Bila aku belek saja bab2 berkaitan hati, perasaan, cinta, jealousy: ramai sungguh perempuan yg hit entri tersebut dan walaupun pada dasarnya mereka sebenarnya terasa dan cuba membela nasib diri mereka, tapi ayat yg disusun masih lagi berbunyi seperti mereka tak yakin utk menang. Jadi langkah terbaik yg boleh diambil, play safe!
Bagaimana perempuan bermain dalam permainan yg (kaum lelaki, kamu harus faham ini!) kita boleh anggap sebagai play safe? Mari kita masuk kelas yg kedua selepas chapter "Perempuan Yang Aku Tidak Faham".
Okeyh, aku mulakan babak cerita ini dengan saat perkenalan kamu. Kali ini aku bagi lagi banyak analogi, kalau tidak ramai perempuan yg tidak faham. Selalunya kamu lelaki, bila kami terpandang kaum kamu dan kami merasakan kamu menarik perhatian, akan ada 2 kemungkinan saja yg berlaku.
Pertama: jika lelaki itu berani dan ikhlas, dia akan menegur kamu dengan sedikit perasaan segan. Tapi hati tetap mahu. Jadi lelaki mesti simpan sedikit kegugupan itu dan do the first move. Aku jamin 90% couples yg ada hari ini pun, semuanya lelaki yg mulakan. Betul? Baik, setelah itu, kami akan menunggu refleks dari kamu. Haaa, di sinilah kamu akan bermain permainan 'play safe' kamu.
Bagaimana? Bila kamu bersama-sama kawan2 kamu dan kamu SEBENARNYA ingin kenal kami, tapi ayat2 dan gerak geri yg kamu utarakan seolah-olah macam memalukan kami. Kamu mahu contoh ayat? "Err, nak kenal saya? Kenapa?" atau "Eh, awak ni sapa?" atau "Erm, okey". APA NI??? Kamu ingat ini pop kuiz ke? Sekurang-kurangnya senyumlah sedikit dan berbanggalah diri kamu sudah ada yg minat. Ini tidak, kamu lebih senang bercakap dgn kami sambil membuang pandang pada kawan kawan kamu padahal boleh saja kamu bangun dan berbicara sebentar. Bukan susah pun.
Lagi pun, apa yg kamu expect dengan soalan2 seperti di atas tu? Kenapa kami nak kenal kamu? Hahaha! Mesti kamu tertunggu2 jawapan seperti, "Owh, sebab awak ni cantiklah..." HAHAHAHA!!! Loser giler lelaki yg akan cakap begitu. Sumpah! Awak ni siapa? Laaa, sebab tak kenal lah kami nak berbicara dengan kamu. Ini bukan group interview yg mana kami lelaki perlu kenalkan diri kami pada semua kawan2 kamu. Susah sgt ke nak bangun dan bercakap face to face? Rasanya aku sudah terangkan dulu, lelaki mengagumi perempuan yg berani. Dan selalunya perempuan yg berani itu bijak. Percaya cakap aku, tak ada lelaki yg suka 100% bercakap pasal diri dia depan kawan2 kamu. Atau kalau ada, dia mesti sudah terlebih sayangkan kamu.
Okeyh, itu peringkat permulaan. Walaupun setelah kami tinggalkan kamu bersama-sama kawan kamu, kami tahu kamu mungkin tergelak-gelak kecil dan dalam hati kecil kamu, ia sebenarnya berbunga! Bangga sebab kami tegur kami. Tapi mahu jaga muka punya pasal, kamu main play safe. Maaf, lelaki jarang main play safe. It's whether we go for it or we leave it at once! Permainan play safe tak menjanjikan apa2 yg baik utk kami. Tapi perempuan, ia semacam shield yg kukuh utk mereka sebab kalau katalah lelaki itu sekadar menegur utk berkawan, sekurang-kurangnya kamu ada dialog ini utk kawan2 kamu.
"Alah, dia yg tegur aku dulu. Bukan aku minat pun..." Padahal dalam hati sudah menangis sebal sebab ahhh, malas aku nak explain! Suka sangat main play safe, padan muka! Hahaha! Tak apa, tggulah ada lagi lelaki yg akan tegur kamu, mainlah play safe lagi. Hehe! :P
Bila sudah couple pun, masih ramai perempuan yg akan main play safe. Selalunya di peringkat ini, kaum perempuan sangat dipengaruhi oleh 'perbualan-perbualan malam' yg kononnya meningkatkan keyakinan diri mereka, padahal aku rasa dalam perbualan itu mereka sebenarnya mencipta inferiority dalam diri tanpa mereka sedari. Mereka akan menjadi seperti ini. 'You have to be like this so that you can get' atau setidak-tidaknya, 'We suggest you do this so that he will be treating you like that".
Apa ni? Kamu ingat hubungan itu dibina dengan pembolehubah-pembolehubah dari pengalaman orang lain ke? Seriously, betulkah begitu? Sebab pada kami, sesuatu hubungan yg terjalin itu utk jadi special, ia harus membesar dan menempuh pengalaman itu sendiri. Barulah ada keaslian dan kesetiaan itu wujud. Tapi maaf cakap, perempuan hari ini ramai sungguh yg mengambil pengalaman orang lain utk dijadikan pengalaman sendiri. Kamu perasan atau tidak, sebenarnya kamu sekali lagi terperangkap dalam permainan 'play safe' kamu?
Kamu lihat kawan2 kamu bahagia dengan cara A, kamu paksa teman lelaki kamu follow cara A, walaupun cara itu SANGAT TIDAK KENA DENGAN KAMU DAN KAMI! Atasa dasar apa? Atas dasar sudah ada orang melalui cara itu, mari kita bermian permainan cuba-cuba. Hey come on, kami sayangkan kamu dan kami mahu pengalaman bersama kamu, biarlah ia sesuatu yg unik. Yang kami dan kamu mulakan dan lalui bersama. Bukannya yg hanya kamu dan kawan2 kamu saja yg mengatakan itu sesuatu yg best. Lagi pun, mana kamu tahu cara A itu 'masuk' dengan kita? Mungkin cara B lebih sesuai, atau C atau D atau E atau F. Bukankah kita sudah mengambil risiko bila bersama? Kenapa bila ingin melalui jalan itu, risiko itu kamu mahu kurangkan dengan bermain play safe? Percayalah pada kami, jatuh bangun dalam hubungan itu benda biasa, dan kadang2 tanpa kamu sedari, yg jatuh itulah yg menyebabkan kami tambah sayang pada kamu.
Cukuplah utk bab ini pagi ini. Banyak lagi aku nak membebel tapi aku ada hal kejap lagi.
Chow!
"Wanita itu dicipta dari tulang rusuk lelaki. Dekat dengan jantung utk dipertahankan maruahnya, dekat dengan tangan utk dilindungi dirinya dan dekat dengan hati utk dicintai seluruhnya...."






