Salam Ramadhan.


Baik, aku tak pegi terawih tadi. Yelah yelah. Apalah aku kan? Tak ada penjelasan, aku tidur pukul 6 lebih, sampai 9 malam. Maghrib pun terlepas.


Bangun hati dah kencang2 sebab solat wajib pertama di bulan puasa aku kena qadha. Apa nak jadi nih??? Nak jadi setan??


4 5 hari, barulah blog ni ter'touched up' sikit. Tak ada cerita baru, selain kekalutan menyudahkan prelim report, membuat lawak2 bodoh mengatakan skoler PET dah masuk dan permainan2 poker yg menghiasi malam2 yg bosan.


Aneh! Semasa intern, aku ada byk cerita. Sungguh banyak. Tak tipu! Tapi di Tronoh, hidup macam kamus tak ada glosari. Aku bukak blog, member2 aku ada macam2 update. Menarik tak menarik cerita mereka, itu isu lain. Aku tak ada hak utk jadi judgementalist! Tapi mereka ada cerita. AKU dengki!!


Tapi aku sangatlah perlahan dalam mencari idea2 utk dimuatkan di sini. Otak selembap tahap wireless juga. Perlahan. Terbantut. Kosong. Bengap. Buang masa utk difikir lebih2!


Hidup aku segan tanpa gambar2 baru. Sekadar gambar2 bosan sewaktu di lecture2. Naseb baiklah Final Year Project(FYP) aku, aku lakukan sesuatu yg aku suka. Projek apa? Lain kali aku bukak cerita. Tapi ia pasal kereta, pasal teknologi utk kereta, kalau korg mau tau jugak.


Malam pertama Ramadhan budak2 rumah V5C 5-1-2 dibuka dengan pembelian Poker Set yg ada cip2 macam kat Vegas tu, serta 2 dek lengkap daun terup. Heck! Aku tertanya2, orang2 kat Las Vegas bukak puasa kat casino kah? Kami memang Amerika! Hehehe...


Tak adalah, sekadar suka2. Kami main poker utk suka2 saja. Habes2 bet pun, sekadar orang yg kalah kena pass awek kat orang yg menang. Tapi aku rasa main cip takdelah kejam sgt kan? Awek? Pass awek normal je. Member2, kenapa nak berkira?


Cukuplah dulu. Nanti esok aku puasa dengan kamu semua. Viknesh dan Wei Xuan (2 2 member baik) dah siap suruh kejut sahur, nak puasa jugak katanya. Tak apa, diorg buat sebab suka2, aku pun suka kalau diorg puasa. Tak payahlah aku terliur lagi kalau tiba2 diorg buat2 lupa nak pergi lunch ke kan?


Aku semayang terawih sendiri sudahlah.


Nak pegi smayang sat.


(gambar poker set, dgn 3 jari setan yg terlepas... hehehe!)

chiow~


(ada sedikit rasa nk buka puasa di melaka, insyaAllah... :D)



Post ni aku buat semata2 Cik Jijie PeggtonVille yg tag aku. Sumpah kalau orang lain, aku lebih sanggup buat 2 3 esemen yg tak siap2 lagi...


Undang2 tag (kamu tak baca pun takpe, sebab aku tak nak tag sesapa!):

1) Pergi ke folder foto, dan pilih folder ke 6.

2) Pilih foto ke 6

3) 'Pos' kan foto itu dan ceritakan (macam karangan UPSR...)


jadi, ini gambarnya!



Gambar masa camping kat lubuk timah. Antara kerabat2 diraja yg lain yg turut serta masa tu ialah Ahli Mangku Negara Bobo, Orang Kaya Ulam Raja Pedot, Tengku Mahkota Diraja Sulu Ojan, Panglima Angkatan Laut Dan Hal Ehwal Perdagangan Keane, Bendahara Dewata Perkasa Raja Anep, Raja Muda Cenderawasih Biru Pisunk, Bendahara Luar Pangiran Istana Remy, Yang Dipertuan Muda Gajah Afrika Azfa dan of course Laksamana Keris Lok Tujuh MatPie... yakni beta sendiri.


Kaum kerabat raja macam kami dah bosan selalu bercuti kat luar negara, so kali ni masa study week, kami memilih masuk hutan lipur pulak. Sambil memberi sedikit cenderamata pada wakil setempat yg tak habes2 memintak kami memilih anak2 dara diorg sebb nk jadikan kami menantu. Whut The Heck!!


Kami menolak dgn baik. Dan sesi hora2 tersebut berlangsung dengan jayanya sebab anak2 dara kampung kat situ sudi menemani kami mandi manda (cuma gambar xleh 'release'lah, takut orang kampung marah kan?).


Selepas mandi manda selama lebih kurg 3 hari 15 malam tanpa henti, kami naik ke langit. Eh, silap! Naik ke darat. Hehehe...


Sekian melaporkan!


Heheh! Berita penuh tipu, TV3 rangkaian anda! Membawa warta sembang belaka! Mekaseyyy...


Chiow~



Perghhh! Nak dekat seminggu balik, baru aku ada mood nak menconteng cerita-cerita hikayat sampah. Sampah tak sampah, sebab buku ditulis oleh penulis tersohor macam Shahnon Ahmad, baca tak baca belakang cerita kan?


Trip kali ni aku plan dekat 2 minggu jugak, last skali aku decide dalam masa 2 menet! Semua gara2 selsema babi punya pasal. Terima kasih babi.


Khutbah Jumaat, 31 julai 09: Budak UTP diarahlah berambus kluar dari UTP slpas 3 ptg dan sebelum malam esok. Ahhh, sudah! Tetiba saja rumours jadi kenytaan. Mana2 yg memang kaki balik rumah, ibarat memenangi gameshow 'Jangan Lupa Lirik' walaupun baru dtg UTP 2 minggu lepas.


Aku dah kelat. Nak balik, pakai duit lagi. Demam. Demam. Plan nak buat backpack trip Melaka minggu depan macamana?? Ahhh, sudah! Babi la babi nih!


Hmm, apakata awalkan trip? Pegi Melaka? Jom! Tak sampai 2 minit, kemas2 beg, masuk apa2 yg patut saja. Dan pagi sabtu 1 Ogos, aku mulakan musafir seorang diri ke Melaka. Bukan tak pernah pergi, tapi kali ini aku pergi seorang. Cuba berseorangan, jauh dari sahabat2 dan setan2 ITIS buat seketika. Sebab selama ini, aku hidup dgn kawan2. Aku perlukan masa utk bersendiri. Dan Melaka mungkin, mungkin saja destinasi yang tepat. Melayan hati.


Aku sampai Melaka plus minus 8.30 malam. Cari tempat nk crash. Motel cikai2 pun xpe. Akhirnya aku jumpa ini.


(Yellow Mansion. Gelap dan sedikit feeling mafia. Sebab chinese style.)

Dalam pukul 10, irama grunge rock perut mula berbunyi. Minta diisi. Aku hayun langkah jalan pegi jonker street. Mintak2 ada gerai2 ke. Janganlah semua restoran chinese je. Sebab aku tak yakin sgt nk telan makanan diorg. Walau kadang2 aku suka. Tengah2 jalan melewai Sungai Melaka, jumpa monumen ni. Aku sangka di Belanda saja ada wingmill. Sungai Melaka di malam hari memang indah. Sejuk dan mendamaikan.


(windmill yg err, aku tak tau apa nama dia... lapar beb!)

Jalan lagi. 5 minit ke Jonker Street sungguhlah jauh bila lapar. Dan aku berhenti kejap bila jumpa signboard nih. Macam nice je buat proof aku jejak bumi Melaka hari ni. Masa dah dekat pukul 11 dah.


(time amek gambar, aku sorang2 kat situ. gelap gila. tapi gelap tu yg buat aku tenang. buang semua fikiran2 buruk. dah lepas dah... sudahlah.)



Akhirnya, Jonker Street! Kat sini hmm, macam2 manusia. Orang masih lagi ramai. Macam Gerbang Malam di Ipoh cuma kat sini lagi banyak barang pelik2 kalau kau manusia normal. Cari2 kedai makan tak jumpa, akhirnya aku tibai sotong bakar je. Sedap, dan aku boleh makan sambil berjalan. Orang2 Melaka memang ramah. Mungkin diorg terbiasa bersopan dgn pelancong. Melayu ke, Cina ke, India ke, sangatlah ramah tamah.


12.30 malam, aku tinggalkan JOnker Street. Pusing2 bandar lama Melaka. Masih jelas bangunan2 di sini kaya dgn style tinggalan penjajah. Contoh paling baik, kopitiam ni. Feeling dah macal gangster dan lone wolf je jalan sorang2 dalam gelap... heh!



Dan pada salah satu hari, aku jumpa "Tun Teja". Tun Teja ni bagi aku perempuan melayu asli yang sejati. 'Dia' bukan PGL (sebab PGL bukan orang melayu), bukan juga Mahsuri (mahsuri hanyalah mitos) dan dia memang istimewa sebab keayuan dan kecantikan gadis melayu. Masakan Sultan Melaka gila melarikan puteri dari Pahang kalau tak kerana indahnya Tun Teja bukan?

(melangkah pulang. jauh, penat, berpeluh. tapi jumpa yang aku nak, dan aku buat apa yang aku nak buat. Alhamdulillah, Tuhan memudahkan segala.)


Moga aku sampai lagi di sini di lain kali. Bukan semata-mata kerana berjumpa Teja, tapi kali ini aku nak menjelajah Melaka di sisi lain pula.


Dan Teja, mungkin masanya waktu itu kita putuskan apa yg terbaik utk kita. Pertemuan pertama, hatimu masih terkunci dari berkata-kata. Dan kali kedua nti, aku ingin genggam kunci itu, biar tersimpan kemas, biar kejab.


Senyuman dua dunia, aku tahu. Tapi ia sejati. Kau putuskanlah apa terbaik untukmu... Masihkah kau semanis itu di lain hari nanti?




Hampir 2 minggu, jari jari hanya larat mengklik butang2 yg ada di blogspot ni semata-mata untuk membaca dan mengetahui luahan rasa kawan2 di blog. Aku hanya larat membaca.


Entahlah, macam tak ada kekuatan utk terus menulis. Tekan saja butang 'new post', hasrat dan kekuatan seolah-olah tersentap. Lemah. Takde kederat kata org tua2.


Dan dalam jangka masa hampir 2 minggu ini juga, byk benda yg berlaku. Kawan2 aku yg aktif di blog, sudah 5 6 post baru, tapi aku?


Haiseh! Bila nak ada tenaga nak menulis nih? Boleh aku pinjam bateri energizer barang seketul dua? Mana tau kot2 boleh recharge, kan??


Tak apalah, insyaAllah lepas ini aku lebih rajin hapdate. Cerita 3 hari 2 malam di Melaka, cerita pasal kejujuran dan pengkhianatan, cerita pasal kawan2, dan cerita yang tak layak aku nak ceritakan, nanti aku simpulkan semua kecuali yg last tu...


Maaf. Post yg macam poyo. Bukan macam lagi, tapi memang poyo.


Nak tulis blog pun nk cerita kat blog kan? Macamlah korg peduli...


Chiow~


(kadang2 diam mendatangkan ketenangan. tapi seketika...)




Fuuhh, barulah ada masa sket nk menjengah blog aku nih. Dah berhabuk, bersarang labah-labah skali siap dgn kucing dah buat port lepak dah blog nih. Usang sungguh!


Kesian...


Post kali ni tak panjang kot. Malam sabtu lepas, spesies2 dinosour ITIS yg terdiri dari wakil planet Zuhal iaitu Keane dan Pedot, wakil dari planet Muystari, Bobo dan Pisunk serta wakil paling jauh dari planet Pluto yakni Aku dan Bido telah menghabeskan beras di Restoran Diya Iskandar depan utp sana nun.


Persidangan kali ini bersifat lebih kepada persidangan mengisi perut2 serta tong2 gas kosong yang kelaparan dan bernafsukan hidangan yg baru selain dari hidangan cafe pak ali, v5, v4 dan yg sewaktu dengannya. Nafsu lelain tu, sendiri2 paham lah ye?


Gambar?


Aku tak ambek gambar, sebab kalau dilihat pada kuantiti makanan yg diorder malam tu, mungkin boleh buat jamu kenduri khatan kanak2 Kampung Parit Buntar. Mungkin kamu tak sanggup nak tengok. Atau kamu sanggup tengok, tapi aku aku tak sanggup nak bagi tengok. Atau mungkin kamu tak sanggup nak bagi aku sanggup tengok, tapi aku sanggup tak sanggup nak sanggupkan kamu tengok. Atau...


Cam celaka je kan?


Tapi yang pasti,


Gendang Gendut Tali Kecapi,
Perut Dah Gendut Nak Makan Lagi...


Selepas segala pembayaran dibuat, tetiba anak tekak gatal pulak nk merasa burger. Membayangkan Grilled Chicken Foldover McD jauh skali kerana masa 40 minit utk ke McD Gopeng akan membuat enzim perut beralih pula pada menu2 lain.


Jadinya? Burger stall kat Taman Maju!


Sampai kat sana, macam ada pesta. Bukan pesta seks la mangkuk!


Skali ada pesta akak2 dan pakcik2 yg gila berkaraoke sedang berlangsung dgn jayanya. Disertai jualan barang2 original siam serta beberapa anak muda yang sedang tekun membuat kerja sekolah di tepi deretan stall menjual barang2 hardware sambil melayan EX5 dan RXZ. Malam2 jual harware? Pelik aku!


Tengah2 blues tak jumpa stall burger, tetiba satu kedai menarik perhatian kami. Macam melihat Fasha Sandha dalam skrip 7707. Ouchhh!! Seksi, Meksi, Menarik, Teh Tarik! Semua unsur elemen2 kelelakian tercabar ah boleh kata!


Langkah diayun laju. Laaa, kedai jual t-shirt cap ayam rupanya! Ceh, baju tak ori. Tak macho ah pakai baju cap ayam. Apa barang cap ayam ye tak? Beli yang ori je, baju camni low class. Sampah! Pembaris! Pokok kaktus betul la!


Kalau nak beli, belilah...


DUA!! Sebab tu aku beli 2 helai je...


Hahahahahaha!!!


(CAP AYAM PUN ADA CAP JUGAK KAN??? KAN? KAN??)



Hari ke-3 di UTP. Dan aku baru saja ada sedikit mood nk campak cerita kat sini. Maaflah kalau bahasa direct sket, sebb aku dah malas nak draf. Redah saja apa2 yg terlintas kat benak neuron. Naseb baek masih berfungsi walau dah 3 4 hari tak mengasah otak, karat nih!


Selasa 2 hari lepas, abang dgn mak aku ikut skali datang utp. Katanya dah lama tak datang. Nak tengok perubahan apa yg ada kat sini. Dari Rawang, amek highway sket, pastu masuk Bidor, Temoh, then sampai Gopeng pastu trus ke Batu Gajah dan UTP. Sempatlah usha2 bandar lama Bidor. Dalam 2 jan setengah, dah sampai pintu pagar UTP. Tak banyak mana pun perubahan, selain Village 5 lama yg nampak tenang dgn tasik2.



Sebab aku baru balik intern, dapatlah keistimewaan sket, dapat apartment@rumah yg agak selesa kat Village 5. Selesa lah sket klau nk compare dgn Village 1 atau Village 2. Ada dapur, then bilik pun agak luas sketlah. Okeyh cukup pasal hostel, lepas dah siap2 kemas semua, aku bawak femly aku pegi cafe V5, lagipun dah dekat pkul 1 tengahari dah time tu. Nak makan, kesian tadi sarapan ringan sangat kat rumah.


Tengah2 makan...


"Kat sini ramai jugak pelajar pompuan yer dik?" Kak Awin, akak ipar aku bukak cerita.

"Aah. Tapi lelaki lagi ramai."

"Haa, kalau dah macam tu maknanya, saham budak laki kat sini tinggilah, kan?" Abang aku pulak menambah, menghangatkan topik sembang2 kosong.


Aku tengok mak aku dah macam sedih2 dah nak tinggal aku kejap lagi.


"Ma tengok sini takde pun yang jelingas..." Tetiba mak aku melepaskan kata. Dia tak pandang kat aku pun, tapi aku tau dia maksudkan pada aku.


"Jelingas tu apa?" Aku blur. Sumpah. Perkataan aku tak pernah dengar.


Abang aku gelak. Gelak kaw2 punya!


"Nanti adik dah dekat2 nk kawen, adik bawak jumpa ma, adik taulah apa dia jelingas..."


"Hahaha! Lambat lagi ah, nak cari Fairlady Z dulu."


Mak aku senyum je. Lepas makan tu, aku bawak femly aku pusing2 UTP sket, tunjuk Pocket C, Pocket D, Chancellor Hall, tasik2 then around pkul 3 ptg, diorang bertolak balik. Lepas ni dah takde sapa dah nak kejut aku subuh. Kena bangun sendiri. Ahhh!!


Tengah aku jalan nak naik top floor (rumah aku kat top floor), aku terfikir, kenapa abang aku gelak? Dan masa dia gelak tu, akak ipar aku pulak macam blushing. Apahal? Sumpah sepanjang aku hidup aku tak pernah dengar perkataan jelingas. Mak aku salah pilih timing daa nak main teka teki silang kata pulak...


Korang rasa apa benda jelingas tu?



(adakah budak ni mempunyai ciri2 jelingas? pic sekadar tempelan.)


Chiow~



(pink dan gold! wallah!)


Assalamualaikum orang kampung!!! Hoiii!!!


Whoah, sudah agak lama aku membiarkan blog ni gersang dengan kasih sayang. Mentang2 aku balik kampung seminggu, buat tak peduli je yer? Takpela, blog bukan satu2 nya benda paling penting dalam hidup aku. Byk benda lain lagi lebih penting dari mengisi ruang2 kosong kat sini.


Dalam seminggu ni jugak macam2 hal yg terjadi. Mari sama2 tgk, aku dah try koleksikan sebaik mungkin rasanya. Kalau ada yg tertinggal tuh, lupakan jelah. Tak penting lah tu!


a) Pilihanraya DUN Manek Urai. BN kalah tipis je, 65 undi. Itupun dari cerita2 yg aku dgr, setelah orang2 kampung di Manek Urai diberikan 'hadiah' RM1000 setiap rumah. Takpelah, rezeki orang2 kampung, nak harapkan PAS bawak pembangunan pun, dah berzaman rasanya Manek Urai dok mcm tu je...


b) Bantahan secara terbuka beberapa pihak pasal pemansuhan PPSMI, yang mana sistem pengajaran m/p sains dan matematik kembali diajar dalam Bahasa Malaysia. Bagi aku, memang patut pun rivert balik! Budak2 kat kampung dah muntah darah nak paham istilah2 sains, pastu tambah pulak cacamerba kena paham bahasa inggeris! 2 kali tak paham! Memang sistem pendidikan ni dah jadi sistem flip flop... Tengok lagi 6 7 tahun apa pulak nk berlaku!


c) Internship aku secara rasminya habes pada 10 Julai 2009. Settle lagi satu frasa penting dalam hidup aku. Aku dapat skit vision dan gambaran macamana PETRONAS deal dgn projek2 minyak dan gas yg berharga jutaan ringgut nilainya. Itu secara general nya saja. Tapi bagi aku sendiri, aku melihat satu peluang bisnes yg sgt besar, satu peluang lain yg aku tak sangka2 aku boleh buat dgn serius kalau aku nak. Tak yah ah crita sini, nanti kendian aku crita!


d) Malaysia XI kalah CUMA 2-3 kepada team kedua terhebat selepas Arsenal, iaitu MU. Setelah diberi sedikit sentuhan oleh Arsene Wenger pada sesi 45 minit bersama Harimau Muda kat stadium merdeka hari tu, nyata team Malaysia mampu merobek jantung gol MU yang selama ini hanya kuat disebabkan Ronaldo! Bila Ronaldo dah xde, MU vulnerable giler ah!! Hahaha!!!


e) Aku tak pasti perasaan macam ni. Aku jatuh hati lagi skali???


f) Korang tak perasan ke picture aku letak atas skali tuh? Ingat aku suka2 letak??


Itu......


.....................


Sneakers terbaru aku! Muahahahahahaha!!!


Chiow!


(amacam? ada gaya girlish od skul x? girlish????? :P)





Aku melihat banyak benda baik pada orang. Walaupun semua orang buat silap, aku tak suka melihat whut's the worst in them. Aku lebih suka melihat whut's the best in them. Semua orang patut diberikan peluang bukan? Kedua, ketiga? Itu terpulang pada rekod dan pengamatan kamu sendiri.


Dan bagaimana jika peluang itu datang tetapi kamu harus lakukan sesuatu yang mungkin kelihatan janggal pada persepsi dan norma masyarakat biasa terlebih dahulu? Barulah kamu dapat rebut peluang itu. Jangan buat muka blur, aku berikan contoh.


Adalah dipersutujui bahawasanya seseorang lelaki itu lebih sesuai bersama dengan perempuan yang lebih muda. Itu persepsi, dan adat juga barangkali. Atau budaya. Lelaki yang bersama dengan perempuan yang lebih tua, dianggap janggal, pelik dan perkataan2 yg seerti dengannya. Jangan nafikan, hingga hari ini hal ini masih ada dan wujud. Betul?


Kalau dalam dialog biasa, "Jodoh, Pertemuan, Ajal dan Maut di tangan Tuhan..." tetapi bila lelaki itu bertemu jodoh dengan perempuan yang lebih tua misalnya , ada saja mulut yang tidak puas hati. Habis di mana yang dikatakan di tangan Tuhan itu? (kau nak mampus tanya soalan ini pada orang tua kau???)


Golongan muda seperti Kersani mungkin sudah tidak pelik dengan situasi ini. Tapi kita hidup dalam masyarakat. Dan masyarakat seperti yg Kersani katakan tadi, mempunyai persepsi. Dan selalunya persepsi berakhir dengan resistance atau bantahan, diikuti dengan denial atau penafian tentang sesuatu yang benar2 wujud. Cinta harus disembunyikan kerana menurut adat?


Lelaki jatuh hati pada perempuan lebih tua? Itu tidak pelik bagi aku.


Dan aku tak kisah pun kalau aku jatuh hati pada wanita yang lebih tua dari aku...


(orang tua2 tak baca blog aku kan?)


daun hijau

daun hijau

ilustrasi pensil & cinta

Projek ini sudah lama aku rancang, tapi hingga saat ini baru diberikan sedikit kekuatan, ruang dan masa untuk benar-benar merealisasikannya.

Baru saja bermula, InsyaAllah sedikit demi sedikit projek ini akan aku usahakan dan sampai waktunya nanti, akan aku dedahkan secara umum matlamat dan hasil sebenar projek ini pada sahabat, kawan dan rakan-rakan bloggers.

Ianya projek yang ringkas, tapi amat sangat bermakna untuk kersani. Harap kalian sabar menunggu.

kira ulat

kroni ulat hijau

ulat hijau

tiga

tiga

rendam

rendam

sembang ulat


ShoutMix chat widget

pustaka ulat

FEEDJIT Live Traffic Feed