(life is not about having good trump cards, but how well you beat the fear of your opponents.)

Perbualan kami -

12.17 am, Jumaat, 26 Februari 2010

Ini post kedua kerana post yang pertama telah terdelete secara tak sengaja. Aishh! Penulisan kali ini aku perlu bias pada wanita, walau selalunya penulisan aku condong ke arah membela lelaki!

Cerita Dia-

Aku kenal seorang kawan, perempuan, yang baik hati, peramah dan punya satu kelebihan, susah untuk marah. Dan dia telah menerima seorang lelaki (aku namakan Si A) dalam hidupnya setelah sekian lama dia cuba untuk tidak berada dalam satu hubungan yang memerlukan satu komitmen. Si A ini kalau mengikut penelitian aku pada awalnya sanggup melakukan apa saja untuk menawan hati Dia ini. Biasalah, trick lelaki bila ingin mendapat sesuatu, mulut mesti manis dan janji segala janji. Umpama pemburu yang sanggup masuk hutan belantara bila ingin mencari mangsa, persiapan sudah tentunya selnegkap yang boleh!

Dan sehari, ya, aku ulangi, sehari selepas Dia membuka hatinya untuk Si A, Si A mula menunjukkan belang segala belang yang ada pada dirinya. SMS, call dan segala usaha Dia untuk menghubungi Si A seakan-akan menjadi satu beban pada Si A. Seolah-olah mereka ini tak ada apa-apa. Lebih teruk, Si A mula mengawal hidup Dia dengan cara menyekat circle of friends Dia. Dan dek kerana sifatnya yang lemah lembut, Dia turutkan saja. Hinggakan pada satu point, untuk makan pun Dia mengelak rakan-rakan, bimbang Si A ini mendapat tahu, kecoh jadinya.

Tapi bila dihubungi, Si A ini busynya sangatlah busy, mengalahkan Datuk Seri Najib barangkali hinggakan miss call tak pernah dilayan, SMS pula macam jawab teka teki atau bersoal jawab dengan polis! Dan sekali lagi kerana sifat Dia ini yang tidak suka mencari kesalahan orang lain, dia bertahan saja dengan Si A. Aku kagum kerana pada saat ini dia masih mampu bertahan dengan lelaki seperti itu. Jangan katakan Dia, aku sendiri selalunya lebih senang berkomunikasi dengan lelaki seperti itu menggunakan tangan atau kaki. Manalah tahu dia tak faham bahasa, mungkin bahasa fizikal lebih menerujakan dia! Dan owh, aku terlupa satu perkara, Si A ini cuba memutuskan hubungan mereka, akan tetapi dia mahu kesalahan dan kejahatan itu terpikul di bahu si Dia. Semacam ayat cliche untuk makhluk lelaki berstatus loser, "You yang salah dalam hal ini. Bukan I! You yang curang!"

Untuk Kamu -

Utamakan dahulu kebahagiaan kamu. Biarlah lelaki bermulut longkang itu berjuta kali menyatakan kamu curang sekalipun kerana kamu berhak untuk kebahagiaan kamu. Tak akan ada orang di dunia ini yang seharusnya menyayangi dan mencintai kamu, lebih dari diri kamu sendiri. Jangan kamu sangka oleh kerana semua lelaki adalah khalifah dan pembimbing kamu wanita, tidak ada khalifah yang jahil! Ada, dan banyak pula kuantitinya! Percayalah, kamu harus tinggalkan fasa sedih untuk kamu menemui suatu fasa kebahagiaan. Bertahan selagi termampu, tapi sentiasa ingat ada orang lain yang mungkin jauh, tapi menghargai kamu lebih dari segalanya....

Perbualan kami semalam berakhir lebih kurang begini....

"Satu soalan terakhir. Kamu bahagia sekarang ini?"

"Hmm...(after a long pause!), sejujurnya tidak."

Be brave Sunshine! Lakukan apa jua yang terbaik untuk diri kamu sendiri dan bukan untuk orang lain. Whatever makes you happy. Whatever makes you happy....


8 ulat gigit daun hijau:

Bole macam FB x?
Fazzuaney Asrad Like this :D

Fazzuaney A - haha! boleh2! :D

haha, sangat2 setuju dgn apa yg u ckpkan ni, perempuan ni kdg2 terlalu buta dek cinta, baik tak bertempat. :)

Lilianna M - hmm, nak i nak kata buta tu, macam tak tepat. Sebab kalau buta, dia tak nampak kejahatan lelaki tu.

Ini dah memang sah depan mata, cumanya dia terlalu baik. Memang sifat dia macam tu.

orked da tuka url.[http://orked-mukhsin.blogspot.com/]sila update (:

lelaki bermulut longkang? awek die ptt nye pun longkang je kot..baru sepadan~

Orked - okey! noted. thanks! :)

Suraya i - hee! Masalahnya gf dia skrg ni baik giler. Tak sampai hati nak kecewakan Si A ni!

:D

daun hijau

daun hijau

ilustrasi pensil & cinta

Projek ini sudah lama aku rancang, tapi hingga saat ini baru diberikan sedikit kekuatan, ruang dan masa untuk benar-benar merealisasikannya.

Baru saja bermula, InsyaAllah sedikit demi sedikit projek ini akan aku usahakan dan sampai waktunya nanti, akan aku dedahkan secara umum matlamat dan hasil sebenar projek ini pada sahabat, kawan dan rakan-rakan bloggers.

Ianya projek yang ringkas, tapi amat sangat bermakna untuk kersani. Harap kalian sabar menunggu.

kira ulat

kroni ulat hijau

ulat hijau

tiga

tiga

rendam

rendam

sembang ulat


ShoutMix chat widget

pustaka ulat

FEEDJIT Live Traffic Feed