Terlalu banyak benda yang manusia seperti aku cuba untuk menguasai. Terlalu banyak. Sedangkan bukan aku tidak tahu itu adalah hal yang mustahil. Sejak kecil kita diajar, maaf, secara tidak langsung diajar untuk tidak berkongsi. Tak percaya?

Lihat pada sifat seorang kanak-kanak dan mainan. Satu eksperimen yang mudah. Letak 2 mainan yang saling berkaitan di tengah-tengah sebuah bilik. Tinggalkan 2 orang kanak-kanak dalam bilik yang sama. Pasti, salah seorang akan cuba untuk mendapat kedua-duanya. Jarang sekali akan terjadi dua kanak-kanak itu akan berfikir bagaimana 2 permainan yang saling berkaitan itu mampu dimainkan bersama. Mungkin dari 10 kanak-kanak, 9 akan mengatakan "Ini hak aku. Dan aku perlukan 1 lagi bahagian untuk melengkapkan permainan aku. Walau mungkin aku terpaksa mengambil hak engkau!"

Dan sudah semestinya, dominasi usia dan keadaan fizikal akan jadi elemen penting dalam menentukan siapa lebih alpha dalam situasi itu.

Aplikasi yang sama dalam kehidupan. Kerjaya, misalnya. Persaingan untuk menjadi siapa yang lebih baik. Yang lebih hebat. Kadangkala sehingga sanggup mencantas biarpun hasilnya tidak seberapa. Ekstrim sekali, kalau aku katakan ada manusia lebih sanggup hidup sendiri dari bermasyarakat kerana bimbang hak masyarakat akan mengambil alih hak peribadi.

Aku cuba membunuh perasaan ini. Biarpun lunyai aku dikerjakan nafsu yang tak pernah puas, aku tak boleh berhenti. Jika tidak, aku akan kalah dengan rasa sentiasa ingin berada di atas, berada di posisi yang terbaik, mempunyai apa yang orang lain tak punyai. Atau lebih teruk, aku jadi oportunis untuk bijak menikam orang lain agar tiada orang dapat merasa apa yang aku rasa.

Kalau aku terus jadi begitu, nampaknya aku kena jadi politikus. Hanya manusia yang bergelumang dengan politik mampu hidup dengan nafsu yang tak pernah puas!

Aku bukan manusia sempurna. Kau pun bukan. Sesiapa pun bukan. Tapi itu tidak bermakna aku atau kau harus jadi hamba, sentiasa di bawah. Bukan itu yang mahu aku katakan.

Buat apa kau mahu, tapi dalam diam, kau harus ada satu perhentian untuk kau lepaskan semua. Jangan jadi manusia tak guna sampai kau tak tahu mana untuk berhenti. Adat dunia, permainan yang melekakan sentiasa indah, sentiasa senang dicari. Sekali kau terlepas pegangan yang kejap, pegangan yang mendefiniskan kau masih manusia, kau tewas! Tewas setewas tewasnya!

Aku bersyukur masih punya sahabat yang terus menasihati, membasuh karat dan daki pada hati aku. Dalam tertawa, aku mendengar sebutir dua kata-kata yang baik. Dalam jenaka, aku mengambil sebuah dua iktibar dan peringatan.

Satu manusia tidak mampu berjalan untuk manusia lain. Jalan yang dilalui pun tidak akan pernah sama. Kau, kau. Aku, aku. Tapi jangan lepaskan tangan yang menjadikan kita terus mampu untuk melangkah. Menolehlah seketika melihat kembali apa yang kau lalui, apa yang telah kau nikmati.

Semoga aku dapat merasai nikmat penderitaan. Biar aku belajar kepahitan dalam setiap kenikmatan.

Mungkin aku sudah terlalu mengarut. Mungkin.

Tapi ini buku baru bukan? Jadi, inilah aku yang sekarang. Yang baru. If you want to be judgmental, be my guest. Tafsirkan aku bila aku bawa kamu melangkah ke dunia aku.


2 ulat gigit daun hijau:

kenapa sakit sekali dngan dugaan ini sye arah awk semua boleh tolong saya

kenapa sakit sekali dngan dugaan ini sye arah awk semua boleh tolong saya

daun hijau

daun hijau

ilustrasi pensil & cinta

Projek ini sudah lama aku rancang, tapi hingga saat ini baru diberikan sedikit kekuatan, ruang dan masa untuk benar-benar merealisasikannya.

Baru saja bermula, InsyaAllah sedikit demi sedikit projek ini akan aku usahakan dan sampai waktunya nanti, akan aku dedahkan secara umum matlamat dan hasil sebenar projek ini pada sahabat, kawan dan rakan-rakan bloggers.

Ianya projek yang ringkas, tapi amat sangat bermakna untuk kersani. Harap kalian sabar menunggu.

kira ulat

kroni ulat hijau

ulat hijau

tiga

tiga

rendam

rendam

sembang ulat


ShoutMix chat widget

pustaka ulat

FEEDJIT Live Traffic Feed