Hatta Suekarno yang hebat berpidato itupun dikaitkan dengan perempuan bila ingin diceritakan tentang kehebatannya!


Apa yang membuat perempuan ini begitu unik? Pada aku, kerana sifat mereka yg sangat sangat sangat sukar utk difahami. Tak percaya? Aku bagi contoh mudah, kamu boleh cuba sendiri. Jangan cari aku kalau kamu cari panadol lepas ni!


Bila kamu ajak seorang perempuan utk makan, dengan pantasnya mereka akan bertanya "Kat mana?" atau kalau yg akal panjang sedikit, "Okey, ikut you lah. I okey je kat mana2." Baik, soalan aku, kenapa bila kita ajak perempuan makan, kita kena suggest tempat utk makan, harga makanan tu berapa, apa nak buat lepas makan, kalau hujan apa nak buat, member2 dia cakap makanan tak best dan bermacam2 soalan lagi yg pada asalnya, kamu cuma ajak dia makan!


Soalan kedua, bila masa kamu jadi pemilik restoran? Tak bolehkan kita 'just pegi makan kat mana2, tanpa ada rasa curiousity yg melampau2?????'


Apa kaitan kamu dengan segala benda2 yg ditanya oleh mereka? Apa sudah jadi tanggungjawab atas kepala kamu ke utk tahu segala benda sebelum makan? Kenapa tak tanya saja apa ingredients yg digunakan, berapa biji beras ditanak utk jadi nasi, kenapa kena guna gula halus tak gula kasar, kenapa itu, kenapa ini, kenapa bla bla bla...... Membencikan!


Atau kalau yg kurang berotak, dialog mereka mungkin begini, "Awak pilihlah nak makan kat mana. I tak kisah. Cuma I tak nak kat restoran melayu, cina atau india. Pastu, tak nak makan makanan melayu, chinese style i dah selalu makan. India? Hish, tak kuasa I! Western? Baik makan kat cafe je. Mcd, KFC semua tu biasa sgt. Kalau boleh, biar makanan tu Donald Trump je penah rasa. I ikut je U nak makan kat mana. I tak kisah..."


Tak kisah kepala hotak kau! Itu bukan tak kisah, itu kisah sampai tahap menggegar, membingitkan kepala kaum lelaki yg tengah serabut. Apa kamu tak faham ke, soalan kami cuma nak ajak kamu makan. Ia cuma satu soalan yg mudah dijawab, "Jom" pun sudah cukup. Detailnya kita sama2 lah fikir. Tapi soalan objektif taraf budak darjah dua itu dijawab dengan perenggan karangan SPM! Kamu ingat dapat markah???


Beb, kamu tak pening kepala dengan perempuan macam ni??? Tak payah mengaku, kalau betul, hantuk saja kepala kamu dekat keyboard laptop tu. Cari lain! Patutnya perempuan ni dicipta utk menyenangkan hati lelaki, kalau buat serabut saja, blah lah. Apa ingat kamu dapat pahala lebih ke dengan perempuan macam ni? Aku nak kata da**s tu tidaklah, tapi sendiri mau ingatlah brader...


Dan perempuan bila dah penat susah susahkan kamu, time nak break off saja, dialog yg selalu digunakan ialah "Kita takkan selalu dapat apa yg kita nak. Maybe, ada yg lebih baik utk kita kalau kita berpisah." WHAT DA HECK!!!


Woohooo, time kau nak keluar tengok wayang midnight dulu, susah susah tinggal assignment nak teman kau! Susah susah kena kelentong member yg tengah semangat nak maen futsal sebab nak teman kau! Susah susah cari bank nak keluar duit in case apa2 jadi kat tengah jalan!


Time tu takde pulak dialog kitorg macam ni kan, "Sayang, tak semua benda kita nak kita boleh dapat. Abang penat dah separuh mati ni yang, nak tangok wayang jugak ke?" Hahaha! Agak2 lah brader, kalau lu buat dialog macam tu masa tengah mengayat dulu, boleh kapel sampai sekarang ke? Hehe. Gua tau lu tengah senyum sendiri. Tapi gua apa kisah, setakat lu nak tunjuk awek lu cun, seksi kat fb, blog, myspace, friendster, HAHAHAHA!!!! Kitorg kasi gelak sama lu.


Brader, ini sikit gua nak kasi ingat, baik ada awek muka biasa2 tapi perangai boleh blah dari ade awek muka yg lu sorg je rasa dia cun, dahtu bengap, slow-catcher dan lu pun gua tau sebenarnya syok dan 'jatuh cinta' kat dia bukan sebab lu betul2 sayang. LU JATUH CINTA DENGAN "ASET" DIA!!! Bukan dengan dia. Hahahaha! Sekali lagi gua gelak! Lu nak bangga berapa hari dengan 'benda alah' tu?


Aku dah malas nak baca balik apa yg aku tulis kat atas. Sebab aku tau kalau aku baca balik, confirm banyak yg aku rasa aku akan betulkan balik perkataan2 tuh. Ahhhh, WTF! Selalu macam tulah, bila lelaki buat entri cakap pasal jujur tak jujur sifat perempuan nih, mesti ada dialog yg back up pompuan gila2. Lantaklah, aku gelak je pun baca korg punya superficial idea tuh.


Bila lelaki menulis macam ni, woohoo, kamilah kaum paling kejam. Kamilah manusia yg tak bertimbang rasa. Kamilah itu, kamilah ini. Ada gua peduli? Bukan apa, kalau nak battle bab2 'menyeksa' ni, gua takut ada yg menangis karang. Gua kalau nak paku, kita lawan paku kaw2! Pastu tengok sapa yg terasa dulu. Dengan syarat, jangan main agama. Kita pakai idea atuk nenek lu pun takpe, jangan main agama. Lu nak menang debate agama, lu masuk sekolah agama. Sekarang ni gua nak bercakap atas dasar kalau lu ada otak, kita sama2 pikir. Itupun kalau kaum perempuan boleh sampai level pemikiran lelaki lah kan? Hahaha!!!


Entri ni aku takde marah sesapa. Cuma aku serabut dengan perempuan2 yg sibuk memberitahu, mencanang dan mem'beruk'cast kebaikan yg diorg dh buat atau yg diorg belum buat! Keinsafan itulah, keinsafan inilah, tapi aku tengok macam takde beza pun. Kehulu kehilir dressing bukan nak pakai pertimbangan dari kebaikan yg dicanang, dok ikut jugak kepala otak yg tak berapa nak betul. Bila ditanya, jawapan stereotaip ialah "EH, SEKARANG NI FESYEN MEMANG MACAM NI." Apa, lu ingat fesyen boleh lawan adat ke? Tak reti maksud maksud pakaian sopan? Ke nak kena tggu translate dalam bahasa Urdu baru boleh faham?


Perempuan, kaum kamu tak perlu pakaian pelik2. Tak perlu jadi pelik2. Jadi diri kamu saja. Tak payah nak bohong kata kamu ni memang jiwa macam tu dan macam ini. Sebab dari 100 perempuan, 97 orang secara fitrahnya memang sudah dicipta indah. Kamu tak perlu bedak 4, 5 inci nak buat kamu putih kalau kamu rasa kamu hitam. 'Berbedak' sekadar secukup rasa. Sama macam berdressing dan bercakap. Sama juga bila nak buat kebaikan. Tak payah cakap, tak payah canang, buat saja. Orang akan tahu, dan orang akan respect kamu utk kebaikan dan diri kamu. Sibuk mencanang, tak kemana akhirnya. Gula dan garam pun orang taruk secukup rasa je bila memasak.


Bukan semua, tapi aku tau kat luar dari skrin 14 inci laptop aku ni, memang ada perempuan yg baik. Ada yg kata, jodoh di tangan Tuhan. Betullah, aku tak kata pepatah tu salah. Tapi, jodoh ni berdasarkan usaha jugak. Kalau kau mencari jodoh yg tak baik, memang lu dapat 'sampah' lah! Tapi kalau lu niat nak cari jodoh yg baik, insyaAllah dapat yg baik. Tapi kalau lu dah baik, dah cari jodoh yg baik, tapi still tak dapat yg baik, perhaps Tuhan nak bagi can kat lu dapat pahala lebih. Ubah perempuan tu dari yg tak baik kepada yg lebih baik, sekadar yg termampu. Besar pahala tu beb, bukan calang2. Tapi kalau lu pun 'hancur', awal2 dah set niat nak cari 'sampah', memang lu boleh di considered bertuahlah kalau lu punya rumah tangga kekal abadi. Gua rasa tak sampai seminggu, caci maki masuk dalam pinggan nasi. Lu sanggup tahan brapa lama? 2 hari? 3 hari? Seminggu???


Pesanan ni utk gua jugak sebenarnya. Gua tau gua serba kurang. Lu nak sound gua, sound direct. Gua lagi suka terima kutukan terbuka dari main kutuk2 belakang. Mana gua boleh ambil buat pedoman, gua selitlah setakat yg mampu. Lu nak kapel, lu punya hal. Tapi ingat, kita hidup berkawan, hidup bermasyarakat biar beradat. Fikir fikirlah sendiri, gua tak rasa lu ni bo**h sangat kalau boleh buka link gua kat google.


Chow~


Aah lupa, our Prophet Muhammad (P.B.U.H) once said that the Imaan of Abu Bakr as-Siddiq alone is heavier than compared to all human kind. Kalau boleh timbanglah.


Nak sampai taraf tu? Tak mampulah beb. Tapi Tuhan bukan kira result, Tuhan kira usaha. Senang crita, buat dulu. Dapat tak dapat, Dia punya hal. Perempuan, jadilah penghibur hati lelaki yg baik, sebab korang asalnya dicipta memang utk menyempurnakan hidup lelaki. Dan kami, melindungi kamu. Dari syurga, dari zaman Nabi Adam pada Hawa hingga kasih dan cintanya Rasullulah pada Khadijah. Gua bukan ustaz, gua tau ni pun dari orang lain.


Chow lagi sekali!



video


Steve Tyler - another living legend.


and still, i do feel better every time i enjoy this vid. it's nice. it's just awesome how the spirit flows rite into my head.


this song. you.





Untuk sahabat-sahabat:


Terima kasih utk sambutan hari itu. Aku tahu sambutan ini walaupun sekadar Dean's List yg simple, ringkas, makanan yang tak sedap mana pun, dan hiburan yg tak kemana pun, tapi aku tetap merasakan ia antara event yg cukup bermakna pada aku. Ini mungkin adalah Dean's List terakhir sebelum kita benar2 memegang skrol utk menempuh hidup sebenar, tak sampai setahun lagi.


Malam itu, kita pakai baju melayu dan kita makan2 di Mapley pun kita pakai baju melayu. Hingga ke pusat karaoke pun berbaju melayu. Mana nak buat semua benda ni kalau bukan dengan sahabat2?


Semoga 4 atau 5 atau 6 tahun lagi pun, kita masih boleh lepak2 seperti ini, bercakap, mengutuk member2 seperti ini tanpa ada yg terasa. Tapi aku tahu masing2 akan bawa haluan sendiri. Harapnya haluan itu tidak mengubah persahabatan kita. Yosh!


Untuk dia:


Untuk 2 kali aku melukakan.Untuk 2 janji aku yg aku mungkiri. Perjalanan ke Kuala Lumpur kali ini mengajar aku satu lagi erti kerinduan. Yang teramat.


Semoga kau akan memaafkan. Walau kau selalu mengatakan aku tidak bersalah. Maafkanlah. Aku masih ingin memohon.


Semoga lembaran baru terbuka. Semoga aku masih menyayangi dan kau masih seperti yg aku kenali. Sudi memberi peluang untuk aku.





i know my English isn't any good.

i know sometimes, my aptitude made you wonder.

i know why my promise isn't trusted.

i know i just can't convince you enough.

but there is a little thing i don't know.

and yet, i still wanna say something.


if this is some kinda game you wanna play, i'll leave you winning it.

take the trophy.

and, congratulation.


i'll unleash the curtain.....





Okeyh, sudah banyak review pasal open house. Korang boleh baca di blog Suraya atau di blog Tirah. Aku tak reti buat link. Cari lah sendiri kat belah kanan blog aku nih.


Sekadar nak mengucapkan "Tahniah pada semua yang telah menjemput Roger Piederer ke rumah terbuka masing2. Bukan senang pemain tenis no 1 dunia macam aku nak datang beraya kat rumah terbuka korang. Hahaha!"


Baik, serius. Thanks banyak2 pada Izzul Wafi, Miss Rozana (gua tau dia tak baca blog gua, apa gua pedulik?) dan Dr. Wan. Semua hidangan Melayu yg dihidangkan memang gua tak pernah rasa. Sebab gua lama sgt kat U.K so jarang sekali jumpa kuih-muih melayu. Al maklumlah, orang putih mata biru, hijau tak reti buat kuih manis2.


Sekali sekala gua balik Malaysia macam ni lah gua dapat merasa nikmatnya makanan melayu. Dah naik muak dengan fish n chips kat Trafalgar Square nih.


Gua nak sambung buat FYP yg tinggal nak kena buat 'abstract' dengan 'findings' jer lagi. Asalnya gua malas nak 'tipu' buat result dummy, tapi nampaknya semua rakan2 seperjuangan gua main result dummy. Tak yah pikir, alang2 semua nak cilok lecturer dengan result tipu, gua pun nak main taktik kotor camtu gak. Tapi kira okey lah, setakat ni for research gua, gua dah ada lebih dari 30 responden. Logik la kan? Ke korg pikir tindakan gua kurang asam???


Sebelum gua naik flight ke Heathrow, gua ada satu teka teki raya utk korang.


Klue: Ada 4 perkataan. "Lembu", "Makan", "Rumput", "Taik"

Objektif: Susun 4 perkataan tu biar jadi ayat yg bermakna dan logik. Nak tukar kedudukan perkataan boleh, tapi TAK BOLEH tambah atau kurangkan walau satu perkataan pun.


Amacam? Gua kasi pecah kepala hotak lu orang pikir gua punya kuiz, haaa, Hambek sbijik!!!


Chiow! Peace to the world. Takmau gaduh2.



( lelaki2 sejati yang ada bola dan minat bola! )



( perasaan menunggu gol di kala ketinggalan 0-2 amat meresahkan hati lelaki. hehehe!)


( wajah kelegaan bila 'hinaan' dan 'kutukan' member2 takkan kedengaran pabila Sang Biru menakluk Sang Merah 2-0. hehehe! )


Pelik sungguh aku bila ada lelaki yg tak minat bola. Aku tak faham. Sekalipun kau tak pernah main bola, atau tak tau pun bola dimainkan di seluruh pelusuk alam, tapi kalau kau lelaki dan kau kata kat tak minat boleh, aku cadangkan...


Sila bukak zip seluar dan check balik kot2 ehem ehem kau dah takde!


Kalau konfem takde pun, aku still salahkan kau sebab sebagai lelaki, secara hukum alam, teori atau praktikal sekalipun, kau wajib minat bola! Ahhhh, loser ah cakap dengan mat bunga tak minat bola!


Walaupun hakikatnya kau mungkin hanya kenal D. Bekam atau KERIStiano Ronaldo, tapi sekurang-kurangnya kau tau diorg main bola. Dan kau tak kata diorg ni abang gaban yg jual air buah naga kat pasar malam time ramadhan hari tuh! Patut bangga kalau kau kenal 2 player ni. At least.


Kepada lelaki yg tak minat bola, sebaik saja habes baca post ni, cari sebijik bola sepak dan tenung dari 12 malam sampai 4 pagi. Kalau tak minat jugak, celup bola tu dalam air masak, minum. Moga2, kau dapat rahmat utk minat bola. Aku doakan. Simpati aku dengan orang2 macam kau! Hahahaha!


Arsenal? Kami menang 6-2 jer... Hehehehe!




Brinchang. Pahang.


Lubuk Timah. Perak.




Sometimes, there are things better off left unexplained...



Bila dah lama sel-sel otak aku tak diasah utk berfikir dalam2 macam petang ni, rasa sakit datang tetiba. Semalam tengah sedap2 dok layan mimpi, boleh pulak aku tersedar sebab pening kepala. Nak kata aku ada penyakit orang tua2, rasanya umur baru awal 20an. Tak mungkin dah kena penyakit pelik2. Adeyh, tak apalah. Ada benda lagi best utk aku tulis kat sini selain dari kisah telan panadol dan dengkuran2 yg aneh.


Cinta 3 segi.


Kalau tengok drama melayu sejak zaman bangku sekolah, cinta 3 segi ni memang antara plot kegemaran pengarah2 filem Malaysia. Tak kisah lah drama hari raya ke, drama sambutan merdeka ke, tak sambut apa-apa ke, plot cinta 3 segi ni memang fofuler lah pendek kata. Maybe sebab kisah cinta 3 segi ni senang buat penonton tertanya2 si hero atau si heroin akan pilih sapa, maka melekatlah penonoton2 setia kat depan tv atau panggung wayang. Dan kalau hero silap pilih heroin yg 'kurang' kat mana2, even watak dia baik, ayu, sopan santun tahap 19 skala richter pun mesti ada yg tak puas hati. Bikin panas je membazir tengok 2 3 jam ending tak seperti yg diharapkan.


Tapi cinta 3 segi ni sesungguhnya bagi aku tak mengenal jantina. Lelaki atau perempuan. Bapuk? Maaf. Jarang skali aku dengar bapuk berebut lelaki. Tapi itulah hakikatnya. Circle 3 manusia yg mempunyai perasaan sayang, kasih, rindu dan cinta pada orang lain tumpah pada orang lain. Dan lagi, hal semacam ini bukan boleh dipaksa. Kalau paksa pun belum tentu jadi!


Selalunya, jarang juga ada penamat yg baik utk mana2 pihak kecuali 2 dari 3 pihak tersebut 'mengalah' dengan cara yg baik. Yakni, seorang mengalah dengan 'melepaskan' dan seorang lagi mengalah dengan 'menerima'. Si A melepaskan si B dan si C menerima si B. Makanya, dalam hal ini si B lah yang paling bertuah bukan?


Betul ke begitu?


Okeyh, mulai dari perenggan ini aku akan menulis dari perspektif aku, maknanya lelaki. Kamu setuju, kamu tak setuju, kamu tau kat mana nak 'shoot' aku balik kan? Baik.


Aku assume si B adalah lelaki. Maka, kita faham si A seorang gadis yg sukakan B dan B pula sukakan si C. Dalam hal ini, aku rasa B harus lebih bijak dari sekadar mendapat apa yg diinginkan dengan membandingkan apa yg mungkin lebih baik utk semua orang. Bagi aku, si B tak harus menerima si A tetapi juga tak harus mencari peluang memaksa si C menerima si B. Minda lelaki lebih cepat menerima sesuatu berbanding perempuan dan lebih cepat juga dibuang selepas diproses kalau dirasakan maklumat itu tidak berguna. Perasaan? 2 kali 5. Tak usah berdalih, itu kenyataan.


Senang cerita, andai si C mempunyai pilihan lain, lepaskan dia pergi. Kamu bukan lelaki loser atau pengalah jika kamu mengalah. Cinta adalah pilihan, itu sesuatu yg jelas bagi aku. Kamu melepaskan utk melihat dia gembira. Untuk melihat sesorang mendapat apa yg diidamkan. Tidakkah itu hebat? Dan hey, kamu patut berbangga jika kamu ada kekuatan seperti itu. Bukan semua orang ada kekuatan melepaskan apa yg disayangi. Lebih2 lagi kalau hal berkaitan perasaan sayang yg dipendam bertahun lamanya. Percayalah, ada yg lebih menyayangi kamu di sudut penjuru yg lain, cuma menanti kamu utk 'melengkapkan' satu puzzle. Cuma, harus dipastikan kesakitan kehilangan itu tidak membunuh keupayaan kamu utk menuju puzzle itu.


Tapi aku juga harus katakan, melepaskan si C bukan bermakna kamu menerima si A. Memaksa diri menerima sesuatu yg bukan kamu 'temui' sendiri, itu dayus namanya. Jadi bijaksana. Jelaskan duduk perkara yg sebenar. Kekuatan kamu yg hilang utk melepaskan si C harus kembali ada utk bertegas dgn si A. Menjadi kawan bukan sesuatu option yg bijak bagi aku. Dalam keadaan tertentu. Kerana perempuan lebih vulnerable. Melihat kamu di depan mata setiap hari, takkan boleh buat mereka semakin menganggap kamu sbg kawan. Makin parah jadinya. Tapi itu semua bergantung pada cara kamu menghadapinya. Kalau tiada kekuatan secukupnya, lebih baik diam terus dari semakin memburukkan keadaan.


Penyudahnya, harus kembali pada yg Maha Berkuasa akhirnya. Kekuatan akan hilang, tapi ia akan datang kembali. Kerana kekuatan itu datangnya dari binaan dalaman, dari hati. Tak semestinya hati yg cepat recover ada kekuatan yg lebih. Tapi kamu tggu saja magik dari Tuhan, sinar ada di mana2. Cuma kadang2 terhijab di sebalik hikmah yg tersimpul kemas. Sekali simpulan itu terlerai, mungkin kita, kaum lelaki akan sedar, perancangan Ilahi itu sentiasa lebih baik dan terlebih baik utk kita.


Dan mungkin juga yg paling sempurna utk kita. Utk kau dan aku.


Perempuan? Aku tak sebegitu yakin utk memberi idea dalam dogma pandangan mereka...





Assalamualaikum. Lama sungguh tak sebut perkataan nih. Dan lama sungguh juga kersani tak menjengah masuk, tanya2 kabar blog ini. Ini baru ada masa. Syukur.


Cerita raya sudah lama berlalu. Bloggers pun agaknya sudah bosan kalau kersani cerita tentang ketupat, tat nenas, kuih bangkit, nasi himpit, mercun, dodol dan seumpamanya. Tak apalah, yang makan tu, makanlah. Asalkan sambil makan, kita ingat kita pernah lapar 30 hari. Jadi bagaimana agaknya rasa orang miskin yg terpaksa berlapar lebih dari kita? Kan? Kan?


Kersani sampai rumah petang sabtu. Raya hari ahad. Tak sempat nk prepare apa2. Sumpah tak beli apa2 utk raya. Raya mana yg ada je. Okeyh, tak menarik. Cerita lain.


Raya ke tujuh, sabtu, kersani jumpa Nurul Mardiyyah Sazali. Yeap, my first ex. Jumpa sebagai kawan. Rumours kata dia dah bertunang. So, pertemuan tu menjawab segala tohmahan, cerita2 belakang dan macam2 lagi. Kami jumpa sebagai kawan and it stays the way it is. Dia tak bertunang pun, itu cuma cerita orang. Dan kersani pun hairan, tak ada rasa apa2 yg menarik bila jumpa dia. Kami lebih banyak sentuh pasal study, adik lelaki dia, family dia dan yang pasti, topik paling obvious tak jadi ialah bila kami sembang pasal skolah lama. Aku skolah lain, dia skolah lain. So, memasing buat2 konon listening lahhh...


Sumpah tak teruja langsung. Tak ada rasa excited. Tak ada rasa berdebar. In fact, tak ada rasa apa2. Riwayat cerita itu berakhir di situ. Terima kasih Tuhan.


Dan pertemuan itu berakhir dengan kelegaan sebab tak gaduh. Haha! Anyway, i wish her the best of her life. Tamat. The end.


Raya ke lima, buat BBQ dengen geng2 skolah rendah. Habes rentung badan aku bau asap sebab tukang bakar ayam, sotong, udang dan sosej adalah aku dan lagi 2 orang member aku. Yang lain, semua bersembang menikmati reunion dengan kawan2 lama. Maklumlah, semua dah berubah, banyaklah cerita yg ingin dikongsi. Dan lucunya, ada sorang kawan pompuan aku, siap bawak anak sulung dia, Aiman. Hadeyh, dah ada anak dah... Arina x salah aku nama dia.


Dan raya ke 3, abang aku balik dan dia belikan aku sehelai t-shirt dari jepun. Alhamdulillah. Ada juga rezeki raya. Putih saja. Tak banyak kaler. Cuma made in japan dan bertulis perkataan "Samurai". Aku tau material fabrik jepun sangat bagus. Sebab tu aku tak kisah simple, asal fabrik bagus. Alhamdulillah sekali lagi.


Dan kepada kawan2 bloggers, maaf sangat2 sebab hampir 2 minggu blog ini tidak berupdate. Dan aku baru baca balik post2 lama korang pagi ini. Maaf yer?


Terima kasih juga pada 'dia'. Aku cuba call kamu di pagi raya. Tapi tak dapat. Samada celcom atau maxis atau kedua duanya buat hal. Maaf. Maaf. Maaf. SMS? Hmm, aah ek. Kenapa aku tak sms saja. Adeyh...


Promise, i'll make it up for u.


Chiow~

dan ooh, gambar di atas adalah kenangan Hail Piedaus dan M Bobo masa buat konsert Pujaan '90an di Ampang Park, Kl...


daun hijau

daun hijau

ilustrasi pensil & cinta

Projek ini sudah lama aku rancang, tapi hingga saat ini baru diberikan sedikit kekuatan, ruang dan masa untuk benar-benar merealisasikannya.

Baru saja bermula, InsyaAllah sedikit demi sedikit projek ini akan aku usahakan dan sampai waktunya nanti, akan aku dedahkan secara umum matlamat dan hasil sebenar projek ini pada sahabat, kawan dan rakan-rakan bloggers.

Ianya projek yang ringkas, tapi amat sangat bermakna untuk kersani. Harap kalian sabar menunggu.

kira ulat

ulat rajin

kroni ulat hijau

ulat hijau

tiga

tiga

rendam

rendam

sembang ulat


ShoutMix chat widget

pustaka ulat

FEEDJIT Live Traffic Feed