In this tag you have to talk everything about anyone that you like :

miss jijie a.k.a peggton ville

1. apakah hubungan anda dengan dia?
member blog. Dah lupa aku knal dia dulu, atau dia knal aku dulu.

2. 5 impression terhadap dia?
[kelakar][mata yg cantik][waiting…][suka icon2][bijak]

3. perkara yang paling memorable dia lakukan kepada awak?
mengucapkan terima kasih krana saya telah tag dia!

4. perkara yang paling memorable dia katakan pada awak?
ada kat facebook aku! Baru knal lar..

5. kalau dia kekasih awak?
takkan kot. She’s waiting for someone. and she’s older than me.

6. kalau dia jadi musuh awak?
takkan kot. Jumpa pun blom! Apahal nk jadi musuh?

7. kalau dia kekasih awak, awak akan??
jawapan rujuk no 5. Tapi KALAU, aku mesej dia hari2, sbb dia slalu tggu sms. Hehe!


8. kalau dia jadi musuh awak mungkin kerana
blog dia lagi nice dari blog aku! Hahaha!

9. overall impression tentang dia?
so far, the one n only. Guy who wish to tackle dier, better be honest!

10. the most desirable thing to do to her/him
buy her a birthday present I guess?

11. apakah awak rasa pandangan orang terhadap awak?
serius. Cakap lepas. Tak reti buat lawak. Good event manager.

12.apakah sebenarnya perangai anda?
serius. Cakap lepas, Tak reti buat lawak. Good event manager.

13. perangai anda yang anda benci?
senang fikir bukan2.

Even pada orang atau benda yg tak spatutnya.

14. orang yang anda ingin bersama
yg mengetahui, memahami dan sedia berkongsi seni yg wujud dalam diri aku.

15. katakan sesuatu untuk orang-orang yang suka anda
kalau lelaki – sapa nama kau? Ada facebook? Ym?

kalau perempuan – cantik? Hai there! U got YM?

Kurang cantik? Hai there.

Lagi kurg cantik? Thanx for the add! :P


16. tag 4 orang
[jijie][bobo][rahmah][nymQ (kalau free… :P)]

17. no 2 ada hubungan dengan siapa?
“Tuhan, kirimkanlah aku kekasih yg baik hati…”

Faham?

18. no 3 lelaki atau perempuan?
perempuan yg mempunyai smangat berkobar-kobar

19. no 1 single kah?
rasanya. Nk tau lanjut? Baca balik tag ini dari atas.

20. no 4 belajar apa?
dah grad. Skrg tggu nk jadi exec kat petronas, insyaAllah.

Habeh!

20 Jun 2009 (Sabtu)
9.37 pm waktu tempatan, GMT +8.00

Kau rasa dalam ramai2 geng kita, yg pompuan, ko rasa sapa paling sempoi?”
Sorg member aku memuntahkan persoalan setelah dekat 30 minit memandu. On the way balik dari Pavilion, BB.

“Sempoi? Aku rasa si A dgn si B la kot. Senang, tak banyak songeh.” Aku jawab slumber, sangkaan aku persoalan itu sekadar menceriakan suasana blues yg melanda. Maklumlah malam, desir angin pun sedap klau nk layan.

“Hmm, kalau aku skrg ni, aku rasa si C lah paling sempoi. Ajak skali je, trus on. Tak banyak crita. Kalau ikutkan aku, dah rasa sket putus asa gak bila ramai tak support benda kita buat td. Tapi sebab ko dgn dia trus on, aku smangat balik.”

Aku memandang member aku tu. Hmm, maybe aku faham perasaan sorg member yg plan something, tapi member2 gak yg jadi spoiler utk idea tu. Well, klau betul2 tak dapat, nk buat camana ye tak? Tapi aku rasa 2 weeks member aku tu dok sound2, cari-cari org, ajak sana, ajak sini, call organizer, alih2 tak sampai 10 org yg turun memeriahkan acara. Mungkin perasaan ‘down’ tu ada, tapi disembunyikan sebab tak nak member2 yg dtg prasan sgt. Gua pernah rasa, so gua tau.

Tarik nafas panjang. Hembus. Macam persoalan kes influenza babi pulak yg kitorg dok pikir time tu. Menekan jiwa sungguh. Pemandangan indah sekitar KL pun tak menarik perhatian kiotrg bila bercerita bab2 member2 nih!

“Aku rasa bersalah dowh dgn dia.”

“Sapa? C?”

“Aah.”
“Kenapa?” Bukan aku nak mengorek. Tapi bila dah namanya member, masing2 klau tak faham hundred percent pun, tempias2 hati dan perasaan ni boleh bau. Kalau cakap pandang depan tak pandang mata, pastu suara bunyi cam serius, aku fahamlah isu ni serius. Kata member, ye tak?

“Dulu aku slalu kutuk dia. Pasal dressing dia lah. Tapi skrg ni aku rasa bersalah beb. Padahal dia paling sempoi. Tak banyak mulut. Senang. Serius aku rasa bersalah dok kutuk2 dia dulu…” Ayat member aku tu mati kat situ. Mungkin tak mau menyambung sebab nk control macho. Apa barang lelaki luah semua? Preserve lah sket. Ego misti mau simpan.

“Hmm.” Aku mendengus kecil.

“Well, sapa yg tak kutuk dia dulu. Aku pun tumpang sekaki. Si D, Si E, Si F, Si G, even Si H pun kutuk gak. Bukan ko sorg beb. Lek ah.” Aku cuba menjustify sesuatu yg salah. Dah confirm dah memang salah kitorg, tapi aku nk tengok sket lagi reaksi member aku ni camana. Berat sbenarnya nk pikir bila kita tikam member dari blakang, tapi depan2 kita, dia boleh senyum wat2 rilek dgn kita. Baik hati tak brubah. Tak ke rasa mcm ko ni lan**u? Tak layak jadik member!

“Yelah. Tapi aku tak rasa dia pernah kacau kita kan? Kita je lelebih kutuk dia, walhal dia takde sekelumit pun rasa nk cantas kita.”

Okeyh, cukup! Ni memang kena admit ah. Takleh nk selindung2.

“Yeah. Seyes, aku rasa memang kita silap selama ni. Aku dulu pun klau kutuk dia tak hengat. Tapi nk mintak maaf direct macam loser je beb. Takpela, lepas ni kita layan dia elok2 lah kan? To be fair, memang klau nk tebus ayat2 yg pernah kluar, memang tak tertebus lah. Tapi no matter what, Si C ni aku brani kata memang mengajar aku, Do Not Judge A Book By Its Cover. Orang yg kita kutuk, yg kita gelakkan rupanya dia yg paling sempoi, paling baik bila kita dah kenal.”

“Agaklah…” Aku rasa member aku tu stuju. Aku takde psikik nk define atau baca hati orang lain macam Matt Hoffman dalam Heroes tu, tapi rasanya masing2 faham. Klau tak banyak pun, sedikit2 rasa hormat pada T mungkin dah ada. Bukan mungkin dah, memang ada!

Dan dalam 5 minit lepas tu. Kitorg sampai. Member aku blah dan aku gerak balik rumah.


***************************************


21 Jun 2009 (Ahad)
10.41 am waktu tempatan, GMT +8.00

Pagi yg segar utk merencana sebuah tulisan. Aku tak tau bila rencana ini akan habis bila aku menulis.

Tetiba macam rasa nak bukak blog Si C. Sepantas tu jugak, tab Chrome dibukak. Cool, blog dia memang aku bukak bila2 pun, mesti dipenuhi dgn tag2 dan post2 yg kelakar amat. Layout dia bagi aku sedikit ‘prasan’ comel, tapi itu hak dia ye tak? Sapalah aku nk judge. Tapi klau dh nama manusia…

Baca. Baca. Tujuh ploh lima percent khusyuk. Diam. Tarik nafas kejap.

Monolog: Blog dia sempoi, dia pun sempoi. Takde nk kutuk2 orang mcm aku. Apalah salah dia ni sampai aku jadi kejam firaun melemparkan kata nista pada dia dulu? Eh, takdeah sampai nista, cuma kutukan2 lah. Hmm, salah apa aku buat. Confirmed!

Close tab.

Monolog dan lantunan kecil kata2: Sorry C. Kalau kau baca post ni, dan kalau kau rasa kau adalah C, betullah tu!

Aku mintak maaf open dekat kau okeyh? Kat blog pun kira open jugak la kan? Kalau kau nk terasa hati lepas tau aku dgn member2 kita yg lain penah kutuk kau, aku tak dapat nk halang. Aku bukan manusia perfect, tapi skrg aku tau kau yg sbenarnya mcmana. Aku rasa bersalah. Post ni bukan bertujuan nk tunjuk gentleman ke apa, sebab aku tau aku kutuk member aku sendiri pun, itu dah cukup tak gentleman.

Malas cakap banyak2. Jiwang cam syial je.

Aku mintak maaf. Kalau boleh, maafkanlah aku. Dan utk member2 lain yg baca post ni dan korg rasa korg pernah join mengutuk si C ni, terpulanglah korg nak mintak maaf pkai cara apa. Aku tau korg faham sapa yg aku maksudkan. Tapi percayalah cakap aku, dia ni memang boleh buat member. Serik beb gua.

membertakmakanmember~

Chiow!



Sebetulnya dalam 2 minggu ni aku telah menghabeskan hampir RM30 utk membayar 3 keping tiket cinema bagi menonton 3 buah filem yg berbeza. Tapi dari 3 filem itu, 2 buah filem membuatkan aku langsung xde mood nak buat review manakala 1 filem lagi, reviewnya masih dalam pembikinan. (atau mungkin langsung takde! hehe!)

2 buah filem yg menghilangkan nafsu syahwat aku nk buat review tu adalah "Blood: The Last Vampire" dan juga "State of Play". Tahniah diucapkan pada kedua-dua filem ini kerana berjaya menganyam mimpi indah utk aku di awal2 tayangan sebab sangat sangat sangat sangat sangat sangat boring, slow, dull dan mangkuk ayun! Labi-labi cacat mengengsot pun lagi laju dari plot filem nih! Sumpah! Kalau korg ada duit lebih dan tak tau nak bagi sapa, baik korg campak dalam tong sampah duit tu drpd menonton filem ni, kerana teramatlah bosan kepala lembu, twist tah pape serta kadang2 artistik yg mengarut-ngarut!

Namun, utk isu kali ni aku tampilkan 12 buah filem terhebat yg pernah aku tonton, dari dulu hgga skrg tak kiralah dari cinema, cilok dari member2 atau aku kepow dari torrent! Hehe!

Pasti korg kenal satu2 filem ni kan? Dan maybe salah satu dari filem2 kesukaan ramai aku ni, adalah filem paling best yg pernah korg tonton. SO, tggu apa daa... Let's check it out!!!



Juara antara Juara : TITANIC! Sebuah filem cinta romantik yg masih belum mampu digugat oleh mana2 filem yg pernah wujud di planet bumi, zuhrah dan marikh hatta milky way skalipun!

1st runner up: Armageddon! Mendengar lagu 'I Dont Want To Miss A Thing' di jamban nyanyian sumbang rakan2 pun membuat aku rasa nk tgk balik filem ni.

2nd runner up: Gladiator! Kisah tragis seorg general ulung Rome. Padat dgn pengkhianatan, penyeksaan dan bagaimana dendam seharusnya dibalas oleh seorg lelaki!

Seterusnya, The Shawshank Redemption! Pioneer pada siri Prison Break yg terkenal, filem ini membuktikan tiada penjara di planet bumi yg tidak dapat dipecahkan!

Next, The Terminator 2: Judgement Day! Sapa tak suka filem ni tak layak diselamatkan John Connor! Hahaha!

Seterusnya, Pearl Harbor! Antara filem yg mempunyai storyline yg cukup2 marvellous serta twist yg membuat gadis2 ringan menumpahkan air mata!

Lagi, The Girl Next Door! Yes! Tak pernah tgk? Wajib tengok! Bukti seorg pornstar pun ada cinta sejati utk dia di dunia ni...

Seterusnya, Behind Enemy Lines! Punch crite ni dari minit pertama hingga saat2 terakhir! Sapa sini yakin boleh survive klau korg adalah tentera Malaysia dan tetiba terjatuh dlm sempadan negara Israel???:P

Dan finally, The Lord of The Rings! Trilogi terbaik sepanjang zaman! Especially the last sequel yg menamatkan sbuah quest yg unik, lain dari yg lain dan paling penting, tak terfikir dek akal waras! Kerana sebentuk cincin!

Mungkin korg tak puas hati dgn list aku kan? Well, aku yakin korg ada pilihan filem2 terhebat korg sendiri kan? Semua org ada. Dun worry, ini hanyalah pendapat aku saja. So, klau korg ada masa, tell me yours! :)

Dan owh, sebelum lupa, ini ada lagi filem2 yg membuat aku rasakan dunia ini cukup indah dan tak lengkap melantak jajan tanpa bersila melayan filem2 ini! Yeeehaaa!!

Just Like Heaven.The Last Samurai.CINTA.Accepted.The Rock.American Pie 1, 2, 3. Pirates Of The Caribbean 1, 2, 3.Maid ni Manhattan.Daisy.Too Beautiful To Lie.My Sassy Girl.Shrek 1, 2, 3.Monsters Inc.Transformers.Step Up 1,2.The Last Castle.The Green Mile.Sepi.Taiyou No Uta.Broken Arrow.

Serta banyak lagi..... Apa kata korg?

Chiow~





Langkah kaki ini semakin teguh

Seteguh rasa di hati

Hati junjungan panglima cinta

Secinta abadi ratu idaman


Gelanggang musim berombak

Ombak kasih anyaman rindu

Serindu jasad pada nyawa

Bernyawa demimu di setiap detikan waktu


Terbangan irama menghinggap getaran

Menggetar… menghidup… mengalunkan…

Alunan kepercayaan tiada penghujung

Hujungan sayang pelabuhan cinta


Larian waktu kian pantas

Sepantas degup hembus nafasku

Bernafas atas nama terunggul

Seunggul dia di mata, hati dan jiwa...


Larian Waktu

16 Julai 2006


Terdapat cinta di sini. Cinta yang tak pernah mati. Cuma satu keterbalikan rasa menyebabkan aku tersungkur dan rebah. Derita untuk satu waktu yang cukup lama. Ia menyingkap kembali realiti-realiti yang pernah sekali bertapak di lubuk hati paling dalam. Sebelum aku melangkah pergi,


Terima Kasih untuk derita itu…

Kenapa amek kaler macam tu? Nampak biasa la!”

Aku terkaget kejap. Itu komen sepupu aku, Mimi, masa aku tgh pilih-pilih seluar jeans Levi’s kat KB Mall 2 3 minggu lepas. Aku balik kampung kat Kelantan, jenguk bonda tercinta. Biasanya aku klau cari jeans, aku amek kaler yg biru dia light je, so bagi aku nampaklah mcm jeans tu authentic sket. Ye tak?

“Okeylah ni whut? Straight cut, biru, Nampak cam Levi’s yg dah lusuh. Baru true!” aku cuba meyakinkan dgn seulas senyuman Aznil Nawawi time mengacara Tom Tom Bak. Nampak sedikit umpama Forrest Gump tetapi tetap comel. Gaya manja kucing parsi.

Hehe! Biasalah stereotaip lelaki. Takkan aku nk pkai apparel kaler striking-striking kot. Baju-baju aku pun byk kaler tema taik cicak je, hitam putih. Lebih-lebih, kaler biru dgn merah adalah selai dua.


(aku lupa nk snap pic mimi. tapi iras2 si miyako nano ni muker dia...)

“Dah. Takyah amek yang tu. Try yg ni dgn yg ni.” Mimi membunuh ayat aku sambil menghulurkan aku 2 helai jeans lain, satu straight cut kaler biru gelap giler-giler, satu lagi skinny sket tapi design melebih-lebih aku tgk. Siap ada render2, dah macam jeans dari Siam la pulak! Aku nk levi’s yg simple je, baru la nmpk ‘asli’nya kan?

Tapi apakan daya, baru aku nk memberi komen lain, Mimi merenung tajam macam T-Rex memandang anak kucing yg tak cukup makan 3 hari, langsung takde can la klau anak kucing tu nak fight. Takde tenaga biskuat beb! Aku mengalah jelah. Jeans yg aku pilih first tadi, aku letak balik pelan-pelan. Dengan pandangan sayu, aku amek jeans yg dia bagi dan melangkah longlai ke fitting room, sambil Mimi terus belek-belek t-shirt utk dia pulak.

Dalam hati menyumpah-nyumpah manja, apasal la aku gi ajak dia teman aku shopping hari nih? Kalau takde pompuan, senang banyak kot! Aku yg pilih, aku yg try, aku yg bayar, aku yg pakai! Setel! Takde benda-benda complicated nk try 2 3 helai jeans skaligus. Dahlah bilik sempit. Hish!

Siap je sarung jeans yg skinny sket tuh, aku kluar. Design dia mak aih, serabut btul lah mata aku menengoknya. Seyes klau aku beli yg ni, alamatnya 2 3 kali jelah aku pakai. Pastu? Aku lipat elok-elok, letak lam almari. Nah! Rezeki utk sang tikus atau anai2. Dah lama nak makan jeans Levi’s ori kan? Silakannn!! Dulu korg makan Edwin aku, kali ni aku jamu korg. Hahaha! Memang style aku camtu dowh, klau beli benda aku tak minat, sumpah aku tak pkai. Baik jadi kain lapik meja makan mak aku. (eh, orait gak idea tuh! kain lapik meja pkai jeans Levis’? kagum! kagum! :P)

“Haa, kan nice tuh! Baru nampak moden sket. Catchy!” sambil hulurkan tangan utk padankan jeans aku tu dgn satu belt yg mana dia dpt tah. Levi’s jugak.

“Moden? Macam ni kau cakap moden? Macam budak skolah form 4 nk kluar outing je? Seyes wey. Ko jgn memain. Buruk nih.”

“Yeke? Tukar-tukar. Try yg satu lagi. Kali ni confirmed okey!” Sambil buat muka comel ala-ala Joo Yoo Rin dalam crite My Girl. Naseb baek ko comel btul. Kalau tak, memang aku santankan je muka kau buat gulai lemak.

“Err, kalau aku try yg aku amek mula-mula tadi okey tak? Hehee! Boleh ek Mimi? Boleh ek? Aku berkenan yang tu dowh…”

Changgg!!! Mata dia memancarkan sinar infra red mcm mata Cyclops dalam X-Men!! Terus tepat menuju ke retina aku. Dan aku? Kalah beb! Buta mata Betaaaaa!! Huarghhh! Terbakar! Terbakar!

“Kau jangan nak memandai! Fesyen-fesyen ni dunia aku tau tak? Kau apa tau? Dahlah pakai jeans macam ni. Pastu pkai selipar. Buruk tau tak? Kau kenal benda nama kasut tak? Rambut?? Ko nak aku komen skali??”

“Tak payah. Tak payah. Yelah. Kau la pandai. Adoyai. Mcmana la aku boleh terheret kau shopping dgn aku ni Mimi. Aaaarrghh..”

Tapi dalam keadaan mcm tu pun, aku ikutkan jugak cakap dia, sebelum tangan dia mengeluarkan jurus-jurus Muay Thai Chaiya. Seyes beb. Walaupun ayat-ayat dia kalau org dengar macam mengutuk dan menghina giler-giler, tapi sebab aku dah berkawan dgn dia dari tadika lagi, so aku tau hati dia baik. Lagipun dialog kitorg bila bersembang memang slalu macam tu. Dah terbiasa. Dan aku pun tau dia memang gurau-gurau je. Cuma brader-brader promoter tu jelling-jeling ingat kitorg gaduh btul-btul. Besides, dia memang follow style-style fashion skrg. Kalau aku debat lebih-lebih pun, bukan aku tau sgt benda alah tu semua. Dah konpem-konpem aku kalah!


(barbie doll, bukti pompuan memang giler fashion sejak azali!)

Dia tgk aku jalan slow-slow…

“Wey, kau nk aku ikut skali ke masuk fitting room tuh? Cepat! Banyak lagi nk shopping ni.”

“Aaaaaaaaaaaaaa….”

Yelah-yelah. Tapi kali ni aku rasa tindakan aku amek pandangan dia btul kot. Jeans yg straight cut kaler biru gelap giler2 ni memang kalau skali pandang cam striking. Tapi bila dah try, aku kluar la nk tunjuk kat dia.

Wheeee! Smart beb! Seyes, masyuk! Rupanya selama ni memang aku tak pernah try jeans kaler-kaler gelap, so tak tau la rupanya ada gak jeans kaler gelap-gelap yg lawa. Definisi lawa bagi aku senang je, simple dan tak serabut! Heh. Pompuan yg lawa pun mcm tu gak kot. Hehee…

“Wuish! Hot! Hot! Haa, yang ni lawa. Baik kau jangan komen lelebih. Dah. Amek yang ni je. Gi bayar cepat. Kalau nk amek belt, yg hujung belah kanan, kepala bulat tu aku rasa okey gak.”

“Aish, ko ingat selai ni murah ke beb? Mahal cam senapang! Takyah la belt tu. Len kali ah. Mana tau kau nk bagi present birthday aku ke? Hehe!”

“Hadiah? Ohhhooo, nak hadiah. Apasal tak cakap awal2. Jap lagi kita gi secret recipe. Kita amek one cake, aku blanje, ko bayar! Hahaha.”

Hmmpphh, dah agak dah. Dgn minah ni, birthday aku ke, birthday dia ke, aku la yg kena tiaw. Tapi takdehal la. Aku bukan balik Kelantan slalu pun, so bila ada masa hang out dgn dia, dia secara otomatik akan jadi fashion adviser time aku nak shopping. Kalau korg tgk aku pkai baju pelik-pelik kaler purple ke, design cam metroseksual (huih, payah btul nk eja seksual2 nih! :P), jacket pelik-pelik ke, haa, tu idea dia lah tu! Walaupun maybe dari 10 pertemuan, 9 kali aku yg blanje dia (sob! sob!) aku tetap rasa fun hang out dgn dia. Dia balas balik dgn memberi komen-komen pedas bila aku nk pilih baju ke, jeans ke, kasut ke. Macam-macam. So, win win la.

Kadang-kadang rasa cam loser gak bila soh pompuan pilih baju utk aku. Tapi seyes beb, dia memang pandai bab-bab fashion. Aku pulak boleh masuk kategori ‘buta huruf tahap tau alif ba ta’ je klau bab-bab fashion. Aku sendiri pun heran. Nak kata dia blajar fashion, dia amek course ID kat UITM Dungun. Takde kait-mengait dgn fashion pun. Mana tah dia dapat ilmu pasal fashion-fashion ni.

So berbalik pada crita. Last2 aku amek jeans yg Mimi pilih tu. Tak payah tukar saiz ke apa ke, memang nice-nice fit dgn pinggang aku. Kira macam macth and fit trus lah. Time aku nak bayar tuh, awek counter tu reflects kat aku. Manis orangnya, bertudung hitam, bert-shirt putih short sleeve, dan ada 2 pasang dimple yg tersusun indah kat pipi, kiri dan kanan (takkan sebelah je kot? apa la korg ni!)

“Bang, pandai GF abang pilih. Tadi saya borak-borak dgn dia, banyak gak dia tau pasal jeans-jeans ni.” Sambil senyum manje menerima segumpal not-not RM50 dari aku. Tangan dia melipat-lipat jeans tu utk dimasukkan dlm beg. Heppy la pasal dah dapat jual kan? Pandai la!

“Yeke? Hmm, maybe la kot. Kalau ikutkan abang memang nak…”

Tak sempat aku habeskan ayat, PLEPAPPP!!! Adoih!!! Mimi bagi penampar kat blakang aku.

“Woiii!! Sakitlah pembaris!!”

“Hahaha! Sempat lagi nk usha awek tuh. Dah dah. Amek resit, nti klau button tercabut ke, benang putus ke, kau datang sini mengamuk-mengamuk sket, boleh tukar. Hehe!”

Dan sambil kitorg berjalan (Berjalan ke? Mimi seret tangan aku adalah.)…

“And saya bukan awek dia. Sepupu je ye? Takdela saya nk berbalakkan tin beskut ni dik. Jakun ni. Tak pandai nk hias diri langsung. Naseb baek la saya teman. Mekaseh ye.”


(dusyum! tin beskut kah aku? tapi... apasal beskut?)

Siot! Jatuh saham aku depan awek Levi’s tu. Konfem dia kecewa lelaki se’hot’ aku kurang pandai hias diri kan? Hehe! Tapi aku rasa dia tau kitorg bergurau. Ke korg rasa dia memang anggap aku jakun? Tak reti pilih baju? Kena pompuan jugak tolong pilihkan? Pastu kena seret-seret kluar butik tu macam org asli? Alamak! Korang fikir macam tu ek? Halamak! Habes aaa aku macam ni.

Takdeah. Sebelum kluar, sempat la aku mendapat senyum manis dia. Iras-iras Intan Ladyana muka dia. Cuma lagi suci sebab pkai tudung dan takde gambar2 sosial dia kat blog-blog ‘haram’. Oooopsss! Hehe! Dan Mimi pulak memang tak bagi can la aku nk mengeratkan silaturrahim dgn dia. Kalau tak dah sah sah terjalin ikatan yg murni antara kami kan? :D

Tapi awek Levi’s tu bukan isu utama post aku kali ni Aku nak tanya korg satu benda je (walhal dah mengarut putar alam sampai kemana kan? :P).

Korang rasa loser ke klau lelaki mintak pendapat pompuan yg lebih arif, bijaksana, pintar, kasih pada binatang serta segala-gala sifat mahmudah bila memilih dan membeli pakaian? Tak macho ke lelaki tu klau pompuan yg bagi pendapat atau membuat pilihan? Dan apa pulak korg rasa atau buat klau pendapat diorg tu btul? Maknanya, memang korg puas hati dgn pendapat atau pilihan diorg?

I leave the question to the floor to discuss. (konfem rahmah YB pertama mebentangkan hujah! hehe.)

Tamatlah sidang DUN Wakaf Mempelam hari ni. Ahli-ahli perlimen, bincang pakai komen kat blog ye? Kutukan, hinaan, cacian, fitnah serta tohmahan pada aku di Gtalk, YM, FB atau Skype selepas membaca post ini tidak akan dilayan. Sekian.

Chiow~

(sekadar bukti gua nak kerek levi's gua... hehe! :P)


1. How old are you?
Umur manusia – 21 taun. Umur Vampire – 480 taun. Heheh!
2. Are you single?
Skrg ni tak kot. Wuyoo! Statement bakal mengundang tembakan2 dari geng2 gadis IT IS~! Hahaha!
3. At what age do you think you’ll get married?
28, 29… yang pasti dah ada sbijik Nissan Fairlady 350Z! (seperti di bawah...)



4. Do you think you will be marrying the person you are with now?

Harapan di mana-mana...

5. If not, who do you want to marry?

Jodoh pilihan mak sayer. Wuish!
6. Who will be your bridesmaid or your bestman?
Salah sorg dari member2 baik aku skrg, of course!
7. Do you want a garden/ beach or traditional wedding?
Beach and contemporary. Weddings abg2 aku semua konsep traditional, so aku nk buat lain sket. Ada ballroom utk dance floor ke okey gak kan? :P
8. Where do you plan to go for honeymoon?
Maldives atau pulau sipadan. Kalau tak, bilik umah mertua pun jadi! :P



9. How many guest do you think you’ll invite?
Sedara mara belah pengantin lelaki.
Sedara mara belah pengantin pompuan.
Member2. Kawan2. PM Malaysia, Presiden PBB, Rakan2 menteri.
Rakan2 artis. Wartawan.
Uish, mau 20 ribu org ni! Meriah! Meriah!
10. Will that include your exes?
EX ye. Bukan EXES! Yeah, mesti. Dia pernah jadi manusia paling istimewa pada aku.
11. How many layers of cake do you want?
Ikut pilihan bakal isteri aku. Hal kek2 ni dia je la settle.
12. When do you want to get married?
Bila rasa-rasa everytime jumpa, tangan dah takleh nak control, asyik nk merayap. Lepas tu aku kena belajar ilmu agama2 cukup, pegi kursus kawen, then KAWEN! Aku nk buat apa, aku punya suka! Hahaha!
13. Name the song/tune you would like to play at your wedding?
The Joy of Love by Kenny G!
Pastu time potong kek, This I Promise You by ‘Nsync.
Time nak naik keta, My Heart Will Go On by Celine Dion.
Time Dancing2, lagu Livin La Vida Loca by Ricky Martin!
Amacam, xde rasa nak boogey2? :P
14. Do you prefer fine dining or just normal spoon/fork/ knife?
Fine dining. Kalau boleh, hidangan yg sedap dan unik. Barulah tetamu rasa dihargai dan diorg ingat, “Oooh, wedding tula yg ada ketam masak merah yg sedap menjilat jari kaki tu kan?” Contoh…
15. Champagne of red wine?
Dua dua tak! Kalau ikut aku, sparkling juice green apple dgn air oren. Air oren tu utk makcik2 dan pakcik yg tak biasa minum sparkling! Yeeehaaa!!
16. Honeymoon right after the wedding or days after the wedding?
Dalam sminggu lepas wedding la best. Masa tu la nk tunjuk baik dekat pak dgn mak mertua. Jadi imam, rajin berkebun kat rumah depa, imam kat surau. Lepas tu dah honey moon, memang kaw2 la. Hahaha!
17. Money or household items?
Moneyyyyyyyyyy!!
18. How many kids would you like to have?
Aku? 5 kot. Tapi apa2 hal kena bincang la kan? :)
19. Will your record your honeymoon in DVD and CD?
Part jalan2 tu rakam je la. Kan?
20. I want to know their wedding plan:
Semua yg link blog dia ada kat blog aku. Senang!


daun hijau

daun hijau

ilustrasi pensil & cinta

Projek ini sudah lama aku rancang, tapi hingga saat ini baru diberikan sedikit kekuatan, ruang dan masa untuk benar-benar merealisasikannya.

Baru saja bermula, InsyaAllah sedikit demi sedikit projek ini akan aku usahakan dan sampai waktunya nanti, akan aku dedahkan secara umum matlamat dan hasil sebenar projek ini pada sahabat, kawan dan rakan-rakan bloggers.

Ianya projek yang ringkas, tapi amat sangat bermakna untuk kersani. Harap kalian sabar menunggu.

kira ulat

kroni ulat hijau

ulat hijau

tiga

tiga

rendam

rendam

sembang ulat


ShoutMix chat widget

pustaka ulat

FEEDJIT Live Traffic Feed