Aidilfitri itu satu kemenangan.


Kerahmatan itu pemberian Tuhan.


Kebahagiaan itu nikmat berkekalan.


Dari aku, sekadar Salam Lebaran


Zahir dan batin, mohon kemaafan.....



APA itu Final Year Project? Apa itu International Business? Apa itu Small Business Entrepreneurship? Apa itu Artificial Intelligence? Apa itu?? Apa itu semua???


Malam ini. Pagi ini. 29 Ramadhan.


Dengan rakan-rakan. Itu jauh lebih bermakna. 'Jauh' sekali.


Bobo. Pedot. Akim. Keane. Bido. Musang. Azfa. Pisunk.


"biar tak ada lady, tapi ada fairlady...."



Kat mana? - mapley masjid Ameeth, Tronoh

Dengan sapa? - Keane, Bido dan Akim si rooomate terchenta!

Buat apa? - melepak, sahur, dan sesi kaunseling hati dan perasaan secara free


(sambil layan muvi kat skrin besar)

Aku: Keane, tu macam Elisha C. Kan?

Keane: Aah. Crita ni. Aku dah lupa tajuk dia. Dia bla bla bla...

Aku: Owh. Tapi jalan cerita dia macam My Sassy Girl yg Korea tuh.

Keane: Aah.


Semua pandang skrin dan menghayati dengan penuh perasaan... sampai habis!


Aku: Fuhh! Gempak dowh cerita ni. Konfem balik aku cari kat dc. Haa, betul lah dia tiru My Sassy girl.

Akim: Aah. Betul lah dia tiru!

Aku dan Keane: Kau dah tangok ke My Sassy Girl Kim??

Akim: Blom...

Aku, Keane, Bido: (dalam hati) err..........


Tapi seriously My Sassy Girl versi omputeh bagi aku tak kalah lah dengan yg korea punya. Layan giler! Movie dia simple, jalan cerita digarap dengan sempurna tambah lagi sinematografi yg cun dan ada sikit2 influence macam commercial advertisement. Teknik yg sama Khabir Bhatia selalu guna bila bikin Cinta, Sepi dan Nur Kasih.


Hero dia tak ensem. Comel la aku boleh kata. Tapi sebenarnya tarikan utama movie itu, Elisha. Aku sanggup buat 10 kali apa yg lelaki tu buat kalau perempuan-malang-yang-kehilangan-tunang itu adalah dia. Dia merujuk pada Elisha. Bukan Elisha anak mak cik gayah, tapi Elisha Cuthbert.


Makin penghujung ramadhan, aku rasa makin dekat nak jumpa 'Elisha' aku. Kamu perasan avatar Gtalk aku? :P


(get ur freakin hands off her MF!)


dan owh, lupa, dia adalah perempuan kelima terseksi utk FHM's 100th sexiest women in 2005. Mana aku tau? Shhhhh....


Chiow~



AMARAN oleh Kerajaan 1Malaysia!!!

Post ni dibuat sewaktu aku ada Final Year Project Report utk disiapkan dan aku takde mood se'sen' pun utk memulakan report aku. Jadi, kamu tahan sajalah apa karut karutan yg aku tulis kat sini.


Perempuan, besar atau kecil memang pandai bergaya. Itu lumrah hidup atau lebih tepat jika aku katakan hukum alam bahawasanya perempuan memang lebih pandai bergaya dari lelaki. Sejak dari kecil dan walaupun masih tak ada ehem2, mereka memang diciptakan Tuhan utk kelihatan cantik, comey, cute, mulus, mungil, menggoda dan bergetah! Aku tak mau membebel banyak2, kamu lihat saja foto2 di bawah dan kalau rasa nak berdebat, tak payah! Confirm2 aku menang!


Budak perempuan!


(look at me baby! see my cute little red tongue???)


(owhhhhh!!! I'm SOOOO HOTTTT!!!!)


(it's saturday nite and i'm going to da PARTYYYY!!!!!)



Budak lelaki???


.....


.......


..........



(apa pandang-pandang?? Nak kena tendang??!!!)


Kan???


Chiow~




Pommm! Kapowww!! Penggg!! Kabooommm!!!


Aku pasti ramai di kalangan bloggers yg sememangnya menantikan bunyi bunyian ini menjenguk dingin pagi 1 syawal nanti. Sebab bunyi2 tersebut datangnya dari kanak kanak bermain mercun dan mercun tandanya itu hari raya! Siapa yg tak suka berhari raya? Yang tak puasa cukup 30 hari di bulan puasa pun semangat mengalahkan penyimpan mohor besar raja2. Apatah lagi yg sudah prepare 4 5 pasang baju melayu atau yg sudah siap dengan baju kurung pahang, baju kurung kedah, kebaya dan macam macam lagi. Semua orang suka hari raya.


Tapi bagi Kersani, budak budak tak patut dihalang main mercun. Cuma orang dewasa kena bagitau risiko dan teknik yg betul utk bermain mercun. Lepas tu, bagi diorg buat pilihan sendiri. Berani buat, berani tanggung lah brader! Tapi takpe, kat sini Kersani nak explain pasal mercun utk adik2 yg baru nak berkecimpung dalam dunia 'SENI BERMAIN MERCUN!'


Mercun Bom/Rakit:

Mercun jenis ni selalunya adik2 dapat tengok kat perayaan2 orang cina. Berbentuk silinder dan berkaler merah, kuning, hijau atau biru. Ia mempunyai sumbu yg diperbuat dari kertas yg ditabur dgn belerang yg sangat senang dan sangat cepat menyala! Level kekuatan bunyi pula pada tahap sederhana dan tidaklah membuatkan para makcik yg sedang membuat kuih tercekik pengacau atau sebagainya. Mercun ini boleh dimainkan dengan selamat jika tidak dipegang dgn tangan dan hanya dinyalakan bila diletakkan pada sesuatu objek. Teknik paling best?Nyalakan kat taik lembu di pagi raya, kaw kaw punya effect!!!


Mercun Telur Naga:

Ini adalah mercun yg langsung tak berbahaya. Takde letup letup pun! Hampeh! Nama je ada naga2. Ia adalah mercun yg mempunyai sumbu yg diperbuat dari tali keras yg dipintal2 dan sangat sangat sangattttttt lambat nak menyala. Mercun ni tak meletup, tapi mengeluarkan pancuran bungi api yg boleh lahhh.... Amat cantik jika selepas dinyalakan dan dilastik pada waktu malam. Nanti nampak ada sikit2 macam bunga api yg slalu adik2 tengok kat KLCC waktu merdeka. Teknik paling best? Nyalakan dan letak dalam poket baju melayu baru member yg adik2 jealous, pastu lari jauh2! Hehehe!


Mercun Roket:

Mercun roket adalah mercun yg paling best utk adik2 yg pengecut dan masih lagi belum akil baligh. Hehehe! Mercun roket dipanggil mercun roket sebab... err.... sebab dia macam roket kot! Letupan yg terhasil agak kuat juga dan kalau setakat nak impress awek2 yg sedang dipimpin mak cik2 yg nak pegi semayang raya, confirm berjaya! Mercun roket ni juga sebenarnya boleh dituju pada makhluk2 atau objek3 tertentu seperti tok mudim, lembu, samseng kampung sebelah atau kalau adik2 jenis yg loser xde kawan, boleh tuju pada diri sendiri. Tapi idea last tu abang tak galakkan, just nak bagi option. Teknik paling best? Buat 2 team perang dan set kan botol2 sebagai pelancar roket. Lepas tu lawan dgn member2 roket sapa paling kaw! Uishhh, masyuk giler abang cakap lu!


Mercun Bola:

Mercun ni ramai yg kata mercun paling kuat bunyi dia. Maaf, gua tak setuju. Bagi gua mercun bola ni adalah copycat dan hasil gagal sejenis mercun yg gua akan cerita sekejap lagi. Berbentuk macam bola sebesar ibu jari, kat dalamnya ada belerang yg dimampatkan dan bunyi dia bagi gua memang lah kuat, tapi still xleh lawan legend of mercun. Sumbu mercun bola juga diperbuat dari tali tebal yg dipintal2 dan kalau adik2 berani, lepas nyalakan, baling kat lembu2 yg sedang meragut rumput kat padang. Nikmat sungguh dapat kacau lembu2 yg tak puasa tuh. Gua jamin! Tahap keganasan mercun ini sama macam orang pompuan yg tak muat nak pakai baju raya sendiri sebab terlalu banyak makan biskut di malam raya! Jadi, berhati2 dgn spesies mercun ni.


dan Legend Of Mercun, MERCUN KETUPAT!!!

Gua tabik hitler pada mana2 adik yg berani cucuh ini mercun ketupat. Mercun ketupat ni kira macam paling otai lah dalam sejarah mercun senang cita. Pada adik2 yg tak berani lagi nak main mercun ketupat, adik2 kena consider diri tu mumayyiz lagi dalam dunia mercun nih! Mercun ketupat of course macam ketupat, cuma ada sumbu warna hijau yg terjuntai keluar. Spesies mercun ni bila ia meletup, fuhhhhh, satu kampung boleh dengar! Pak bilal yg tgh semayang terawikh pun boleh terlucut kain kalau lu ada teknik. Tapi gua tak nak ajar! Pikir sendiri. Teknik paling best? Sambil makan ketupat kat beranda tuh, cucuh sepam dua bila tetamu2 dah dekat2 nak sampai kat tangga. Nanti macam2 versi melatah lu orang boleh dengar! Hahahaha!!


Pesanan penaja: Sebarang bentuk keganasan rumah tangga sperti disebat dengan lidi penyapu, diikat pada tiang letrik pada petang raya, diselam dalam sungai atau dikejar oleh lembu yg mengamuk adalah tanggungan sendiri. Tapi gua cakap lu, itulah thrill nya bila bermain mercun!


Lain kali gua explain macamana nak buat meriam buluh dengan meriam karbaid pulak!


Chiow~



Sebagai menghormati tag dari Keane, tag kali ni aku akan cuba jawab sejujur mungkin. Aku harap korg tak kisah.


1) Siapakah name kawan rapat anda waktu kecil dulu?

Nick, Kevin dan Joe Jonas, Zac Efron, Vanessa Hudgens, Elisha Cuthbert, Justin Long, Blake Lively, Leighton Meister, Ed Westwisk, Chase Crawford, Asyraf Sinclair, Aishah Sinclair, Fazura, Sazzy Falak dan Justin Timberlake. Semua member kamcing aku masa kat Tadika Sri Setia.


2) Apakah permainan mase kecik yang anda masih ingat?

Nintendo Wii, Playstation 3, trampolin, piano dan original customed Transformers toys dari Hasbro. Dan ooh, kitorg ada playground sendiri kat Disneyland Hong Kong. Kat situlah aku kenal Elisha Cuthbert. Hillary Duff pun sama.


3) Kalau anda gaduh dengan kawan anda, apakah yang akan anda cakap kpd mereka?

Aku cakap "Maaf, mulai hari ni kau tak boleh makan McD lagi. Sebab McD datuk aku punya...."


4) Di kawasan manakah tempat feveret anda bermain?

90210, Beverly Hills. Hollywood Garden. Medison Square Garden. Trafalgar Square. Rhode Island. Malibu. Miami. Dan ada satu dua tempat lagi yg aku tak berapa ingat. Selalu kalau nk mandi pantai, aku ajak member2 aku naik heli pegi Mauritius.

5) Apakah cita-cita anda semasa kecil?

Mewarisi perniagaan McD datuk aku. Dan mewarisi 40% share dalam shipping indusry nenek aku.


6) Apakah rancangan kartun yg anda gemari?

Starship Troopers!!! Kat mansion aku, ada skrin 144 inci utk layan kartun je. Untuk game, aku ada tv set lain dengan home theater Dolby Digital 12.1 Surround System. Dan ooh ya, aku tak layan kartun2 macam Yokies, Along, Si Batu, Si Kayu dan tah hapa hapa lagi kartun2 melayu murahan yg lain except Usop Sontorian.


7) Makanan ringan apakah yg anda akan borong di kedai?

Aku tak suka makan ketika bermain. Tak hygenic dan properly served. Selalunya 12 orang chef akn bergilir2 masak utk aku dan kawan2 aku lepas kitorg habes bermain.


8) Nyatakan rakan zaman kanak-kanak anda yg anda teringin jumpa skrg?

Barney Stinson, Miley Cyrus, Demi Lovato, Jacoby Shaddix, Liv Tyler, Scarlet J, Owen Wilson, Brendan Fraser dan Megan Fox. Tapi member aku yg betul2 kamcing masa kecik adalah Michael Bay. Dulu dia penah kata nak buat Transformers ada senjata lastik. Maybe T3 nanti kot dia buat. Kot...

9) Apakah gelaran anda semasa kecik?

Matt Pie, Johnny P, Don Huan de Pie, Leonardo Pierson dan Roger Piederer. Tapi kalau kat malaysia, Elisha selalu panggil aku 'baby' je. Aku pun tak tau kenapa.


10) Siapa yg mahu ditag?

Keane dah tag semua dah!


C.I.N.T.A?

"Permainan" kanak-kanak?

Atau "permainan" orang tua yang ingin jadi kanak-kanak?

Jangan bimbang. Aku sayang kamu.

Cuma kenapa berdiam diri sehari dua ini?

Buat aku resah...


2.15 am:


Aku hampir tidur. Dan aku call seseorang. Katanya dia ada menulis sesuatu ttg aku dalam blognya. Aku dah tak boleh tidur. Aku kena baca dulu. Memang sifat semula jadi aku, harus selesaikan semua sebelum mata mahu lelap. Kadang2 tengok cicak bermain kejar-kejar di siling pun aku tak boleh tidur. Sebab? Cicak yang tengah mengejar masih tak dapat nk tangkap cicak yg sedang berlari!


2.43 am:


Aku mula menulis post ini. Aku nak beri tajuk post ini sebagai...


Hakikatnya Begitu.


Bagi aku (lelaki), tak ada satupun kasih sayang, atau lebih tepat, CINTA yg diberi pada wanita tanpa mengharapkan balasan. Untuk manusia normal seperti saya, awak atau orang2 lain, semua di antara kita mengharapkan balasan bila hati sudah bersedia memberikan kasih sayang, kemesraan atau cinta.


Kita cinta pada Tuhan, dan kita mengharapkan agar Tuhan meredhai dan merahmati hidup kita.


Kita cinta pada Rasul dan kita mengharap syafaat Baginda di titian Sirat Al-Mustaqim kelak.


Kita cinta ayah dan ibu dan kita mengharap agar ayah dan ibu menyayangi dan merestui hidup kita.


Kita sayang lecturer dan guru kita dan kita mengharap kita akan lulus dengan cemerlang utk jadi orang berjaya.


Kita sayang member2 kita dan kita mengharapkan kita boleh berkongsi masalah dan kegembiraan dengan mereka.


Maka, sama juga halnya bila seseorang lelaki memberi cintanya atau sayangnya pada seseorang wanita. Menipu sangatlah kalau ada lelaki yg memberi cinta dan boleh berkata begini...


"Saya cintakan awak. Tapi kalau awak nak kahwin dengan si polan tu, saya bahagia. Saya lagi suka."


Tak ada. Tak ada lelaki yg memberi cinta pada wanita yg disayanginya tanpa mengharapkan balasan. Cuma bentuk balasan yg dimahukan itu mungkin berbeza2. Lelaki yg jujur dan ikhlas akan mengharapkan dirinya dicintai kembali. Tetapi lelaki yg bangang, mungkin mengharapkan fizikal satisfaction semata2. Terpulang.


Dan saya mahu kamu tahu, saya tak ada hak utk generalize yg baik atau buruk dalam pandangan orang lain. Mata hati orang lain bukan mata hati saya. Mungkin mata hati saya mengatakan balasan yg saya inginkan ialah...


"Kamu dapat melupakan kenangan sedih kamu bila bersama saya."


Kerana saya pun begitu. Aku tahu pertemuan kita singkat. Sangat. Tapi pertemuan yg singkat tidak bermakna 'perjalanan'nya juga harus jadi sekejap bukan? Kenapa tidak diberikan ruang?


Mungkin hingga hujung pernafasan langit nanti baru ada jawapan dari kamu. Saya harap ada.


Jangan bimbang. Saya masih senyum.Untuk awak.


daun hijau

daun hijau

ilustrasi pensil & cinta

Projek ini sudah lama aku rancang, tapi hingga saat ini baru diberikan sedikit kekuatan, ruang dan masa untuk benar-benar merealisasikannya.

Baru saja bermula, InsyaAllah sedikit demi sedikit projek ini akan aku usahakan dan sampai waktunya nanti, akan aku dedahkan secara umum matlamat dan hasil sebenar projek ini pada sahabat, kawan dan rakan-rakan bloggers.

Ianya projek yang ringkas, tapi amat sangat bermakna untuk kersani. Harap kalian sabar menunggu.

kira ulat

kroni ulat hijau

ulat hijau

tiga

tiga

rendam

rendam

sembang ulat


ShoutMix chat widget

pustaka ulat

FEEDJIT Live Traffic Feed