I tried to be honest with all my answers here. Leave a message if you feel that i'm bulshittin ya.

1. If your lover betrayed you, what will your reaction be?
It’s not an if. I have gone through that. Took it very badly. Very badly.

2. If you can have a dream to come true, what would it be?
In fantasy? Driving a Lamborghini Gallardo with Elisha Cuthbert cuddling my neck all way long.

Realistically, meeting ‘Tun Teja’ in Melaka. This is real. :D

3. Whose butt would you like to kick?
Jalaluddin Hassan! And all Israel’s freakin bastard presidents! Don’t you see whut you’ve done to the Palestinian children?

4. What would you do with a billion dollars?
Buy my own island, build my dream villa, and set up a free-entrance, gigantic real-life underwater aquarium named “The Firdaus’s Ocean World” so that every kid in the world could enjoy. Especially the ones from the third-world countries.

5. Will you u fall in love with your best friend?
No. My love WILL be my best friend.

6. Which is more blessed, loving someone or being loved by someone?
Loving someone. No doubt.

7. How long do you intend to wait for someone you really love?
Till her man says “Aku terima nikahnya dgn mas kahwinnya yg tersebut.”

8. If the person you secretly like is already attached, what would you do?
Fight for her! Opportunity knocks but once bro.

9. If you like to act with someone, who will it be? Your gf/bf or an actress/actor?
‘Tun Teja’ from Melaka. And Elisha Cuthbert still.

10. What takes you down the fastest?
Sorry to say, a crashed computer! Feels like s**t everytime it happens to me.

11. How would you see yourself in ten years time?
If I wanna get rich fast, I’ll join Biro Ampu Ahli2 UMNO. :P

No lah. Great job, good career, beautiful and understanding wife, a few mischievous kids as well as living with my beloved mother.

12. What’s your fear?
Losing to a woman!

13.What kind of person do you think the person who tagged you is?
Suraya? Smoking hot! Full stop! :P

14. Would you rather be single and rich or married but poor?
Married and normal life. Just like everybody else. Money’s important but it’s not everything.

15. What’s the first thing you do when you wake up?
Pray. Thanx God for keeping me alive still.

16. Would you give all in a relationship?
All you mean? Owh, that one? Yes!

17. If you fall in love with two people simultaneously, who would you pick?
Never gonna happen. BUT if it happens, I’ll say the first one is love, the second one is flirt.

18. Would you forgive and forget no matter how horrible a thing someone has done?
Forgive and forget! Next?

19. Do you prefer being single or having a relationship?
Open relationship. You got your friends, I got mine. But we trust and respect each other.

20. List 5 people to tag:
1) Peggtonville
2) Nyamq
3) Sam
4) Bobo! Hell yeah!
5) Anyone who read this!




(UTP, a few months back...)


(who can name the price of the hug by a mother?)


Masa kita kecik2, pernah tak kita bilang brapa kali mak kita cakap “Kalau orang buat baik dgn kita, kita mesti balas budi baik orang tu”. Pernah? Hmm, memang membalas budi satu amalan yg mulia. Dituntut di sisi agama dan disuruh pula adap budaya kita. Aku tak nak deny benda baik ni. Just kadang2 aku sesaja terfikir, ada tak cara utk kita ‘membalas budi’ org lain dgn ‘lebih’ baik? Lebih baik drpd yg kita amalkan selama ini.

Kalau dalam bahasa omputehnya, membalas budi ni lebih kurg maksudnya dgn frasa ‘Pay It Back’. Jadi, instead of kita Pay It Back, apa kata kita cuba “Pay It Forward’?


(one to many, many to more many to more many...)

Pay It Forward?? Menatang kejadah hapakah Pay It Forward ni?

Pay It Forwad ni adalah cara kita membalas budi seseorg pd kita dgn membuat kebaikan pada org lain dan bukan pada org yg berbudi pada kita. Senang crita, aku bg satu contoh dgn menggunakan nama2 member2 baik aku. Ojan belanja Daus makan kat Signatures KLCC contohnya. Daus tak perlu membalas budi Ojan, sebaliknya Daus kena tolong Suraya baiki tv LCD Sony yg rosak. Suraya pulak akan tolong Bobo buat kerja sekolah matematik (Hehe! Contoh je ye bo? Jangan marah beb!). Bobo akan menyambung kitaran ni maybe dgn menolong Tirah temankan pegi shopping lipstick dan make up Avon contohnya. Contohnya saja. :P

Korg nmpk tak cycle tu? Ianya adalah satu kitaran ringkas yg terhasil dari menggunakan contoh2 yg terdekat dgn aku. Baru 5 org tu. Cuba bayangkan kalau kita apply konsep Pay It Forward ni dalam kehidupan kita. Kita apply pada family kita, pada geng2 kita, pada member2 housemate kita, pada lecturer2 kita, pada officemate2 kita, pada sesapa saja. Utk permulaan, kita tak perlu susah payah pergi jauh2, just perkenalkan konsep ni pada member2 baik kita dan jadikan diri kita org pertama yg menolong member2 kita.

Seterusnya, jangan minta balasan. Tetapi explain pada member2 kita supaya membalas budi dgn membantu kawan2 yg lain. Dan org yg dibantu member2 kita tu harus membantu kawan2 yg lain. Jika boleh, gandakan ‘tahap’ bantuan itu biar semakin bertambah baik. Kalau bantuan pertama tahapnya 10%, bantuan kedua kalau boleh biarlah 20%. Tapi itu bukanlah satu kewajipan guys, sebaliknya apa yg penting ialah membalas budi pada org lain. Senakin luas konsep ini diamalkan, maka semakin ramai org yg akan menerima bantuan dan semakin ramai yg sudi utk membantu. Tetapi firstly, ianya adalah tanggungajwab korg utk memastikan member2 korg faham akan konsep ini.

Rasa tak seronok sebab korg dah bantu org lain, tapi takde org bantu korg? Jangan risau guys! Suatu hari nanti jika korg percayakan konsep ni, believe me, there will be somebody outside there destined by The God to help you. Jangan tunggu bantuan korg dibalas, sebaliknya sematkan keikhlasan dalam bantuan korg itu, walaupun itu mungkin cubaan pertama korg utk mulakan Pay It Forward ni. Be proud of it guys. Korg dah mebantu org lain. Dan If God wills, someday bila korg sendiri yg berdepan masalah, someone will come to you saying that…

“Don’t’ worry. I’ll do Pay It Forward for you.”


(Pay It Forward dalam kebaikan ye? Bukan utk cinta. Hehe!)

Time tu mesti korg dah terlupa yg korg pernah buat Pay It Forward ni. Dan maybe jugak korg akan tersenyum simpul sebab korg tau, this is what you get when you do something good to others. Tapi Tuhan slalunya tak lupa org yg berbuat baik, kerana kebaikan akan dibalas dgn kebaikan. Simple bukan? Tak perlukan sistem yg rumit2, just bila korg tolong kawan2 korg, katakan ia adalah satu Pay It Forward. And you should be proud if you help your friends better than the help you have received by others.

Dalam agama mana skalipun, membalas budi dgn lebih baik tak pernah dilarang. Ikhlaskan niat, pastikan member2 korg faham konsepnya dan keep hoping dia akan teruskan konsep ini. Wouldn’t it be nice if semua org dalam Malaysia kita ni faham konsep Pay It Forward ni? :D

Orang Cina yg mahir dalam perniagaan mungkin boleh membantu orang India. Orang India yg pakar dalam bidang IT mungkin boleh membantu Orang Melayu. Dan Orang Melayu yg dalam pengetahuannya tentang pertanian dan budaya mungkin membantu kembali Orang Cina. Dan alangkah bertuahnya kita jika semua kaum saling membantu dan mengutuhkan hubungan kaum yg ada? Bukankah Malaysia kita akan lebih makmur? Tidakkah dapat kita mencapai SatuMalaysia atau OneMalaysia dgn lebih cepat melalui konsep ini?


(tercemar nilai bangsa bila kita meletakkan kemarahan dan kebencian pada peringkat tertinggi dalam minda kita...)

Peristiwa 13 May selalu dikenang sbg antara peristiwa paling menyayat hati dalam sejarah bangsa Malaysia. Berpuluh2 kempen perpaduan sudah dirasmi dan dilancarkan kerajaan, tetapi hari ini di mana2 kedengaran Orang Melayu tak puas hati dgn Orang Cina kerana menguasai bidang perniagaan. Orang India dan Orang Cina pula tak puas hati dgn ketuanan Melayu. Tetapi sampai bila? Jika umur semuda 20 30 tahun, mungkinlah kita masih mampu melaung2 di demonstrasi jalanan. Bila umur sudah 50 60 tahun? Nak angkat kaki sendiri pun kena minta bantuan anak2 kita, kita masih nk bertelagah sesama dgn sahabat sebangsa?

Fikir2kanlah. Mungkin satu hari anak2 kita yg bernama Najib akan bermain bola dg Anwar, Hadi Awang, Guan Eng, Sami Vellu dan Karpal Singh. Tapi bapak2 nya masih sibuk berebutkan kerusi panas di DUN2 dan Parlimen2… Hehe!


(kenapa kita gunakan lambang merpati putih utk keamanan? bukan sang harimau si raja rimba, atau sang singa si raja hutan??)

:D

Chiow~


Wah wah wah! Mentang2 gua lama tak hapdate blog gua, nampaknya ada saja anasir2 yg cuba menikam beta dari belakang yer??Hahaha!

Oit! Oit! Apa ni farhah?? Attack beta kat blog?? Hahaha! Kejam tak kejam dia, korg tgk sendiri!



Lelaki kesepian??? Perghhh!!! Pedas!!! Membakar hangit jiwa raga gua!!!

Nak baca detail? Picit sini!

Wuarghhhh!!! Aku gigit tulang sum sum ko kang!!! 

Aku bukan kesepian la oi. Aku tak suka crita kisah lentok kat sini. Itu saje. Hehe! Farhah, kau tggu saja pembalasan dari aku!!!


1. Anda rasa anda hot?
malam2. Skrg kan musim el nino?

2.Upload gambar kegemaran anda?



3. Kenapa anda suka gambar ini?
aku paksa anak2 sdara aku wat gaya model kat atas rel keta api utk photoshoot! Sebab aku boring yg amat. Hehe! 

4. Bila kali terakhir makan pizza?
2 3 minggu lepas kot. Azfa dgn pisunk memang hantu pizza. Aku light2 je.

5. Lagu terakhir yang anda dengar?
Tak Mungkin Kerna Sayang – Alyah. Hehe! :P

6. Apa yang anda buat selain menyelesaikan tag ini?
download Chuck pkai torrent!

7. Selain name sendiri, anda suke dipanggil dgn nama apa?
kak pi! Hahaha! Xdeah, jacoby sounds cool to me!

8. Tag lagi 5 org?
1. Nyamq
2. PeggtonVille
3. jared
4. Kak senduk
5. Sapa2 yg baca wajib buat! Hahaha!

9. Siapa no. 1 pada anda?
UTPmate! Sifoo blog! 

10. Orang no. 3 ada hubungan dgn sesiapa?
mana2 lesbian yg desperate… :P

11. Kata sesuatu mengenai org no. 5?
padan muka korg!

12. Bagaimana pula org no. 2?
member blog! Macam baik je.

13. Pesanan kpd no. 4?
err… blog abg, eh akak nice! Hehe!

Dua tiga hari lepas aku cuba call kawan aku. try punya try punya try berkali kali, tapi still tak dapat. Hampes minyak angin kelapa laut afrika btul! Maki hamun aku yg memang dah berguni2 menerjah file2 depan meja yg berlambak2 nih. slalunya aku takdelah nk mengamuk2 mcm ni klau call tak masuk, habes2 gua bagi F**k sbijik, lepas tu gua istighfar. Takkan la pasal satu call x masuk pun nk marah2 ye tak?

Tapi ini kali aku betul punya geram. Dem! Pahal la susah sgt nk angkat call? Tapi gaya mcm phone dia tgh off. Ahhh, pedulik! Hati gua yg tgh panas membara ni hanya boleh disejukkan dgn memuntahkan kata2 indah sperti laknat, chilake, SDFF, ba*i la kau, pu****k dan yg sewaktu dengannya. Memang indah skali tatabahasa gua, agak2 klau mak gua dgr, dia bagi sedas seretan penyapu lidi nyiur kat atas blakang gua macam gua kena masa kecik2 dulu.
(Wuargghhh! Pakai public la setan kalau xmo org kacau!!)

Berbalik pada story asal, selepas dah pat lima belas kali gua mencuba dgn segigih mungkin, akhirnya terlucut juga frasa macho seorang lelaki bila menahan marah.

“Agaknya hp dia rosak kot. Apahal la aku emo tak pepasal nih?”

Kan macho tuh? Yela, dari marah2 membuang tenaga menjengitkan anak tekak, baek aku tahan ye tak? Mana tau anak sdara buat hal kat umah, boleh aku lepaskan nafsu amarah aku dgn mewrestling je dia! Dahlah gemok macam Po Kung Fu Panda tuh. Seyes! Dah hari2 gua training kung fu Wing Chun dgn dia. Slalunya, klau x makan penumbuk tanpa angin aku, aku bagi libasan ular kapak peringkat angin sepoi2 bahasa je. Tu hikmat ke 14 tertinggi aku sebab klau guna tinggi2 sgt, jadi arwah pulak anak sdara aku. Aku masih sayang kat dia. Kalau dah arwah, sapa nk urut aku malam2. Ogawa? Tak best! Kena pkai tangan dan jari2 gak. Baru layan!

So hari ni, lepas je presentation final aku, sempat la aku bukak YM kejap nk check kot2 ada member2 tinggal offline messages. Bukak je, nafsu amarah syaitannirajim membara balik! Aik, hidup lagi mamat nih? Boleh dan pandai pulak ko on9 YM? Aku call haram kau tak angkat!

Gua tau otak lu skrg mesti tertanya2 apa gua PM dia kan? Rilek2. Aku tak PM trus. Tapi aku call lagi skali hp dia. Kali ni kalau tak angkat memang gua keluarkan bahasa keramat gua yakni sumpahan ahli sihir macam dalam karakter Dota tuh! Dub dab dub dab dada aku menahan marah akibat kesombongan beliau, tak pasal2 aku tak dapat nk siapkan satu benda penting nih.

“Nombor yg anda dail tidak dapat dihubungi. Sila cuba ska..”

Klik! Gua letak phone! Fu*k!! Kau sememangnya manusia lan**u yg tidak mengenang budi! Pakai henpon tak reti nak jawab! F**k! aku tak faham apasal la that F word yg kluar bila aku marah, padahal 5 6 taun dulu aku tak faham pun bila senior2 kat asrama yg jenis suka ‘tibai’ budak2 laki ni slalu bila nk knal ngan adik2, pkai nama “Sakur Fakur”. Korg faham Sakur Fakur? Tak faham? Tak penah dgr? Confirmed bukan budak asrama yg ada budak lelaki. Hidup kat pulau la lu wei! Heh!

Disebabkan amarah yg melampau2, aku bukak topik YM dgn mamat ni menggunakan ayat yg sedikit menghiris jantung. Nak baca ke? Baca jelah!

Gua : Mat! Wuyoo, henpon baru call memang slalu xde line eh?
Mat : ??
Gua : Takdelah. Rasanya kalau kira brapa kali gua call lu, kumpul2 kupon, agak2 dah boleh tebus reward kat Petronas MyMesra nih! Ke kau memang tak hadir klas blajar nk angkat call?
Mat : Kau ni kenapa? PM tetiba marah tak memasal. Aku buat salah apa?
Gua : Salah tu takdelah. Tapi ko try la check hp kau. Ada tak seriban miscall aku???
Mat : ……
Gua : Wey! Apahal diam?? (hati makin menggelegak!)
Mat : Kalau hp gua ada dgn gua, for sure gua angkat la. Hp gua hilang. Kena tibai kat surau. Lu nak gua angkat call lu pkai apa? Kipas angin? Buah limau?
Gua : Yeke? (malu tahap nak hempuk kepala pkai tin pepsi!) Alamak sorry beb. Gua tak tau. So amacam? Ada chance nk jumpa balik tak. Lu pkai 95 kan? Sayang woo hilang.
Mat : Tula pasal. Nak sembur2 pun usha la dulu barang apa cerita. Ntah la. Kata member aku, dia nampak budak ni seret HP gua tu. Cari2 xde pulak jumpa budak tu. Sayang2. Memang barang nk hilang. Takleh wat apa.
Gua : Takdehal la bro. Anggap sedekah. Heheh.
Mat : Sedekah ta*k lu. Mahal kot. Bab* apa nk sedekah N95? Ish, kalau gua dpt budak tuh, memang gulai be! Gulai!
Gua : Hahaha! Sabar2. (pandai pulak aku soh sabar)


(Ooooo, henpon dia hilang dilangsaikan org rupanya... heheh! :P)

Itulah kisah gua dgn member baik gua. Dengar crita lepas tu dia ada gak ajak2 member2 aku yg lain cari budak tu. Rupanya hilang masa smayang Zohor kat KB Mall. Dia pegi surau, amek wudhuk nk solat, letak hp kejap takut basah percik kena air. Dah siap wudhuk, dia boleh pulak buat slambe pegi solat tak pick up balik hp tuh. Dah siap2 semua, baru teringat N95 baru beli tak sampai sbulan terhidang kat atas para dekat paip. Tak sempat2 doa, trus bangun usha. Memang gelabah maut la brader. Hp baru beli pkai duit saving ptptn!

Perghh! Hilang! Tak sampai 10 minit. Surau pulak tuh! Memang panas hati. Tapi bila benda nk jadi, skejap pun barang jadi.

Sabar lah ye Mat.

Agak2 lepas tu Tuhan nk bagi lesson kat aku. Lain kali bila nak marah tak memasal kat member, letak diri lu dalam kasut dia dulu. Jangan jadi mcm makhluk takde otak, naseb baek member gua tu takdela emo pulak time tu. Kalau tak, mau gaduh panjang pasal hp jer. Hampeh. Hampeh.
Takpe bro, nanti gua tolong usha henpon lagi lawa utk lu kat Low Yat. Tangan gua pun dah ketar2 nk try blackberry storm. Ada sapa2 nk follow? Low Yat? Weekend?

Mungkin btul la kata satu pepatah cina…

“Jikalau kamu aaa, kehilangan sesuatu balang (barang), sesungguhnya balang itu hilang belsama-sama (bersama-sama) nasib buluk (buruk) yg akan menimpa kamu. Oleh itu aaa, jangan belsedih hati sekilanya balang kamu hilang. Senyumlah dan nescaya nasib kamu aaa, akan ada ONG!!”



(Wa telah mewartakan pepatah itu milik wa. Lu talak pelcaya, bole yalan lor!!)

Korang percaya ke ni pepatah cina? Aku buat ayat kelakar sikit korg dah tak percaya kan? Oi, siot lar! Aku tak tipu! Oiii!

Chiow~

Wuish, sedih melihat blog Penglipur Lara begitu lama terbiar. Agaknya kalaulah blog ni mcm roti gardenia sedap dimakan begitu sahaja tu, mesti dah byk2 kulat dan kulapok yg menghiasi blog Penglipur Lara ni kan?

Post kali ni xde draf, Penglipur Lara maen tulis saja sebab rasanya mcm dah nak demam bila tak hapdate blog nih. Kaki dan jari jemari runcing ni pun dah terketar2 minta dibebaskan apa yg tersarat di minda. Maaf ye pembaca2 semua. InsyaAllah, selepas pkul 12 tghari esok, fikiran Penglipur Lara sudah tidaklah lagi dipenuhi dgn code2 PHP yg umpama tulisan tamil anak2 darjah 2 dibaca pulak seorang makhluk eskimo buta huruf. Sedih kan? Itulah ibaratnya keadaan Penglipur Lara skrg ni. Sukar sungguh nk menghadam 'pizza' PHP nih! :P

Tapi kenapa pkul 12? Yes! Sebab lepas pkul 12 esok, Penglipur Lara sudah tamat dgn 2nd Visit beliau. Cuak? Memang! Takut? Memang! Risau? Memang maksima dah! Tapi bila difikir-fikirkan balik, Penglipur Lara rasa apalah sgt nk dirisaukan? Present atau persembahkan saja apa yg sudah kita buat bukan? Nah, selepas itu panjatkan mohon pada Ilahi, moga2 sejuklah hati pensyarah2 kesayangan kita nanti bila nk isi borang markah tu...

Hmm, macam sudah panjang. Penglipur Lara berhenti di sini saja ya? Dan jangan bimbang, blog ini akan kembali segar bugar mekar umpama itik baru dpt hujan andai kata ada kesempatan kerana sebenarnya byk sgt benda yg ingin Penglipur Lara coretkan. Pasal hidup, pasal cinta, pasal lelaki dan perempuan, pasal budaya, pasal politik, pasal semualah! Semuanya nanti bakal Penglipur Lara adunkan menjadi gula2 lollipop yg enak. Lollipop kan byk kaler? Tapi satu rasa, manis... :D

Cuma Penglipur Lara mohon sedikit masa... Bolehkan?

Pada yg Muslim, doakan agar Penglipur Lara tenang semasa presentation esok ya? Pada yg bukan Muslim, "Wish me Luck!"...

And same goes to you guys yg tgh intern~

Chiow... 


(inilah barisan kita... yang ikhlas berjuang... siap sedia berkorban... untuk grade intern... :P)

Benda yang aku nak cakap kali ni sebenarnya aku sendiri pun dah lama tak rasa. Dah 4 tahun beb, korg bayangkan sendiri la kan? Benda apa? Benda yg dinamakan cemburu atau dalam bahases omputehnyes ialas jeolous! Yerp, cemburu. Jealousy.

Sebab apa cemburu? Sebab cemburu ni perasaan yg dialami oleh sesiapun pun kecuali 2 manusia. Gua bukan budak masjid. so klau korg nk tau sapa 2 org yg tak cemburu tu, korg tny sendiri budak2 masjid, pasti diorg tau.

Tapi cemburu yg nk aku ceritkan kat sini ialah cemburu antara mat2 couple dgn awek2 couple. Apasal aku nk cakap pasal nih? Woih, suka hati akulah! Takdela, apa yg aku tulis ni adalah apa yg aku rasa lebih 4 tahun dulu. tapi tak tahulah klau cemburu ni ada version 1.5 ke, 3.0 ke macam Mozila tu kan?

So, kenapa lelaki cemburu?

Aku bagi 3 reasons.

Pertama, lelaki itu bersifat penyayang dan protektif. Ini cemburu yg aku kategorikan sbg positif. Sebab mana2 lelaki yg mempunyai perasaan sayang pada wanita, Tuhan akan bagi satu pakej dgn perasaan ingin melindungi wanita yg disayangi itu. Sebagai contoh, seorang husband atau fiancee (bunyi omputeh sket ye tak??). seorg suami memang secara akar umbi azalinya akan sayang dan cemburu pada isterinya. Toksah nak kelentong! Hatta suami yg ‘mati ehem ehem’ pun akan cemburu bila melihat isterinya bercakap dgn lelaki lain. Apatah lagi yg ‘segar bugar’.

Tapi mcmana dgn couple? Adakah perasaan cemburu itu normal? Sebab aku rasa klau buat kajian, purata penyebab pada clash, break off mainly adalah kerana cemburu. Bila sang awek bercakap dgn kawan lelaki yg sedikit lebih hensem dari awek beliau, akan ada ‘satelit measat’ yg dgn pantasnya akan mereport pada si balak. Dari benda perbualan biasa, crita yg smp ke telinga sang balak maybe dah jadi version mcm ni…

“Eh, tadi aku nampak awek lu tgh sembang dgn si A. Manja beb! Siap cubit2 pipi woo! Aku yg tgk ni pun geram. Kau tak nak buat pape ke? Sanggup ke brader? Kang menangis sensorg!”

Lebih kuranglah sebab aku tak pandai nak imitate 100%. Maklumlah dah lama single. Tapi akibatnya? Korang faham2 sendiri kan? Atau maybe jugak korg pernah rasa. Sebab aku akui, lelaki pun memang cemburu, bukan hanya wanita. Dan secara lahiriahnya ia memang hadir disebabkan perasaan sayang pada kaum yg satu lagi.


Kedua, lelaki cemburu kerana “security” atau “level” yg berbeza.
Tak faham? Fahami situasi berikut.

Ali : Bro, aku tau awek ko si Ayu tu baik. Takde perangai pelik2. Tapi bro, ko kena tengok kawan2 dia bro.
Leman : Kenapa dengan kawan2 dia?
Ali : Kau tengok la. Kawan2 dia semua loaded beb. Ayu sendiri pun kau kenal b’ground dia mcmana. Dia datang dari keluarga senang. Aku bukan nak kata apa, tapi kadang2 sebelum nak pandang langit, kita kena tengok dulu kita berpijak kat mana.
Leman : Sekarang ni aku masih mampu tanggung dia.
Ali : Betul. Itu betul. Gua tau. Tapi lu baru kenal dia setahun. Dia dah bertahun2 hidup macam tu. Bukan nak salahkan dia, tapi dah memang keluarga dia macam tu. Skrg ni maybe lu boleh sebab lu tak tanggung semua. Kalau dah serius, family dia punya request macamana? Diorg punya expectation lu tak pikir?
Leman : Aku couple dgn dia, bukan dgn family dia?
Ali : Lu ingat lu boleh kapel sampai bila2? Kawen lu tak mau? Lepas kawen, lagi banyak crita beb. Bukanlah gua nak melaga2 atau jadi firestone, tapi sebagai member, gua nak lu pikir benda ni betul2 klau lu nak serius dgn dia. Kita lelaki beb, sentiasa kena pikir 4 5 langkah ke depan. Kalau tak, sakit beb!

Dan dengan dialog terakhir tu, Leman akan balik berjalan kaki ke rumah hampir2 pasti terlanggar tiang letrik sebab cuba mengjustify apa yg dikatakan Ali. Patut ke? Patut ke aku? Memang confirmed malam tu antara malam Leman paling tak tidur nyenyak! Dan dari situ, Leman akan start cemburu bila Ayu kuar dgn member2 dia. Sebab apa? Sebab Leman merasakan dia dah hilang ‘security’ terhadap Ayu atau dia bukan lagi ‘satu level’ dgn Ayu. Kompleks nak paham, tapi itulah hakikatnya yg dilalui lelaki esp yg mula utk serius dan jujur dlm relationship diorg. Dan biasanya perasaan ni akan ends up dgn rasa rendah diri atau ketaq lutut, lemah semangat lah tu!


Ketiga, lelaki akan cemburu bila tak diberi perhatian.
This is a fact! Tak caya? Korg boleh try eksperimen ni. Ajak member2 baik korg, tak kisah lelaki ke pompuan pegi hang out kat mana2. Bila dah sampai tempat tu, korg buat2 tak layan apa yg Bf korg cakap. Kalau dia cakap pape, angguk sikit2 je lepas tu lebihkan perhatian korg pada member2 korg. Lagi bagus utk buktikan hipotesis ini dgn lebih cepat, ajak kawan2 BF korg yg jambu2, pastu layan diorg ni lebih2 skit dari BF korg. Amacam? Ada bran?

Confirm tak sampai stengah jam, korg boleh tgk BF korg mendengus2 memendam nafsu amarah diorg. Antara simptom2 yg korg boleh perhatikan pada beliau ialah mengenggam jari2 sambil melepaskan nafas sedalam-dalamnya umpama protes duit scholar masuk lambat!

Kedua, korg boleh prasan dialog2 negatif yg akan terkeluar dari mulut beliau. Sekadar contoh bila korg dan BFF korg tgh sembang pasal nak shopping ke…

“Ala, shopping je pun! Korang ni tak bosan ke? Takde benda lain ke nak fikir? Asal ada sale, startlah agenda. Bosan syial!” sambil memandang tempat lain menunjukkan tahap kegeraman yg maksima yg tak terbendung lagi!

Atau maybe korg tgh bercerita pasal hero2 movie Korea yg tgh meletop…

“Hek eleh. Korg dok sembang2 pasal dia ni, dia kenal korg ke? Wey, sedar2 la diri sikit.”
Sambil membuat muka kelat bila korg pandang dia balik!

See? Banyak lagi contoh2 lain tapi cukuplah dua ye? Maknanya kaum lelaki ni sukakan perhatian. Tapi takdelah lebih2. kalau lebih perhatian sgt, dia akan jadi RIMAS. Bila rimas, dia jadi meNYAMPAH! So, pandai2 la budget okeyh? Contoh perhatian yg best utk kaum lelaki?

Hmm, klau dah habes main futsal, GF boleh tolong hulur tuala dgn air pun dah kira nice.Ye tak? :P

Picit2? Lebih2 la tuh!


Tapi bila tgk member2 gua yg couple, gua rasa skrg ni definisi cemburu dah tak termampu dah nak ditafsir secara ortodoks. Meluas sgt applikasinya. Sebab skrg ni macam bentuk hubungan ada. Ada yg BF tak kisah lgsg awek dia buat apa, tapi tetap jugak awek tu awek dia. Ad a gak GF yg memang ramai BF, so dia boleh pilih2 nak BF tu time bila2. Dah macam main game la pulak. Lelaki pun sama.

Tapi apa2 hal pun, percayalah dan apply 3 benda ni bila couple. Maybe, maybe je ye, hubungan korg kekal dan takde lah nk gaduh2 pasal benda2 remeh.

Kepercayaan…
Kejujuran…
Hormat…

Bila ada kepercayaan, kujujuran akan datang. Dan bila kejujuran itu wujud, rasa hormat akan timbul dgn sendirinya~

….
……
……..

Ceh! Sumpah post ni membuat gua kelihatan macam mat bunga!

Chiow~ ^_^



Baru saja selesai mengkhatam sebuah filem Melayu di pawagam! Pelik? Yelah, sebab kalau ikutkan hati, takde masa beb nak tengok crita Melayu kat pawagam. Bak kata member baik gua Encik Pisunk, takde makna! Sound tak best lah, action hampeslah, storyline stereotaip lah, boleh kata semuanya yg bersifat dhaif, mazmumah dan melemahkan semangat semata2.

Tapi kali ni aku tak putus semangat. Aku melangkah jugak ke TGV KLCC hari tuh. Rupanya kali ni aku tewas. Penglipur Lara tewas dengan sebuah filem Melayu karya Ahmad Idham walaupun slalunya aku slam dia habes-habesan sebab buat filem2 sampah! Tapi kali ni baru aku tau Ahmad Idham ni sebenarnya kreatif dan berani berkarya bila tak terpengaruh sgt dgn filem2 yg berhasrat mengaut keuntungan semata2. Rempit?? Perghhh! Crita paling loser aku pernah tgk!


(Awal, Haziq dan Heliza. Rempah ratus adabi utk Syurga Cinta)

Tapi kali ni buah tangan beliau menjadi, “Syurga Cinta”. Jalan cerita yg cukup simple pada pandangan aku, tetapi garapan dan adunan pelakon2 yg perlbagai umpama penambah perisa nyum2 pada muvi ini. sgt kelakar, sedikit mendalam pengertian pada dasar2 agama serta sedikit kecomelan Heliza membuat aku tak sayang duit membazir sploh hengget utk filem ini!

Membazir? Hmm, tak sesuai gua guna perkataan tuh. Maybe sedekah! Maybe… Sedekah ada jugak hasil kan? Ye tak?

Let’s check out Filemometer “Syurga Cinta” mengikut kacamata Penglipur Lara! Kriteria yg pertama, Plot atau “Jalan Cerita”.

Pada aku, Syurga Cinta adalah kisah simple seorg pemuda bernama Irham lakonan Awal yg berasal dari keluarga yg kaya tak hengat, berniat pada awalnya utk mempermainkan cikgu yg comel, cute, mata bulat, manja, berbudi bahasa.. (eh, lebih2 pulak gua! lol!) yg mempunyai pegangan agama yg kuat iaitu Cikgu Syuhadah lakonan Heliza. Usha punya usha, si Irham ni berjaya memikat hati Cikgu Syuhadah. Itupun dgn bantuan Haziq (dalam filem ni nama dia Ikmal). Bila dah berjaya, Irham kena break off dgn Cikgu Syuhadah depan member2 dia sebab diorg dah betting utk memainkan perasaan Cikgu Syuhadah yg suci murni tuh!

Dari segi plot, takdela gempak mana kan sebab mcm dah ramai je buat? Tapi percayalah pada aku, Syurga Cinta tetap lain dari filem2 melayu yg bersepah-sepah sebelum ni. Bahkan, kalau boleh, aku nak letakkan Syurga Cinta ni satu level dgn filem2 sperti Cinta, Sepi, Baik Punya Cilok, Buli, Cuci, XX-Ray, atau satu level lagi rendah dari Puteri Gunung Ledang.Penangan sebab slalu kutuk filem Melayu, Syurga Cinta buat gua sedar betapa selama ni gua tak brapa support industri filem gua sendiri!

Maka, dengan ini buat first time kalinya, gua bagi 3.5 per 5 utk filem Melayu yakni Syurga Cinta bagi poin plot!! Tepuk3!

Utk poin Character Development atau “Perkembangan Watak”, aku rasa Syurga Cinta paling layak menerima 4.0 per 5. Seyes beb! Gua tak memain. Especially acting dari lelaki kegilaan gadis-gadis masa kini, Awal. Awal dari seorg mamat yg spoilt dgn kemewahan dan maksiat je spanjang masa boleh berubah menjadi seorg mamat yg menghargai agama dan cinta. Dan dalam transformasi tu, macam2 hal dan kejadian yg berlaku. Paling gua tak boleh lupa, scene nak teguk alcoholic drinks kat club tu, si Irham ni siap boleh baca Bismillah beb!

Kelakar, sedih, heppy semua ada! Aku rasa memang inilah yg menjadi tunjang kekuatan filem ini sebab klau ikutkan hanya watak2 utama yg mempu menyinar sebab skejap sgt muvinya. Parents Awal dalam crita ni lakonan Mustapha Kamal dan Dian P. Ramlee memang sangatlah aku tabik! Watak perents yg gemar bersosial dan merosakkan hidup anak mereka sendiri bukan senang nak bawak beb. Tapi sayangnya sbg penonton, filem ini habes tanpa memberitahu penonton apa yg terjadi pada kedua watak tersebut.

Sebab aku takde point action atau “Aksi” utk Syurga Cinta, aku ulas lebih sket pasal Heliza. Heliza walaupun baru biji benih warna hijau kacang panjang dalam industri seni lakonan ni, tapi bagi aku lakonan dia menjadi. Well, utk org baru okeylah tu. Dialog2 dan gerak lentok badan beliau quite ‘masuk’ dgn Awal. Tapi yg sket slack ialah bila kadang2 Heliza bercakap, she sounds like ustazah. Patutnya Heliza sbg Cikgu Syuhadah lebih ‘relax’ dalam menyampaikan nasihat2 pada Irham. Akan tetapi, bila si Heliza ni buat scene2 comel, gua pun tak tahan beb! Seyes comel! Cun! Shweeet giler!!




(Apasal kekedang aku rasa Heliza ni copycat lecturer ADS kitorg?? atau hnya aku?)


Terutama bila dia buat scene “S.A.B.A.R. Sabar…” sambil senyum manja ala2 Jun Ji Hyun dalam My Sassy Girl! Hehe! Ala, islamik islamik pun klau awek tudung dah comel, layan saja la ye tak? :D


(Eh, ada awek korea dalam Syurga Cinta? Bapaklah!:P)


Dan bila part sedih yg aku tak tahan tuh! Dalam hati aku dah cakap, “B**i la kau Awal! WTF ko buat awek aku macam tuh! Hehe! Eh, muvi kot.” Sambil aku tersenyum sendirian. Takdela, itu cuma metafora aku nak membuktikan lakonan diorg memang kaw2 punya. Part sedih je satu panggung diam, brader kat sbelah aku siap pegang tisu beb! Tapi dia kaver la so that awek dia kat sbelah takdela nampak dia mcm mat bunga sangat. Tapi overall, gua respek sama semua pelakon dalam ini filem. Kalau macam ni, gua tak malu nk recommend filem Melayu kat member2 Chinese atau Indian.

So, pada couple2 yg mencari filem yg relax, happy2, n nk enjoy time weekend, gua suggest 5 bintang korg tgk “Syurga Cinta”. Puas hati beb utk filem Melayu. Kalau pun takde action yg lelebih CGI nya, tapi sekurang2 nya set dalam kepala hotak korg nk tgk muvi yg relax. So, in the end korg dapat apa yg korg expected and at the same time jugak, kalau dapat secebis dua pengajaran dalam crita nih, itu dah cukup baek. Yeehaaaa!!

Eh oh lupa, watak2 member Irham lakonan Shaheizy Sam dan Fizz Fairuz pun memang sempoi! Gua tertanya-tanya bila mamat Shaheizy Sam ni dapat role hero? Hmm… boleh kasi dia dialog2 lan**u sket ye tak?

daun hijau

daun hijau

ilustrasi pensil & cinta

Projek ini sudah lama aku rancang, tapi hingga saat ini baru diberikan sedikit kekuatan, ruang dan masa untuk benar-benar merealisasikannya.

Baru saja bermula, InsyaAllah sedikit demi sedikit projek ini akan aku usahakan dan sampai waktunya nanti, akan aku dedahkan secara umum matlamat dan hasil sebenar projek ini pada sahabat, kawan dan rakan-rakan bloggers.

Ianya projek yang ringkas, tapi amat sangat bermakna untuk kersani. Harap kalian sabar menunggu.

kira ulat

kroni ulat hijau

ulat hijau

tiga

tiga

rendam

rendam

sembang ulat


ShoutMix chat widget

pustaka ulat

FEEDJIT Live Traffic Feed