Khamis. 12.05 minit tengahari. Aku tengah khusyuk di workstation mempulun kerja-kerja yang mesti diselesaikan sebelum berangkat pulang ke kampung. Terdengar tup-tap-tup-tap bunyi officemate di sebelah sedang menaip sesuatu.

"Bai, kau tak lapar?" Satu suara menjengah.

"Puasa kot. Of course la lapar." Aku melayan seada-ada. Malas nak menjawab soalan-soalan sebegini.

"Jom McD?". Aaahhh, dia dah start dah!

"Gila kau! Kalau kantoi dengan JA Islam Sarawak, kau nak masuk paper?" Aku sudah terasa perbualan ini tidak akan berakhir dengan benda yang best.

"Jom la bai. Kita drive-thru. Mana ada orang perasan. Jom aaa. Kata member."

"Memang la member. Tapi kau nak buat kerja gila tengah-tengah hari buta ni. Kang jadi kes naya ni bro!" Aku cuba bermain selamat.

"Ala, takde sapa perasan punya. Jom la. Ini last aku minta tolong kau. Lepas ni aku puasa betul." Dia dah start ayat merayu.

"Adoi, kau ni. Ish, yalah. Jom! Lepas ni kau makan depan aku, memang aku belasah kau! Jom! Tapi ni last bro. Lepas ni aku dah tak nak terlibat dengan benda-benda ni. Jom cepat!"

Lalu dengan sedikit confident yang ada sebab cermin kereta aku memang sedia ada gelap, perjalanan dituju ke McD. Terasa macam buat kerja setan sebab mencari makan di tengah-tengah hari bulan puasa!

"Hello, saya nak order Double GCB set. Large! Nak beli untuk anak." Kawan aku kat sebelah meng'order' bila dah sampai depan mesin yang berbutang semacam.

Aku diam kat tempat driver. Tak nak jadi soh chai benda-benda macam ni.

'Berapa set encik?"

Ahhh sudah, "Satu je!" Nasib baik aku cover. Kalau dibuat order dua, memang kantoi kaw-kaw punya!

Vrooommm, aku pecut kereta ke depan cepat-cepat sebab terasa macam mamat driver kat belakang tengah usha kitorang.

Terbuka saja sliding window McD tu, perghhh, seorang awek yang sangat cun bertudung sedang menghulur sebungkus Double GCB takeaway!

ARRRGGHHHHHHH!! MALUNYA AKU!!!!

Awek tu pula boleh senyum-senyum manja kat kitorang. Agaknya dah dapat mengagak burger yang lazat tersebut akan dibelasah oleh 2 orang mamat yang tak tahu malu. Nak buat muka cina, masing-masing muka melayu tradisional! Nak buat muka Pan-Asian, jauh panggang dari api!

Kawan aku pula boleh buat cel*ka, sorok muka pandang tepi belah kiri. Memang aku lah yang kena ambil takeaway tu! Sial*n!

Tak pasal-pasal nampak macam aku yang kebulur tengah-tengah hari bulan puasa. Hampeh! Memang balasan Tuhan straight to the point. Bayar cash terus!

"Terima kasih ya. Beli untuk anak kawan saya ni...." Aku cuba menghidupkan kembali peluang yang semakin malap. Dah nampak harapan makin meluntur untuk masuk jarum.

"Hehehe..." Awek tu senyum lagi.

"Bai, kau tak nak tambah 1 set lagi ke?" Lagi satu soalan berbaur neraka terkeluar dari mulut kawan aku kat sebelah. Memang aku rasa macam nak campak mamat tu keluar tingkap, gilis-gilis dengan tayar! Dia boleh siap gelak-gelak lagi.

"Jangan banyak cakap, kita blah sekarang!" Merah padam muka cuba dicover dengan berlagak macho menaikkan power window. Cukuplah kena gelak kaw-kaw dengan awek McD tu. Aku dah tak sanggup jadi mangsa keadaan.

Sebelun blah, aku sempat menjeling name tag awek tu.

Alfizah.

Lalu dengan penuh dendam kesumat, aku set dalam otak aku, "Lagi sekali aku datang McD tu, aku kena pakai shades kalau aku nampak nama dia. Buat malu kaum je!"

*Moral: Sila belajar cakap mandarin/kantonis bila nak buat order kat drive thru. Sekurang-kurangnya nampak sedikit kelogikan kau sebagai lelaki akil baligh yang tak puasa!




Terlalu banyak benda yang manusia seperti aku cuba untuk menguasai. Terlalu banyak. Sedangkan bukan aku tidak tahu itu adalah hal yang mustahil. Sejak kecil kita diajar, maaf, secara tidak langsung diajar untuk tidak berkongsi. Tak percaya?

Lihat pada sifat seorang kanak-kanak dan mainan. Satu eksperimen yang mudah. Letak 2 mainan yang saling berkaitan di tengah-tengah sebuah bilik. Tinggalkan 2 orang kanak-kanak dalam bilik yang sama. Pasti, salah seorang akan cuba untuk mendapat kedua-duanya. Jarang sekali akan terjadi dua kanak-kanak itu akan berfikir bagaimana 2 permainan yang saling berkaitan itu mampu dimainkan bersama. Mungkin dari 10 kanak-kanak, 9 akan mengatakan "Ini hak aku. Dan aku perlukan 1 lagi bahagian untuk melengkapkan permainan aku. Walau mungkin aku terpaksa mengambil hak engkau!"

Dan sudah semestinya, dominasi usia dan keadaan fizikal akan jadi elemen penting dalam menentukan siapa lebih alpha dalam situasi itu.

Aplikasi yang sama dalam kehidupan. Kerjaya, misalnya. Persaingan untuk menjadi siapa yang lebih baik. Yang lebih hebat. Kadangkala sehingga sanggup mencantas biarpun hasilnya tidak seberapa. Ekstrim sekali, kalau aku katakan ada manusia lebih sanggup hidup sendiri dari bermasyarakat kerana bimbang hak masyarakat akan mengambil alih hak peribadi.

Aku cuba membunuh perasaan ini. Biarpun lunyai aku dikerjakan nafsu yang tak pernah puas, aku tak boleh berhenti. Jika tidak, aku akan kalah dengan rasa sentiasa ingin berada di atas, berada di posisi yang terbaik, mempunyai apa yang orang lain tak punyai. Atau lebih teruk, aku jadi oportunis untuk bijak menikam orang lain agar tiada orang dapat merasa apa yang aku rasa.

Kalau aku terus jadi begitu, nampaknya aku kena jadi politikus. Hanya manusia yang bergelumang dengan politik mampu hidup dengan nafsu yang tak pernah puas!

Aku bukan manusia sempurna. Kau pun bukan. Sesiapa pun bukan. Tapi itu tidak bermakna aku atau kau harus jadi hamba, sentiasa di bawah. Bukan itu yang mahu aku katakan.

Buat apa kau mahu, tapi dalam diam, kau harus ada satu perhentian untuk kau lepaskan semua. Jangan jadi manusia tak guna sampai kau tak tahu mana untuk berhenti. Adat dunia, permainan yang melekakan sentiasa indah, sentiasa senang dicari. Sekali kau terlepas pegangan yang kejap, pegangan yang mendefiniskan kau masih manusia, kau tewas! Tewas setewas tewasnya!

Aku bersyukur masih punya sahabat yang terus menasihati, membasuh karat dan daki pada hati aku. Dalam tertawa, aku mendengar sebutir dua kata-kata yang baik. Dalam jenaka, aku mengambil sebuah dua iktibar dan peringatan.

Satu manusia tidak mampu berjalan untuk manusia lain. Jalan yang dilalui pun tidak akan pernah sama. Kau, kau. Aku, aku. Tapi jangan lepaskan tangan yang menjadikan kita terus mampu untuk melangkah. Menolehlah seketika melihat kembali apa yang kau lalui, apa yang telah kau nikmati.

Semoga aku dapat merasai nikmat penderitaan. Biar aku belajar kepahitan dalam setiap kenikmatan.

Mungkin aku sudah terlalu mengarut. Mungkin.

Tapi ini buku baru bukan? Jadi, inilah aku yang sekarang. Yang baru. If you want to be judgmental, be my guest. Tafsirkan aku bila aku bawa kamu melangkah ke dunia aku.




Sebuah perjalanan yang baru.

Setahun, satu bulan dan lebih. Masa yang cukup lama tidak bersambung.

Gila. Perasaan ini akhirnya berhenti di sini. Lama sungguh menunggu saat dan detik ini. Detik aku memulakan kembali satu obsesi yang bagai penyakit aku pernah hadapi dulu.

Penyakit menulis.

Kini Kersani Sakti akan hidup kembali. Menggantikan apa saja yang pernah wujud dulu. Aku sudah buang semua itu ke laut. Laut yang amat dalam. Takkan ada apa-apa lagi yang akan ditemui di situ.

Di sinilah semuanya akan bermula kembali.

Kersani Sakti, memohon pada Maha Esa agar dia hidup memberi manfaat. Biar sekecil apa yang mampu dibayangkan, biar tidak sejernih mana isi dan penulisannya, biar tidak segah mana namanya di layar maya ini, tapi aku menulis bukan lagi kerana nama.

Biar ia ingat di saat ia bermula. Ia bermula untuk aku dan orang lain. Bukan sebaliknya.

Alhamdulillah.

Akhirnya magis yang aku tunggu dari Kersani itu hadir jua.


daun hijau

daun hijau

ilustrasi pensil & cinta

Projek ini sudah lama aku rancang, tapi hingga saat ini baru diberikan sedikit kekuatan, ruang dan masa untuk benar-benar merealisasikannya.

Baru saja bermula, InsyaAllah sedikit demi sedikit projek ini akan aku usahakan dan sampai waktunya nanti, akan aku dedahkan secara umum matlamat dan hasil sebenar projek ini pada sahabat, kawan dan rakan-rakan bloggers.

Ianya projek yang ringkas, tapi amat sangat bermakna untuk kersani. Harap kalian sabar menunggu.

kira ulat

kroni ulat hijau

ulat hijau

tiga

tiga

rendam

rendam

sembang ulat


ShoutMix chat widget

pustaka ulat

FEEDJIT Live Traffic Feed