Aku jumpa link trailer filem "Merantau" ni kat mana tah.

Filem indon, dah tayang kat sana. Tapi kat Malaysia, blum masuk lagi.

Lagi kaw dari Ong Bak!!! Sebab??

Filem ni kisah pasal silat... silat kan lagi 'dekat' ngan sejarah budaya kita???

Check it OUT!!!!

:D

oooopsss lupa, nti gua story pasal review filem Star Trek. Nantikan~

(best picture sepanjang hidup gua! uyeaayy!! lama dah nk buat gmbr camni... hahaha!)


(credit to sur sebab sanggup edit bg nmpk cam... err... cam serabut! hehe! :P)

Dah dekat sminggu dah Trip IGC ni lepas, aku baru terhincut-hincut post blog pasal trip nih. Adeyh. Maaflah, byk sgt benda yg datang tetiba, So idea nak tulis detail2 dah hilang.

Maka utk post percutian IT IS Jan’06 ke Melaka kali ni, aku rasa aku upload gambar jela ek? Kalau korg nk detail mana kitorg pegi, apa kitorg buat, cari je kat link2 blog yg ada kat kanan blog aku nih yg ada tajuk IGC, korg akan dapat crita tentang IGC ni dgn amatlah detail skali.

Okeyh, takmo mengarut panjang2, trip kitorg hari tu start pada 9 may n habis 10 may. Tapi sebab hari jumaat 8 may tu cuti ganti, so, malam tu kitorg enjoy dulu lepak2 OU sebelum ramai2 bertolak pagi esoknya.


(best gilerr game nih! sumpah ada pluang, gua nk try lagi... x mahal pown!)

Pagi 9 may, kitorg bertolak ramai2 ke Melaka. Ada la dalam 9 buah keta camtu, membawa lebih kurg 30 orang.

Destinasi pertama: A Famosa Waterworld!


(sampai, amek gambar lu...)


(uuyeahhh!! brenang hingga lupa tanggungjawab intern... haha!)


(pose seksi sket ahhhh...)


(gua cuba menakutkan pengunjung2 lain agar 'sea' lebih luas utk kami... :P)


(bido cam xde efek dgn serangan menghentak blikat gua... heran! heran!)


(last pic sebelum blah...)

Destinasi Kedua: Hotel Tanjung Putri Bidara!

Malam punya aktiviti, kitorg buat BBQ tepi pantai putri! Memang syok ahh!


(Round 1: gua tolong hidupkan api, pastu susun ayam mana2 patut...)


(Round 2: gua lepak2 tggu chef2 anak murid dtg prektis...)


(Round 3: Gua lepak2 main jenga sambil tggu ayam masak... hahahaa! :P)

Dah setel bbq, balik tidow!

Destinasi Ketiga: Mahkota Parade!


(it's me!!)


(satu-satunya shopping complex yg ada tugu skali ngan air pancut@... hihi)


Destinasi Keempat: Masjid Selat!


(dah setel smayang, ada sesi menari kat pekarangan masjid.. ish ish ish!)

Destinasi Kelima: Menara Taming Sari!


(hmm, cuba kaver muka excited! best dowh tgk dunia dari atas... nti gua nk buat rumah gua tggi2 camni... wakaka~)


(view melaka dari perspektif tapak sandal gua! heheh~ :P)


Lepas tu, semua pakat ramai2 konvoi balik KL. It was a hell out of an experience! Tak tau lepas ni bila pulak akan ada kesempatan utk buat aktiviti mcm ni lagi. Anyway, thanx dari Penglipur Lara secara personal utk Ojan, as orang yg b’tanggungjawab memecahkan kebuntuan minda dgn member idea nk gi Melaka, serta pada semua kanak2 IT IS yg sangat sempoi, best dan paling penting….

Korang tetap member baik aku selama lamanya!!! Yeeeeeeeehaaaaaaaaaaa!!!

Actually post ni aku buat after aku tonton sebuah drama Melayu di saluran Astro Oasis. Mula2 drama Melayu ni, korg paham la kan? Mesti plot dia slow tahap siput terkena penyakit sindrom down. Lama2 plot tu makin berkembang dan aku rasa drama ni layan pulak.

Dan bagi aku, pelakon2 kot yg membuatkan drama tu jadi ‘lively’ dgn karakter dan jalan crita yg simple tapi menarik. Dari drama air mata, drama tu aku bagi 4 per 5 bintang sebab berjaya membuat aku menulis post ni.

Post pasal apa?

Pasal pelakon2 Melayu yg AKAN aku amek kalaulah aku diberikan duit RM10 juta oleh David Teo utk buat sbuah filem. Heheh! :P

Kalau ye. Kalau…

Nilah dia pelakon2 yg aku ‘A’ listkan dan bakal berlakon dalam ‘filem’ aku;

(Dato' Rahim Razali: watak apa? You name it! Bendahara? Datuk? Playboy? Seorang ayah? Businessman? Orang gila? Semua dia lakonkan dgn begitu detail. Gua saspek kaw2 sama dia.. penah tgk filem sepi? ingat time dia nk betulkan jam tangan dia? :P)


(Ahmad Tamimi: antara pelakon2 veteran yg gua salute sampai hari ni. watak datuk playboy paling sesuai dgn dia. Tapi dia boleh gak bawak watak lain2 yg mencabar, dan jarang2 orang lain bleh carry sebagus dia...)


(Shaheizy Sam: Nice!! mamat ni memang power watak2 gangster, anak lupa diri, pukul2 orang serta utk dialog2 c***i! untuk filem gua, gua nk bagi dia watak pembunuh upahan yg menyamar sbg tokey kedai bunga. haa? amacam?)


(Eizlan Yusof: Gua paling suka acting dia dalam Impak maksima. Jujur, gua boleh nmpk sifat protektif seorg abang yg sayangkan adiknya. Tapi mamat ni jugk boleh bwk watak kelakar. tak caya? tgk drama2 dia kat tv. Quite okey..)


(Fauziah Nawi: Lu bagi lah watak apa pun kat dia, for sure dia boleh carry dgn jayanya! watak ibu kena dera, datin berlagak, ibu yg anak lupa diri, semua dia on jer. Kadang2, gua pelik knapa aktres mcm dia kurg dpt penghargaan... hmm?)


(Que Haidar: Dulu gua x prasan sgt mamat ni. Tapi lepas filem Castello ngan Syaitan, gua rasa dia antara aktor2 baru Mesia yg bakal menyerlah sket masa lagi...)


(Rita Rudaini: Memang byk kontroversi! Tapi gua suka acting dia bila dia bwk watak gadis kampung. Ada "kelembutan" la bagi gua. Cuba lu bagi Nabila Huda watak tu? rasa cam nk lempang je kan? :)

Dan ni pulak pelakon2 ‘F’ list yg AKAN aku amek sebagai tukang cuci, tukang buat air atau hanya sekadar tukang susun prop dalam filem aku! Hahaha! :P


(Jalaluddin Hassan: Bawak lah watak apa pun, mamat ni mesti nk tunjuk eksyen dia dgn lagak orang kaya, sombong dan konon gentleman. Zaman 60an dulu bole la... skrg? Blah la lu!)


(Azizah Mahzan: Mak cik ni jika diberi watak datin tentu melompat-lompat arnab, sebab dia memang sesuai bwk watak datin. Datin yg gila talak lepas kena tinggal ngan suami! hahaha!)


(Fasha Sandha: Pelakon bersuara Chipmunk kena pijak lori. Muka? 3/5. Bakat? Boleh masuk tong sampah DBKL!)


(Zed Zaidi: dia ni kadang2 okey, kadang2 KO trus watak dia. lu ingat crita sembilu? gua bagi -10 utk acting dia dlm crita tuh. hampeh!)


(Salina Saibi: watak bajet. Yusof haslam amek dia ni berlakon utk watak kambing je sesuai. Takde bakat langsung. Kambing lagi okey kot...)

(Abby Abadi: gua paling menyampah tgk acting dia dlm Gerak Khas dgn Hikayat Putra Syazlan. "Inspektor Kayu" dgn watak mak cik rambut maggi yg tolol. panas hati je gua...)


Maaf la kot2 ada peminat diorg yg baca post aku. Tapi seriously ini adalah pandangan peribadi aku dan bagi aku semua pelakon yg aku listkan sebagai ‘F’ class ni adalah pelakon2 yg poyo, berlagak bagus, berlakon macam kayu, hafal skrip sibijik2, dan paling penting, diorg tak faham pembawakan karakter yg diorg spatutnya bawak. Tak caya? Korg tgk la drama2 murahan yg diorg berlakon, n judge sendiri dgn bakat, bukan dn populariti.

Anyway, diorg ni kadang lebih kontroversi je, produktiviti utk meningkatkan bakat lakonan? Takde!

So mcmana nk cepat popular? Buatlah kes kawin cerai n macam2. Barulah ada crita kat paper ye tak?

Tapi ‘A’ list pelakon yg kat atas adalah pelakon2 yg bg aku cukup kuat dari segi membawa karakter diorg. Dan diorg sgt memberi impact dalam sesuatu lakonan sehingga kadang2 dialog diorg pun kita boleh hafal.

“Isteri bukanlah hak milik kita. Isteri adalah satu anugerah…”

Ingat dialog ni?

Ahaxz! :D

(cool dowh figurine ni...aish! rege dia je yg buat gua geleng kepala...)


Hari tu kebetulan member aku ajak kluar pegi The Mines. Tengok2 jam dah pkul 2 lebih, hari ahad pulak tu.

Hurm…

Nak kluar ke tanak? Smalam dah seharian kat waterfall. Penat ngan lebam2 kena batu masa menyelam pun tak habeh lagi. Tapi ni member… Takpeah. Kluar lepak2 je pun.

Sampai sana, aku biar ah Pedot jadi tutor si Intan kejap. Buat programming VB pasal bos dia nk tgk esoknya, Senin. Aku order mcd, pastu aku biar je Pedot melayan Intan. Skali skala aku mencelah gak sebab aku rasa sepanjang sesi tutorial tak rasmi tu, Intan mcm blur2 sket pasal code dia. Heh!

Layan lah kao pedot.

Petang2 sket, kitorg pecah. Intan ngan adik dia balik umah. Aku ngan pedot dah start boring. Adeyh. Tadi cam smangat sket sebab ramai. Skrg nk pegi mana?

Pedot: Bosan dowh. Pusing2 jap ah jom?

Aku: ada option lain ke?... Jom!

(baru jalan sket je, dah jumpa stage deco nih! nice... masa tu lagi shari nk celebrate mother's day. apa nk beli utk mak gua ek?)


(hot mamas tgh catwalk... aku terkaget jap. wuyooo...)

Dan kat stage tu ada hot mamas tgh catwalk utk satu competition ni. Gua usha gak kot2 ada mama melayu, yilek! Narek! xde beb. hihi!

Tapi aku tak sangka rupanya best bila kita lepak dgn member baik kita waloupun jumlahnya 1+1. 2 orang! Boleh kata semua crita kluar. Dan aktiviti jalan2 bukan lagi satu isu sebab bila sembang, kita boleh freely bagi opinion, dan kadang2 kita tak tau pun kisah femly member baik kita.

Tapi bila 2 orang, crita luar dalam pun boleh story. Sebab kita ada trust. Dan kita tau member baik kita tu boleh simpan cerita kita. dari sesi yg agak hambar, sampai satu point, aku rasa macam best giler pulak hang out mcm ni.


(sapa tau kat mana kita bleh jumpa ceiling wall mcm ni? haa? :D)


(main baling2 bola basketball. cubaan menutup mata sebab budak tadika pun score lagi byk dr kitorg)

Tak banyak hati kena jaga. Tak banyak benda nak kena fikir. Nak cakap, kau cakap je.

Then, dah malam sket agak2 lapar, kitorg turun kat Station Kopitiam. Banyak btul crita kat sini. Dari hal study, sampai hal-hal “lain” pasal awek, pasal femly, pasal projek, pasal member2 lain…


(mula2, borak dulu...)


(makanan sampai, whoaaa, amek bau dulu...)


(belasahhhh!!!! :P)


Dalam pkul 8 camtu kitorg blah. tgh jalan dalam keta, sembang lagi. Pasal bola tak yah critalah. Tu topic utama. Abes2, 3 kali miss simpang nk masuk jalang kuching ngan jalan Ampang. Pusing Kl lah jawabnya mlm tu. Sampailah jumpa bulatan Pahang, baru amek jalan Kuching balik.

Great experience utk mengajar aku satu benda…
Kita rasa mcm kita tau byk benda pasal kawan baik kita. Tapi rupanya apa yg kita tau maybe tak sampai 10% pun dari crita sbenar.

Maybe gak kawan kita senyum, easy going, relax2 depan kita. Tapi dalam beb? Sapa tau? Sebab tulah nak cari point diorg nk crita bukan senang.

Kadang2 time tu dtg sendiri.

Aku ingatkan hati aku tentang satu benda.

Hanya orang yg mempunyai kawan baik yg tau apa makna kawan baik…

Chiow~

(cepat-cepat... nanti pintu ofis tutup!)

Hari ini, semua org nak benda cepat-cepat...
Kalau berjalan nak cepat-cepat...
Kalau tggu LRT, nk cepat-cepat sampai...
Kalau naik tren, mesti tolak-tolak supaya cepat dapat naik...

Cepat sangat nak kemana?

Ada orang matikah?
Ada orang bayar duitkah kalau gopoh gapah?
Kalau tak cepat, tak boleh hidup?

Mungkin sabar dah hilang...

Sebab tu ada suami cekik isteri...
Ada isteri tikam suami...
Ada anak terajang ibu...

Puncak ilmu itu sabar bukan?

(mungkin sabar dapat mengubat hati... mungkin.)

Filem X-Men Origins: Wolverine ni aku layan kat wayang dalam 2 hari lepas. Masih panas dan aku rasa aku xnk ceritakan pasal sinosis dia. Sebab? Aku yakin kalau korg nk baca sinopsis korg boleh jumpa sinopsis nya even kat paper skalipun. Detail pulak tuh!


So, apa yg aku nk ceritakan ialah sejarah filem ni di mana ia telah diadaptasi dai salah sebuah siri paling berjaya dalam sejarah komik X-Men iaitu X-Men Origin: Wolverine! Nama filem ini sbijik sama mcm komiknya dan pada follower2 X-Men, komik X-Men siri Origins ni ialah antara siri must-have collection bagi membuktikan korg ni "true" X-Men maniac!! Owh yeahh!!


Dan sbg info tambahan, org yg mencipta X-Men ni ialah Saudara Kulop bin Leman!! Xdeah, pengasas X-Men mestilah Stan Lee!


(cover asal komik dier, gambar pekebun!! hahaha! :P)


Okeyh, antara2 line up actors filem ni:

Hugh Jackman sbg Logan @ Wolverine

(okeyh, gua dah setel semua tikus2 lam dapur cik kiah nih! dapur sapa pulak??)


Liev Schreiber sbg Victor Creed @ Sabretooth

(meh sapa2 nk lawan kokak betis? hehe! :P)


Daniel Henney sbg David North @ Agent Zero

(zero! kosong! agaknya bapak gua x reti tulis rumi kot masa isi surat beranak gua...)


Taylor Kitsch sbg Remy LeBeau @ Gambit

(hobi gua, membakar kad poker! sebab tu nama gua gambus! eh, silap! gambit!)


Will i Am sbg John Wraith

(pak cik boom boom pow jadi Wraith, mamt yg bleh jadi beskut chipsmore! kejap ada, kejap xde!)


Ryan Reynolds sbg Wade Wilson @ Deadpool

(deadpool semasa masih lagi bentuk manusia sebelum jadi bentuk syaithon mulut kena jahit!!)


Dan watak2 lain yg buat filem ini bakal jadi pisang goreng panas cik limah ialah:

Lyn Collin abg Silver Fox
Alice parkinson sbg Elizabeth Howlett
Dominic Monaghan sbg Barnell Bohusk @ Beak
Danny Huston sbg William Stryker
Kevin Durand sbg fredericj J. Dukes @ The Blob
Scott Adkins sbg Weapon X1

dan ramai lagi...


Macamana bagus pun sesebuah filem, aku lebih suka mnilai ia berdasarkan 3 kriteria yg aku create sendiri, yakni:


Pertama, "Plot atau Jalan Cerita"

Plot filem X-Men Origins: Wolverine secara keseluruhannya tak lari jauh dari jalan cerita komiknya. Cuma pengolahan gavin Hood bagi aku berjaya mencipta mood yg lebih segar dan pada masa turut mengekalkan selera fan2 setia komik keluaran Marvel ini. Tetapi jika ingin dipandang dari sudut kreativiti utk cuba lari dari kebiasaan, filem ini bg aku biasa2 saja. Maybe sbb pengarahnya nk bermain playsafe dan nk taruk sebanyak mungkin action so that jalan ceria filem ini byk mengikut plot asal komiknya. Apapun, 3.0 per 5 utk plot.



(sapa nk potong rambut?? yeehaaa!!! :P)


Kedua, "Character Development atau Perkembangan Watak"

Disebabkan filem ni didedikasikan pasal kisah silam Wolverine je, maka perkembangan watak2 lain agak slow dan kadang tak nmpk sgt relevannya. Contoh, watak Blob dan Wraith yg bg aku terlalu minima efeknya pada keseluruhan crite. Tapi watak2 sperti Sabretooth, Deadpool, Stryker dan Gambit berjaya mencuri perhatian dgn ability diorg yg gempax giler babash. Memang buat jaw korg jatuh ke lantai ahhh!! So, 3.5 per 5 utk X-Men bg point ni.


Ketiga, "Action atau Aksi"

Bab ni, aku memang salute n tabik spring kat Gavin Hood! Scene Wolverine gi cekau tank tu memang kaw2 masyuk n memang maggi slurppplah!! Lagi satu, time hero serigala kita ni tgh lawan ngan Deadpool kat satu menara yg bulat n tinggi. Realistik giler smpai kita mcm boleh rasa menara tu tinggi dan otak kita akan sentiasa berfikir, camana si Wolverine ni nk kalahkan musuh dia yg lagi kuat, lagi bijak n mempunyai ability X-men2 yg lain! So, utk point action, gua bagi 4.5 per 5 utk X-Men!!


Overall, secara jujurnya aku rasa korg kena tgk filem ni walaupon maybe korg bukan peminat X-Men hatta korg tak pernah dgr n tak tau pun X-Men tu menatang apa. Aku jamin lepas layan crite ni, korg akan tertanya-tanya, "Apa jadi kat Wolverine lepas tu? Takkan dia blah bodo camtu je??" Jawapannya, korg find out sendiri! :P


Hahaha! Takdelah. Lepas tu, Wolverine dan Prof Charles Xavier telah menubuhkan sebuah skul mutant utk geng2 mutant yg terlepas dari pulau tu. Dan Wolverine ni dia jadi macam senior lecturer kat skul tu. Sapa Prof Charles Xavier?? Adeyh! Korg ingat x scene last2 yg ada sorg mamat kepala botak datang utk save budak2 mutant tu? Haa, itulah Charles Xavier!


Menarik? Yes!!! Maknanya korg semakin hampir utk menjadi salah sorg kipas-susah-mati 
X-Men. Apa tggu lagi? Cepat berambus ke cinema yg terdekat dan selomgkar sendiri sejarah hidup Wolverine! Skreeetttttt!! (bunyi kuku Wolverine seret badan heli...)


(walaupun nama gua dekat2 ngan wolf, gua keturunan kucing parsi rupanya!)


Chiow~

Owh lupa, nk baca sinopsis filem ini dulu? Klik sini.

daun hijau

daun hijau

ilustrasi pensil & cinta

Projek ini sudah lama aku rancang, tapi hingga saat ini baru diberikan sedikit kekuatan, ruang dan masa untuk benar-benar merealisasikannya.

Baru saja bermula, InsyaAllah sedikit demi sedikit projek ini akan aku usahakan dan sampai waktunya nanti, akan aku dedahkan secara umum matlamat dan hasil sebenar projek ini pada sahabat, kawan dan rakan-rakan bloggers.

Ianya projek yang ringkas, tapi amat sangat bermakna untuk kersani. Harap kalian sabar menunggu.

kira ulat

kroni ulat hijau

ulat hijau

tiga

tiga

rendam

rendam

sembang ulat


ShoutMix chat widget

pustaka ulat

FEEDJIT Live Traffic Feed