Hari Selasa. Rutinnya, pagi-pagi hari bekerja seperti ini aku akan berada di pejabat. Tugasan demi tugasan yang tak pernah berhenti memakan masa hingga kadang-kadang aku keluar, cahaya matahari dah menguning di ufuk barat. Jarang sekali keluar pejabat, masih punya masa untuk memandu dengan tenang. Selalunya akan stres untuk cepat sampai ke rumah, mandi dan merehatkan badan.
Tapi hari itu aku ambil cuti. Saja untuk panaskan enjin sebelum kembali menyibukkan diri. Aku jenis yang susah nak mulakan sesuatu kalah 'mood' raya masih belum habis.
Jadi pagi itu, aku luangkan sedikit masa membersih kereta yang sudah hampir 2 minggu aku tinggalkan. Habuk, debu tak payah ceritalah. Hujan panas pun kereta itu tetap kat situ. Agak-agak macam dah perlu dibasuh, jadi aku lap sedikit-sebanyak.
Tengok-tengok, angin tayar depan dan belakang semua kurang. Aku pecut cepat-cepat ke stesen petronas. Plan asal nak pam tayar, lepas itu aku nak tinggal di 'car wash'. Bagi basuh sedikit, bagi kilat sedikit. Baru semangat nak masuk pejabat kalau semua dah betul-betul 'ready',
Sedang aku mengepam tayar kat salah satu pam angin kat stesen minyak tu, sebuah BMW X5 sport warna hitam datang menderum kat sebelah. Punyalah besar, bunyi pulak perghhh cukup mengancam jiwa. Aku tengok 'driver' dia, seorang mamat cina turun nak pam juga. Aku macam biasa, sambil-sambil tunggu angin cukup pressure, aku pun 'usha'lah dia punya 'design'. Sungguh, SUV terbaik BMW ni memang cantik. Tegap, 'sporty', 'sleek' dan paling penting 'design' dia tak terlau nampak sangat 'working too hard to look good'.
Mamat cina tu lalu sebelah aku, dia senyum. Aku senyum balik. Okey mamat ni, pakai kereta macam ni tapi muka tak berlagak. 'Relax' je. Tapi aku perasan dia punya 'shades' dengan jam tangan bukan Petaling Street punya. Memang orang berada. Tapi sempoi je senyum kat 'driver' MyVi macam aku.
"Hello", dia tegur aku.
Ak balas balik."Hello. Nice car!"
"Owh, thank you." Sambil teruskan pam tayar kereta dia.
Benda 'simple' saja, tapi aku hormat cara mamat ni. Selalunya kalau mamat Melayu jarang sangatlah nak pandang 'driver' kereta kecil macam aku kalau dah dapat 'drive' kereta-kereta hebat macam ni. Walaupun hanya 'drive' kereta bos, tapi muka tak boleh blah nak berlagak. Jangan kata nak senyum, tak pandang sebelah mata beb!
Tapi mamat cina ni 'relax' je. Entahlah, aku rasa mungkin sebab inilah orang cina lagi senang nak buat 'connection' atau nak ada bisnes sendiri. Diorang lebih menghormati orang lain. Aku tak minta pun dia tegur aku, tapi cukuplah sebagai 'driver', we know at best how good it is to have a ferrari driver to smile at us.
Think you do not get what I'm try to say? Lain kali, cuba senyum bila jumpa 'driver' lain.
The respect will automatically be there. It is not something you will acquire from a book. We learn it from the street....
2 ulat gigit daun hijau:
nice entry :) yup, chinese tend to be more respectful towards other than malay. bukan nak kater bangsa sendri kurang, cume diorg ade yang lebeh skit dari kiter. p/s: nnt da beli kete besar, jgn x senyum kat org laen lak yer :D
hot chicks sahaja saya sudi tegur ok...sori..hahaha
Post a Comment