Steve Tyler - another living legend.


and still, i do feel better every time i enjoy this vid. it's nice. it's just awesome how the spirit flows rite into my head.


this song. you.





Untuk sahabat-sahabat:


Terima kasih utk sambutan hari itu. Aku tahu sambutan ini walaupun sekadar Dean's List yg simple, ringkas, makanan yang tak sedap mana pun, dan hiburan yg tak kemana pun, tapi aku tetap merasakan ia antara event yg cukup bermakna pada aku. Ini mungkin adalah Dean's List terakhir sebelum kita benar2 memegang skrol utk menempuh hidup sebenar, tak sampai setahun lagi.


Malam itu, kita pakai baju melayu dan kita makan2 di Mapley pun kita pakai baju melayu. Hingga ke pusat karaoke pun berbaju melayu. Mana nak buat semua benda ni kalau bukan dengan sahabat2?


Semoga 4 atau 5 atau 6 tahun lagi pun, kita masih boleh lepak2 seperti ini, bercakap, mengutuk member2 seperti ini tanpa ada yg terasa. Tapi aku tahu masing2 akan bawa haluan sendiri. Harapnya haluan itu tidak mengubah persahabatan kita. Yosh!


Untuk dia:


Untuk 2 kali aku melukakan.Untuk 2 janji aku yg aku mungkiri. Perjalanan ke Kuala Lumpur kali ini mengajar aku satu lagi erti kerinduan. Yang teramat.


Semoga kau akan memaafkan. Walau kau selalu mengatakan aku tidak bersalah. Maafkanlah. Aku masih ingin memohon.


Semoga lembaran baru terbuka. Semoga aku masih menyayangi dan kau masih seperti yg aku kenali. Sudi memberi peluang untuk aku.





i know my English isn't any good.

i know sometimes, my aptitude made you wonder.

i know why my promise isn't trusted.

i know i just can't convince you enough.

but there is a little thing i don't know.

and yet, i still wanna say something.


if this is some kinda game you wanna play, i'll leave you winning it.

take the trophy.

and, congratulation.


i'll unleash the curtain.....





Okeyh, sudah banyak review pasal open house. Korang boleh baca di blog Suraya atau di blog Tirah. Aku tak reti buat link. Cari lah sendiri kat belah kanan blog aku nih.


Sekadar nak mengucapkan "Tahniah pada semua yang telah menjemput Roger Piederer ke rumah terbuka masing2. Bukan senang pemain tenis no 1 dunia macam aku nak datang beraya kat rumah terbuka korang. Hahaha!"


Baik, serius. Thanks banyak2 pada Izzul Wafi, Miss Rozana (gua tau dia tak baca blog gua, apa gua pedulik?) dan Dr. Wan. Semua hidangan Melayu yg dihidangkan memang gua tak pernah rasa. Sebab gua lama sgt kat U.K so jarang sekali jumpa kuih-muih melayu. Al maklumlah, orang putih mata biru, hijau tak reti buat kuih manis2.


Sekali sekala gua balik Malaysia macam ni lah gua dapat merasa nikmatnya makanan melayu. Dah naik muak dengan fish n chips kat Trafalgar Square nih.


Gua nak sambung buat FYP yg tinggal nak kena buat 'abstract' dengan 'findings' jer lagi. Asalnya gua malas nak 'tipu' buat result dummy, tapi nampaknya semua rakan2 seperjuangan gua main result dummy. Tak yah pikir, alang2 semua nak cilok lecturer dengan result tipu, gua pun nak main taktik kotor camtu gak. Tapi kira okey lah, setakat ni for research gua, gua dah ada lebih dari 30 responden. Logik la kan? Ke korg pikir tindakan gua kurang asam???


Sebelum gua naik flight ke Heathrow, gua ada satu teka teki raya utk korang.


Klue: Ada 4 perkataan. "Lembu", "Makan", "Rumput", "Taik"

Objektif: Susun 4 perkataan tu biar jadi ayat yg bermakna dan logik. Nak tukar kedudukan perkataan boleh, tapi TAK BOLEH tambah atau kurangkan walau satu perkataan pun.


Amacam? Gua kasi pecah kepala hotak lu orang pikir gua punya kuiz, haaa, Hambek sbijik!!!


Chiow! Peace to the world. Takmau gaduh2.



( lelaki2 sejati yang ada bola dan minat bola! )



( perasaan menunggu gol di kala ketinggalan 0-2 amat meresahkan hati lelaki. hehehe!)


( wajah kelegaan bila 'hinaan' dan 'kutukan' member2 takkan kedengaran pabila Sang Biru menakluk Sang Merah 2-0. hehehe! )


Pelik sungguh aku bila ada lelaki yg tak minat bola. Aku tak faham. Sekalipun kau tak pernah main bola, atau tak tau pun bola dimainkan di seluruh pelusuk alam, tapi kalau kau lelaki dan kau kata kat tak minat boleh, aku cadangkan...


Sila bukak zip seluar dan check balik kot2 ehem ehem kau dah takde!


Kalau konfem takde pun, aku still salahkan kau sebab sebagai lelaki, secara hukum alam, teori atau praktikal sekalipun, kau wajib minat bola! Ahhhh, loser ah cakap dengan mat bunga tak minat bola!


Walaupun hakikatnya kau mungkin hanya kenal D. Bekam atau KERIStiano Ronaldo, tapi sekurang-kurangnya kau tau diorg main bola. Dan kau tak kata diorg ni abang gaban yg jual air buah naga kat pasar malam time ramadhan hari tuh! Patut bangga kalau kau kenal 2 player ni. At least.


Kepada lelaki yg tak minat bola, sebaik saja habes baca post ni, cari sebijik bola sepak dan tenung dari 12 malam sampai 4 pagi. Kalau tak minat jugak, celup bola tu dalam air masak, minum. Moga2, kau dapat rahmat utk minat bola. Aku doakan. Simpati aku dengan orang2 macam kau! Hahahaha!


Arsenal? Kami menang 6-2 jer... Hehehehe!




Brinchang. Pahang.


Lubuk Timah. Perak.




Sometimes, there are things better off left unexplained...



Bila dah lama sel-sel otak aku tak diasah utk berfikir dalam2 macam petang ni, rasa sakit datang tetiba. Semalam tengah sedap2 dok layan mimpi, boleh pulak aku tersedar sebab pening kepala. Nak kata aku ada penyakit orang tua2, rasanya umur baru awal 20an. Tak mungkin dah kena penyakit pelik2. Adeyh, tak apalah. Ada benda lagi best utk aku tulis kat sini selain dari kisah telan panadol dan dengkuran2 yg aneh.


Cinta 3 segi.


Kalau tengok drama melayu sejak zaman bangku sekolah, cinta 3 segi ni memang antara plot kegemaran pengarah2 filem Malaysia. Tak kisah lah drama hari raya ke, drama sambutan merdeka ke, tak sambut apa-apa ke, plot cinta 3 segi ni memang fofuler lah pendek kata. Maybe sebab kisah cinta 3 segi ni senang buat penonton tertanya2 si hero atau si heroin akan pilih sapa, maka melekatlah penonoton2 setia kat depan tv atau panggung wayang. Dan kalau hero silap pilih heroin yg 'kurang' kat mana2, even watak dia baik, ayu, sopan santun tahap 19 skala richter pun mesti ada yg tak puas hati. Bikin panas je membazir tengok 2 3 jam ending tak seperti yg diharapkan.


Tapi cinta 3 segi ni sesungguhnya bagi aku tak mengenal jantina. Lelaki atau perempuan. Bapuk? Maaf. Jarang skali aku dengar bapuk berebut lelaki. Tapi itulah hakikatnya. Circle 3 manusia yg mempunyai perasaan sayang, kasih, rindu dan cinta pada orang lain tumpah pada orang lain. Dan lagi, hal semacam ini bukan boleh dipaksa. Kalau paksa pun belum tentu jadi!


Selalunya, jarang juga ada penamat yg baik utk mana2 pihak kecuali 2 dari 3 pihak tersebut 'mengalah' dengan cara yg baik. Yakni, seorang mengalah dengan 'melepaskan' dan seorang lagi mengalah dengan 'menerima'. Si A melepaskan si B dan si C menerima si B. Makanya, dalam hal ini si B lah yang paling bertuah bukan?


Betul ke begitu?


Okeyh, mulai dari perenggan ini aku akan menulis dari perspektif aku, maknanya lelaki. Kamu setuju, kamu tak setuju, kamu tau kat mana nak 'shoot' aku balik kan? Baik.


Aku assume si B adalah lelaki. Maka, kita faham si A seorang gadis yg sukakan B dan B pula sukakan si C. Dalam hal ini, aku rasa B harus lebih bijak dari sekadar mendapat apa yg diinginkan dengan membandingkan apa yg mungkin lebih baik utk semua orang. Bagi aku, si B tak harus menerima si A tetapi juga tak harus mencari peluang memaksa si C menerima si B. Minda lelaki lebih cepat menerima sesuatu berbanding perempuan dan lebih cepat juga dibuang selepas diproses kalau dirasakan maklumat itu tidak berguna. Perasaan? 2 kali 5. Tak usah berdalih, itu kenyataan.


Senang cerita, andai si C mempunyai pilihan lain, lepaskan dia pergi. Kamu bukan lelaki loser atau pengalah jika kamu mengalah. Cinta adalah pilihan, itu sesuatu yg jelas bagi aku. Kamu melepaskan utk melihat dia gembira. Untuk melihat sesorang mendapat apa yg diidamkan. Tidakkah itu hebat? Dan hey, kamu patut berbangga jika kamu ada kekuatan seperti itu. Bukan semua orang ada kekuatan melepaskan apa yg disayangi. Lebih2 lagi kalau hal berkaitan perasaan sayang yg dipendam bertahun lamanya. Percayalah, ada yg lebih menyayangi kamu di sudut penjuru yg lain, cuma menanti kamu utk 'melengkapkan' satu puzzle. Cuma, harus dipastikan kesakitan kehilangan itu tidak membunuh keupayaan kamu utk menuju puzzle itu.


Tapi aku juga harus katakan, melepaskan si C bukan bermakna kamu menerima si A. Memaksa diri menerima sesuatu yg bukan kamu 'temui' sendiri, itu dayus namanya. Jadi bijaksana. Jelaskan duduk perkara yg sebenar. Kekuatan kamu yg hilang utk melepaskan si C harus kembali ada utk bertegas dgn si A. Menjadi kawan bukan sesuatu option yg bijak bagi aku. Dalam keadaan tertentu. Kerana perempuan lebih vulnerable. Melihat kamu di depan mata setiap hari, takkan boleh buat mereka semakin menganggap kamu sbg kawan. Makin parah jadinya. Tapi itu semua bergantung pada cara kamu menghadapinya. Kalau tiada kekuatan secukupnya, lebih baik diam terus dari semakin memburukkan keadaan.


Penyudahnya, harus kembali pada yg Maha Berkuasa akhirnya. Kekuatan akan hilang, tapi ia akan datang kembali. Kerana kekuatan itu datangnya dari binaan dalaman, dari hati. Tak semestinya hati yg cepat recover ada kekuatan yg lebih. Tapi kamu tggu saja magik dari Tuhan, sinar ada di mana2. Cuma kadang2 terhijab di sebalik hikmah yg tersimpul kemas. Sekali simpulan itu terlerai, mungkin kita, kaum lelaki akan sedar, perancangan Ilahi itu sentiasa lebih baik dan terlebih baik utk kita.


Dan mungkin juga yg paling sempurna utk kita. Utk kau dan aku.


Perempuan? Aku tak sebegitu yakin utk memberi idea dalam dogma pandangan mereka...





Assalamualaikum. Lama sungguh tak sebut perkataan nih. Dan lama sungguh juga kersani tak menjengah masuk, tanya2 kabar blog ini. Ini baru ada masa. Syukur.


Cerita raya sudah lama berlalu. Bloggers pun agaknya sudah bosan kalau kersani cerita tentang ketupat, tat nenas, kuih bangkit, nasi himpit, mercun, dodol dan seumpamanya. Tak apalah, yang makan tu, makanlah. Asalkan sambil makan, kita ingat kita pernah lapar 30 hari. Jadi bagaimana agaknya rasa orang miskin yg terpaksa berlapar lebih dari kita? Kan? Kan?


Kersani sampai rumah petang sabtu. Raya hari ahad. Tak sempat nk prepare apa2. Sumpah tak beli apa2 utk raya. Raya mana yg ada je. Okeyh, tak menarik. Cerita lain.


Raya ke tujuh, sabtu, kersani jumpa Nurul Mardiyyah Sazali. Yeap, my first ex. Jumpa sebagai kawan. Rumours kata dia dah bertunang. So, pertemuan tu menjawab segala tohmahan, cerita2 belakang dan macam2 lagi. Kami jumpa sebagai kawan and it stays the way it is. Dia tak bertunang pun, itu cuma cerita orang. Dan kersani pun hairan, tak ada rasa apa2 yg menarik bila jumpa dia. Kami lebih banyak sentuh pasal study, adik lelaki dia, family dia dan yang pasti, topik paling obvious tak jadi ialah bila kami sembang pasal skolah lama. Aku skolah lain, dia skolah lain. So, memasing buat2 konon listening lahhh...


Sumpah tak teruja langsung. Tak ada rasa excited. Tak ada rasa berdebar. In fact, tak ada rasa apa2. Riwayat cerita itu berakhir di situ. Terima kasih Tuhan.


Dan pertemuan itu berakhir dengan kelegaan sebab tak gaduh. Haha! Anyway, i wish her the best of her life. Tamat. The end.


Raya ke lima, buat BBQ dengen geng2 skolah rendah. Habes rentung badan aku bau asap sebab tukang bakar ayam, sotong, udang dan sosej adalah aku dan lagi 2 orang member aku. Yang lain, semua bersembang menikmati reunion dengan kawan2 lama. Maklumlah, semua dah berubah, banyaklah cerita yg ingin dikongsi. Dan lucunya, ada sorang kawan pompuan aku, siap bawak anak sulung dia, Aiman. Hadeyh, dah ada anak dah... Arina x salah aku nama dia.


Dan raya ke 3, abang aku balik dan dia belikan aku sehelai t-shirt dari jepun. Alhamdulillah. Ada juga rezeki raya. Putih saja. Tak banyak kaler. Cuma made in japan dan bertulis perkataan "Samurai". Aku tau material fabrik jepun sangat bagus. Sebab tu aku tak kisah simple, asal fabrik bagus. Alhamdulillah sekali lagi.


Dan kepada kawan2 bloggers, maaf sangat2 sebab hampir 2 minggu blog ini tidak berupdate. Dan aku baru baca balik post2 lama korang pagi ini. Maaf yer?


Terima kasih juga pada 'dia'. Aku cuba call kamu di pagi raya. Tapi tak dapat. Samada celcom atau maxis atau kedua duanya buat hal. Maaf. Maaf. Maaf. SMS? Hmm, aah ek. Kenapa aku tak sms saja. Adeyh...


Promise, i'll make it up for u.


Chiow~

dan ooh, gambar di atas adalah kenangan Hail Piedaus dan M Bobo masa buat konsert Pujaan '90an di Ampang Park, Kl...


daun hijau

daun hijau

ilustrasi pensil & cinta

Projek ini sudah lama aku rancang, tapi hingga saat ini baru diberikan sedikit kekuatan, ruang dan masa untuk benar-benar merealisasikannya.

Baru saja bermula, InsyaAllah sedikit demi sedikit projek ini akan aku usahakan dan sampai waktunya nanti, akan aku dedahkan secara umum matlamat dan hasil sebenar projek ini pada sahabat, kawan dan rakan-rakan bloggers.

Ianya projek yang ringkas, tapi amat sangat bermakna untuk kersani. Harap kalian sabar menunggu.

kira ulat

kroni ulat hijau

ulat hijau

tiga

tiga

rendam

rendam

sembang ulat


ShoutMix chat widget

pustaka ulat

FEEDJIT Live Traffic Feed