(koleksi gambar dalam handphone Tae Yeon, 10 Mac 2009)

Baru sahaja 2, 3 hari lepas aku terjumpa 'semangat' untuk kembali menulis di blog ini. Blog aku juga, bukan blog orang lain pun. Tidak disangka-sangka kanda sungguh bijak, eh silap dialog!Tidak disangka-sangka, member baik aku yang sorang ni dah selamatnya tag aku untuk menjawab soalan-soalan di bawah. Agaknya tag ini untuk projek dentistry dia kot, maka gembiralah aku pada mulanya. Harap-harap membantulah ya?

Kejujuran soalan: 100%.

Kejujuran jawapan: 98.5% diragui!

In this tag you have to talk about anything on anyone that you like, which is:

Aku terjemahkan ya, "Dalam tag ini, anda dikehendaki menulis tentang apa  saja mengenai sesiapa saja yang anda suka." (Ini blog bahasa melayu, jadi tahan saja dengan aku!)


Jadinya aku akan bercakap tentang Kim Tae Yeon dari Girl Group, So Nyeo Shi Dae atau lebih senang disebut, SNSD. Persahabatan 'teman tapi mesra' kami pun dah lama terjalin, tinggal nak jumpa family dia saja. Maklumlah, Korea Selatan tu jauh, bukan senang nak jumpa. Bapak dia tau aku suka makan Kimbap, sebab tu dia suruh aku grad cepat-cepat, pastu masuk meminang. Bukan senang nak jumpa Melayu suka makan kimbap, ye tak?


1. Apakah hubungan anda dengan dia?
Dia secret admirer aku masa aku kat Sains Machang dulu. Kitorang kenal dalam friendster sebab dia adalah first perempuan yang aku approve untuk jadi 'friends' kat laman sosial tersebut. Masa tu, dia tak adalah lawa sangat dan belum pun jadi leader SNSD, tapi sebab aku nak blajar bahasa Korea, kebetulan dia pulak fasih sedikit-sedikit berbahasa Melayu, jadi dari situlah mulanya cinta monyet kami.


2. 5 'first impression' terhadap dia.

Gelabah, comel-comel,  bijak, punya suara yang lunak serta mempunyai sifat keibuan (penyayang) yang tinggi.



3. Perkara yang paling memorable dia lakukan pada awak?
Dia kata lagu 'If'  yang dia first skali perform lepas join SNSD, dia tujukan untuk aku! Aku ya kan sajalah...

Dan owh lagi satu, dia belikan tiket percutian kitorang kat Pulau Jeju 2 tahun lepas. Dia support tiket sajalah, yang lain semua aku bayar sendiri. 


4. Perkara yang paling memorable yang dia katakan pada kamu.

Saye suke pade kamuu! Kamuu tidek sembongyo... (loghat korean campur Melayu, biasalah!) Sarang hae yo! Oppa, Dangshin uhl sarang hab nida.... (sambil buat logo hati dengan jari-jemari dia yang mulus tu).


5. Kalau dia kekasih awak?

Dia anggap aku kekasih dia! Aku susah sikit nak terima golongan artis ni jadi orang yang istimewa dalam hidup aku. Lebih-lebih lagi aku selalu tegur dia jangan pakai seksi-seksi bila buat on-stage performance. Tapi sayang tu, sayang jugalah...


6. Kalau dia jadi musuh awak?

Entahlah! Tapi last skali dia call smalam, dia kata "Oppa, Bae dooddok mattoga..." maksudnya lebih kurang macam ni, "Oppa, I can't live without you..." Boleh ke dia jadi musuh aku? 


7. Kalau dia kekasih awak, awak akan?

Support dia terus success dengan SNSD, Chin Chin Radio dan terus jadi Good Girl Generation untuk Korea. Dia kata nak stay kat Malaysia lepas ni, nak datang tengok KLCC lah, Pulau Tiomanlah apa semua. Tapi aku tak bagi, aku tau schedule dia penuh. Kesian dia penat nak ulang alik. Nantilah bila aku dah kerja, aku bawak dia tour around Malaysia nih!

 
8. Kalau dia jadi musuh awak mungkin kerana?

Aku pernah terlayan SMS Tiffany (SNSD)! Haha, masa tu  Tiffany nak tanya aku samada aku kenal  rapat dengan Dae Sung  (Big Bang),  aku jawablah aku lagi rapat dengan TOP and TaeYang. Sekali Tae Yeon ternampak pulak Tiffany tengah video call dengan aku. 3 hari jugaklah aku dok memujuk dia. Aku kirim sambal belacan dari Malaysia. Lepas try dengan kimchi, terus dia call aku, minta maaf  sebab cemburu takde sebab. Aku tak kisah pun, sebab sayang kan? Dia buat muka comel yang dah memang comel, mana tahan beb!



9. Overall impression tentang dia.

98.889% perfect untuk long-term relationship. Aku sekarang berkira-kira nak buat master kat South Korea, kesian pulak dia selalu menangis malam-malam rindukan aku.  Kadang-kadang pkul 3, 4 pagi dia call semata-mata nak cakap jangan lupa breakfast. Padahal aku tau dia tengah busy kat studio. Selalunya, aku tenangkan dia. Aku cakaplah "Kalau sayangkan Oppa, Pinku Jelly kena jaga kesihatan, takleh sedih-sedih." Owh lupa, dia bahasakan diri dia Pinku Jelly bila bercakap dengan aku, lebih kurang macam Pink Jelly lah tu!


10. The most desirable thing to do to her?

Aku prepare suprise candle-light dinner untuk dia kat Building 63, Korea.  Tak sempat nak prepare lebih-lebih sebab aku sampai pun petang  8 Mac, birthday dia malam tu. Aku sempat beli baju kurung sepasang. Macam biasalah, kaler pink. Ayu je aku layan dia dinner pakai baju kurung.  First forehead kiss kitorang... err, segan ah nak cerita kat sini!



11. Apa pandangan orang lain awak rasa terhadap awak?

Saya tak pernah peduli. Maaf.

12. Apakah sebenarnya perangai awak?

Cuba tanya Tae Yeon sendiri. Saya rasa dia buat satu list lengkap pasal diri saya, ada ditampal kat almari dorm SNSD. Lebih kurang 25 points kalau tak silap saya!


13. Perangai anda yang anda benci?

Perangai tak kisah. Dah beberapa kali Tae Yeon tegur saya pasal ni. Betullah tu kot!

14. Orang yang anda ingin bersama.

Of course lah keluarga saya, keluarga Tae Yeon especially bapak dia yang sempoi (dia bukak grocery store), rakan-rakan saya di UTP dan di mana-mana jua, SNSD dan most importantly, semestinya my sweet Pinku Jelly.


15. Katakan sesuatu untuk orang-orang yang suka anda.
Tiffany, maaflah saya jatuh hati dengan Tae Yeon dahulu sebelum saya kenal awak.

Yoon Ah, Yuri, Soo Young, Sunny, Jessica, Hyo Yeon dan Seo Hyun, thanks for the support.

Dan tak lupa pada TOP, Dae Sung dan Tae Yang yang susah-susah menguruskan percutian saya ke South Korea tahun lepas. Tahun ni Tae Yeon sambut birthday kat kampung saya, Rantau Panjang.

 
16. Tag 4 orang.

Zetty, Tirah, Farhah dan pada fans Tae  Yeon  atau SNSD amnya, anda boleh try. Selamat mencuba!



17. No 2 ada hubungan dengan siapa?
Dengar cerita, salah seorang member Kat-Tun! Kena tanya empunya diri, saya pun tak berapa sure.


18. No 3 lelaki atau perempuan?
Perempuan. Pasti!


19. No 1 single kah?
Tidak juga. Sekarang officially awek  Ok Taecheon 2PM!


20. No 4 belajar apa?

Ramai sangat. Malas nak jawab!



(life is not about having good trump cards, but how well you beat the fear of your opponents.)

Perbualan kami -

12.17 am, Jumaat, 26 Februari 2010

Ini post kedua kerana post yang pertama telah terdelete secara tak sengaja. Aishh! Penulisan kali ini aku perlu bias pada wanita, walau selalunya penulisan aku condong ke arah membela lelaki!

Cerita Dia-

Aku kenal seorang kawan, perempuan, yang baik hati, peramah dan punya satu kelebihan, susah untuk marah. Dan dia telah menerima seorang lelaki (aku namakan Si A) dalam hidupnya setelah sekian lama dia cuba untuk tidak berada dalam satu hubungan yang memerlukan satu komitmen. Si A ini kalau mengikut penelitian aku pada awalnya sanggup melakukan apa saja untuk menawan hati Dia ini. Biasalah, trick lelaki bila ingin mendapat sesuatu, mulut mesti manis dan janji segala janji. Umpama pemburu yang sanggup masuk hutan belantara bila ingin mencari mangsa, persiapan sudah tentunya selnegkap yang boleh!

Dan sehari, ya, aku ulangi, sehari selepas Dia membuka hatinya untuk Si A, Si A mula menunjukkan belang segala belang yang ada pada dirinya. SMS, call dan segala usaha Dia untuk menghubungi Si A seakan-akan menjadi satu beban pada Si A. Seolah-olah mereka ini tak ada apa-apa. Lebih teruk, Si A mula mengawal hidup Dia dengan cara menyekat circle of friends Dia. Dan dek kerana sifatnya yang lemah lembut, Dia turutkan saja. Hinggakan pada satu point, untuk makan pun Dia mengelak rakan-rakan, bimbang Si A ini mendapat tahu, kecoh jadinya.

Tapi bila dihubungi, Si A ini busynya sangatlah busy, mengalahkan Datuk Seri Najib barangkali hinggakan miss call tak pernah dilayan, SMS pula macam jawab teka teki atau bersoal jawab dengan polis! Dan sekali lagi kerana sifat Dia ini yang tidak suka mencari kesalahan orang lain, dia bertahan saja dengan Si A. Aku kagum kerana pada saat ini dia masih mampu bertahan dengan lelaki seperti itu. Jangan katakan Dia, aku sendiri selalunya lebih senang berkomunikasi dengan lelaki seperti itu menggunakan tangan atau kaki. Manalah tahu dia tak faham bahasa, mungkin bahasa fizikal lebih menerujakan dia! Dan owh, aku terlupa satu perkara, Si A ini cuba memutuskan hubungan mereka, akan tetapi dia mahu kesalahan dan kejahatan itu terpikul di bahu si Dia. Semacam ayat cliche untuk makhluk lelaki berstatus loser, "You yang salah dalam hal ini. Bukan I! You yang curang!"

Untuk Kamu -

Utamakan dahulu kebahagiaan kamu. Biarlah lelaki bermulut longkang itu berjuta kali menyatakan kamu curang sekalipun kerana kamu berhak untuk kebahagiaan kamu. Tak akan ada orang di dunia ini yang seharusnya menyayangi dan mencintai kamu, lebih dari diri kamu sendiri. Jangan kamu sangka oleh kerana semua lelaki adalah khalifah dan pembimbing kamu wanita, tidak ada khalifah yang jahil! Ada, dan banyak pula kuantitinya! Percayalah, kamu harus tinggalkan fasa sedih untuk kamu menemui suatu fasa kebahagiaan. Bertahan selagi termampu, tapi sentiasa ingat ada orang lain yang mungkin jauh, tapi menghargai kamu lebih dari segalanya....

Perbualan kami semalam berakhir lebih kurang begini....

"Satu soalan terakhir. Kamu bahagia sekarang ini?"

"Hmm...(after a long pause!), sejujurnya tidak."

Be brave Sunshine! Lakukan apa jua yang terbaik untuk diri kamu sendiri dan bukan untuk orang lain. Whatever makes you happy. Whatever makes you happy....



Hari ini perbualan pulang aku dan rakan-rakan dari kelas kebanyakannya berkisar tentang "X-factor" yang membunuh perasaan seorang lelaki pada wanita dan sebaliknya, wanita pada lelaki juga. Awalnya, soalan yang timbul adalah bersifat suka-suka, tetapi as the conversation started mula menyentuh pada hubungan timbal balas yang sememangnya wujud dalam 3 antara kami, masing-masing cuba memberi pendapat terbaik dan aku rasa 2 dari hubungan itu boleh aku kategorikan normal, dan satu lagi hubungan yang 'pelik tapi aneh'! 

Usahlah bertanya siapa yang aku maksudkan kerana sampai mati pun aku takkan cakap hubungan mana satu yang aku maksudkan, tapi yang jelas aku seorang sahaja yang masih kempunan merasa nikmat sesuatu perhubungan. Tak apalah, kita tinggalkan sekejap cerita tentang aku dan kita ke chapter di mana soalan pertama yang berbunyi begini telah diutarakan dengan sangat selamba oleh aku sendiri...

"Bro, kau rasa I****i tu okey tak? Kalau per sepuluh, berapa kau bagi?"

"Hmm, 8.5! Gred A lah senang cerita."

Pendapat seorang lagi pula, "Hish, bagi aku 5 je! Kau sendiri pulak macamana?"

"Aku tak gred apa-apalah, tapi bagi aku dia tu menarik. Kira tak seganlah kalau nak bawak jumpa bakal mak mertua."

"Kalau N**a, macamana?" Salah seorang ahli panel bertanya soalan maut!

"Uish, yang tu tak boleh bro. Adalah sebab-sebabnya..."

Dan semua ahli panel tergelak besar. Cuma ada satu suara merdu yang menyatakan begini...

"Korang memang tengok fizikal. Men are always like that!" 

"Of course..."

Okeyh! Setakat itu sahaja conversation yang aku rasa berkaitan dengan apa yang nak aku tulis kat sini, kerana perbualan selepas itu rasanya lebih bersifat peribadi.

Tapi betul ke lelaki selalunya HANYA memandang fizikal bila pertama kali memandang wanita? Aku rasa tak selayaknya untuk aku menjawab bagi semua kaum lelaki, tapi bagi diri aku sendiri kalau nak dikatakan HANYA, tidaklah juga. Tapi appearance memang memberi kesan besar pada first impression seorang lelaki pada seorang wanita! Lebih-lebih lagi jika penampilan itu disertakan dengan satu tingkahlaku atau past experience yang manis atau memeritkan. Susah aku nak terangkan dengan jelas sebab aku tak berapa pandai bermain kata tapi kalau aku boleh bagi contoh, mungkin kedengaran begini.

Gadis A kamu pernah kenal dulu. Tapi tidak sebegitu rapat. Dan kamu tahu dia ini memang jenis yang 'selalunya' di luar kawalan bila bercakap, ketawa atau senang cerita, 'lebih-lebih'! Dan selepas satu jangkamasa kamu jumpa dia lagi buat kali kedua. Percaya atau tidak, walau secantik mana pun cara pemakaiannya, walau semahal mana pun skarf atau stiletto atau semeriah mana pun lipstik yang dipakai, persepsi kamu bahawasanya dia ini 'lebih-lebih' mungkin 95% mustahil untuk dibuang! Lelaki seterusnya akan reserve diri mereka dan aku jamin, tak sampai 10 minit, kamu akan mengucapkan kata-kata indah berbunyi "B***h lah dia ni!" Walhal, dia memang cantik tapi disebabkan sifat seperti itu, secara spontan kata-kata itu datang sendiri.

Gadis B pula kamu kenal melalui kawan kamu, dan kamu tak pernah bertemu pun dengannya. Tapi dari cerita kawan kamu, kamu tahu dia ini lembut, tidaklah pula terlalu 'alim' sampai bercakap dengan lelaki pun menjarakkan diri 20-30 meter dan mudah atau senang diajak berbual dan berbincang. Percaya atau tidak, walau se'simple' mana pun pemakaian atau penampilan gadis itu, kamu tetap akan respect dan tidak terlalu membina tembok besar untuk bertegur sapa dengannya. Dan mungkin selepas 10 minit perbualan, lelaki akan berkata "She is nice..." dalam hati kamu. Padahal kamu tak kenal pun dia! 

See? Maka, jika ingin dikatakan lelaki selalu memandang fizikal bila memandang wanita, itu betul dan aku tak nafikan walau sekelumit pun! Tapi rasanya bilamana kamu ingin membuat pernyataan sebegitu lain kali, cuba fikir dan pandang dalam konteks fizikal itu bukan 100% "X-factor" yang membuat seseorang lelaki terpikat pada seorang wanita. Sifat diri kamu, tutur lembut kamu, tingkahlaku kamu semuanya mencerminkan personaliti kamu. Percayalah, kamu tak akan makan di restoran yang servisnya teruk walau sesedap mana pun hidangan yang disediakan. Same goes with this situation, first impression yang baik terhadapa kamu bukan saja mengatasi kecantikan fizikal malah menjadi satu tarikan lelaki melihat kaum wanita lebih sempurna dalam segala aspek!

Lagipun, wanita kan perhiasan terindah di muka bumi ini? Perhiasan terindah tak semestinya yang 'mahal'. Mungkin perhiasan itu hanya perlu tahu menjaga 'kilauan' dirinya, kerana kilauan yang tidak pernah disentuh sentiasa jua memukau mana-mana mata yang memandang!


"Cliche" dan "Taboo"


Aku rasa ramai bloggers yang selalu guna term2 ni bila berkomunikasi dengan rakan-rakan bukan? Entah kenapa, aku rasa tertarik dengan 2 perkataan ni hinggakan rajin pula aku menggunakan khidmat uncle online dictionary untuk mencari definisi serta penggunaan yang betul untuk kedua-dua perkataan ni.



Mengikut sumber yang boleh dipercayai walaupun tidak seratus peratus, "Cliche" beerti perkataan atau ekspresi yang terlalu amat sangat digunakan, atau sejenis manusia yang sangat senang untuk diramal tingkah lakunya. Sebagai contoh, satu pertanyaan yang mungkin dijawab dengan ayat yang cliche ialah...



"Aku tengok kau rapat semacam dengan budak pompuan tu. Ada apa-apa ke?"


"Mana ada. Kami kawan sajalah!" (See, ini jawapan cliche!)

Walhal satu dunia dah tau malam-malam kalau tak SMS ucap "Goodnight!", akan ada yang tak boleh tidur, sebab rasa rimaslah kalau tak ucap goodnight. Kawan? Ya ke kawan? Tapi biasalah, sifat ramai manusia samada yang tak suka menghebohkan atau memang jenis yang suka menjadikan satu isu yang kecil sebagai provokasi. Agaknya ada yang seronok bila membuat orang lain berteka-teki dengan hidupnya. Terpulang, masing-masing punya pandangan sendiri bukan?


Ucapan yang cliche juga selalunya diucapkan oleh orang yang cliche! Ini fakta(aku cipta sendiri sebab aku tak jumpa sumber lain untuk dijadikan rujukan) yang masih tak ada bukti, tapi aku percaya ia memang begitu. Politician atau artis contohnya, memang jenis manusia yang sukakan perhatian, justeru tak hairanlah kalau komen-komen diorang sentiasa cliche, semata-mata untuk mencetuskan kontroversi dan menampakkan mereka sentiasa menjadi perhatian. Sedikit atau banyak, bergantung pada tahap kegilaan berita itu, kalau kes khalwat dan artis perempuan yang dah tak laku kahwin dengan datuk, itu dah tak cliche sangat zaman skerang ni kan?


Sementara "Taboo" pula adalah perkataan yang secara umumnya terlarang, walaupun tiada akrilik jelas yang menulis tentang larangannya. Taboo pada orang Cina mungkin adalah bercakap tentang kematian, kerana bagi mereka kematian adalah sesuatu yang sangat tidak elok untuk dibicarakan, apatah lagi pada hari-hari yang menggembirakan. Orang India, mungkin sesuatu tentang kedudukan atau 'Kasta'. Kerana mereka amat sensitif tentang isu ini, jadi bercakap secara terbuka tentang kasta adalah sesuatu yang taboo bagi mereka.



Orang Melayu? Mungkin seks! Ya, aku setuju dengan ini. Kerana seks bagi orang melayu, bukanlah sesuatu yang boleh dibicarakan secara terbuka di kedai-kedai kopi seperti topik politik. Boleh kamu bayangkan jika kaum pakcik-pakcik yang melepak di kedai kopi berbicara tentang kondom, video lucah, pendidikan seks dan Jessica Alba misalnya?? Aku rasa ada juga yang balik rumah makan nasi berlauk senduk atau kuali!



Poin penting yang aku ingin highlight kali ini sebenarnya ialah dalam persabatan atau pe'member'an, ayat-ayat cliche dan taboo harus dibezakan dengan jelas. Ayat yang cliche bagi aku, tak perlulah diucapkan pada member kerana aku rasa cliche akan lebih senang didefinisikan sebagai satu pembohongan atau lebih malang, satu benda yang boleh dijadikan modal untuk dikutuk free je! Berterus terang rasanya lebih baik dalam keadaan ini kerana selain menyelesaikan teka teki silang kata yang tak sudah, kamu menunjukkan yang kamu senang untuk berkata benar. 

Taboo, mungkin pada member perempuan, walau se'lelaki' mana pun mereka, tetap ada perkataan-perkataan yang taboo dalam persepsi mereka. Janganlah kerana tersalah menganggap keterbukaan mereka seperti member-member lelaki yang lain, kamu menyebut sesuatu yang sangat-sangat tidak patut! Lebih-lebih lagi dalam suasana bergurau kerana itu akan lebih menyebabkan kamu dipandang dengan pandangan pelik dan entahlah, aku tak tahu nak definisikan pandangan itu macamana! Yang pasti, diorang akan terkesan untuk jangka masa yang lama. Sangat lama! Dan bukan senang nak mengikis hal ini dengan pujukan-pujukan murahan. Tak percaya? Aku dah pernah buat, and it sucked! Trust me...


Pheww! Lama sungguh tak menjengah masuk ke alam kersani sakti ni. Agaknya blog ini dah hilang saktinya setelah sekian lama tak ada benda-benda baru yang berlaku di sini. 2 bulan lebih rasanya aku hanya mengklik butang "new post" dan idea macam tersangkut-sangkut bila ingin menulis. Maaf pada yang mungkin menyampah melihat blog aku tiada anjakan dari dulu. Maaf.

Tapi sebenarnya ada orang-orang di belakang aku yang begitu kuat 'menyokong' aku utk terus menulis kat sini. Antara yang boleh aku sebutkan nama kat sini macam Suraya, Bobo, Zetty, Mas dan juga yang bukan bloggers tapi rajin pulak diorang bukak blog aku. Tak apa, aku tak kisah pun dorongan itu dalam bentuk sindiran, kutukan atau sememangnya kata-kata untuk aku terus menulis, mencurah idea di sini.

Untuk permulaan dan mencari kekuatan dan mengasah serebrum serta sereblum yang hampir-hampir beku selama ini, aku rasa baik untuk aku mulakan blog ini kembali dengan sesuatu yang positif, sesuatu yang merangsang kekuatan orang lain juga umumnya. Persoalan yang selama ini aku cuba jawab tetapi aku tak rasa jawapan yang akan aku dapat dalam bentuk objektif ialah "Bagaimana mendefinisikan kebahagiaan?"

Ya, bahagia! Semua orang mahu bahagia bukan? Lelaki, wanita, pondan, bapuk, mak nyah, doktor, jurutera, peguam, pelacur, peminta sedekah, mak cik cleaner, cikgu, pak imam, budak kecil atau sesiapa jua tentunya mencari dan mahukan kebahagiaan. Dunia atau akhirat, sudah tentu sifat dan lumrah manusia yang mahukan kedua-duanya. Tidak salah dan sangat bodoh siapa yang mengatakan kabahagiaan dunia itu tidak penting!

Akan tetapi berapa kerat di antara kita yang menemukan kebahagiaan dengan merasa cukup apa yang ada? Hmm, untuk berlaku jujur soalan aku ini juga mungkin salah kerana mungkin ada yang berpendapat, sesetengah manusia itu menemui kebahagiaan bila mereka berusaha untuk mendapatnya. Pelik! Tapi itulah hakikat, jika tidak masakan ada orang yang sanggup menyertai NGO ke Palestin untuk memberi bantuan kemanusiaan walhal mereka sebenarnya punya banyak masa untuk perkara lain yang lebih berkehasilan.

Ada yang merasa bahagia bila kemahuan, kehendak atau impian mereka tercapai. Dan apabila dikatakan impian, semuanya jadi tidak mustahil. Tanya saja pada budak-budak zaman sekarang, lambang kebahagiaan bagi mereka mungkin mempunyai telefon bimbit canggih walhal usia baru setahun jagung, mungkin juga ada yang akan mengatakan mereka mahu menjadi seperti ikon-ikon tv(kalaulah boleh dikatakan sebagai ikon) yang tumbuh seperti cendawan selepas hujan pada hari ini. Ada yang mungkin mahukan duit, itu dan ini, dan semua itu logik kerana masa sentiasa mengubah manusia. Semakin matang diri budak-budak ini, impian mereka akan berubah mengikut pengaruh rakan, keadaan yang memaksa dan sebagainya.

Aku masih teringat akan sesuatu yang pernah aku dengar dulu, "The grass is always greener on the other side." Maksudnya, secara lumrah, manusia itu selalu melihat apa yang tidak cukup pada dirinya. Sedikit atau banyak, putih atau hitam, sifat membanding diri memang tidak dapat lari. Bagi aku, tidak salah untuk membanding akan tetapi berpada-pada. Mengukur baju pada badan sendiri selalunya lebih baik dari cuba mengetatkan tubuh untuk dimuatkan pada baju orang lain. Tersesak nafas kita nanti! Bukankah menyusahkan? Tetapi dalam keadaan tertentu, contohnya membanding kemampuan diri kita dengan keupayaan orang lain agar kita lebih bersemangat untuk mengejar impian, mengejar sesuatu horizon yang baharu dala hidup, aku rasa itu berpatutan!

Sedikit nota untuk perempuan, sesunggunya kalau lelaki itu ikhlas menyayangi, dia akan merasa cukup dengan kamu. Kata-katanya mungkin sedikit buat kamu tersinggung, SMS nya mungkin jarang, menelefon pun jarang tapi bila bersama kamu matanya tak akan lepas memandang kamu. Manakan tidak, kamu dicipta begitu indah dan sudah ditakdirkan menjadi insipirasi pada lelaki. Menjadi inspirasi untuk menjadi lelaki yang setia, yang menyayangi dan yang mencintai. Oleh kerana itu, jangan tersalah terlalu pantas menghukum bila sedikit kesilapan terjadi. Kerana mungkin kamu tidak sedar sedikit kemaafan kamu membuat lelaki jadi 1000 kali lebih setia pada kamu! Lebih baik tersalah ampun dari tersalah menghukum. It is better to roughly measure a piece of gold than to precisely weight a bag of sand...

Pada sahabat-sahabat yang keadaan seperti aku, mereka mungkin mengerti ini, kebahagiaan itu akan tiba jua kalau tidak sekarang. Rasanya cukup sudah menelek akuarium yang banyak ikan-ikan itu, mungkin sudah tiba masa untuk mengambil sauk dan memilih ikan yang terbaik. Maaf, terbaik itu tidaklah juga, tapi apa salahnya kita pilih yang biasa-biasa saja, dan kita sendiri yang jadikan ianya yang terbaik. Biar ia berenang sendiri, lebih cantik mungkin dari ia berenang bersesak-sesak dalam sebuah akuarium yang 'sempit'. Dan lagi, ikan yang satu lebih mudah dijaga dan diambil peduli bukan?

Pergi dulu! Doakan aku lebih rajin menulis selepas ini ya?


daun hijau

daun hijau

ilustrasi pensil & cinta

Projek ini sudah lama aku rancang, tapi hingga saat ini baru diberikan sedikit kekuatan, ruang dan masa untuk benar-benar merealisasikannya.

Baru saja bermula, InsyaAllah sedikit demi sedikit projek ini akan aku usahakan dan sampai waktunya nanti, akan aku dedahkan secara umum matlamat dan hasil sebenar projek ini pada sahabat, kawan dan rakan-rakan bloggers.

Ianya projek yang ringkas, tapi amat sangat bermakna untuk kersani. Harap kalian sabar menunggu.

kira ulat

ulat rajin

kroni ulat hijau

ulat hijau

tiga

tiga

rendam

rendam

sembang ulat


ShoutMix chat widget

pustaka ulat

FEEDJIT Live Traffic Feed