Fuuhh, barulah ada masa sket nk menjengah blog aku nih. Dah berhabuk, bersarang labah-labah skali siap dgn kucing dah buat port lepak dah blog nih. Usang sungguh!
Kesian...
Post kali ni tak panjang kot. Malam sabtu lepas, spesies2 dinosour ITIS yg terdiri dari wakil planet Zuhal iaitu Keane dan Pedot, wakil dari planet Muystari, Bobo dan Pisunk serta wakil paling jauh dari planet Pluto yakni Aku dan Bido telah menghabeskan beras di Restoran Diya Iskandar depan utp sana nun.
Persidangan kali ini bersifat lebih kepada persidangan mengisi perut2 serta tong2 gas kosong yang kelaparan dan bernafsukan hidangan yg baru selain dari hidangan cafe pak ali, v5, v4 dan yg sewaktu dengannya. Nafsu lelain tu, sendiri2 paham lah ye?
Gambar?
Aku tak ambek gambar, sebab kalau dilihat pada kuantiti makanan yg diorder malam tu, mungkin boleh buat jamu kenduri khatan kanak2 Kampung Parit Buntar. Mungkin kamu tak sanggup nak tengok. Atau kamu sanggup tengok, tapi aku aku tak sanggup nak bagi tengok. Atau mungkin kamu tak sanggup nak bagi aku sanggup tengok, tapi aku sanggup tak sanggup nak sanggupkan kamu tengok. Atau...
Cam celaka je kan?
Tapi yang pasti,
Gendang Gendut Tali Kecapi,
Perut Dah Gendut Nak Makan Lagi...
Selepas segala pembayaran dibuat, tetiba anak tekak gatal pulak nk merasa burger. Membayangkan Grilled Chicken Foldover McD jauh skali kerana masa 40 minit utk ke McD Gopeng akan membuat enzim perut beralih pula pada menu2 lain.
Jadinya? Burger stall kat Taman Maju!
Sampai kat sana, macam ada pesta. Bukan pesta seks la mangkuk!
Skali ada pesta akak2 dan pakcik2 yg gila berkaraoke sedang berlangsung dgn jayanya. Disertai jualan barang2 original siam serta beberapa anak muda yang sedang tekun membuat kerja sekolah di tepi deretan stall menjual barang2 hardware sambil melayan EX5 dan RXZ. Malam2 jual harware? Pelik aku!
Tengah2 blues tak jumpa stall burger, tetiba satu kedai menarik perhatian kami. Macam melihat Fasha Sandha dalam skrip 7707. Ouchhh!! Seksi, Meksi, Menarik, Teh Tarik! Semua unsur elemen2 kelelakian tercabar ah boleh kata!
Langkah diayun laju. Laaa, kedai jual t-shirt cap ayam rupanya! Ceh, baju tak ori. Tak macho ah pakai baju cap ayam. Apa barang cap ayam ye tak? Beli yang ori je, baju camni low class. Sampah! Pembaris! Pokok kaktus betul la!
Kalau nak beli, belilah...
DUA!! Sebab tu aku beli 2 helai je...
Hahahahahaha!!!
(CAP AYAM PUN ADA CAP JUGAK KAN??? KAN? KAN??)
6 ulat gigit daun hijau:
Hait? masih belajar lagi di UTP?
bukan sudah bekerja ker?
hmm =?
cm sial je,da beli pastu ngate2....
ko bdak utp ke???
sekangkang kera je la ngan umah aku..
huhuhu...
aih abeslah kin..kwn2 die sume prut bsr cane die nk diet nh..=P
asna cute - haha! yerp. saya hanya intern. tamat intern, saya kembali ke UTP... :D
anyway, selamat bertunang. smoga semua berjalan lancar ya...
api - hahaha! besar mana la kera ko kan? hahaha! :P
Suraya - hahahaha! perut besar takpe asal hati pun besar... ^_^
ek..tgk gak skrip 7707 yek..
fasha sandha sexy eh?hihi...
jijie - hehe! xdelah, tak tgk pun. just dgr rumours org crita... lelaki2 baek tak tgk crita mcm tu. hehe! :P
Post a Comment