(hijau - lu apahal mat? pink - apahal apa???)


Tadi selepas membeli sedikit barang 'keperluan' untuk FYP, aku merasa masih ada sedikit masa untuk aku hang around sebentar di Ipoh. Tak tunggu lama, setengah jam lepas tu aku sampai Ipoh Parade, dan benda first skali aku buat ialah usha-usha movie yang tengah hangat kat pawagam. Last-last rasa nak support filem melayu sikitlah, jadi aku layan saja Evolusi KL Drift 2.

Tak nak gebang, aku rasa korang memang patut tengok movie ni. Berbaloi dengan nilai 8 ringgit, sebab kalau download, korang dengar pakai speaker paling tinggi pun 5.1. Tapi wayang, Dolby beb! Sound dia memang masyuk habes, ada gegar gegar gempa bumi sket bila scene yang kasi sentap jantung sama urat-urat otak.

Syabas Syamsul dan tolong tolong tolong tolong tolong BUANG scene jiwang karat kau dengan Scha! Filem kau lebih bagus kalau tak ada scene itu.

Setel satu hal!

Ini baru real story. Heh! Lepas layan movie, aku pegi lah turun dekat level 1, kat bahagian pakaian dalam lelaki. Nak cari boxer sama stokin. Dan kalau korang perasan di Ipoh parade, dia punya 'pakaian dalam' kan letak kat satu rak dengan stokin, singlet and other similar stuffs. So, masa aku tengah dok usha-usha kat susunan rak tu, aku perasan sorang mamat ni nampak macam cemas gila depan aku, pandang-pandang semacam. Tapi sebab antara kitorang dibahagi dengan rak, dia belah sana dan aku belah sini so aku buat kering jelah. Peduli apa aku!

Tapi mamat ni sekejap pandang bawah, sekejap pandang depan, sekejap pandang aku, sekejap pandang orang lalu lalang kat tepi. Lama-lama aku pun rimas. Apahal kan kau nak tenung-tenung orang. Ingat aku terpikat dengan lu ke mat? Atau dia yang terpikat dengan aku? Hahaha! Tapi tetiba je aku dengar suara pompuan! Erk? Mana datang suara tu? Aku buat-buat macam nak ke sebelah sana...

Ooooooooooo, kantoi! Rupanya awek mamat ni ada sekali kat tepi dia, tapi sebab dia agak rendah so aku tak perasan dia ada kat depan, terindung dengan rak. Patutlah mamat ni cemas semacam! Rupanya dia segan awek dia ada kat sebelah masa dia tengah dok pilih SPENDER! Hahaha! Tau pulak segan. Apahal nak angkut awek skali kat sebelah time tengah pilih spender beb? Lepak lah! Takkan lah nak tinggal kan awek sekejap nak beli spender pun tak larat? Nak kepit sampai mati ke bang?

Hadoi, biru muka dia bila aku senyum lalu sebelah diorang. Tau malu! Awek dia konon cover lah muka biru konon-konon nak cepat, nak pegi tengok kasut. Macamlah aku heran! Hahaha. Tapi seriously beb, aku sangat rigid dalam benda-benda macam ni. Aku tak taulah korang dah couple lama ke tak, tapi even kalau dah sampai tahap tau saiz pun, janganlah nak kepit bawak masuk bahagian pakaian ehem ehem tu. Customers lain pun segan kalau tengah-tengah nak usha-usha spender, tetiba ada pompuan pandang. Malu siotttt!!! Besar ke, kecik ke lain punya cerita, tapi aku memang tak selesa kalau perempuan pandang even kalau aku tengah nak beli singlet sekalipun!

Macam perempuan, korang boleh ke kalau BF korang teman korang masuk lingerie shop? Tak rasa apa-apa ke kalau korang tengah nak pilih saiz ke, kaler maroon ke, pink ke, tetiba ada pulak mamat BF orang lain yang takde suku sakat dengan korang masuk pastu pandang korang dok cuba-cuba benda tu? Kalau tak rasa apa-apa, aku rasa something wrong somewhere dah ni.

But, it's all back to who we are. Kalau dari kecil dah biasa maybe sesetengah orang tak kisah. Tapi kalau sekalipun aku ni jenis minoriti, tolonglah consider orang macam aku! Aku tak biasa, sumpah aku tak biasa dengan norma seperti ini.

Ke korang rasa aku ni kolot sangat?

Ish, korang tak payah komen lah. Sensitif! Sensitif!

Heh!

Chow~



12 ulat gigit daun hijau:

hu....yelah, mungkin agak jelik...kan?

sangat!

hehehe pelik tapi benar......

zetty e - yerp! hairan bin ajaib...

:)

hahaha.kalo aku, rase nak cepuk2 je mamat yg teman awek beli lingerie, sak g usha aku ngah pilih2 lingerie.sambil2, usha awek jugak beli lingerie.hahaha

aku rase lah kan, laki xyah masuk part lingerie la kut.even nk teman awek pun, teman dri jauh~hahaha

Farhah - yeah. bukan apa, sangat awkward apatah lagi memang kita tak kenal kan?

so, buat apa nak sibuk-sibuk kat situ?

bukan boleh bagi idea mana lagi elok pun ye tak?

im ok wif dat. hehe. xnmpk ape kslhn pon. nmpk comel je. unless laki tu nmpk pervert.

vice versa. xde mslh bg aku. ngeeee

Orkid - terpulang. see, memang ada orang yg okey.

open, open.

ahaxz!

erkk?
okay. dat's sooooo unusual for me.

shiver_14 - agreed!

haih~ segan~ lalu kawasan2 tu pon saje jalan cepat2.. apatah lg kalu masuk.owh~ tak la kot.. itu sy la...hoohoh

-mars- same here!

:D

daun hijau

daun hijau

ilustrasi pensil & cinta

Projek ini sudah lama aku rancang, tapi hingga saat ini baru diberikan sedikit kekuatan, ruang dan masa untuk benar-benar merealisasikannya.

Baru saja bermula, InsyaAllah sedikit demi sedikit projek ini akan aku usahakan dan sampai waktunya nanti, akan aku dedahkan secara umum matlamat dan hasil sebenar projek ini pada sahabat, kawan dan rakan-rakan bloggers.

Ianya projek yang ringkas, tapi amat sangat bermakna untuk kersani. Harap kalian sabar menunggu.

kira ulat

kroni ulat hijau

ulat hijau

tiga

tiga

rendam

rendam

sembang ulat


ShoutMix chat widget

pustaka ulat

FEEDJIT Live Traffic Feed