(Aku Sayang Tanah Airku...)

Dulu:


Rakyat Persekutuan Tanah Melayu tak sambut kemerdekaan dengan bunga api. Mereka tak sambut dengan konsert-konsert dan lagu-lagu serta perempuan-perempuan yang menarik nafas tinggi2 semata-mata nak menunjukkan patriotik. Wang tak dibazirkan berpuluh-puluh ribu untuk menggantung bendera di tiang-tiang di tepi2 jalan atau untuk banner2 yg bergantungan. Bendera Malaysia pun tak banyak macam sekarang sampai dekat reban ayam pun orang gantung bendera. Patriokan kan, biasalah.


Kenapa begitu? Sebab orang2 dulu sambut merdeka dengan mengingati atuk, ayah, sahabat dan rakan2 yg pernah berjuang menentang Jepun dan British. Mereka sudah pergi sebagai bunga bangsa. Dan nama mereka walau tak tersemat di batu nisan, tapi tetap utuh dalam hati anak-anak cucu. Ada di antara mereka yang terkorban dalam berjuang a.ka Killed In Action dan langsung tak diketahui di mana cebisan daging mereka akibat periuk api Bintang Tiga. Tapi anak cucu mereka mampu mengimamkan solat jenazah utk golongan syahid ini. Allahuakabar! Anak-anak cucu khatam al-Quran dan belajar pandai2, kerana pesan 'orang2 yang telah pergi'...


Tun Abdul Razak dulu naik basikal pergi ke kampung2 semata2 nak tengok kehidupan rakyat. Siap punggah baja bersama rakyat sebab nk galakkan rakyat tanam padi. Rakyat Kelantan ingat semua tu...


Sekarang:


Sepanjang bulan Ogos, bendera Malaysia boleh dijumpai di mana2. Di kereta2, di tiang2 letrik, di anjung rumah, di dewan2 serbaguna, di tandas2, di motor2 mat rempit, kadang2 mat pit pun sambut merdeka dengan beli bendera harga RM1.20 sebab nak beli 'stok' dengan pusher pun tak lepas. Bendera yg ada gula2 bulat bergentel pastu bermacam2 warna kat dalam plastik tu. Sebab apa? Sebab pengertian merdeka adalah bendera. Simple! Macam perjuangan orang2 lama sudah tak relevan lagi dengan zaman moden hari ini. Dan aku sedikit sedih tentang ini.


Aku tak kisah kalau nak buat konsert merdeka sekalipun. Nak buat besar dan meriah macam mana pun, buatlah. Tapi seimbangkan dengan sejarah2 Tunku Abdul Rahman, Tun Sambanthan, Ahmad Boestamam, Datuk Onn Jaafar, Hamka, Ibrahim Haji Yaacob, Dr. Burhanuddin Al-Helmy, Tun Tan Cheng Lock, Tun Abdul Razak, Tun Hussein Onn dan ramai lagi agar anak cucu kita tidak hanya kenal Mawi, Faizal Tahir, Siti Nurhaliza, Suki dan bersepah2 lagi.


Maaf cakap, kalau tanya Mawi siapa yg mengasaskan Kesatuan Melayu Muda (KMM), korang rasa apa jawapan dia?


"Err, err... Datuk Jaafar Onn! Yea, saya pasti! Err... kot."


Bukanlah aku nak menghina sesiapa, tapi teladanilah manusia-manusia yg patut diteladani. Cerita-cerita seniman agung P.Ramlee seperti Bukit Kepong dan Sarjan Hassan yg kerapkali ditayangkan jangan dihentikan. Cerita2 moden seperti Leftenan Adnan pun patut diperbanyakkan. Ini aku geram dan dendam dengan pengarah filem melayu, makin banyak buat cerita hantu dan langsuir dan pontianak! Kenapalah dok sibuk nak kacau dunia diorg. Biaq pi la depa!


Cerita2 sejarah Malaysia tak nak pulak buat. Biarlah anak2 kecil bosan sekalipun menonton cerita2 seperti ini, tapi sekurang2 nya timbul curiosity dalam hati kecil mereka utk bertanya...


"Mama, siapa Sarjan Hassan ni?"


"Papa, Leftenan Adnan tu pejuang kemerdekaan kita ya?"


Dan kita nanti kalau dah jadi bapak atau mak budak2 tu, rasa2 nya kita nak jawab apa dekat anak2 kita???


Sendiri fikir lah kawan!


:D


Chiow~


p/s: bunga bangsa tidak mati. mereka hidup, tapi memandang dari jauh...



Kadang2 aku terasa, bila seseorang bloggers mula membuat entry pasal lirik atau sajak2 yg dicipta sendiri, itu menandakan bloggers itu sedang takde idea tapi nak membebel sesuatu kat blog diorg. Lepas tu diorg akan justify kenapa diorg suka lagu tu.


Yeah, aku sedang buat benda yg sama kat sini. Penat mencari lirik lagu ini. Baca kalau kamu juga bosan seperti aku. Atau jika tidak, sila proceed ke blog2 lain yg ada post2 yg lebih menarik.


Mengapa kamu masih membaca?? Takpe. Takpe. Close tab. Aku tak kisah pun kalau kamu tak baca...


Nak baca jugak?


Hingga Hujung Pernafasan Langitku - Sofaz

Inilah impian hidupku
Dan inilah mahunya hatiku
Tercipta satu rasa ini untuk ku memilikimu
Ku tahu diriku sukar untuk menyatakan semuanya
Ku tahu hatiku selalunya ada untuk dirimu


Hatiku ini hanya untuk mu
Cintaku ini milikmu untuk selamanya
Lamaranku tulus bersamamu
Kan ku temanimu hingga hujung pernafasan di langitku


Jiwaku tak pernahkan tenang
Bila kau jauh disampingku
Ku tahu hatiku selalunya ada untuk dirimu


Hatiku ini hanya untuk mu
Cintaku ini milikmu untuk selamanya
Lamaranku tulus bersamamu
Kan ku temanimu hingga hujung pernafasan di langitku


Inilah impian hidupku…
Hatiku ini hanya untukmu
Cintaku ini milikmu untuk selamanya


Ohhhhh..
Ooo ooo oooooo
Penjagamu…


Hatiku ini hanya untukmu
Cintaku ini milikmu untuk selamanya
Lamaranku tulus bersamamu
Kan ku temanimu hingga hujung pernafasan di langitku
Di langitku…
Hingga hujung…
Nafasku…



Secara jujur, aku suka susunan muzik, lirik dan melodi lagu ini seolah-olah 'digam' dengan satu sama lain. Lirik yg dalam, melodi yg perlahan dan kadang2 buat aku memandang langit serta susunan muzik yg cukup indah dari sofaz.


Aku tertanya2 dari manalah composer lagu ini mendapat idea? Mungkin dia pernah merasa... Mungkin.


Chiow~


Tahniah MU!!


Dan Arshavin, kamu sudah tidak perlu buktikan apa2 lagi utk peminat Arsenal...


Kami tahu kamu memang HEBATTT!!!!!


Chiow~

(2 jurang yg sgt besar... hehehe! :P)



Kamu suka bola sepak? Kamu kenal Manchester United dan Arsenal? Kalau jawapan kamu ya, maknanya kamu tak tipu. Dan aku pasti walaupun mungkin kamu adalah peminat Chelsea, Liverpool, AC Milan, Barcelona, Real Madrid atau peminat bola sepak team Malaysia sekalipun, kamu pasti tak nak terlepas match malam ini bukan?


Sebagai peminat Arsenal (aku rasa ramai yg sudah tahu), sudah pasti aku mengharapkan kemenangan utk The Gunners. Kemenangan utk membalas dendam semi-final Champions League tahun lepas. Dan kali ini, Arsenal lebih yakin utk melunaskan hutang mereka dengan kembalinya Eduardo (9)! Dive tak dive, itu lain cerita sebab aku rasa MU pun banyak gol mereka terhasil dgn dive Christiano Ronaldo suatu waktu dahulu. Hehehe...


(Eduardo: Penyerang prolifik dengan ledakan gol yg unik dan kreatif!)


Selain Eduardo, The Gunners juga diperkuatkan dengan sistem turbo Rusia, Andrei Arshavin (23) di bahagian offensive midfielder. Pemain berbadan kecil, tetapi mempunyai kemahiran membuat set pieces dan hantaran 'bola thru' yg mampu membuat mana2 penjaga gol gementar menanti rembatan kencang dari hadapan kotak penalti. Dan malam ini, R V Persie (11) pasti tidak sabar menanti supply dari Arshavin bagi merobek gawang MU.


(Andrei Arshavin: Rajin, Pantas dan Pemain yg Berotak bila beraksi di padang!)


(ARSENAL: IN ARSENE WE TRUST!)


Buktikan The Gunners di Theater Of Dreams!!! Walau tanpa Fabregas dan Walcott...



Masa aku form 4, taun 2004, Sains Machang kecoh dengan cerita ada budak pompuan form 3 'jumpa' perempuan berpakaian serba putih dan berambut panjang serta terapung betul2 depan library sekolah aku. Waktu itu lebih kurang pukul 5 petang (habis prep), dan budak pompuan ni sebab dia librarian, so dia stay kat perpustakaan even orang lain dah balik ke hostel.


Nak dijadikan cerita (aku dapat dari sumber kedua, member satu dorm dia) masa tu dia tgh kemas buku2 yg berselerak kat atas meja. Dia ni kira macam budak skema lah, so cikgu bagi dia pegang kunci library. Dah siap2 semua, dia pun kluar dan teruslah jalan. Masa tu academic block dah xde student lain, sebab semua dah blah balik hostel awal2 lagi. Jalan punya jalan, baru dia teringat dia terlupa nak ambek nota geografi dia. So, tanpa fikir yg bukan2, dia patah balik.


Sampai lebih kurang 7 8 meter depan library tu, dia terpandang pompuan berpakaian serba putih dan berambut mengurai tu tgh terapung berdiri betul2 depan pintu library. Muka menunduk, tak pandang depan, tapi budak tu cerita perempuan tu perasan dia ada kat situ. Tanpa pandang kiri kanan, dia terus blah lari2 dengan cuak yg amat. Mau tak cuak beb, makhluk tu macam tak kisah minah tu berdiri pandang dia. Macam tak peduli langsung. Dan utk pengetahuan korg, library tu cuma bersebelahan je dgn klas aku kat tingkat 3 sebab aku amek LK. Walaupun berlainan blok, tapi library dan klas aku saling mengadap antara satu sama lain.


Cerita ni terjadi seminggu sebelum cerita aku...


Cerita aku:


Waktu tu hari rabu malam khamis. Petang aku dah turun padang latih budak2 kawad kat haltstand sekolah. So, bila prep malam, aku terasa sgt2 penat. Aku selak2 buku apa tah masa tu, pastu rasa cam mengantuk gila. Ah, tidur ah kejap. Lagipun masa tu awal lagi, lebih kurg pukul 10.15. Nak dijadikan cerita jugak, member aku pun pandai pulak pilih malam tu lah nak pedajal aku. Diorang biarkan aku tertidur kat meja tu, langsung tak kejut2 sampai lah waktu prep tamat. Macam sial je!


Aku sedar2 dah pukul 12.30 kalau tak salah. Macam harem, lama gila aku tidur. Sedar2, tengok semua orang dah xde. Pintu kelas yg kat belakang dah tertutup, lampu2 masih terpasang dan kipas pun diorg set bagi sejuk kaw2. Patutlah sedap semacam aku layan tidur! Aku usha lampu koridor kot2 masih ada satu dua yg warden terlupa nk padam. Cis, langsung xde! Semua gelap!


Aku jenguk kat luar, tengok semua lampu blok akademik dah padam! Shit! Tinggal lampu klas aku je yg masih bernyala. Horror gila babi! Kalau aku padam lampu kang, macamana nak jalan? Nak harapkan lampu hanset, lama mana sgt lah benda tu boleh nyala? Tak tutup lampu kang, tak pasal2 staf sekolah tu mengamuk. Nak tak nak, dengan tangan ketar2 sket, aku set plan ringkas nak pecut turun sampai tangga. Baju dah start basah dah, menandakan hati aku dah degup2 cam motorbot!


Tap!!! Tutup je lampu, aku trus jalan laju2, dah tak hirau dah apa nak jadi, jadi ah! Sampai kat tangga, aku perasan pintu library tu semacam. Tetiba cerita budak pompuan tu datang menyerbu kat otak. Shit! Janganlah malam2 ni pulak 'kau' datang. Aku kuatkan semangat sket dan dengan tangan yg meraba2 tangga dari tingkat 3, aku jalan pelan2 sebab tangga sekolah aku pelik. Tinggi dan pemegang dia kadang2 licin bila kena air.


Sampai je ground floor, aku terus tuju haltstand sekolah sebab kat sana masih nampak biasan2 lampu spotlight dari padang. Tarik nafas lega. Mujur xde benda jadi. So, aku jalan balik ke hostel ikut tepi padang. Kalau ikut dalam blok sekolah, memang gelap gelita dan tak nampak apa2. Sumpah! Perjalanan nak sampai ke hostel tu aku rasa paling jauh pernah aku alami sepanjang 5 tahun aku kat Sains Machang. Dah sampai hostel, semua dorm dah light off. Aku cari balik member2 aku yg tgh lepak kat dataran asrama. Belasah sekor2! Babi! Diorg buat lawak kasar. Macam heck je tggu aku sampai ramai2 kat situ sambil layan Gudang Garam Suria.


Sebenarnya diorg expect aku sedar dalam pukul 11 macam tu. Sekali aku pulak tgh penat, apa lagi, layan sajalah tidur. Sejuk pulak tu. Tapi nasib baiklah, perempuan tu tak muncul time2 aku tgh gelabah biawak macam tu. Aku pun sampai skrg ni takleh pikir apa akan aku buat kalau tetiba dia buat2 macam melayang2 kat tepi aku, pastu tanya...


"Hai bang, saya nak cari kunci nak masuk library lah. Petang tadi saya terkunci kat luar. Diorg kunci awal sgt! Abang boleh tolong bukak tak??"


atau...


"Abang ada nampak bijik mata saya tak? Saya terlanggar tiang tadi masa tgh terbang, mana pulak lah jatuhnya benda alah ni... Ada nampak tak bang???"


Wiuuuu!!! Whut the heck!!


Dah! Aku pun dah naik seram menulis cerita lama ni. Yang pasti, member2 satu klas aku gelak guling2 bila aku sampai hostel peluh2. Dah macam orang lepas masuk acara triathlon! Mau tak peluh bang, pukul 12.30 pagi aku dok meraba2 kat blok akademik yg jauh macam haram, sorang2 pulak tu semata2 nak cari jalan balik ke hostel asrama. Gila kau!


Chiow!



Awal pagi tadi, lebih kurang pukul 4.48 am waktu tempatan, aku dah bangun utk menunaikan salah satu sunat yg sgt dituntut dalam agama kita. Bersahur. BUKAN tahajjud. Menu sahur pagi aku tidaklah 'heaven' sangat seperti sup sirip yu, abalone soup, lobster masak merah atau ikan siakap 3 rasa. Ia cuma sekeping roti gardenia yg disapu selapisan Lady's Choice Peanut Butter dan Strawberi. Tambah air sunquick tropicana. Cukuplah utk mengalas perut menghadapi 12 jam yg akan datang. Mungkin lebih.


Lepas sahur, aku tak mau tidur sebab kalau aku tidur, aku MUNGKIN akan terlepas subuh. Gila apa sahur boleh bangun, tapi subuh miss. Baek kau tak sahur tapi boleh bangun subuh. Subuh lebih utama. Tapi itu bukan topik perbincangan aku kali ini. Jadi, utk mengisi waktu antara lepas sahur dan subuh, aku usha balik muvi2 lama yg tersimpan dalam hard disk aku. Tetiba terasa cam nak tgk balik muvi 'The Girl Next Door'. Yeah, memang, aku memang obses dgn muvi ini walaupun pada sesetengah kamu anggap muvi ini sucks atau biasa2 saja.


The Girl Next Door (TGND) pada aku sebuah cerita yg cukup simple. Lakonan Emile Hirsch dan Elisha Cuthbert (maaf, aku memang suka dia!). Muvi ni cukup sinis tentang pandangan manusia pada manusia lain yg 'dianggap' hina. Dan dalam konteks TGND, Elisha adalah pornstar. Ya, pornstar! Macamana kalau ahli keluarga kamu jatuh cinta pada pelacur???


Gila bab*! Kalau melayu, aku rasa mungkin ahli keluarga kamu yg terbabit akan dibomohkan agar melupakan perempuan itu. Yeah, itu dianggap normal kalau hakikat itu betul2 jadi realiti. Siapa mau perempuan lacur jadi ahli keluarga kan? Sapa mau perempuan lacur jadi ibu pada anak2 kita kan??? Perempuan lacur hina kan?? Kan??? Kan???


Kamu benar2 fikir begitu? Maaf. TGND mengubah persepsi aku pada hal ini. Mengubah apa yg aku lihat pada seseorang wanita sekaligus. Bukan semua perempuan yg melakukan sesuatu yg hina itu atas kehendak dirinya. Aku setuju kalau kamu kata perempuan yg melakukan kerja hina itu utk kemewahan adalah hina, tetapi amat tidak adil utk 'pukul rata' semua perempuan itu atas satu generalization sahaja. Mungkin dalam fikiran mereka waktu melakukan itu penuh dengan penyesalan, atau mereka mungkin memejam mata kerana tidak sanggup melakukannya. Tapi bila memikirkan tanggungjawab yg terpikul di bahu, mereka tidak ada pilihan. Mereka tidak ada pilihan...


Sangat senang utk kita menghukum perempuan2 seperti ini. Baling batu, sembunyi tangan dan baling lagi dan lagi. Tanpa belas kasihan. Tapi berama ramai antara kita yg memahami perempuan2 ini? Kamu mungkin tidak berada di tempat mereka bila anak2 kecil mereka merengek meminta susu di tengah2 malam? Atau ketika bapa atau ibu mereka meruntun menahan sakit yg tak mampu diubati di hospital kerana kos perubatan yg terlalu mahal?? Kamu tidak tahu itu, jadi jangan menghukum terlalu awal!


Kalau kamu neutral dan kamu mendapat perempuan suci utk dijadikan teman hidup, bersyukurlah. Kamu mendapat permata dunia, insyaAllah akhirat juga. Berterima kasihlah pada Tuhan. Tapi janganlah memandang jijik pada perempuan2 yg melakukan kerja hina di luar sana semata2 kerana mereka tidak diberi pilihan lain. Seharusnya kalau kamu mendapat perempuan yg baik, fikirlah utk mereka. Apa yg boleh kita lakukan utk kembalikan mereka pada jalan yg betul. Aku pun bukanlah baik sgt, tapi TGND membuka mata aku bahawa hatta perempuan 'hina' pun mempunyai rasa cinta, mempunyai rasa ingin dicintai lelaki yg baik. Yang mampu menyayangi dan membahagiakan mereka.


Tak faham? Aku sarankan kamu khatamkan novel 'Salina' karya Pak Samad. Tapi sebelum itu, layan dan fahami mesej The Girl Next Door. Selamat menyelak balik muvi lama kamu!



(Setiap manusia, hina atau tidak, ada hak utk hidup...)


Kamu lelaki yg baik kalau kamu bukan JUDGEMENTALIST!


Chiow!



Manusia memang mudah lupa diri. Aku salah sorang mangsa penyakit yg kerapkali diserang simptom beli benda tak berpekdah nih.


Semasa Petronas membuat lawak biawak melewatkan scholarship kitorg, aku sudah menyimpan satu azam yakni aku tak mau membazir membeli barang2 utk memuaskan nafsu. Memuafkan nafsu di sini membawa maksud, barang2 yg tak perlu atau lebih bersifat kehendak dari keperluan. Bukan nafsu mutmainnah, syatwat , amarah atau yg sekapal dengannya.


Waktu itu, sudah cekal kuat2. Apa nak jadi, jadi ah. $$$Aku nak jimat!!$$$


Masuk je scholarship bulan 8 dan 9, aih, cepat pulak aku tewas. Nak nak lagi bila rakan2 begitu asyik mengajak ke Yik Fong lah, Ipoh lah, Lumut lah, Moven Peak lah, dan macam2 lagi bentuk gangguan fizikal, emosi dan perasaan. Tergugat jiwa beb! Naseb baek tak ada yg ajak gi lorong2 belakang Grand View Hotel Ipoh. Barangkali sebab dekat bulan Ramadhan, agak segan dan bimbang takut2 tak sempat nk puasa 30 hari dah kena laknat. Hehe...


Sebenarnya hari tu tujuan keluar saja nk pusing2 teman member aku cari printer. Printer dia katanya dah boleh campak masuk gaung. Atau kalau idea tersebut dirasakan membazir, mungkin boleh buat alas pelapik potong daging. Dekat2 nak raya ni, kan byk daging nk dibuat rendang? Aku tak tau, dia yg cakap. Masa dia dok usha2 printer panama tah, aku boleh pulak "Ni kalau angkut subwoofer sama speaker sedap jugak nih. Takpe, tak yah beli, usha je. Bukan kena bayar pun kan?"


Jalan punya jalan, apa yg tak kena bayarnya, melayang duit aku dekat 200 bayar benda alah tu. Padahal aku dah set kejap2 tak mau membazir. Balik bilik pasang kuat2 konon nak meredakan hati yg sikit menyesal. Aku pasang lagu yg apa tu, Just Dance lagu dendangan Mak Cik Gaga.


Just Dance! Just Dance! Gonna be Okey! Uyeay....


Tapi aku tak menari pun. Huwarghhhhhhhh!!! Tambah menyesal lagi ada sebab Mak Cik Gaga macam tengah buat poll dance sambil sembur2 aku. Aku dengar macam ni haa...


Just Dance! Just Dance! Padan Moka Kau!!! Uyeay......


Jadi, aku nak mintak tolong sgt2 sesapa ada tips mencegah diri dari terover shopping atau mempunyai teknik2 efisyen utk sekurang2nya membantutkan hasrat membeli benda2 bersifat memuaskan nafsu, sila kontek aku. Hp, Gtalk, Ym atau sebarang communication channel abad ke 21. Mekasih.


p/s: nanti aku blanja pizza hut. Ba*i, pizza hut tu tak membazir ke???!!


chiow~


(ni dia speaker dia. Armageddon! Armageddon koyak rabak wallet dan budget aku! Haish...)


(subwoofeer dia bentuk macam microwave. Ada sapa2 nk pinjam buat putu ke, baulu ke, bole mintak. FOC!)



Sebenarnya agak susah menjadi lelaki. Lebih2 lagi kalau kamu lambat atau tidak tahu di waktu mana dalam frasa hidup kamu, kamu mula bertransformasi menjadi tempat pergantungan orang lain.


Tadika?


Kamu diasuh dengan permainan2 kubik yg simple, mudah dan ada berbagai2 kaler. Ada hijau, biru, ungu, merah, kuning dan sebagainya. Pada waktu itu, masalah yg kamu perlu selesaikan ialah membuat sebuah robot yg kaku dari kubik2 itu. Kemudian, kamu dibantu pula oleh rakan2 yg memberi pendapat masing2. Aku punya power rangers, kamu punya otromen, dan kau punya robot gaban barangkali.


Dan bila petang, kamu gembira pulang ke rumah kerana 'tanggungjawab' menyudahkan robot sudah selesai. Balik kamu bukak tv, kamu tonton kartun kegemaran kamu. Tapi hidup terus berjalan...


Sekolah rendah?


Kamu mula kenal apa itu tatabahasa. Apa itu bahasa melayu, apa itu nombor2 dalam matematik dan apa itu istilah2 pelik dalam sains. Otak kamu sedikit bergegar sebab kamu susah utk menghadam semuanya. Dan kamu ada masa 6 tahun utk faham itu semua. Pelajaran jadi makin susah, nak tengok kartun pun tak ada masa sebab kamu ada kerja rumah. Bila petang saja, kamu mesti mengadap buku, tulis itu, tulis ini.


Tapi kamu dapat ramai kawan sebaya yg baru. Kamu berkongsi minat dan kamu mula membina hubungan dengan manusia lain. Masalah dan solution kamu, masih lagi kamu percaya pada kata2 ibu dan bapa kamu, serta guru2 kamu. Waktu ini kata2 kawan2 hanya utk gelak2 saja. Dan hidup terus berjalan...


Sekolah menengah?


Persoalan bahasa bukan lagi sekadar BM, kamu ada matematik dgn nombor2 yg lagi besar, proses2 yg terlebih2 sukar dan kamu juga bertangungjawab dgn kelab itu dan ini. Kamu mula diberi tanggungjawab dan manusia2 lain di sekeliling kamu menaruh kepercayaan pada kamu. Kamu diberi ruang utk belajar tapi kamu juga harus menanggung risiko jika kamu gagal. Dengan kata lain, kamu tidak boleh gagal. Tapi hidup terus berjalan dan kamu mula merasa memerlukan seseorang utk kamu berkongsi perasaan kamu. Apa perasaan itu? Dan hidup terus berjalan...


Kawan2 kamu pada waktu ini, adalah menjadi unsur paling byk mempengaruhi perwatakan kamu. Kawan2 tak semestinya semuanya baik, semua dalam tangan kamu utk kamu pilih.


Universiti?


Di sini, apa yg ada pada kamu tidak lagi dipandang hanya pada fizikal. Pointer kamu menentukan kemana hala tuju kamu selepas ini. Tanggungjawab yg kamu pikul waktu ini jika dibandingkan dgn tugasan pertama kamu (yakni membuat robot kiub), mungkin berjuta2 kali lebih berat. Kamu mula mengenali manusia yg bermacam2 ragam. Dan mereka2 ini tidak seperti kawan2 kamu di tadika. Mereka adalah manusia yg bersaing dgn kamu. Positif atau negatif, tiada siapa yg akan memberi guideline pada kamu utk melakukannya. Maka, kamu harus pilih sendiri jalan mana yg mahu kamu terokai.


Dan kamu mencipta sedikit keberanian utk menegur seseorang. Perempuan. Jika kena caranya, kamu bahagia. Jika tidak, kamu pening kepala. Mudah saja calculation aku.


Dan waktu itu kamu sedar, kamu bukan lagi kanak2 yg boleh bergantung harap pada orang lain. Sebaliknya, keluarga kamu, rakan2 kamu, perempuan kamu, semuanya bergantung pada kamu. Mereka menaruh percaya pada kamu. Sikit atau banyak, itu bukan persoalan.


Fikirlah. Kamu ada kekuatankah pada waktu itu? Jadi, jangan 'tumbang' sekarang. Kamu masih banyak tanggungawab yg WAJIB kamu penuhi. Dan kamu tidak layak mati selagi tanggungjawab itu tidak tertunai...


~Pada lelaki yg menyedari hakikat ini, tahniah aku ucapkan.~


Chiow~


p/s: perempuan, kamu fahamkah?


daun hijau

daun hijau

ilustrasi pensil & cinta

Projek ini sudah lama aku rancang, tapi hingga saat ini baru diberikan sedikit kekuatan, ruang dan masa untuk benar-benar merealisasikannya.

Baru saja bermula, InsyaAllah sedikit demi sedikit projek ini akan aku usahakan dan sampai waktunya nanti, akan aku dedahkan secara umum matlamat dan hasil sebenar projek ini pada sahabat, kawan dan rakan-rakan bloggers.

Ianya projek yang ringkas, tapi amat sangat bermakna untuk kersani. Harap kalian sabar menunggu.

kira ulat

kroni ulat hijau

ulat hijau

tiga

tiga

rendam

rendam

sembang ulat


ShoutMix chat widget

pustaka ulat

FEEDJIT Live Traffic Feed