Ada siapa-siapa di sini yang biasa buat handstand? Ada? Bagus! Nampaknya kita punya minat yang sama. Semalam sedang aku kebosanan yang melampau-lampau, jadi aku rasa lebih baik aku gunakan masa yang ada untuk menajamkan skill handstand aku. Bukan apa, handstand bagus untuk melancarkan perjalanan darah kan?

Jadi, memikirkan agak leceh untuk mencari tilam yang lembut maka aku membuat keputusan yang sedikit drastik untuk cuba buat handstand di atas lantai simen di bilik sahaja. Selalunya, cubaan pertama memanglah penuh dugaan, tapi itu biasalah. Mana ada benda senang dalam dunia ini.

Cubaan pertama, gagal!

Cubaan kedua, yesssss, berjaya!!

Cubaan ketiga, yessssssss, dapat 'berdiri' terbalik dekat 30 saat!!

Cubaan keempat.... BEDEBUK!! BAMMM!!!


(dan, ini 'habuan'nya.... tahniah!!)

Memang lancar perjalanan darah aku lepas tu. Nasib baik tak berjahit. Tapi adik-adik, "Don't try this on the floor. Be wise, and not so much of a jackass."

Chow!

p/s: aku nak try buat 'flare' pula lepas ni!




Di Malaysia sekarang ini, kaki-kaki panggung wayang semuanya sedang panas punggung menunggu filem 'Lagenda Budak Setan'. Pada yang kurang tahu, filem ini diadaptasi dari novel Ahadiat Akashah, sekarang ni dia dah tak famous sangat. Aku rasa novel itu aku baca kalau tak salah sewaktu aku di tingkatan 1 atau 2, yakni tahun 2001 atau 2002. Maknanya kalau anak gadis sewaktu itu yang masih membaca novel-novel jiwang, mungkin sekarang sudah jadi emak-emak anak gadis pula. Entahlah aku pun tak pasti samada ia telah wujud lama sebelum itu.

Tapi yang pasti novelnya tidaklah semurni novel-novel Ramlee Awang Mursyid atau Fauziah Ashari. Betul aku akui Ahadiat Akashah penulis yang bagus, tapi dari segi mesej dan pengolahan cerita yang berbelit-belit tetapi tidak mencabar membuat aku sedikit yakin filemnya juga tidak akan dapat lari dari masalah yang sama. Maaflah pada peminat asli atau sejati Ahadiat Akashah sebab bagi aku sebuah novel yang bagus bukan hanya bergantung pada satu cerita semata-mata. Ya, mungkin Ahadiat Akashah adalah penulis di zamannya, jadi tidak adil untuk membandingkan jalan ceritanya dengan novel sekarang. Aku jawab satu saja, "Aku peduli apa?!"

Sebagai pembaca, aku membesar dengan masa dan aku expect penulis itu juga cukup matang untuk sentiasa mencabar minda aku dengan penulisan-penulisan yang bermutu dan di luar apa yang dapat aku saksikan dalam filem atau imaginasi. Kiranya aku mahukan imaginasi novelis itu biar 200% melampaui apa yang dapat aku bayangkan, barulah aku dengan bangganya akan berkata novel itu bagus. Lagenda Budak Setan? Asalnya nama novelnya hanyalah Budak Setan, tetapi mungkin (ini aku ingat-ingat lupa) kerana dia ada triloginya yang tersendiri, jadi nama novel ini berubah kepada Lagenda Budak Setan. Apa yang lagenda aku tidak tahu sebab novel ini hanya bagus pada novel pertama sahaja!

Malas untuk membanding dengan novelis-novelis seperti Dan Brown atau J.R.R Tolkien, aku bandingkan sahaja dengan Ramlee Awang Mursyid. Seorang penulis tempatan. Kamu sudah baca trilogi Bagaikan Puteri, Cinta Sang Ratu, Hijab Sang Pencipta dan terbaru Cinta Sufi? Ini baru aku panggil novel lagenda! Triloginya bukan mainan, malah cerita ini diseru peminat agar diteruskan sebab semua orang mahu tahu apa yang terjadi pada Laksamana Sunan dan Haryani. Cinta dalam olahan Ramlee Awang Mursyid bukan tentang cinta gadis atau budak lelaki yang tiada pegangan agama, tetapi cinta seorang lelaki dari zaman Hang Tuah yang mengajar pembacanya agar dekat dengan Tuhan.

Kamu mahu aksi?

Trilogi Bagaikan Puteri cukup rasa gula dan garam dengan babak pertarungan. Membaca novel ini bagaikan kamu terasa kamu diangkat ke zaman itu, zaman lampau di mana pertarungan penuh epik berlangsung di luar apa yang pernah kamu imaginasikan sebelum ini. Ramlee Awang Mursyid tidak pernah gagal dalam aksi, keghairahannya seperti kamu menyaksikan sendiri raksasa syaitan ditumpaskan dengan keris sakti milik Laksamana Sunan. Lagenda Budak Setan? Beat that if you can! Ever! Dan bercakap tentang kelembutan, ah, malas aku nak cerita kamu bacalah sendiri. Kamu pasti tersenyum membaca bagaimana seorang lelaki sehebat itu mampu jadi selembut sutera di hadapan wanita bila pegangan agama sentiasa di dada.

Jangan risau, aku akan tonton juga filem Lagenda Budak Setan. Aku menyokong industri filem Melayu (?). Tapi aku akan ke panggung dengan penuh 'senjata' untuk membaham filem ini. Aku akan maafkan kesalahan-kesalahan kecil, tapi jika flaws yang terlampau aku takkan teragak-agak untuk membedil habis-habisan.


(lagenda? aku tidak tahu apa yang lagendanya....)


(ini baru lagenda!)

Maaf Ahadiat Akashah, "You're just not my cup of coffee kind of writer!"

p/s: atau aku hanya ke panggung semata-mata untuk menonton Lisa Surihani. siapa tahu?




Semalam yang dingin. Mungkin kerana terlebih tidur petang dan aktiviti yang malam yang padat, mata susah sekali hendak lelap. Penat berbaring tapi masih terkebil-kebil memandang siling, "Ah, tak boleh jadi." Lalu aku keluar melepak di tangga melihat malam yang sejuk. Tak ada banyak bintang pun. Tidaklah indah tetapi cukup untuk menyejukkan jiwa yang sedikit kusut. Fikiran cuba menghuraikan persoalan satu demi satu, tapi kondisi badan langsung tidak membenarkan. Aku letih, luar dan dalam.

Mencari teman bercakap pun, dia sudah tidur. 3.55 pagi. Takkanlah aku nak kejutkan dia semata-mata aku tak bolek tidur?

Jadinya aku kembali ke bilik. Membelek-belek CD filem-filem yang pernah aku burn lama dulu. Jari aku terhenti pada satu CD. Tersenyum. Kenapa terasa ingin menonton filem ini sangat-sangat pada saat ini? Ada memori yang berkisar pada filem ini. Masih ada sejarah yang tertinggal. Sejarah yang tak pernah padam dari kotak ingatan. Sebuah peristiwa yang masih segar berlegar di tubir mata.

"Taiyou No Uta." Lagu Matahari. Itu nama filemnya.

Sebuah filem sedih tentang seorang gadis lembut, Kaoru Amane yang mempunyai penyakit XP. Dia tidak boleh terkena cahaya matahari. Maknanya, hidupnya hanya bergantung pada kehidupan malam. Kalaupun dia tidak tidur di waktu siang, dia hanya mampu menatap dunia hanya melalui cermin jendela. Itupun langsir menutup seluruh biliknya dan dia hanya membiarkan sedikit cahaya masuk, untuk merasakan kewujudan cahaya sebelum dia pergi. Tapi persahabatan dan cinta mengubah semua itu.

Fujishiro Koji, lelaki yang telah kehilangan azam untuk berjaya, mengubah persepsi hidup Kaoru. Dengan hanya kurang 10 jam waktu malam yang ada, Fujishiro membawa Kaoru mengenali dunia yang tidak pernah diterokainya. Dunia yang tidak pernah sekali pun diimpikan gadis yang tidak pernah menjejak tanah di waktu siang tanpa memakai topeng seperti angkasawan. Kaoru dibawa ke pantai, pekan yang penuh dengan cahaya dan akhirnya ke satu tempat di mana Kaoru akhirnya berjaya menemui 'kehidupannya', di jalanan.

Di jalanan, dia bermain gitar dengan hati. Fujishiro menjadi peminat pertamanya. Hinggalah beratus orang yang lalu lalang di situ sanggup berdiri mendengar lagu yang dimainkan Kaoru. Lagunya bukan untuk duit. Lagunya bukan jua mencari populariti. Lagunya dari hati tulus sucinya. Dia hanya mahu meluahkan rasa hidupnya sebelum dia pergi, kerana dia tahu masanya semakin hampir. Sakitnya semakin tidak tertanggung untuk ditahan. Bila kebahagiaan mula menjelma, sinar hitam semakin dekat menyinari matahari pagi.

Dan sewaktu saat-saatnya hampir tiba, Kaoru membuat satu permintaan pada Fujishiro dan keluarganya. Dia ingin ke pantai dan melihat Fujishiro bermain papan luncur di pantai pada waktu siang. Dengan separuh hati, permintaan itu ditunaikan. Kaoru terpaksa berkerusi roda dan berpakaian seperti angkasawan. Dan tidak lama selepas itu Kaoru tidak lagi bangun bersama matahari yang terbenam. Dia tidak lagi bangun selamanya. Hanya sekadar lagunya yang tersimpan kemas di dalam sebuah album bernama Goodbye Days. Selamat Tinggal Siang.

Aku harus akui filem ini meruntun jiwa aku untuk selama ia berlangsung. Tidak sekalipun angin malam yang menyapa bahu mengubah anak mata dari terus merenung skrin. Sebenarnya aku tersentuh dengan keberanian Kaoru terus memberi sinar pada Fujishiro, walaupun dirinya sendiri tiada lagi harapan untuk dikejar. Hari esok yang tidak lagi menjamin apa-apa. Dan Fujishiro? Bagi aku, dia sudah cukup sempurna untuk 1% dari kebahagiaan sementara yang pernah dikecapi Kaoru. Cinta? Ini lebih bermakna dari cinta. Cinta yang dimulai dengan pengorbanan dan berakhir dengan pengorbanan.

Aku tidak tahu samada aku mampu menjadi seperti Fujishiro yang mampu bersama kamu hanya pada waktu malam.

Aku tidak tahu samada aku mampu menjadi seperti Fujishiro yang menolak kerusi beroda Kaoru untuk membawanya melihat pantai pada hari siang.

Aku tidak tahu samada aku mampu menjadi seperti Fujishiro yang mampu bersama kamu menempuhi hari-hari yang sukar dalam hidup kamu.

Aku tidak tahu samada aku mampu menjadi seperti Fujishiro yang terus mengenang Kaoru dai lagunya walau bertahun sudah berlalu.

Dan sepanjang filem ini, hanya kamu yang aku fikirkan. Mungkin Matahari Malam tidak bersinar seperi matahari siang, tapi ia juga punya kebahagiaan sendiri. Cuma aku dan kamu perlu melihat itu. Jarak kita jauh, tapi aku percaya kamu dekat di sini, di dada di sebelah jantung. Tidak perlu aku menyatakan sayang berjuta-jutaan kali kerana kamu sudah tahu, dan kamu sudah merasainya.

Tanamlah jujur, semaikanlah setia, dan bajailah percaya pada aku. Aku akan datang membawa cinta aku untuk kamu.

ZER, Kamu..... Matahari Siang dan Malam aku. Sama seperti Kaoru untuk Fujishiro.







Semalam, sambil berborak-borak dengan kawan aku di YM, dia terbuka satu kisah lucu tentang abang dia. Awalnya, kisah abang dia ni tentang dia nak kahwin lagi sebulan, tapi mungkin disebabkan kepala dia tengah sarat berfikir tentang kahwin, kerja pun dia pun kadang-kala jadi macam-macam hal. Owh, sebelum terlupa abang kawan aku ni kerja reporter, wartawan untuk satu tabloid kat Malaysia ni.

Satu hari tu, dia dapat call dari boss dia.

"Jemi, esok Tun M ada buat conference kat bangunan bla bla bla. Rudi tak dapat nak pegi sebab dia ambil cuti sakit 2 hari. Kau cover cerita tu."

"Hmm, boleh boss. Pukul berapa?"

"Event tu dari pagi sampai petang. Lunch pun dia sediakan sekali. Lepas lunch tu baru ada session untuk press buat liputan."

"Okey."

"Kalau press conference tu dibuat tak formal, macam mana pun kau mesti dapat lines dari Tun. Okey?"

"Okey boss."

Maka, balik kerja petang tu sibuklah abang kawan aku ni pilih baju yang lawa-lawa sikit untuk esoknya memikirkan yang esok dia nak pegi interview bekas perdana menteri Malaysia. Bukan senang weyh nak dapat peluang macam ni. Selalunya pegi interview yang cikai-cikai saja, tapi kali ni peluang terhidang nak bercakap live dengan Tun. Dapat tanya soalan direct pulak tu.

Pagi esoknya, si Jemi ni bangun awal sikitlah dari biasa. Konon takut terlepas sesi event pagi dengan Tun. Pukul 9.00 pagi si Jemy dah tercatuk depan bangunan tu. Masa tu adalah 4 5 orang reporters dari paper lain yang duduk bersidang depan pintu menunggu nak masuk ball room. Dalam hati si Jemi ni memang dah kukuhkan azam, "Walau macam mana ramai reporter lain pun, aku memang nak masuk dekat dengan Tun."

Selepas selesai sesi pagi, semua reporter dijemput untuk makan tengahari. Sebab pagi tadi tak breakfast, memang si Jemi ni kebulur, betul-betul kebulur. Pantang dijemputlah kalau sudah makan free macam ni. Apa lagi, semua makanan dari yang western sampai nothern semua dirembat. Bukan apa, bekalan takut sesi petang jadi lambat. Jadi makan tengahari mesti bantai banyak-banyak, bukan kena bayar pun!

Tengah sedap-sedap makan, tiba-tiba Tun datang ke dining hall para reporter! Suasana yang kelam-kabut dengan reporter yang tengah makan tiba-tiba hingar-bingar sebab semua reporter terus berlari ke arah Tun nak dapat live recording. Bayangkan ada beratus reporter semua berlari dengan pinggan mangkuk menuju ke satu arah. Memang gelabah! Sekejap saja sudut makan tu jadi separuh kosong, sebab masing-masing sibuk pegang tape recorder dan videocam.

Si Jemi ni tengah pegang gelas fresh orange dengan pinggan. Nampak saja semua reporter berlari, dia campak pinggan tu dengan gelas, terus seluk poket ambil tape recorder. Punyalah susah nak menyelit di antara puluhan reporter tu. Tapi si Jemi ni tak nak mengalah. Himpit pun himpitlah, asalkan dapat berita sensasi. Maklumlah kerja reporter memang sentiasa kena dapat isu baru. Apa lagi, tolak punya tolak, asak punya asak akhirnya si Jemi dapat juga hulurkan tangan ke mulut Tun. Masa tu tak fikir apa dah, memang nak soal Tun saja dalam kepala.

Sambil tangan menghulur...

"Tun, apa pandangan Tun tentang isu bla bla bla...?"

Tun pusing saja kepala, alamak, sekali bukan tape recorder yang ada kat tangan si Jemi! Tapi...

SEGELAS AIR FRESH ORANGE YANG SEPARUH PENUH! (sebab dia dah minum tadi!)

Tun terus ambil fresh orange tu dan minum macam biasa.

"Terima kasih."

Gulp! Si Jemi terus mengucap panjang. Tun M minum air lebihan aku?

"Sama-sama." Panik.

Terus si Jemi ni berundur perlahan-lahan takut orang perasan. Beberapa reporter yang lain tercengang-cengang. "Apahal mamat ni hulur air fresh orange dekat Tun?"

Lepas tu, dah confirm muka jadi biru. Macam nak bodek Tun pun ada. Tapi si Jemi ni buat-buat tak tahu saja. Ambil balik dia punya tape recorder yang dia 'rasa' dia dah ambil tadi, baru pegi balik dekat Tun. Dalam pada tu, memang si Jemi ni tersenyum kambing memikirkan macam mana dia boleh terhulur air fresh orange pada Tun dalam keadaan orang lain tengah gelabah nak interview. Memang haru!

Tapi okeylah, sesi interview dengan Tun lepas tu semua berjalan lancar. Kira takde masalah lain. Tapi yang penting, si Jemi sejak perisitiwa tu memang respect habis dengan Tun. Tun tak ada masalah nak berlaku sempoi dengan apa jua keadaan yang datang. Kalau orang lain, entah-entah si Jemi ni dah kena slam free free saja.

Tapi Tun, relax saja minum air tu dan ucap terima kasih. Reporter lain yang tengah interview Tun masa tu pun tersenyum-senyum sebab tak sangka Tun masih cool.

Haih, kalau akulah yang kena macam tu, mau aku lari turun bangunan tu sambil tutup muka. Maluuuu oi!!!!




Aku seharusnya solat asar waktu ini. Tapi keghairahan untuk mencurah idea di sini membuat aku sedikit leka dengan benda bernama blog. Kamu tahu kenapa? Aku dapat idea menulis ini sewaktu sedang menjawab soalan final exam dalam dewan sebentar tadi.

Perasan atau tidak, nama kanak-kanak hari ini semakin lama semakin susah nak disebut dan diingati? Kalau dahulu, paling canggih pun nama budak lelaki orang bagi Danial, Aiman atau yang masih boleh dikira ringkas dan senang untuk diingati. Kalau budak perempuan, nama-nama seperti Nadia, Maizurah itu pun bagi aku sudah cukup sedap didengar dan disebut. Lebih-lebih lagi kalau membawa maksud yang baik, memang selalunya kena dengan sifat dan tingkahlaku serta pembawakan si empunya nama.

Tapi hari ini orang lebih 'gila' meletak nama yang pelik, sukar disebut dan dieja dan kadang-kadang tak membawa apa-apa maksud. Aku hairan juga dari manalah datangnya mazhab yang mengajar ibu-bapa meletak nama anak-anak atas dasar ingin berbangga dengan rakan-rakan. Atau kerana minat yang melampau-lampau pada sesuatu atau seseorang, hinggakan nama anak sendiri mesti kalau tak banyak, ada sedikit iras-iras dengan sesuatu yang diminati itu.

Kamu mahu contoh? Cuba sebut nama-nama ini.

Nurkhylia Tania Artisha.

Kheressa Lylia Mayang Sari.

Astaizah Mumtaz Ibhan Felicia Asmara.

Rizki Langit Ramadan.

Danish Ben Pierre Andre.

Reeve Damien Cahaya Deeni.

Fea Eryssa Indah Fitriati.

Teguh Budiman Armand Azhari Ahzad Ahlami.

Irisha Myra Sania Samara.

Aaron Alban Leroy Fariq Haizen.

Fildza Haifa Citta Karamina Kaisara Kamelia.

Ibnu Iqbal Socrates Dylan Rumi.

Joaquin Indot Jeremy Jeffrey.

Rezarin Rezaimen Keiflin Armada Jiwa Rifdhi.

Khadeeja Zaireen Murshim Luth Mikhail.

Bagaimana? Tak terasa tergulung-gulung lidah nak menyebutnya? Dan sebenarnya, nama-nama ini memang nama-nama orang Melayu kita. Tak ada yang bukan Melayu. Memanglah meletakkan nama anak-anak itu hak ibu-bapa, tapi bagai sudah lari jauh dari tujuan asal sebagai panggilan serta secara tidak langsung sebagai doa untuk si polan si polan, sesuatu harus diubah di sini, dalam norma masyarakat kita.

Mungkin harus diberitahu bahawasanya nama yang diberi haruslah punya maksud yang baik. Bukan apa, nama itu akan berulang-ulang kali disebut oleh ibu dan bapa, guru-guru, rakan-rakan. Makanya kalau nama pun sudah punya maksud yang tidak baik, atau langsung tidak ada makna, maka rugilah satu doa yang berterusan itu.

Namun begitu, tidak salah untuk meletakkan nama yang unik dan menarik. Cuma pastikan setiap nama itu punya maksud yang baik. Cantik tetapi tiada maksud, apalah gunanya? Lagi satu aku perasan, fenomena ini berlaku (maaf kata) pada orang yang pada pendapat aku kurang jua ilmu pengetahuan tentang agama. Bukanlah mengatakan aku ini alim atau serba tahu, tetapi apa salahnya bertanya pada yang lebih arif atau sekurangnya bacalah buku untuk memilih nama yang baik.

Mungkin generasi kita sudah 'kaya' dengan nama-nama pengaruh sumbangan budaya barat dan timur. Tapi kekalkanlah apa yang kita ada, itu lebih baik. Lagipula, memang nama-nama orang Melayu itu sudah asli dan indah bahasanya. Memang kena dengan kita. Tak ada hebatnya mengagung nama dari budaya lain. Mungkin sebab kita merasa lebih gah bila berdiri dan bertunjangkan adat resmi orang lain, inilah sikap Melayu. Yang harus diubah....

p/s: risau bila anak cucu yang buta ilmu letak nama 'Vanilla Ice' sebab bunyi macam sedap!


Sedang sedap mendendangkan lagu She's So High Above Me, aku tertanya-tanya siapa Cleopatra, Joan of Arc dan Aphrodite sebenarnya. Kamu boleh cari maklumat tentang ketiga-tiga wanita ini di Wiki, cuma aku ringkaskan pada kamu yang malas membaca. Sekurang-kurangnya kamu kenal siapa 3 wanita cantik yang menjadi inspirasi dalam lagu ini.

Kira macam sudut tambah ilmu lah!


Cleopatra VII Philopator.


Dia adalah Firaun terakhir yang memerintah Mesir. Selepas kematiannya, Mesir menjadi sebahagian tanah jajahan Empayar Rom. Cleopatra kekal menjadi ikon penting dalam seni penulisan barat di mana banyak pementasan teater dan filem telah diolah untuk menggambarkan kecantikan yang dimiliki Cleopatra.

Blaise Pascal dalam Pensees berkata, "Cleopatra's nose, had it been shorter, the whole face of the world would have changed."


Joan of Arc.


Joan of Arc atau The Maid of Orleans adalah heroin kebanggaan Perancis. Dia memimpin tentera Perancis untuk kemenangan dalam beberapa siri Perang Seratus Tahun. Walau bagaimanapun, dia ditangkap oleh The Burgundians, dijual pada orang Inggeris, dibicarakan dan dibakar hidup-hidup hanya pada usia 19 tahun.

24 tahun kemudian, Callixtus III berjaya membuktikan mahkamah telah tersilap dalam penjatuhan hukuman terhadap Joan of Arc.


Aphrodite.


Adalah dewi cinta dan kecantikan tamadun Greek. Dia dilahirkan apabila Cronus membuang sebahagian diri Uranus ke dalam laut, dan dari buih-buih lautan (foam), terlahirnya Aphrodite. Aphrodite juga dikenali sebagai Cytherea dan Cypris, tempat yang dikatakan menjadi tanah kelahirannya. Burung merpati dan burung swan adalah antara haiwan yang sering dikaitkan dengan Aphrodite.


Dalam Islam, antara wanita-wanita yang cantik yang pernah disebutkan adalah Saidatina Aisyah R.A (mempunyai kulit putih kemerah-merahan), Siti Khadijah R.A dan Puteri Balqis. Namun, interpretasi dalam bentuk fizikal wanita-wanita yang mulia ini adalah tidak dibenarkan demi mengelakkan idolism, sesuatu yang dilarang di dalam Islam.

Sekadar perkongsian ilmu.




Petang tadi tengah sedap-sedap layan video klip Big Bang, tiba-tiba satu sms masuk. Aku memang cukup tak suka sms tak kena timing. Nak sms, sms lah di hening-hening subuh ke, waktu itik berjalan masuk kandang ke, barulah aku tak busy. Ingat senang ke jadi Duta Korea Selatan kat Malaysia. Segala urusan kena ikut timing sana tahu?

Sms tu macam nilah lebih kurang...

"RM0. Ingin menonton video-video panas 26 orang Ex-GF saya yang disimpan untuk koleksi peribadi? L*na, An*s, Ay* dan ramai lagi. Cuma send 'YES' ke nombor ini dan video akan didownload terus ke handphone anda. Pakej langganan juga disediakan."

Aku tengok skrin. Hmm, 013242115*. Tak pernah save nombor ni. Ingat member-member nak buat pedajal. Mana lah tau ada member-member yang terdesak sangat nak cari duit lebih kan. Tapi bukan.

Hmm, tau apa aku reply?

"Brader, ada yang HD punya video tak? Saya kalau format .3gp tak berapa nak layan sangat, tak clear."

Lepas tu dia tak reply dah. Aku gelak sorang-sorang macam orang gila. Haih, macam-macam manusia ni bila nak buat bisnes. Kadang-kadang video yang entah apa-apa ni, ada saja manusia yang download. Aku tak paham. Tak puas-puas lagi yang ada kat internet? Membazir kredit!

Tapi yelah, konsepnya sama saja, demand and supply. Kalau tak ada permintaan, tak ada penawaran. Tapi nak tawar 'barang' pun agak-agak lah kan? Kalau Pak Imam yang dapat sms macam ni, mengucap panjanglah jawabnya ye tak?

Hiduplah dengan penuh tanggungjawab.

p/s: aku terus delete ya sms tu. takde buat benda lain haaa....



Kamu pernah tonton filem 'Invictus', 'Remember The Titans', 'Apollo13', 'Invincible', 'Glory Road' atau 'The Debaters'? Baik, kalau tidak pun kamu mesti pernah tonton 'Titanic', 'Gladiator' atau 'Braveheart' bukan?

Aku suka meneliti filem-filem seperti ini kerana mereka ada satu persamaan. Semuanya adalah filem-filem yang dibikin dari sebuah kisah benar, cuma diolah kembali agar lebih dramatik, lebih melankolik dan punya nilai komersil yang tinggi. Aku tidak peduli sangat tentang wang di sebalik filem-filem ini semua. Itu memang alasan paling loser boleh diberi oleh seorang pengarah Malaysia.

Tapi ada DUA hal yang jelas apa yang boleh kita pelajari dari Hollywood ialah SATU, mereka mempunyai arkib yang benar-benar berfungsi dan boleh menyumbang untuk masyarakat. Setiap peristiwa bersejarah yang berlaku akan direkodkan agar ia menjadi suatu memori yang boleh diingati. Arkib mereka sama sekali jauh berbeza dengan apa yang kita ada sekarang. Arkib mereka punya teknologi dan mereka punya kesungguhan untuk mencari dan memastikan bahan-bahan yang ada dapat dipersembahkan dengan lebih baik pada masa sekarang.

Sebuah buku sejarah akan sentiasa dijaga dan diperbaharui agar bila ia diperlukan, bendanya masih ada.

(Star Wars hasil karya George Lucas ada celebration tersendiri. Ada sesiapa nak celebrate Cicak Man?)


Kerana itulah kita melihat 'Clash of Titans' dan filem-filem yang aku sebutkan di atas dapat dibikin kembali, dan kita pun masih ingat filem-filem lama mereka. Kita pula yang jadi pengkomen lebih-lebih untuk setiap filem-filem yang baru ini.Ini aku rasa kelemahan sistem dan industri perfileman kita yang pertama.

DUA, pengarah filem Melaysia yang benar-benar layak dipanggil pengarah bagi aku hanyalah Mohamad Noor Kadir, Kabir Bhatia, Afdlin Shaukie dan Rashid Sibir. Ahmad Idham separuh separuh. Ada filemnya yang bagus, dan ada filemnya yang gagal pada pengamatan aku. Pengarah yang suka buat cerita mami itu memang langsung aku tak anggap sebagai seorang pengarah. Dia hanya transform apa yang ada dalam kepala otak dia jadikan filem. Lepas itu goyang kaki untuk filem seterusnya.

Cuba perhatikan Jerry Bruckheimer, Michael Bay, Ridley Scott, Spielberg, Peter Jackson, Gore Verbinski, John Woo, Yash Chopra, Karan Johar dan aku pasti readers sekalian lebih kenal dari aku, mereka semua ini punya visi dalam membuat filem. Apa yang pernah aku baca dari penulisan nota John Woo bila dia membikin Red Cliff 1 dan 2, dia mengatakan filem itu adalah paling sukar untuk dibikin dalam hidupnya. Pengkajian tentang sejarah perang antara 3 negara di China itu adalah yang paling unik, paling susah untuk dicari sumbernya dan bagaimana mahu menterjemah di layar perak dalam bentuk yang boleh diterima oleh orang Cina pada masa sekarang.

John Woo membaca lebih dari 3 buah buku sehari semata-mata untuk memahami perjalanan hidup Liu Bei, Guan Yu dan Zhang Fei. Serta kisah pertempuran penuh epik antara mereka bertiga dan Sun Quan. Dan paling penting, watak Zhuge Liang selaku cendekiawan dan genius perang dalam kisah tersebut mahu ditampilkan sebagai elemen terpenting untuk dibanggakan. Bayangkan pengarah besar seperti John Woo harus belajar satu persatu sebelum membikin filem. Sebab itu filem itu aku rasa yang terbaik pernah dihasilkan John Woo selepas Crouching Tiger Hidden Dragon.




Pengarah Malaysia ada usaha sebanyak itu untuk belajar tentang sejarah? Ya, mungkin Afdlin belajar tentang Sumo dalam Sumolah. Tapi itu sajalah. Lagi? Mana lagi usaha pengarah lain? Budget? Bagaimana dengan filem Forrest Gump atau The Day After Tomorrow? Dua filem itu tak ada budget besar pun. Tapi impaknya pada dunia?

Sebab itu aku kata kalau pengarah Malaysia persalahkan budget dan industri filem kita yang kecil, kamu boleh baling selipar!

Baik tak payah cakap kalau tak mahu berusaha untuk jadikan seni sesuatu yang indah untuk dipertontonkan...





People Change for Good?

Senang berkata. Tapi tak ramai yang mampu buat. Usahlah cerita benda besar-besar kalau benda depan mata tidak mampu dihadapi.

Bila jumpa nak mengelak, atau bagi satu senyuman nipis. Aku berubah sebab dia. Habis yang kau kata dulu apa cer brader?

Kita senang menuding jari. Senang berbicara bila guna akal yang sekelumit. Melepas berdentam-dentum. Mengharapkan orang lain berubah. Tapi bila kena batang hidung sendiri, tak sampai habis ayat dah tak nampak muka. Sesungguhnya aku tidak kisah sangat bila hal yang sama terjadi pada orang yang aku tidak tahu asal usul.

Tetapi bila jadi pada orang sekeliling aku, orang yang aku kenal perasaannya aku tak mampu nak tipu. Ingat tak penat ke nak tipu diri sendiri? Penat wey!

Tapi itulah, selalunya bila buat post macam ni orang akan kata emosional. Jiwang. Tak ada life. Tak apalah. Aku nak tengok juga orang yang ada life hidup macam mana. Takkanlah dalam setahun hujan tak turun setitik? Ada juga hari nak sangat main futsal, tapi hujan kaw-kaw. Ada juga hari tak ada rasa langsung nak main futsal, tapi cuaca cerah, awan tutup matahari memang perfect nak turun court. Kan?

People Change for Good?

Ya, kalau kena cara. Kalau kena cara tak 'meninggalkan' apa yang patut untuk kejar benda tak perlu. Memang tak perlu, tapi senang rasa perlu sebab orang lain punya benda yang sama. Kita gelak sama-sama dulu, sekarang macam dah ada tak makna.

Tak penat ke hidup mengejar brader?

Cuba lah berhenti sekejap. Tengok-tengok kat mana rumput dipijak. Tengok-tengok benda yang dah makin nak hilang. Bukan apa, takut nanti bila jatuh orang lain lalu sebelah tak jeling semata pun dengan kita. Ludah tu tidaklah, tapi bimbang orang pun buat-buat lupa dengan kita. Apa rasa?

Kalau kau rasa benda itu perlu, maaflah aku kata tak. Kau patut dapat lagi bagus, cuma masanya bukan sekarang. Sekarang semuanya manis. Percayalah cakap aku. Semua manis, semua bermadu. Yang pahitnya kemudian. Aku tak suruh kau jadi pengecut jangan ambil peluang kalau ada, cuma cara macam ni tak kena.

Ada sebab orang tua-tua kata hidung tak mancung pipi tersorong-sorong....

Sendiri fikirlah bai. Lagipun benda bukannya lama dah lepas ni. Kalau jumpa, jumpalah. Kalau tak, kenang daku dalam doa mu sajalah jawabnya.

Tapi sebab dulu kita pernah sekali, dua kali dan tiga kali. Jadi buruk luar macam mana pun, dalam aku tahu kau macam mana. Belum tentu yang senyum dengan kau sekarang akan senyum macam senyum yang kau 'selalu' buat?

Wayang bai, wayang.

Kalau nak jadi pelakon, biar kita sama-sama buat skrip. Nanti kau faham maksud aku. Jangan kata sampai jinjang pelamin, sampai anak cucu pun minta-minta Tuhan yang Maha Berkuasa bagi bahagia....


Okey, baru 2 hari lepas aku menghabiskan siri Adamaya. Well, biasalah Melayu bila ada drama baru, semua akan cakap ini yang terbaik, itu yang paling best. Tapi bagi aku drama ini bolehlah, tak banyak pun clise yang aku tak jangka.

Maya akan kembali pada Adam dan they will live happily ever after. Terlalu biasa. Jauh sekali kalau nak dikatakan lebih hebat dari Nur Kasih. Dan ramailah juga yang mengatakan Lisa Surihani ni cun lah, comel lah, cute lah, apa lah. Tapi bagi aku itu semua watak. Watak mampu mengubah persepsi. Adam? Well, sebelum ni siapa yang kenal Sein kan?

Semua sebab watak saja. Harus diakui, itu sajalah pool konsep drama dan filem Malaysia. Aku tak kata 2 drama ini hampeh, tapi sekurangnya mereka ada usaha untuk keluar dari kepompong drama hantu, jembalang, makhluk asing dan super hero yang bodoh kaw-kaw sat! Satu pujian jugalah untuk mereka.

Aku tak minat nak menulis pasal drama. Sebab aku lebih suka komen pada pelakonnya(?). Physically, Lisa Surihani still tak mampu nak challenge Diana Danielle kot. Fakta. Lihat gambar. Ukuran JPJ ini dibuat atas dasar fizikal sahaja dan bukan faktor-faktor lain.


(comel? lawa? ada shape? lihat bawah...)


(booommmmm!!! kapow!!! lisa surihani kalah semata beb....)


Samalah juga halnya dengan Hyunah 4Minute yang bersuara baby umur 4 tahun walaupun dah berumur 18 tahun. Mula-mula aku ingat dia ni bolehlah challenge Tae Yeon aku(?) dari segi kecomelan dia. Tapi sayang setrilion kali sayang, Hyunah sekadar mampu melihat bayang-bayang Tae Yeon saja kalau dalam race keta. Kena tinggal 3 tiang letrik kot jauhnya.


(hot? comel? seksi? lihat bawah sekali lagi....)



(booooommmmmmmm!!! dusyummmm!!! kapowww!!! Tae Yeon menang dari semua aspek. Bijak (contradict Hyunah), Comel dan Hot (lebih banyak dari Hyunah), Matang (jauh sangat dari Hyunah), Seksi (malas nak komen lebih-lebih))


Jadi jangan cepat gelabah nak claim itu paling best, ini paling lawa, itu paling comel. Memanglah semua ada hak dan pendapat individu sendiri, jadi ini pendapat aku. Terpulanglah.

p/s: aku lebih suka Tae Yeon yang comel, bukan seksi. nak tengok seksi, tengok Run Devil Run. maaf Hyunah, good try!




Aku sedang belajar. Tak sangat. Tapi buka file PDF banyak-banyak dan konon buat klik-klik di folder akademik, itu kira belajarlah kan?

Tak, kali ni aku tak membebel. Cuma sambil melayan nota-nota ini aku sedang mendengar lagu Mizz Nina feat. Colby O Donnis. Aku tak dengar dengan detail pun, tapi apa yang aku dapat agak lagu ini tentang betapa si lelaki/perempuan ini sedang menceritakan betapa dia menyintai perempuan/lelaki ini kerana kecantikan bentuk badannya, suaranya.

Tiba-tiba saja aku menjadi sensitif (?). Hmm, betullah baru aku perasan hampir semua lagu orang putih menceritakan kecantikan kerana bentuk badan, bentuk mata, suara, keseksian dan bentuk--bentuk fizikal, yang mana harus ditunjuk. Betul? Ke tak betul?

Entahlah, semakin hari jauh berjalan aku merasakan bentuk fizikal ini hanya sedap dipandang. Yang mana sempat ditengoklah. Mungkin juga aku memuji, atau aku gelakkan tapi jauh dalam sudut hati bukan itu sebenarnya yang dicari. Susahlah nak cerita bila dikatakan faktor penting, tapi bukan satu-satunya. Semacam bagus jika ada, tapi jika tak ada pun tak apa.

Ah, akhirnya aku membebel juga. Tapi sekarang ini rasanya ramai yang akan kata, "Ah, di blog bolehlah sembang..." Memanglah, di mana-mana pun boleh sebenarnya. Tapi ada sesiapa ada kebolehan baca hati orang lain ke? Kalau ada, aku nak minta tolong. Siapa kata kita tak mampu menipu diri sendiri? Hati boleh.

p/s: kamu bangga jadikan gadis kelab gf kamu? aku bangga generasi aku takkan ada yang akan ke kelab. dunia kita jauh berbeza 'kawan'. Lagipun, sampai mana....




Dua hari yang terbaik. Suhu dingin yang menyelesakan untuk menenangkan fikiran yang kusut dengan masalah-masalah yang sementara. Benda kecil dipandang besar. Sebab itulah mata selalu nampak masalah, bukan penyelesaian. Walhal jalan sudah ada terbentang, bukan dipandang tapi terus merisau dengan benda-benda yang tidak perlu.

Pada yang tertentu (akan ada yang baca dan faham) terima kasih untuk bermain naik, turun dan berpusing-pusing di benda beroda bernama roller coaster. Bukan semua orang mampu naik benda itu. Dan bukan semua orang mampu naik benda itu dengan kawan-kawan baik. Kawan-kawan yang sudah kenal dari Januari 2006 hinggalah mempunyai paper yang sama untuk final exam terakhir di UTP.

Aku bukan juga terlalu tenang. Bukan juga terlalu gelabah. Cuma sekadar ingin menikmati saat ini. Mungkin sebab itu aku tidak terlalu tertekan dengan final exam yang cuma lagi 5 hari. Seperti aku rasa final exam itu tidak lagi sepenting final-final exam sebelum ini. Sebelum ini harus berusaha kuat untuk hafal, tulis, kira dan practise. Tapi kali ini minda lebih kosong, lebih tenang. Mungkin sebab ini yang terakhir. Hidup sudah tidak perlu terburu-buru. Punya waktu secukupnya untuk hadam dan jawab dengan sepenuh hati dan perasaan. Nota-nota hantu raya pun sudah tidak perlu rasanya. (Dulu aku pernah bawa buku teks ke dalam tandas sebab nak salin nota banyak sangat, aku bawak buku teks terus! Hehehe...)

Itu pun satu kenangan juga bukan?

Saat ini aku tidak rasa bermasam muka ada faedahnya. Tidak tahulah bagi sesetengah orang yang masih suka memikirkan benda-benda kecil dalam hidup mereka. Asyik dengan masalah orang lain. Aku tidak ada masalah pun. Pemikiran aku sudah jauh berbeza dari aku mula-mula melangkah ke UTP dulu. Dahulu melihat orang minum arak di depan mata adalah sesuatu yang sangat janggal bagi aku. Sekarang kau mahu minum tunggang terbalik, minumlah. Aku peduli apa. Melihat perempuan berskirt pendek (Melayu) dulu aku geleng-geleng kepala. Sekarang, aku cuma tersenyum. Bukan semua manusia sama. Dan sama tidak semestinya serupa. Didikan aku berbeza. Tapi perbezaan itu sekarang ini aku yang tentukan. Bukan lagi kata-kata orang yang aku dengan senangnya boleh panggil sayang dan sahabat.

Pada rakan-rakan ITIS terutamanya, rakan-rakan budak engineering JAN06, rakan-rakan yang pernah join event bersama aku, rakan-rakan main futsal, rakan-rakan lepak di mapley, rakan-rakan di lecture yang aku borak-borak time bosan, rakan-rakan di blog KersaniSakti, rakan-rakan yang pernah mengenali, terima kasih untuk semua ini. Untuk semua ini. Tidak kan terganti lagi.

Falsampah kata, "Makan sepinggan maggi goreng telur mata bersama rakan-rakan itu lebih nikmat dari menikmati buffet di hotel seorang diri...."

Redhai makan minum. Halal dan 'haram'. Yang halal kamu tahu, yang tak halal pun kamu tahu. Takkan berkawan 4 tahun masih tanya aku apa benda 'haram' yang aku buat dengan korang kan? Mesti kamu tahu. Kini kapal akan belayar sendiri. Dan tidak banyak pelabuhan yang indah dan secantik pelabuhan yang pernah aku singgah di sini.

Cinta di Melaka jua semakin luput. Kamu yang sedang deactivate facebook dan blog kamu, sila jaga diri baik-baik ya. Rehatlah selama mana kamu mahu. Aku tetap jua di sini. Sama saja. Sama seperti mula-mula kamu kenal dulu. Tidak berganjak.





Cerita tentang Makan Malam batch JAN06 sabtu lepas aku skip dulu ya. Sebab tak banyak gambar aku yang menarik. Nanti aku buat di post yang seterusnya.

Keesokannya, aku ke ITIS JAN06 gathering di Teluk Batik pula. Pun tengah menunggu gambar-gambar yang cantik kaw-kaw dari tuan punya kamera. Tak apalah, aku buat satu post double stories "two in one" tentang kedua-dua event ini nanti. Nak ambil gambar pakai kamera handset di event-event besar seperti ini, aku terasa loser sangatlah pulak.

Tapi ada satu cerita best malam ahad lepas.

Selepas solat maghrib di surau Pantai Teluk Batik, aku terjumpa dengan member aku yang sama usia tapi lain batch. Kira dia ni batch yang lewat satu sem dari kami. Member baik sebab selalu join event sama-sama. Dia masa tu berlima dengan 2 orang aweks yang agak cun baru lepas BBQ kat situ.

Rupanya, diorang hilang kunci kereta. Tak tau mana tercampak atau diambil orang, memang lepas mencari dalam gelap dekat setengah jam kat pesisiran pantai tu, still tak jumpa. Habis segala benda yang boleh bernyala digunakan dalam operasi mencari. Tapi memang takde. Aku suspect ini memang dah kena pow dengan mana-mana trespassers yang lalu-lalang kat situ sebab kawasan pantai tu agak lapang. So, dari jauh dah boleh nampak kalau ada kunci kereta yang terjatuh.

Akhirnya, kami 3 buah kereta tunggu diorang. Aweks-aweks tadi dibawa join member-member batch kami yang lain untuk ke Water Front Lumut. Takut jadi apa-apa. Pompuan, biasalah. Tapi nak jadi cerita, dari pukul 8 sampailah pukul 10.00 dok menunggu formen datang. Lama gila babash! Datang-datang, dia try kopek cermin kereta nak bukak pintu keta Satria Neo tuh. Try punya try tak dapat-dapat. Kami dah tension dah.

Lepas 45 minit, baru boleh bukak. Dah bukak, takleh nak reset alarm kereta tu pulak. Apa benda punya teknologi cangggih Proton ni pakai! Memang susah nak disconnect litar alarm dia. Sampai kitorang yang bosan tahap belalang ubi sempat main futsal lah, main bola tampar lah, dan macam-macam lagi permainan yang pelik-pelik tercipta untuk menghilangkan kebosanan. Nasib baik ada bola pantai kitorang bawak petang tadi.

Akhirnya, pukul 11.45 malam tow truck sampai. Aku sempat snap 3, 4 keping gambar kenangan melepak kat Teluk Batik selama hampir 4 jam sebab kunci kereta hilang. Tapi member baik punya pasal, kira takde hal lah. Diorang pun lepak kat McD dengan kitorang lepas tu.


(Satria Neo yang tercangkung tak bergerak-gerak...)


(Tow Truck yang menjadi watak utama cerita bertajuk 'Penantian Gila Ini'...)


(Aummm!!! Tow Truck tu mencuba jurus angin lintang menongkah arus....)


(Akhirnya, Neo tu termakan jugak umpan Tow Truck. Setel!)

Tapi kan, masa Tow Truck tu mula-mula angkat Neo tu, aku yang dok sebelah dapat mendengar bunyi "Krakkkk!" "Krakkkkk... Krakkk!!!" Aku ingat bunyi apa, rupanya bunyi bumper depan Neo tersebut yang dengan ganasnya dirodok oleh si Tow Truck tersebut. Aku confirm kalau tuan dia tengok bumper depan kereta dia macam kena goyang-goyang dengan besi tu, mau menangis dia memikirkan nasib encik dompet di bengkel nanti. Confirm tak kurang pada 400!

Pelajaran dari cerita 'Penantian Gila Ini':

1) Jangan hilangkan kunci kereta di tempat-tempat yang tak ramai member-member melepak. Susah nak cari orang Malaysia yang sanggup susah cari formen dan Tow Truck malam-malam. Itu hakikat. Terima kasih!

2) Kalau sayang duit tapi nak modify kereta macam mana pun, ingatlah bumper depan jangan kasi lowered sangat. Menyesal nanti bila tengok Tow Truck buat macam origami bila dia goyang-goyang. Samalah macam goyang-goyang duit di akaun bank yang bakal melayang!

3) Kalau kunci kereta hilang jugak, pastikan ada aweks cun di kalangan anda. Barulah good samaritans ada semangat sikit nak tolong. Hehe!

Chow~


daun hijau

daun hijau

ilustrasi pensil & cinta

Projek ini sudah lama aku rancang, tapi hingga saat ini baru diberikan sedikit kekuatan, ruang dan masa untuk benar-benar merealisasikannya.

Baru saja bermula, InsyaAllah sedikit demi sedikit projek ini akan aku usahakan dan sampai waktunya nanti, akan aku dedahkan secara umum matlamat dan hasil sebenar projek ini pada sahabat, kawan dan rakan-rakan bloggers.

Ianya projek yang ringkas, tapi amat sangat bermakna untuk kersani. Harap kalian sabar menunggu.

kira ulat

ulat rajin

kroni ulat hijau

ulat hijau

tiga

tiga

rendam

rendam

sembang ulat


ShoutMix chat widget

pustaka ulat

FEEDJIT Live Traffic Feed