(credit to zaki.abd for the picture)


Terbang gagak hinggap di ranting,
Dari Perlis semangat berkocak,
Biar berlagak Si Rusa dan kambing,
Lembing dan keris tetap terpacak.


Anak sembilang dimakan kelah,
Enak disalai di atas api,
Maju Red Warriors pantang mengalah,
Menumpaskan Si Rusa menjulang trofi.


Tenggelam timbul si pasir jerlus,
Dalam timbul ternampak intan,
Indra Putra dan Khalid Jamlus,
Menjadi wira pasukan Kelantan.


Bukanlah cacian bukanlah fitnah,
Andai tersalah harap dimaafkan,
Nor Farhan bakal menjadi pemusnah,
Menyembelih Sang Rusa dijadikan santapan.


Gemilang Tok Guru umpama bintang,
Membawa haluan dimensi baru,
Kini Piala Malaysia akan datang,
Kawe tunggu di Kota Bharu!!!!


GOMO KELATE GOMO!!!!!


(credit to zaki.abd for the picture)



(cubaan menyalakan lighter yg gagal kerana nak angkat pun hampir tak mampu. angin kuat sgt!)


Lain kali jangan percaya teori, hipotesis, inferens, pandapat atau perbincangan kawan-kawan yg ambek kursus Information Technology atau Information System tapi pandai2 nak bagi pendapat pasal benda2 elektrik!


Cukuplah kami menderita kepanasan berbulan-bulan lamanya disebabkan hasil teori pemikiran kawan-kawan yg seorang pun takde kepakaran pasal kipas sebenarnya! Hahahahaha!!! Susah payah teori 'Bilah Kipas Dipasang Terbalik' dicipta (klik sini!), rupanya sebab kipas tu berhabuk je. Sebab tulah angin dia tak kuat.


Tapi takpe, aku dan roomateku belajar sesuatu di pagi hari ini. Remy, Pedot, Bobo, Pisunk, Keane, jangan offended okeyh? Teori korang memang tak boleh pakai! Hahahahaha!!!


(nampak tak tangan tu terketar2 sebab 'terlalu sejuk'????)





Hanya bermain dengan gambar dan huruf. Harap dia suka.



(gambar sebelum makan aku tak nak letak, tapi kami makan sikit saja.... heh!)


Aku pun tak tahu kenapa idea aku datang mencurah-curah bila jarum pendek di jam hampir menunjukkan pukul 4 pagi. Mungkin kitaran tidur aku dah berubah. Otak jadi lebih aktif bila bulan menjelma. Ahhhh, aku bukan vampire! Apa? Ingat aku minat sgt cerita-cerita vampire nih???


Sabtu lepas adalah hujung minggu utk 'melepas'. Bukan melepas sesuatu keluar dari perut, tapi melepaskan tekanan jisim otak yg tepu, setepu susu Fernleaf yg budak2 suka minum tuh! Kecik2 dah suka minum susu, apa nak jadi nih? 3 minggu straight benda yg boleh berfikir dalam kepala ni dijadikan hard disk dan diformat setiap pagi dan petang kerana test, assignment dan presentation. Masa tu aku dah 'atas pagar', sikit lagi nak weng. Kalau tak, aku mungkin update blog ni dari Tanjung Rambutan! Kan? Kan?


Jadinya, plan asal utk melayan Inglorious Basterds tak tercapai sebab cerita tu tak ditayangkan kat Perak! Memang basterd lah! (maaf, bahasa kurang sopan!) Last2, kami layan nafsu perut sebelum melayan nafsu menonton muvi, bukan nafsu syahwat okeyh! Gila kau, semua lelaki beb!


Jadi, Tori Khomi Set dan semangkuk udang pulut dibalut dgn weeds jadi pilihan aku. Lebih bertuah, kami ada wakil pelajar dari Jepun yakni Zuri-Hirumi Abdullah yg memang serba tahu pasal makanan2 pelik kat Sushi King. Macam biasa, sebagai seorang yg memang expert, lauk dia memang sentiasa lagi sedap dari lauk kitorang. Hampeh! Piri Piri Chicken Set jadi pilihan dia. Sempat lah aku pow seketul dua daging ayam dia walaupun Tori Khomi pun sebenarnya chicken set jugak! Hehehe. Tapi sedikit nasihat utk korg yg suka melantak kat sushi king, cubalah rasa Fruche Strawberry atau Fruche Blueberry. Sedap siot! (Aku rasa aku eja fruche tu salah, pedulikan!)


Petangnya, dalam pukul 6.14.34 perpuluhan 544 saat, kitorg melangkah ke panggung wayang 1 TGV jusco. Ahhh, lama sungguh tak bau hapak seat dalam panggung wayang! Nyaman sekali dicampur bau coke yg tumpah, popcorn2 yg berselerakan di seat serta maybe sedikit air liur mahkluk2 asing yg tertidur time layan movie2 yg membosankan (teman awek, salah perempuan!) Tak kisahlah, asalkan dapat feels tgk wayang sejak sekian lama.


Kami layan Jennifer's Body. Prinsip aku layan muvi ini senang. "Kalau muvi tak best, at least aku dapat tengok scene Megan Fox tanggal jaket! Heheheh!" Lelaki kot. Normal lah kan. Lainlah kalau ayat aku macam ni, "Wuish, seksinya Jack Black!" Kalau korang dengar aku cakap macam tu, cepat2 capai benda yg tajam lagi berbisa dan libas tanpa rasa bersalah. Aku bakal memberikan ciuman terulung utk korang!


Chow!


(guys, aku kena letak caption ke utk picture ni? :P)




(daisy putih yg mendamaikan...)


Aku tak pasti samada readers kat sini pernah layan muvi 'Daisy'. Pernah? Kerana bagi aku muvi tersebut adalah antara muvi2 yang perfect dari segi story line, sinematografi dan feels yg wujud dalam setiap babak filem tersebut. Feels yang bagi aku 95.5% sempurna utk seorang lelaki yang jatuh cinta pada perempuan yang tidak mampu utk dimiliki. Bukan tidak boleh, tapi pilihan utk tidak memiliki lebih baik dari memliliki perempuan itu.


Akhirnya, dia hanya mencintai dan melindungi gadis itu dari jauh. Memandang dari celahan kaca dalam hujan, dan setiap pkul 4 petang, dia akan meninggalkan sepasu bunga daisy utk menceriakan hari perempuan itu. Dan dalam dia, perempuan itu jatuh cinta pada 'Daisy Man' yang tidak dikenalinya hinggalah saat dia hilang pendengaran...


Cerita ini masih panjang dan aku pasti lepas ini ramai readers yg akan cari balik file sharing atau korek dari member2 collector muvi utk cari muvi ini. Tapi berbaloilah! Muvi ini memang buat aku rasa lelaki itu sangat bijak dan perempuan itu sememangnya sayangkan lelaki itu. Tapi apa yg akan jadi pada kita(lelaki) ya kalau situasi ini terpikul pada bahu sendiri?


Mampu ke kau jatuh cinta pada seorang perempuan tapi pilihan utk melihat cinta kau bahagia dengan orang lain lebih baik dari dia mencintai kau kembali? Tak sakit ke? Entahlah, aku sendiri tak yakin utk menjawab soalan ini. Mungkin entri kali ini kedengaran macam aku ni mat jiwang, well, terpulanglah. Kau tak perlu pun jawab soalan aku, tapi rasanya seronok juga kalau tiba2 lelaki yg 'so-called 'bukan mat jiwang' menghadapi situasi seperti ini, aku nak tengok riak wajah diorg! Benda kalau kena atas batang hidung orang lain memang senang utk diketawakan, tapi bila kena batang hidung sendiri, baru bertemu buku dengan ruas bukan? :D


Melindungi perempuan, itu satu lagi tugas lelaki. Aku rasa macam nak menulis tentang lelaki yg perlu berfikiran jauh, atau senang cerita, BIJAK! Tapi mungkin lain kali, biar aku cari sumber dulu. Satu pesanan utk semua, ni dari interview (perbualan) aku dengan seorang perempuan.


Aku: Apa bezanya bila u dengan ur bf dan u dgn kawan2? Dua dua pun u happy, so?


Perempuan: Bila dgn kawan2, yes i'm happy. But with my bf, the feeling isn't the same. It's different. You're happy the way that you know he completes you...


Dapat apa yg aku maksudkan? Jadi, bahagiakan pasangan anda. Haha! Aku ni pandai bagi nasihat saja, kisah aku bukan macam 'Daisy' pun...



(pretty sure ramai readers yg dah came across with the actress...)




Tentu korang tertanya-tanya apasal aku upload gambar sampah sarap kat atas nih. Takpe, sebelum korang fahamkan diri korang, aku pun amek masa lama gila nak faham politik kampus aku sekarang. Al-maklumlah semua orang 'believe in change' dan semua penduduk kampus tau 'change' apa yg sedang hangat kat UTP di Tronoh nih.


Sebelum korang bertambah pening, ini ada maklumat penting utk penghadaman fikiran korang. UTP baru saja lepas General Constituency Election atau 'Pilihanraya MPP' utk senang difahami. Seperti biasa, budak-budak yg pro ke 'arah itu' dan budak-budak yg 'lost' tak tau pro arah mana-mana akan bertanding merebut jawatan tertinggi pelajar. Dah namanya berkempen, mestilah masing-masing nak tunjuk lagak manifestasi yg gempak-gempak kan? Banting, banner, poster memang tak payah ceritalah, sampai kat atas jalan raya pun (kalau dibenarkan) diorg nak tampal poster dan banner! Semangat macam haram!


Tapi dalam banyak-banyak perubahan yang dijanjikan (aku dan member-member aku memang tak percaya pun!), takde seekor pun calon yang cuba memanifestasi pasal kebersihan kat UTP! Semua nak manisfestasi idea dan gimi-gimik yang "WOW!!!" tapi banyak benda-benda asas yg dilupakan. Kepentingan kebajikan pelajar, akademik, perancangan masa depan, kebersihan, ketelitian dalam penilaian keputusan pelajar antara isu-isu yg bagi aku WAJIB dijadikan menu utama dalam interface antara wakil pelajar, pelajar dan pihak pengurusan. Tapi hampeh, memang aku dah rasa 'perubahan' kali ini setakat macam gaduh kucing! Bunyi gedebang gedebung dari jauh, tapi hasilnya tak ada pun! ZERO! Macam anjing menyalak bukit!


Contoh KEGAGALAN pertama, calon-calon MPP ni gagal utk mengutip balik poster2 yg berselerakan di kawasan academic building! NAK KUTIP SAMPAH SENDIRI PUN TAK MAMPU??? Apatah lagi nak betulkan dogma dan pemikiran pelajar supaya maju 10-20 tahun kehadapan. Kecewa, aku memang kecewa. Sejujurnya, aku tak kisah pun kalau calon-calon ini nak buat banner sebesar gunung everest, atau banting sepanjang tembok china skalipun, BUATLAH!!! AKU TAK HERAN LANGSUNG!!! Tapi yg aku tak puas hati, sehari lepas election, bila aku lalu jalan nak gi ke kelas, poster-poster wakil pelajar (AHHH, bosan!!!), poster-poster 'manusia-manusia sampah' ni bertaburan di atas jalan dan aku kesian dekat mak cik cleaner yg tak pasal2 dapat pahala free tolong kutip sampah-sarap diorang.


WOI MANGKUK, LAIN KALI NAK BERTANDING, TOLONG AJAR ANAK BUAH KE, ANAK APA-APALAH, KUTIP BALIK SAMPAH SARAP KAU! Jangan fikir kau dah menang election, poster-poster kau tu menarik perhatian aku sangat. Seriously, aku pijak-pijak je poster-poster tu semua bila aku jalan. Sumpah! Kau tak puas hati, meh datang bilik aku v5c-5-1-2. Call dulu sebelum datang, boleh aku prepare ayat2 power nak bagi berdesing sket telinga tuh! Dan aku ada bukti pun memang aku pijak poster-poster tuh! Lantaklah poster sapa, pro apa pun, mana-mana yg ada tengah jalan, lagi sedap aku 'merasa' tapak kaki aku!



Aku bukan pelajar yang perfect! Tapi brader, sendiri pikirlah. Pukul 4.45 petang, kotak undian baru suku je penuh. Ko tak rasa macam ko ni hina ke hanya disokong oleh kroni-kroni kau? Ahhh, persetankan! Bosan aku melatah pasal manusia-manusia macam ni. Ada sesapa tak puas hati???



Pada aku, cinta bukan sains roket. Cinta bukan sesuatu yang rumit, yang memerlukan lelaki atau perempuan utk mencuba semua 'rasa' mempermainkan dan dipermainkan sebelum membuat keputusan. Ramai sungguh yg kata, even kawan2 aku pun menganggap hidup lelaki macam dalam akuarium. Dan perempuan adalah 'ikan' yg mesti dipancing seekor demi seekor utk dirasa. Bila sudah rasa tahu rasa manis dan pahit pada semua ikan, barulah kau nak buat pilihan. Ahhhh, persetankan lelaki! Perempuan pun sama!


"Saya bukan tak boleh terima awak. Tapi saya perlukan masa utk berfikir..." Sedangkan bukan aku tak tahu berapa ramai lelaki yg mengelilingi kamu, mengucapkan kata-kata sayang palsu! Yang kelakarnya, lelaki seperti ini kamu layan lebih istimewa dari yang betul-betul sayang pada kamu. Pantang kalau yg lelaki yg benar-benar ikhlas ini terbuat silap, pasti akan 'dihukum' seteruk-teruknya agar merasa sakit, kononnya itulah pengorbanan sebelum cinta diterima. Dan pada masa yg sama, kata-kata mesra lelaki durjana, kau layan penuh mesra.


Hahaha! Malam ini pedih. Tapi aku belajar sesuatu. Aku sudah buat sesuatu yg tak pernah aku lakukan kerana kamu. Kerana aku sangka kamu istimewa. Kamu berbeza dari yg lain. Tapi malam ini kamu buktikan kamu cukup sabar menyeksa sampai ke limit batasan aku. Aku tidak putus asa, tapi aku tahu perjuangan aku sebenarnya tak ada makna pada kamu. Kamu anggap ini permainan. Macam kisah lama kamu juga. Walhal kadang2 kamu lupa, lelaki ini yg membuat kamu ketawa di saat kamu sedih dan di saat lelaki2 durjana itu sedang dengan perempuan lain. Tapi akhirnya, kamu lukakan juga.


Tolong jangan komen entri ini. Fikiran aku sedang tidak betul. Dan aku sedang berfikir tentang sesuatu. Kamu perempuan yg memerlukan cinta, tapi bila cinta itu datang dekat pada kamu, kamu buang macam kain buruk. Kamu campak dengan kata2 manis agar hati lelaki tidak terluka. Kamu susun bahasa biar derita itu nampak 'manis'. Tak apalah, sekali lagi lelaki itu curang! Hahaha, terima kasih perempuan. Dunia egoistik lelaki memang akan jadi mangsa perempuan di planet mana2 pun.


Curang? Ahhh, indah perkataan ini. Indah lagi bila melakukannya! Satu soalan aku pada kamu, kemana kamu rasa kamu akan menapak dengan kecurangan kamu ini? Hukum dunia wahai perempuan, curang dibalas curang. Jadi jangan letak status YM, GTalk, FB, FS atau Tweeter kamu dengan doa2 pada Tuhan utk diberikan cinta sejati kalau kecurangan itu macam permainan kamu! Selalu aku dengar lelaki punya air mata buaya. Bagaimana dengan perempuan yg membuang cinta hanya utk keseronokan sementara? Benar aku jauh, dan aku cuba mendekatkan diri pada kamu setiap hari. Setiap hari. Kamu tak mampu nafikan ini, tak usah cuba.


Cukuplah rasanya sampai di sini. Tragedi oktober berulang. Beribuan kali aku memaafkan kamu dalam diam. Beribuan kali aku menyejukkan hati yg panas kerana sayang. Tak terucap lagi kata sayang kerana kamu tak pernah memandang. Walau apapun, terima kasih utk permainan itu. Tapi layak ke aku utk berterima kasih? Penat sudah aku cuba membuktikan. Tapi alasan2 kamu semuanya aku cuba fahami walaupun aku tahu andai tersadung, kamu selalunya terperangkap dengan kata2 kamu sendiri. Tapi lelaki berair mata buaya setia memaafkan, owh maaf, lelaki berair mata buaya tak kenal cinta. Ya, mungkin sebab tak kenal cintalah yg membuatkan hingga malam ini tangan aku masih terketar2 bila menulis entri gila ini!


Perempuan, aku tidak meminta banyak. Mahal sungguhkan satu peluang? Owh maaf, sekali lagi terlupa, lelaki berair mata buaya mana layak diberi peluang. Tempatnya di bakul sampah saja. Bila hidup kamu ditimpa hujan, kamu akan datang balik ke tong sampah itu supaya kamu ada teman. Satu pilihan, dicampak bila saja kemahuan dan nafsu kamu dipenuhi. Pandai pula kamu mencari jalan ke sini bila kamu rasa 'lelaki2 jujur' di luar sana mula bosan pada kamu.


Sekali lagi cukuplah. Kerana aku tahu lelaki berair mata buaya atau mana2 lelaki pun ada batasan kewarasannya. Kamu pijak lumat kewarasan itu, hancurkan apa saja yg mungkin membuat aku sayang pada kamu utk tumbuh subur kembali. Tapi kali ini tidak, permainan kamu sampai di sini. Kamu yang memulakan, dan aku berhak utk menamatkannya sekarang. Kerana sudah 2 kali kamu mematikan kamu dalam hati kamu, biar aku tamatkan selamanya dalam hati AKU malam ini. Maaflah, takkan ada terima aku kembali atau drama2 melankolik lagi, terima kasih? Cukuplah apa yg sudah aku perbodohkan diri sendiri.


Kamu jalanlan sendiri. Kita lihat nanti, siapa yg bertatih bertongkat dan siapa yg takkan menoleh lagi ke belakang! Tidak lama pun, dan aku tahu kamu pun bukan jauh sangat!






Anang, kau bertuah kerana kau dianugerahkan pandai buat lagu.


Bolehlah kau buat lagu sedap macam Separuh Jiwaku Pergi bila cinta kau pergi.


Tapi aku? Main gitar pun tak pandai.


Tak apalah, lukisan kau masih ada. Masih ada.


How i wish aku pandai main gitar. Biarlah lagu aku tak sedap, tapi telinga aku aman mendengar lagu sendiri.


p/s: gua dibenarkan jiwang dalam post kali ni.


daun hijau

daun hijau

ilustrasi pensil & cinta

Projek ini sudah lama aku rancang, tapi hingga saat ini baru diberikan sedikit kekuatan, ruang dan masa untuk benar-benar merealisasikannya.

Baru saja bermula, InsyaAllah sedikit demi sedikit projek ini akan aku usahakan dan sampai waktunya nanti, akan aku dedahkan secara umum matlamat dan hasil sebenar projek ini pada sahabat, kawan dan rakan-rakan bloggers.

Ianya projek yang ringkas, tapi amat sangat bermakna untuk kersani. Harap kalian sabar menunggu.

kira ulat

kroni ulat hijau

ulat hijau

tiga

tiga

rendam

rendam

sembang ulat


ShoutMix chat widget

pustaka ulat

FEEDJIT Live Traffic Feed