Hari Selasa. Rutinnya, pagi-pagi hari bekerja seperti ini aku akan berada di pejabat. Tugasan demi tugasan yang tak pernah berhenti memakan masa hingga kadang-kadang aku keluar, cahaya matahari dah menguning di ufuk barat. Jarang sekali keluar pejabat, masih punya masa untuk memandu dengan tenang. Selalunya akan stres untuk cepat sampai ke rumah, mandi dan merehatkan badan.

Tapi hari itu aku ambil cuti. Saja untuk panaskan enjin sebelum kembali menyibukkan diri. Aku jenis yang susah nak mulakan sesuatu kalah 'mood' raya masih belum habis.

Jadi pagi itu, aku luangkan sedikit masa membersih kereta yang sudah hampir 2 minggu aku tinggalkan. Habuk, debu tak payah ceritalah. Hujan panas pun kereta itu tetap kat situ. Agak-agak macam dah perlu dibasuh, jadi aku lap sedikit-sebanyak.

Tengok-tengok, angin tayar depan dan belakang semua kurang. Aku pecut cepat-cepat ke stesen petronas. Plan asal nak pam tayar, lepas itu aku nak tinggal di 'car wash'. Bagi basuh sedikit, bagi kilat sedikit. Baru semangat nak masuk pejabat kalau semua dah betul-betul 'ready',

Sedang aku mengepam tayar kat salah satu pam angin kat stesen minyak tu, sebuah BMW X5 sport warna hitam datang menderum kat sebelah. Punyalah besar, bunyi pulak perghhh cukup mengancam jiwa. Aku tengok 'driver' dia, seorang mamat cina turun nak pam juga. Aku macam biasa, sambil-sambil tunggu angin cukup pressure, aku pun 'usha'lah dia punya 'design'. Sungguh, SUV terbaik BMW ni memang cantik. Tegap, 'sporty', 'sleek' dan paling penting 'design' dia tak terlau nampak sangat 'working too hard to look good'.

Mamat cina tu lalu sebelah aku, dia senyum. Aku senyum balik. Okey mamat ni, pakai kereta macam ni tapi muka tak berlagak. 'Relax' je. Tapi aku perasan dia punya 'shades' dengan jam tangan bukan Petaling Street punya. Memang orang berada. Tapi sempoi je senyum kat 'driver' MyVi macam aku.

"Hello", dia tegur aku.

Ak balas balik."Hello. Nice car!"

"Owh, thank you." Sambil teruskan pam tayar kereta dia.

Benda 'simple' saja, tapi aku hormat cara mamat ni. Selalunya kalau mamat Melayu jarang sangatlah nak pandang 'driver' kereta kecil macam aku kalau dah dapat 'drive' kereta-kereta hebat macam ni. Walaupun hanya 'drive' kereta bos, tapi muka tak boleh blah nak berlagak. Jangan kata nak senyum, tak pandang sebelah mata beb!

Tapi mamat cina ni 'relax' je. Entahlah, aku rasa mungkin sebab inilah orang cina lagi senang nak buat 'connection' atau nak ada bisnes sendiri. Diorang lebih menghormati orang lain. Aku tak minta pun dia tegur aku, tapi cukuplah sebagai 'driver', we know at best how good it is to have a ferrari driver to smile at us.

Think you do not get what I'm try to say? Lain kali, cuba senyum bila jumpa 'driver' lain.

The respect will automatically be there. It is not something you will acquire from a book. We learn it from the street....




Ada satu peristiwa menarik yang terjadi pada aku lebih kurang seminggu yang lalu. Menarik bukan bermaksud aku terjumpa Nur Fathia atau mendapat BMW 5 series dalam cabutan bertuah. Bukan. Tetapi ia tetap satu peristiwa yang aku anggap cukup menarik untuk aku notakan di sini. Maaf, sedikit sebanyak, skil menulis semakin berkarat oleh kerana otak semakin lama semakin malas berfikir, hanya menurut arahan dan perintah semata-mata.

Tidak panjang pun, jadi kamu baca bila kamu bosan. Sekurang-kurangnya kita ada sesuatu untuk difikirkan.

Peristiwa 1 - Masakan Kita, Wajah Kita?

Hari Selasa lepas, aku tiba di LCCT dalam pukul 4.30 petang. Transit sebentar sebelum ke Miri pada 7.30 malam. Awalnya tidak terasa untuk menjamah apa-apa. Perut pun masih terasa kenyang dengan Nasi Kerabu masakan mak di kampung. Namun, dalam aku melilau-lilau mencari member-member yang mungkin menaiki flight yang sama, aku terpandang restoran 'Taste of Asia". Kalau kamu selalu turun di LCCT, kamu akan perasan restoran itu betul-betul di hadapan MacDonald's.

"Ahhh, sedap pulak tengok nasi lemak ni. Bantai sepinggan sedap ni!" Tak lama, aku hayun kaki laju-laju sebab nampak barisan yang beratur di kaunter semakin memanjang. 10 minit aku berdiri, bergerak sedikit-sedikit hinggalah giliran tiba. Orang punyalah ramai tak boleh nak cerita.

"Bagi saya nasi lemak special dengan nescafe ais." Memang masa tu selera terus terbuka melihat paparan-paparan menu yang dilekatkan di dinding kaunter. Ada nasi lemak, mee kari dan berbelas lagi menu lain. Sedikit bangga sebab aku tengok seorang mat saleh pun turut meng'order' nasi lemak. Nasi lemak ni masakan Melayu. Tentulah aku bangga kalau mat saleh pun boleh hargai dan nikmati masakan turun temurun orang tua kita.

"Nah bang. Semua sekali RM12.50."

"MAHALNYA!" Bisik dalam hati. Tapi dah 'order', takkan tak nak bayar. Lagipun, biarlah, restoran dekat airport, tentu sewa tapak mahal ni. Nak sedapkan hati lagi. Tak nak mood jadi tak keruan.

Tapi sebaik aku 'try' saja nasi lemak yang kononnya "Taste of Asia" tu, aku cukup sebak. Kecewa. Aku menyumpah seranah dalam hati. "TAK SEDAP LANGSUNG!" Dengan nasi dia yang tak berupa nasi lemak, ikan bilis goreng keras macam ranting kayu serta sambal yang mungkin sebanyak sesuku sudu, aku rasa macam aku diperbodohkan. Betul-betul aku rasa macam harga yang aku bayar tak berbaloi langsung!

Aku tak tahu apa yang mat saleh tadi rasa bila 'try' nasi lemak dia. Apa first impression dia? Is this what Malay called as dishes of Taste of Asia? Dia mungkin tak berkata sebegitu, tapi kalau aku yang berselera melayu pun tak mampu nak habiskan nasi lemak tu sebab tak sedap, apatah lagi lidah mat saleh yang sejak azali basah dengan keju.

Truthfully, aku rasa tak patut restoran tu dinamakan "Taste of Asia". Taste of Disaster mungkin lebih tepat. Betul, ia hanya sepinggan nasi lemak. Pada pandangan orang-orang yang malas berfikir. Tapi cuba fikir apa kata kalau restoran yang bernama "Taste of Asia" itu didatangi chef dari luar negara. Atau pelancong-pelancong yang ingin merasa betapa uniknya masakan melayu? Restoran itu berada betul-betul di sebelah departure hall, jadi tak mustahil kalau mereka-mereka ini tertarik untuk ke situ. Aku rasa lepas ni jangan popularkan nasi lemak sebagai masakan melayu kalau kita tak pernah hargai warisan kita sendiri.

"What's this? Is this even edible? It tastes like a freaking stick!"

Aku tak nak dengar mat saleh cakap macam ni. Sumpah aku tak nak dengar. Jangan jadi macam negara China. Diorang 'produce' sesuatu dengan banyaknya, dengan kuantiti, sampai diorang 'jeopardize' kualiti. Aku tak mahu kita macam tu. Kita nak bawa imej kita ke luar negara, mulakan dengan apa yang mudah. Perhatikan sushi dari jepun, atau masakan itali, ia sebuah seni masakan yang dihargai di seluruh dunia. Kerana apa? Kerana ia dihasilkan dengan kesungguhan dan ketelitian. Rakyat diorang tak masak main-main. Aku rasa spagetti, semua orang suka.

At the end, biar nasi lemak kita rasanya pedas, biar rasa nasinya berlemak, tapi ia membawa 'rasa' orang melayu ke seluruh dunia. Tidakkah orang lain juga akan hormat pada kesenian, keunikan dan kebudayaan kita kalau kita sendiri bersungguh menjaga warisan kita?


daun hijau

daun hijau

ilustrasi pensil & cinta

Projek ini sudah lama aku rancang, tapi hingga saat ini baru diberikan sedikit kekuatan, ruang dan masa untuk benar-benar merealisasikannya.

Baru saja bermula, InsyaAllah sedikit demi sedikit projek ini akan aku usahakan dan sampai waktunya nanti, akan aku dedahkan secara umum matlamat dan hasil sebenar projek ini pada sahabat, kawan dan rakan-rakan bloggers.

Ianya projek yang ringkas, tapi amat sangat bermakna untuk kersani. Harap kalian sabar menunggu.

kira ulat

kroni ulat hijau

ulat hijau

tiga

tiga

rendam

rendam

sembang ulat


ShoutMix chat widget

pustaka ulat

FEEDJIT Live Traffic Feed