(my caterpillar watch. up until I find my Oris. hehehe...)


Aku mula memakai jam tangan sewaktu usia 8 tahun. Darjah 2. Waktu itu aku gila jam tangan yang ada penutup kepala 'SpiderMan'. Bila nak tengok jam kena buka penutup dulu, baru nampak nombor-nombor digital kat dalam. Waktu itu memang cool habis sebab tak ramai yang pakai jam tangan pergi sekolah. Warna pulak merah menyala dengan ada corak sarang labah-labah, memang boleh nampak dari pintu pagar sekolah lagi!


Naik sekolah tingkatan, first time aku beli jam tangan jenama 'Casio'. Warna hitam lepas tu ada stripe-stripe kuning kat tepi. Boleh tunjuk waktu-waktu kat negara lain, walhal aku bukan travelling kat tempat lain pun. Tapi suka sebab boleh picit-picit dan ada banyak 'mode' yang boleh dipilih. Jam itu aku pakai dari tingkatan 1 sampai tingkatan 3, bawak masuk exam, pergi camping Kadet Bomba, semua pakai jam Casio sebab tak masuk air.


Tingkatan 3, lepas PMR arwah ayah aku belikan jam jenama 'ALBA'. Waktu itu sungguh excited sebab itu first time aku pakai jam harga seratus lebih. Rekaannya sangat simple, macam jam orang tua dan tali dia dibuat dari kulit. Tapi sayang, jam itu tak bertahan lama sebab aku tertinggal kat bilik air semasa tengah ambil wudhuk. Bila dah selesai solat, rasa macam ada sesuatu tak kena kat tangan kiri. Rupanya aku tanggal dan sangkut kat tiang kepala paip. Hilang! Memang hilang betul dan sampai sekarang aku rasa jam itu paling berharga aku pernah pakai sebab arwah ayah aku yang bagi. Hadiah PMR katanya.


Foundation second semester di UTP, aku beli jam tangan 'Seiko' chronograph. Ala, yang ada jam kecik-kecik kat dalam. Beli dengan duit scholarship yang aku simpan dari foundation first semester. Waktu ini aku sudah mula gila dengan teknologi kronograf sebab aku rasa fungsinya sangat berguna sebagai jam randik kalau berlari ke, nak timing meeting ke, apa ke. Jam itu aku jaga sangat-sangat jaga sebab warna backgroundnya putih, jadi kalau calar cerminnya, senang giler nak detect ada scratch! Tapi sayang, jodoh dengan jam Seiko pun tak lama. Selepas setahun, jam itu dicuri masa aku tengah tidur kat bilik. Kali ini bukan sebab cuai, tapi memang pencuri tu nekad nak curi handphone, jam sama duit RM20 dalam wallet aku. Aku kuciwa lagi.


Lepas peristiwa itu, aku sudah azam sama diri sendiri tak mau lagi pakai jam 'Seiko', tak kiralah apa nak jadi pun. Aku bukan percaya bad luck ke apa, tapi aku tak mau ingat lagi cerita itu. Jadi aku usha punya usha (dah ada internet dah waktu tu!), aku jumpa satu jam yang chronograph juga, tapi brand nya jarang dijumpai kat Malaysia, atau memang orang Malaysia jarang pakai. 'Caterpillar'. Ertinya, ulat bulu! Brand ini memang kurang famous di Malaysia, tapi kalau korang tengok, brand ni lebih famous buat bulldozer, back hoe dan heavy machineries. Dia punya logo ada tulis itu 'CAT'. Kenal kan?


Dan sampailah hari ini selepas lebih 3 tahun, aku masih pakai jam ini. Usia dia paling lama dengan aku berbanding jam-jam yang telah lama meninggalkan aku. Dan sampai hari ini, dia masih akan bersama aku pergi OBS, masuk Gua Tempurung, Melaka Waterpark (masuk dalam air!), Lata Kinjang dan macam-macam tempat lagilah! Memang aku jarang tanggal sebab kalau aku pakai jam tangan, aku pakai betul-betul. Itu salah satu perangai buruk aku. Tak taulah mana datang perangai ni.


Untuk menjadikan post ini bersifat ilmiah sedikit, aku beri beberapa tips kalau nak beli jam tangan:

1) Kalau pakai tali kulit, jangan bagi kena air. Bila kena air, tali tu jadi 'busuk' and lama-lama dia loose. Dah tak feel kalau nak pakai!

2) Walau se'resistant' mana sesuatu jam yang berharga RM300-RM500, lepas 2 tahun korang boleh expect ada bubble dalam casing selepas kena air. So, elakkan dari menenggelamkan jam tangan korang selepas tempoh waktu tersebut.

3) Aku selalu juga guna berus gigi dan sedikit ubat gigi untuk bersihkan 'stain' yang melekat di celahan besi jam tangan. Sebab kalau pakai air dan kain je, dia tak betul-betul tanggal.

4) Bila nak beli jam tangan, pilih yang sesuai dengan wrist korang. Kalau glass casing yang bersaiz besar, memang tak sesuai untuk orang yang mempunyai wrist yang kecil. Go for bentuk yang unik macam square, tak pun pilih je casing yang sederhana dan tak banyak patern kat dalam. Baru classy!

5) Pilih warna background yang selamat like black, white or silver. Warna-warna seperti ungu, hijau katak, merah api dan oren menyebabkan korang cepat boring walaupun pada mulanya nampak macam cool je! Ni tips kalau nak pakai lama.

6) Lastly, selidik dulu originaliti, design dan fungsi-fungsi yang ada. Beli yang paling puas hati kalau nak pakai lama. Dan seriosuly, jam yang sedikit mahal tapi boleh pakai lama always brings value for your money!

Chow~

p/s: aku rasa jam tangan ni sebenarnya lambang ke'macho'an lelaki. setuju?





14 ulat gigit daun hijau:

Setuju sangat.. Jam tangan mmg bole melambangkan kemachoan~ keh2;P

aku xbley hidup tanpa jam.. bende pertama yang aku akan cari pagi2 ialah hanset, then jam.. nk g mne2 pon jam.. evan kadang2 g trening ragbi pon aku sental pkai jam.. mne tak jahanam jam aku.. tp still xley lawan bapak aku.. g mandi pon tak tanggal jam lagi.. saspek!

wani g g g - really? haha! ini pendapat tidak berbayar ya.

thanks for the opinion!

:D

weeeeeeeeeeee!!!

Khairil Hafizi - biar aku teka. bapak kau pakai jam mahal dan dia memang sayang gila-gila dekat jam dia betul tak?

orang macam ni selalunya jarang beli jam, tapi sekali beli, beli yang puas hati terus! biarpun mahal, tapi boleh pakai even dalam toilet skalipun!

:D

saspek! saspek!

tka suka entry nie!! sbb jeles dgn collection jam tgn kammmuuuu!!!

:(

Fauzan A - hahaha! mana ada koleksi. satu masa, satu jam.

banyaklah pulak duit nak buat koleksi.

hehe!

aku nk invest bli jam loceng lagi baik..bagi attendance cemerlang next sem

Anip - hahaha! jam loceng tu pakai buat bangun tidor.

hang bukan tidor sgt pun.

gi bengkel keta banyak. hahaha!

:D

jam yg ad tutup2 tu mmg fames time kecik2 dulu..wajib ad sbb x nak ktggln zaman..

nana - yerp! u r right... kelakar betul. tak leh imagine macam mana agaknya kalau pakai sekarang kan?

:D

tudia kersani..akhirnya jmpa jgk jam yg btul2 setia dgn ko..seidup semati tu...haha..mcm psgn hidup je :P

kuyam - hahaha! harap haraplah. sebab lepas ni maybe terfikir nak cari 'lain' pulak...

tu yang dia tgh merajuk tuh!

:D

Lu mmg hebat..lepas baca post ni tiba2 gua amek jam tangan gua n pkai walaupon dlm bilik..haha..style~

Gagah - tengok kaki lah bai!

hahaha!!

daun hijau

daun hijau

ilustrasi pensil & cinta

Projek ini sudah lama aku rancang, tapi hingga saat ini baru diberikan sedikit kekuatan, ruang dan masa untuk benar-benar merealisasikannya.

Baru saja bermula, InsyaAllah sedikit demi sedikit projek ini akan aku usahakan dan sampai waktunya nanti, akan aku dedahkan secara umum matlamat dan hasil sebenar projek ini pada sahabat, kawan dan rakan-rakan bloggers.

Ianya projek yang ringkas, tapi amat sangat bermakna untuk kersani. Harap kalian sabar menunggu.

kira ulat

kroni ulat hijau

ulat hijau

tiga

tiga

rendam

rendam

sembang ulat


ShoutMix chat widget

pustaka ulat

FEEDJIT Live Traffic Feed