Cerita tentang Makan Malam batch JAN06 sabtu lepas aku skip dulu ya. Sebab tak banyak gambar aku yang menarik. Nanti aku buat di post yang seterusnya.

Keesokannya, aku ke ITIS JAN06 gathering di Teluk Batik pula. Pun tengah menunggu gambar-gambar yang cantik kaw-kaw dari tuan punya kamera. Tak apalah, aku buat satu post double stories "two in one" tentang kedua-dua event ini nanti. Nak ambil gambar pakai kamera handset di event-event besar seperti ini, aku terasa loser sangatlah pulak.

Tapi ada satu cerita best malam ahad lepas.

Selepas solat maghrib di surau Pantai Teluk Batik, aku terjumpa dengan member aku yang sama usia tapi lain batch. Kira dia ni batch yang lewat satu sem dari kami. Member baik sebab selalu join event sama-sama. Dia masa tu berlima dengan 2 orang aweks yang agak cun baru lepas BBQ kat situ.

Rupanya, diorang hilang kunci kereta. Tak tau mana tercampak atau diambil orang, memang lepas mencari dalam gelap dekat setengah jam kat pesisiran pantai tu, still tak jumpa. Habis segala benda yang boleh bernyala digunakan dalam operasi mencari. Tapi memang takde. Aku suspect ini memang dah kena pow dengan mana-mana trespassers yang lalu-lalang kat situ sebab kawasan pantai tu agak lapang. So, dari jauh dah boleh nampak kalau ada kunci kereta yang terjatuh.

Akhirnya, kami 3 buah kereta tunggu diorang. Aweks-aweks tadi dibawa join member-member batch kami yang lain untuk ke Water Front Lumut. Takut jadi apa-apa. Pompuan, biasalah. Tapi nak jadi cerita, dari pukul 8 sampailah pukul 10.00 dok menunggu formen datang. Lama gila babash! Datang-datang, dia try kopek cermin kereta nak bukak pintu keta Satria Neo tuh. Try punya try tak dapat-dapat. Kami dah tension dah.

Lepas 45 minit, baru boleh bukak. Dah bukak, takleh nak reset alarm kereta tu pulak. Apa benda punya teknologi cangggih Proton ni pakai! Memang susah nak disconnect litar alarm dia. Sampai kitorang yang bosan tahap belalang ubi sempat main futsal lah, main bola tampar lah, dan macam-macam lagi permainan yang pelik-pelik tercipta untuk menghilangkan kebosanan. Nasib baik ada bola pantai kitorang bawak petang tadi.

Akhirnya, pukul 11.45 malam tow truck sampai. Aku sempat snap 3, 4 keping gambar kenangan melepak kat Teluk Batik selama hampir 4 jam sebab kunci kereta hilang. Tapi member baik punya pasal, kira takde hal lah. Diorang pun lepak kat McD dengan kitorang lepas tu.


(Satria Neo yang tercangkung tak bergerak-gerak...)


(Tow Truck yang menjadi watak utama cerita bertajuk 'Penantian Gila Ini'...)


(Aummm!!! Tow Truck tu mencuba jurus angin lintang menongkah arus....)


(Akhirnya, Neo tu termakan jugak umpan Tow Truck. Setel!)

Tapi kan, masa Tow Truck tu mula-mula angkat Neo tu, aku yang dok sebelah dapat mendengar bunyi "Krakkkk!" "Krakkkkk... Krakkk!!!" Aku ingat bunyi apa, rupanya bunyi bumper depan Neo tersebut yang dengan ganasnya dirodok oleh si Tow Truck tersebut. Aku confirm kalau tuan dia tengok bumper depan kereta dia macam kena goyang-goyang dengan besi tu, mau menangis dia memikirkan nasib encik dompet di bengkel nanti. Confirm tak kurang pada 400!

Pelajaran dari cerita 'Penantian Gila Ini':

1) Jangan hilangkan kunci kereta di tempat-tempat yang tak ramai member-member melepak. Susah nak cari orang Malaysia yang sanggup susah cari formen dan Tow Truck malam-malam. Itu hakikat. Terima kasih!

2) Kalau sayang duit tapi nak modify kereta macam mana pun, ingatlah bumper depan jangan kasi lowered sangat. Menyesal nanti bila tengok Tow Truck buat macam origami bila dia goyang-goyang. Samalah macam goyang-goyang duit di akaun bank yang bakal melayang!

3) Kalau kunci kereta hilang jugak, pastikan ada aweks cun di kalangan anda. Barulah good samaritans ada semangat sikit nak tolong. Hehe!

Chow~




Ada orang sanggup menunggu lama. Punya kesabaran setinggi pergunungan Alps di sempadan Itali-Perancis. Ditipu, dipermain berkali-kali pun masih bisa kuat meyakinkan diri sendiri "Tak apa, mungkin sesuatu terjadi." Kadang-kadang datang juga persoalan menerjah diri, tapi ditepis sejauh mungkin agar hasutan makhluk hina itu tidak meresap dalam diri.

Masih tahu bila amarah menguasai diri, dalam penulisan di blog pun bisa keluar kata-kata yang langsung tidak membawa kebaikan. Hanya sekadar melepaskan marah yang satu itu. Besar mana sangatlah nafsu amarah kita dibandingkan dengan kuasa dan ketentuan Ilahi?

Tapi kadang-kadang terasa juga diri begitu hina. Bukan kerana ego setinggi langit sebab ego itu sudah jatuh tersembam di bumi beberapa hari yang lalu. Bukan jua kerana pengorbanan yang sudah tidak bernombor, sebab sudah terlalu banyak drama jauh dan dekat yang terjadi. Melumpuhkan kekuatan dikit demi dikit.

Apa yang kau cuba buktikan? Kau mampu setia dan jadi bodoh untuk selamanya? Seperti membelek sebuah buku cerita kanak-kanak, Cinderella misalnya. Kamu tahu penghujungnya membahagiakan jadi tidak kira sebanyak mana kamu belek muka surat itu, kamu hanya tunggu penghujungnya. Dan kadang-kadang kamu tidak menghayati pun perjalanan cerita ini.

Tapi buku yang sedang aku 'baca' ini aku tidak tahu penghujungnya apa dan bagaimana. Tiada tinta yang tertulis yang menjamin bahagia di hujung cerita. Seolah kamu baca sebuah buku tiada bertulisan. Putih dan tiada berdakwat. Hendak kata suci, sudah banyak dakwat yang tertumpah menyebabkan kamu semakin sedar ia takkan kemana. Namun, hati masih keras mahu membelek. Mahu memberi peluang.

Apa yang kau cuba buktikan?

Tuhan, kalau ini diperlukan untuk aku melatih kesabaranku maka sampaikanlah aku ke penamatnya.

Tuhan, kalau ditakdirkan perjalanan aku hanya separuh muka surat sekalipun, aku tetap bersyukur kerana menemukan aku dengan 'derita' cerita ini. Aku sudah menemui 'manis derita'.

Dan kekalkanlah aku agar aku senantiasa melihat kebaikan mengatasi keburukan. Sepertimana Kau mencipta Mont Blanc di Alps.





Semalam dan tengahari ini adalah dua masa dan keadaan yang tidak jauh berbeza. Semangat sudah hilang tidak mahu timbul-timbul. Tak buat apa-apa pun rasa macam bersalah dan serba tak kena. Harap petang nanti tolonglah ada seruan kedamaian datang sebentar menjengah hari.

Balqis ni antara bloggers yang paling cepat faham maksud penulisan aku. Or should I say craps that I'm writing on my blog? Tag ini pun mujurlah dia cakap ada tag datang. Aku tak sedar pun dia tag aku. Maybe sebab blog dia satu post, satu page. Jadi aku terlepas pandang post yang sebelumnya. Jangan risau, aku dah baca balik semua. Maaf.

Balqis mahu aku cari folder foto ke-8 dalam komputer usang aku ini, lepas itu pilih gambar ke-8 dan tuliskan cerita yang tersirat di sebalik gambar itu. Seterusnya, tag lagi 8 rakan bloggers lain.

Ini gambarnya:




Ini ceritanya:

2009. Malam sebelum kami generasi Informasi Teknologi (IT) Informasi Sistem (IS) menghabiskan hujung minggu di Melaka. Waktu itu semua tengah berserabut dengan latihan industri. Jadi Alternatif untuk mencari ketenangan selain Kuala Lumpur ialah ke Melaka. Dan malam itu sebelum bertolak beramai-ramai, kami bermain futsal di Kelana Jaya. Gambar ini waktu sudah habis main dan tengah melepak makan di sebuah restoran Melayu yang aku sudah apa nama dia.

Tapi di sini ada jual Shi Sha. Kat sinilah first time aku try bendalah tu.


Ini orang yang aku tag:

1) Mum
2) Nisha Little Nook
3) Dandelinoid (kalau kau masih baca blog aku)
4) Fauzan Abdullah
5) Suraya
6) Rahmah
7) Keane
8) Remy (tak mahu gambar Jenny Haze!)

Moga hari kalian tidak serba salah seperti aku.




Bertalu-talu datang. Penat. Sungguh.

Tak mampu lagi.

Berilah peluang untuk bernafas sebentar....




Bila budak-budak berlari, selalu sungguh aku dengar orang tua-tua kata...

"Haaa, lari lagi. Jatuh baru padan muka. Orang cakap semua tak mahu dengar."

Dan 5 minit selepas itu, memang budak itu jatuh. Selalunya menangislah. Tapi kalau yang keras hati sedikit, mungkin mencebik tidak puas hati pada orang tua tadi.

Bila budak-budak kampung nak minta bola takraw atau bola sepak dengan penghulu...

"Alah, membazir duit aje beli bola tu semua. Kau orang main sekejap, lepas itu bola hilang, mintak lagi. Haish, kalau nak sangat, tunggu aku mintak dengan tok wakil."

Tunggu punya tunggu punya tunggu, bola tak sampai-sampai. Akhirnya, budak-budak kampung kumpul duit sendiri (mintak seringgit seorang bila nak beli bola).

Bila seorang lelaki nak berkahwin...

"Amboih, cepat betul nak kahwin. Kamu nak bagi makan apa anak dara orang tu? Pasir? Nak beli rokok mintak duit dengan aku, ada hati nak kahwin." Sambil hembus asap rokok kaw-kaw punya depan batang hidung!

Lalu si lelaki ini kahwin lari dengan perempuan itu. Heboh dan malu satu kampung. Yang malu, keluarga belah lelaki dan perempuan itu juga.

Aku tidaklah kata semua orang tua itu begitu. Tapi norma masyarakat kita memang diajar dengan cara 'memberi nasihat' dalam bentuk yang kalau aku boleh sebut, menjatuhkan semangat dan maruah. Langsung tidak membina. Seolah-olah sesuatu hal yang berlaku dalam hidup itu, takkan ada naturaliti, takkan ada pro dan con. Semua akan menuju satu destinasi, yakni yang tak baik. Yang tak elok.

Apalah salah kiranya budak yang tengah berlari itu diberi nasihat sebegini...

"Kalau nak berlari, jangan berlari di kawasan banyak tiang, banyak bucu. Berlari tempat lapang. Jangan menangis kalau jatuh. Orang lelaki tak boleh menangis kalau jatuh."

Aku rasa kalau bagi nasihat sebegini, confirm budak itu akan dengar. Sebab apa? Sebab kita tidak menghalang apa yang dia suka buat, berlari. Sebaliknya kita bagi nasihat supaya dia beringat dan tidak mudah putus asa dalam apa yang nak dibuat.

Budak-budak kampung nak main bola. Apalah salahnya kalau...

"Aku bukan tak nak bagi bola. Tapi apa kata kau orang kumpul duit sendiri dahulu. Kalau tak cukup, bagitahu. Bila dah ada bola, seorang kena jaga amanah, jaga bola. Baru tahan lama."

Bukankah lebih baik begitu? Fikiran budak-budak ini sampai mana sangatlah. Sebab itulah perlunya ada orang tua yang berfikiran matang untuk menunjuk dan memberi contoh apa itu makna nilai murni dalam diri. Mengutuk dan merendah-rendahlan usaha orang-orang muda tak bawa apa-apa kebaikan pun. Habis-habis, kena ludah depan mata. Nak melawan tak mampu sebab kudrat dah tak ada. Cubalah didik pakai kata-kata yang bijaksana. Berhikmah. Jangan hanya berhikmah bila lihat bini sudah saiz besar, cadang jual tanah nak cari 'pucuk muda'.

Anak lelaki yang merasakan dirinya sudah wajib berkahwin, wajib dikahwinkan. Bukan dipukul dengan kata-kata yang menginjak-injak maruah.

Cubalah dengan lembut dan penuh hormat.

"Kita lelaki bila ingin berkahwin, harus fikir 3 4 langkah ke hadapan, lebih dari orang perempuan. Mana nak cari duit rumah, mana nak cari duit makan pakai, mana nak cari duit anak isteri berbelanja. Bila sudah berdua, fikiran dan tanggungjawab pun berganda. Orang lelaki kena fikir semua itu. Sebab itu ilmu agama mesti ada terselit celah dada. Baru kuat nak jadi tempat anak dan isteri bergantung bila susah dan senang..."

Bukankah lebih sedap didengar? Jangan dihalang, sebaliknya buka jalan dan biarkan anak muda itu berfikir. Hidupnya sudah ada, jadi jangan jadi batu tercangkung di tengah jalan, sebaliknya jadi cahaya menyuluh bila tersalah langkah. Orang muda tersalah langkah, bukankah itu perkara biasa? Apa orang tua syumul sangatkah sampai orang muda tak boleh salah langsung?




Aku rasa sebab sikap orang tua hari ini juga jadi faktor Malaysia melimpah ruah dengan lelaki baham budak perempuan umur 7, 8 tahun, budak perempuan hamil bersalin di sekolah, anak bakar ibu, cucu rompak nenek, menantu pukul bapak mertua dan macam-macam kegilaan yang tak pernah didengar.

Kamu tak rasa begitu?

Aku bersuara sebab aku berfikir. Banyak sangat benda yang dibuang diatas jemala fikiran budak-budak yang nafsunya membara-bara. Itulah akibatnya!



(no. 5 :P)


Ini tag yang ringkas saja dari Rahmah. And I was trying hard to be funny. So, kalau tak kelakar buat-buat kelakar lah ya?

5 Benda yang Membuat Aku Paling Gembira?

1) Lulus ujian memandu praktikal dengan kadar yang cemerlang
2) Bermain futsal dengan kawan-kawan (jadi keeper) dan dirembat di bahagian ehem ehem!
3) Lecturer datang ke kelas, duduk kejap lepas tu cakap "Owh, I forgot my slides. I think I just cancel the lecture." (wooohooooooo!!!!)
4) Bermain bersama anak-anak saudara yang seramai 13 orang itu. Dah besar-besar dah semua.
5) Memandu kereta di persisiran pantai sambil dengar lagu 'Breathless', bukak cermin luas-luas dan having her leaning on my shoulder....

And ultimately,

Mestilah bersama dengan mak aku, makan hidangan yang dia masak dan duduk-duduk berborak tentang kehidupan dengan dia...




Aku tersenyum sendiri bila membaca blog yang suka melabel-label orang lain. Suka betul melabel A sama dengan B, B sama dengan C. Aku bersifat natural dalam hal ini. Haih, banyak sungguh masa membuat satu post tentang orang lain, sedangkan tak ada masa untuk menghargai apa yang orang lain pernah buat untuk dia.

Hubungan lelaki dan perempuan yang baru ingin 'hidup' itu bermula dengan satu degupan dari si lelaki, dan dibalas dengan satu degupan jua dari si perempuan itu. Barulah ia 'hidup'.

Akan tetapi kalau sudah selama masa degupan dan degupan si lelaki saja yang berdegup, tak ada reaksi dari si perempuan, lebih baiklah biarkan saja dugupan yang pertama itu mati bukan? Semua orang pun ada batas kesabaran juga betul?

Orang lain punya hak juga untuk senyum dan bahagia. Macam aku kata sebelum ini... Kebahagiaan bagi setiap orang itu berbeza-beza. Jangan disamakan.

Aku harap saja degupan aku kali ini yang betul. Aku tak pasti pun. Hanya Tuhan yang menentukan semua. Tapi sekurangnya aku berani cuba. Fikirlah dulu perasaan orang lain sebelum malabel.

Terima Kasih.



Everclear - She's So High Above Me

She's blood, flesh and bone
No tucks or silicone
She's touch, smell, sight, taste and sound
But somehow I can't believe
That anything should happen
I know where I belong
And nothing's gonna happen

'Cause she's so high
High above me, she's so lovely
She's so high, like Cleopatra, Joan of Arc, or Aphrodite
She's so high, high above me

First class and fancy free
She's high society
She's got the best of everything
What could a guy like me ever really offer?
She's perfect as she can be, why should I even bother?

'Cause she's so high
High above me, she's so lovely
She's so high, like Cleopatra, Joan of Arc, or Aphrodite
She's so high, high above me

She calls to speak to me
I freeze immediately
'Cause what she says sounds so unreal
'Cause somehow I can't believe
That anything should happen
I know where I belong
And nothing's gonna happen


daun hijau

daun hijau

ilustrasi pensil & cinta

Projek ini sudah lama aku rancang, tapi hingga saat ini baru diberikan sedikit kekuatan, ruang dan masa untuk benar-benar merealisasikannya.

Baru saja bermula, InsyaAllah sedikit demi sedikit projek ini akan aku usahakan dan sampai waktunya nanti, akan aku dedahkan secara umum matlamat dan hasil sebenar projek ini pada sahabat, kawan dan rakan-rakan bloggers.

Ianya projek yang ringkas, tapi amat sangat bermakna untuk kersani. Harap kalian sabar menunggu.

kira ulat

kroni ulat hijau

ulat hijau

tiga

tiga

rendam

rendam

sembang ulat


ShoutMix chat widget

pustaka ulat

FEEDJIT Live Traffic Feed