Masa aku form 4, taun 2004, Sains Machang kecoh dengan cerita ada budak pompuan form 3 'jumpa' perempuan berpakaian serba putih dan berambut panjang serta terapung betul2 depan library sekolah aku. Waktu itu lebih kurang pukul 5 petang (habis prep), dan budak pompuan ni sebab dia librarian, so dia stay kat perpustakaan even orang lain dah balik ke hostel.


Nak dijadikan cerita (aku dapat dari sumber kedua, member satu dorm dia) masa tu dia tgh kemas buku2 yg berselerak kat atas meja. Dia ni kira macam budak skema lah, so cikgu bagi dia pegang kunci library. Dah siap2 semua, dia pun kluar dan teruslah jalan. Masa tu academic block dah xde student lain, sebab semua dah blah balik hostel awal2 lagi. Jalan punya jalan, baru dia teringat dia terlupa nak ambek nota geografi dia. So, tanpa fikir yg bukan2, dia patah balik.


Sampai lebih kurang 7 8 meter depan library tu, dia terpandang pompuan berpakaian serba putih dan berambut mengurai tu tgh terapung berdiri betul2 depan pintu library. Muka menunduk, tak pandang depan, tapi budak tu cerita perempuan tu perasan dia ada kat situ. Tanpa pandang kiri kanan, dia terus blah lari2 dengan cuak yg amat. Mau tak cuak beb, makhluk tu macam tak kisah minah tu berdiri pandang dia. Macam tak peduli langsung. Dan utk pengetahuan korg, library tu cuma bersebelahan je dgn klas aku kat tingkat 3 sebab aku amek LK. Walaupun berlainan blok, tapi library dan klas aku saling mengadap antara satu sama lain.


Cerita ni terjadi seminggu sebelum cerita aku...


Cerita aku:


Waktu tu hari rabu malam khamis. Petang aku dah turun padang latih budak2 kawad kat haltstand sekolah. So, bila prep malam, aku terasa sgt2 penat. Aku selak2 buku apa tah masa tu, pastu rasa cam mengantuk gila. Ah, tidur ah kejap. Lagipun masa tu awal lagi, lebih kurg pukul 10.15. Nak dijadikan cerita jugak, member aku pun pandai pulak pilih malam tu lah nak pedajal aku. Diorang biarkan aku tertidur kat meja tu, langsung tak kejut2 sampai lah waktu prep tamat. Macam sial je!


Aku sedar2 dah pukul 12.30 kalau tak salah. Macam harem, lama gila aku tidur. Sedar2, tengok semua orang dah xde. Pintu kelas yg kat belakang dah tertutup, lampu2 masih terpasang dan kipas pun diorg set bagi sejuk kaw2. Patutlah sedap semacam aku layan tidur! Aku usha lampu koridor kot2 masih ada satu dua yg warden terlupa nk padam. Cis, langsung xde! Semua gelap!


Aku jenguk kat luar, tengok semua lampu blok akademik dah padam! Shit! Tinggal lampu klas aku je yg masih bernyala. Horror gila babi! Kalau aku padam lampu kang, macamana nak jalan? Nak harapkan lampu hanset, lama mana sgt lah benda tu boleh nyala? Tak tutup lampu kang, tak pasal2 staf sekolah tu mengamuk. Nak tak nak, dengan tangan ketar2 sket, aku set plan ringkas nak pecut turun sampai tangga. Baju dah start basah dah, menandakan hati aku dah degup2 cam motorbot!


Tap!!! Tutup je lampu, aku trus jalan laju2, dah tak hirau dah apa nak jadi, jadi ah! Sampai kat tangga, aku perasan pintu library tu semacam. Tetiba cerita budak pompuan tu datang menyerbu kat otak. Shit! Janganlah malam2 ni pulak 'kau' datang. Aku kuatkan semangat sket dan dengan tangan yg meraba2 tangga dari tingkat 3, aku jalan pelan2 sebab tangga sekolah aku pelik. Tinggi dan pemegang dia kadang2 licin bila kena air.


Sampai je ground floor, aku terus tuju haltstand sekolah sebab kat sana masih nampak biasan2 lampu spotlight dari padang. Tarik nafas lega. Mujur xde benda jadi. So, aku jalan balik ke hostel ikut tepi padang. Kalau ikut dalam blok sekolah, memang gelap gelita dan tak nampak apa2. Sumpah! Perjalanan nak sampai ke hostel tu aku rasa paling jauh pernah aku alami sepanjang 5 tahun aku kat Sains Machang. Dah sampai hostel, semua dorm dah light off. Aku cari balik member2 aku yg tgh lepak kat dataran asrama. Belasah sekor2! Babi! Diorg buat lawak kasar. Macam heck je tggu aku sampai ramai2 kat situ sambil layan Gudang Garam Suria.


Sebenarnya diorg expect aku sedar dalam pukul 11 macam tu. Sekali aku pulak tgh penat, apa lagi, layan sajalah tidur. Sejuk pulak tu. Tapi nasib baiklah, perempuan tu tak muncul time2 aku tgh gelabah biawak macam tu. Aku pun sampai skrg ni takleh pikir apa akan aku buat kalau tetiba dia buat2 macam melayang2 kat tepi aku, pastu tanya...


"Hai bang, saya nak cari kunci nak masuk library lah. Petang tadi saya terkunci kat luar. Diorg kunci awal sgt! Abang boleh tolong bukak tak??"


atau...


"Abang ada nampak bijik mata saya tak? Saya terlanggar tiang tadi masa tgh terbang, mana pulak lah jatuhnya benda alah ni... Ada nampak tak bang???"


Wiuuuu!!! Whut the heck!!


Dah! Aku pun dah naik seram menulis cerita lama ni. Yang pasti, member2 satu klas aku gelak guling2 bila aku sampai hostel peluh2. Dah macam orang lepas masuk acara triathlon! Mau tak peluh bang, pukul 12.30 pagi aku dok meraba2 kat blok akademik yg jauh macam haram, sorang2 pulak tu semata2 nak cari jalan balik ke hostel asrama. Gila kau!


Chiow!


6 ulat gigit daun hijau:

hahahah!suspen2!=P

-_-"

nasib baik ko tak raba die...

huhuhu...

Farhah - memang saspen. Naseb baek sungguh dia tak datang. Kalau tak, boleh demam jugak aku... hehe! :P

Suraya - haha! Kau macam faham je feeling tuh... :D

api - bro, kalau cun macam diana danielle aku tak kisah dia datang berapa kali pun. Buatnya datang yg takde muka?? Mampos aku!
Jangan kata nak raba, nak tengok pun gua tak sanggup...

daun hijau

daun hijau

ilustrasi pensil & cinta

Projek ini sudah lama aku rancang, tapi hingga saat ini baru diberikan sedikit kekuatan, ruang dan masa untuk benar-benar merealisasikannya.

Baru saja bermula, InsyaAllah sedikit demi sedikit projek ini akan aku usahakan dan sampai waktunya nanti, akan aku dedahkan secara umum matlamat dan hasil sebenar projek ini pada sahabat, kawan dan rakan-rakan bloggers.

Ianya projek yang ringkas, tapi amat sangat bermakna untuk kersani. Harap kalian sabar menunggu.

kira ulat

kroni ulat hijau

ulat hijau

tiga

tiga

rendam

rendam

sembang ulat


ShoutMix chat widget

pustaka ulat

FEEDJIT Live Traffic Feed