Di Malaysia sekarang ini, kaki-kaki panggung wayang semuanya sedang panas punggung menunggu filem 'Lagenda Budak Setan'. Pada yang kurang tahu, filem ini diadaptasi dari novel Ahadiat Akashah, sekarang ni dia dah tak famous sangat. Aku rasa novel itu aku baca kalau tak salah sewaktu aku di tingkatan 1 atau 2, yakni tahun 2001 atau 2002. Maknanya kalau anak gadis sewaktu itu yang masih membaca novel-novel jiwang, mungkin sekarang sudah jadi emak-emak anak gadis pula. Entahlah aku pun tak pasti samada ia telah wujud lama sebelum itu.

Tapi yang pasti novelnya tidaklah semurni novel-novel Ramlee Awang Mursyid atau Fauziah Ashari. Betul aku akui Ahadiat Akashah penulis yang bagus, tapi dari segi mesej dan pengolahan cerita yang berbelit-belit tetapi tidak mencabar membuat aku sedikit yakin filemnya juga tidak akan dapat lari dari masalah yang sama. Maaflah pada peminat asli atau sejati Ahadiat Akashah sebab bagi aku sebuah novel yang bagus bukan hanya bergantung pada satu cerita semata-mata. Ya, mungkin Ahadiat Akashah adalah penulis di zamannya, jadi tidak adil untuk membandingkan jalan ceritanya dengan novel sekarang. Aku jawab satu saja, "Aku peduli apa?!"

Sebagai pembaca, aku membesar dengan masa dan aku expect penulis itu juga cukup matang untuk sentiasa mencabar minda aku dengan penulisan-penulisan yang bermutu dan di luar apa yang dapat aku saksikan dalam filem atau imaginasi. Kiranya aku mahukan imaginasi novelis itu biar 200% melampaui apa yang dapat aku bayangkan, barulah aku dengan bangganya akan berkata novel itu bagus. Lagenda Budak Setan? Asalnya nama novelnya hanyalah Budak Setan, tetapi mungkin (ini aku ingat-ingat lupa) kerana dia ada triloginya yang tersendiri, jadi nama novel ini berubah kepada Lagenda Budak Setan. Apa yang lagenda aku tidak tahu sebab novel ini hanya bagus pada novel pertama sahaja!

Malas untuk membanding dengan novelis-novelis seperti Dan Brown atau J.R.R Tolkien, aku bandingkan sahaja dengan Ramlee Awang Mursyid. Seorang penulis tempatan. Kamu sudah baca trilogi Bagaikan Puteri, Cinta Sang Ratu, Hijab Sang Pencipta dan terbaru Cinta Sufi? Ini baru aku panggil novel lagenda! Triloginya bukan mainan, malah cerita ini diseru peminat agar diteruskan sebab semua orang mahu tahu apa yang terjadi pada Laksamana Sunan dan Haryani. Cinta dalam olahan Ramlee Awang Mursyid bukan tentang cinta gadis atau budak lelaki yang tiada pegangan agama, tetapi cinta seorang lelaki dari zaman Hang Tuah yang mengajar pembacanya agar dekat dengan Tuhan.

Kamu mahu aksi?

Trilogi Bagaikan Puteri cukup rasa gula dan garam dengan babak pertarungan. Membaca novel ini bagaikan kamu terasa kamu diangkat ke zaman itu, zaman lampau di mana pertarungan penuh epik berlangsung di luar apa yang pernah kamu imaginasikan sebelum ini. Ramlee Awang Mursyid tidak pernah gagal dalam aksi, keghairahannya seperti kamu menyaksikan sendiri raksasa syaitan ditumpaskan dengan keris sakti milik Laksamana Sunan. Lagenda Budak Setan? Beat that if you can! Ever! Dan bercakap tentang kelembutan, ah, malas aku nak cerita kamu bacalah sendiri. Kamu pasti tersenyum membaca bagaimana seorang lelaki sehebat itu mampu jadi selembut sutera di hadapan wanita bila pegangan agama sentiasa di dada.

Jangan risau, aku akan tonton juga filem Lagenda Budak Setan. Aku menyokong industri filem Melayu (?). Tapi aku akan ke panggung dengan penuh 'senjata' untuk membaham filem ini. Aku akan maafkan kesalahan-kesalahan kecil, tapi jika flaws yang terlampau aku takkan teragak-agak untuk membedil habis-habisan.


(lagenda? aku tidak tahu apa yang lagendanya....)


(ini baru lagenda!)

Maaf Ahadiat Akashah, "You're just not my cup of coffee kind of writer!"

p/s: atau aku hanya ke panggung semata-mata untuk menonton Lisa Surihani. siapa tahu?


12 ulat gigit daun hijau:

mm...klau tulisan awang tue mmg best gila:)..

cita lagenda budak setan tlalu biasa sgt..baik tgk drama hari sabtu dkat tv 3..beh kurang ja..hihihihi

safiyyahosman - yerp. setuju angkat 2 2 jari kaki dan tangan.

betul, terlalu biasa. mungkin 9 10 tahun lepas di waktu orang belum kenal internet ia hebat.

tapi baru sekarang nak membawanya ke layar perak?

aduh, hampa!

u'll eat ur words back.
wait for it im sure.
whats the point of comparing a writer with a different genre? ramlee awang murshid to ahadiat akashah?
its like comparing dan brown (angel & demons, da vinci code, lost symbol) with jrr tolkien (lotr). too different genre to be compared.
go on with ur negativity, at least they have this thing called 'usaha'.

budak setan - having this kind of mentality in your mind shows that you do not even have your own ground of stand.

you want to know what is the point?

it is for you to realize that to make a film better, you need to be ahead of others, do not being such a coward and get a grip of your head.

jangan buat filem syok sendiri!

and what is with this anonymosity? come on, where are your balls man???

hahaha!

salam ziarah.

saya ada baca 3 novel ahadiyat ni: lagenda budak setan, katherin, dan budak setan.

cerita memang tahap biasa.
ini jujur.
ayat dia panjang berjela tetapi tak memikat hati.
kurang propaganda. kosa kata rendah.

memang tak dinafikan kehebatannya tapi saya jadi benci kerana banyak sangat perulangan berlaku.

yang lebih penting, mesejnya terlalu sedikit.

saya rasa 'Cik Ram' lagi best.

BalqisShafiqa - setuju dengan Balqis. novelnya terlalu biasa.

cuma mungkin ada sesetengah orang yang punya kenangan manis dengan novel ini, lalu bila dibuat filem jadilah kecoh. kononnya ini filem melayu tahun ini.

maaf, saya tidak setuju langsung. tak ada mesej, cerita lapuk dan bagi saya pelakon yang benar-benar boleh berlakon dalam filem ini hanyalah Que Haidar dan Lisa Surihani.

Farid Kamil? questionable!

:)

kersani, serius.
farid kamil tu saya tak minat.
que hidar memang berbakat.

tambahan lagi farid kamil buat filem baru-baru ni, tak best!

senang kata, saya memang cuba baca ketiga-tiga novel ahadiat semata-mata mahu cari mesej tapi memang mesejnya rendah. sedikit.

BalqisShafiqa - antara saya dan cik Balqis Shafiqa, kami hanyalah kawan di dunia blog. tiada pakatan.

jadi, anda nilailah sendiri pendapatnya.

terima kasih sekali lagi cik Balqis.

:)

well what do we call someone who dont even see the movie but already shut off its chance? we call it negativity.
say what you want, youre so negative.
and that is pathetic.

budak setan - i'm being pathetic because of low-minded jerk off like you.

and why the hell do you bother about my freaking opinion for god sake?

tak profesional!

tak mampu terima kritikan!

tak mampu buat filem yang aku nak kata sebagai filem!

hahaha!

you got your wires crossed la stupido!

:)

Assalamualaikum wbt..

sejahtera untuk tuan punya blog..
saya bukanlah fan AA ataupun pengkritik AA..
Urmm.. saya membesar bersama novel Ahadiat Akashah..
cuma.. tahun yang berganti dan umur yang meningkat..
tentulah menjadikan saya semakin matang..
dan karya AA tidak lagi sesuai untuk saya..
benar.. novel AA mungkin menjadi kegilaan para remaja..
akan tetapi umur seperti saya tentunya akan memilih novel yang lebih matang penceritaannya..
bukan menyalahkan karya AA..
tapi sekadar memberi pendapat..
cuma saya masih lagi menyokong karya penulis tempatan..
dan tentang filem LBS..
pastinya laris kerana penonton yang masih lagi fanatik dengan jalan cerita yang diketengahkan oleh AA..
but who knows??!!
AA mungkin cuba mencari kembali zaman kegemilangannya yang telah hilang..
dan ini adalah salah satu dari usaha beliau..
semoga beliau berjaya.. Insyaallah..
dan saya juga masih lagi menyokong filem tempatan..
siapa lagi yang mahu menyokong barangan tempatan??!!
kalau bukan kita rakyat Malaysia..

~salam untuk tuan punya blog~

aku-alam - terima kasih atas refleksi yang membina.

:)

daun hijau

daun hijau

ilustrasi pensil & cinta

Projek ini sudah lama aku rancang, tapi hingga saat ini baru diberikan sedikit kekuatan, ruang dan masa untuk benar-benar merealisasikannya.

Baru saja bermula, InsyaAllah sedikit demi sedikit projek ini akan aku usahakan dan sampai waktunya nanti, akan aku dedahkan secara umum matlamat dan hasil sebenar projek ini pada sahabat, kawan dan rakan-rakan bloggers.

Ianya projek yang ringkas, tapi amat sangat bermakna untuk kersani. Harap kalian sabar menunggu.

kira ulat

kroni ulat hijau

ulat hijau

tiga

tiga

rendam

rendam

sembang ulat


ShoutMix chat widget

pustaka ulat

FEEDJIT Live Traffic Feed