ClassBatal, sebuah band tempatan yg tidak asing lagi pada pendengar-pendengar muzik zaman 60an. Masih lagi mengekalkan konsep slow rock punk yeh yeh, pada tahun ini yakni 2009, mereka muncul kembali dengan frontline2 baru yg bakal menggegar utk album ke 29 mereka. “Burger Tak Masak”, itulah nama album baru mereka yg menjanjikan 1008 kepuasan utk fan fan mereka yg begitu kehausan cinta pada band ClassBatal ini.
Band ini pernah mencipta rekod dengan menghasilkan 700 lagu singles sepanjang zaman yg tidak pernah mampu dicabar oleh band-band lain walaupun selepas 2 abad! Lagu-lagu seperti “Awek 7 Eleven Yang Aku Masih Dok Tackle Tak Dapat-Dapat”, “Anak Ayam Mati Tercekik Biji Durian”, “Kusimpan Kad Kredit Mu Yang Kau Tak Nak”, “Aku Pencinta Amelina Dangdut”, “Cinta Senipis Walletku Di Hujung Bulan” serta “Nak Beli Rokok Tak Mampu Jadi Aku Pow Member Punya” Masih lagi segar di ingatan peminat peminat muzik mereka.
ClassBatal juga telah berjaya menghiburkan lebih 1.47 juta peminat mereka di seluruh Malaysia, Indonesia, Selatan Nepal, Kepulauan Zimbabwe Utara, serta Mongolia 4 Musim dengan mengadakan konsert2 terhebat sepanjang zaman. Lebih 8241 konsert yg telah mereka adakan di seluruh pelusuk planet di mana antara konsert2 yg paling diingati adalah di perkarangan rumah Mak Cik Jenab Nasik Lemak yg mana pada waktu itu tema konsert tersebut adalah “Jerangkung Dalam Baldi”. Sungguh ganas dan menyeramkan walaupun lagu2 yg dibawa berentak zapin lenggang dengan kerjasama persatuan tarian sumazau dari jawa barat. 12 ekor kerbau hitam, 40 ekor biri-biri ternakan FAMA serta 34 ekor lotong liar yg dibawa khas dari Zoo Melaka telah dikorbankan dalam konsert tersebut di mana 41 orang peminat mengalami sawan babi sejurus selepas konsert akibat sesak nafas melayan lagu zapin cak pong cak pong yg dibawa oleh ClassBatal dalam versi metal death iras2 Megadeath dan Iron Maiden! Manakala monyet2 liar yg berkeliaran di kampung tersebut didapati telah mengalami trauma cacat otak akibat keganasan ClassBatal yg menyanyikan lagu2 mereka pada skala 18.9 skala richter decibel!
Fronline ClassBatal utk tahun 2009 masih mengekalkan BowBow (saudara bau-bau bacang dgn BowWow) sebagai vokalis utama yg mampu membawa lagu Ku Di Halaman Rindu nyanyian Nash lefthanded dengan skali nafas sahaja! Lead gitar telah beralih tampuk pada saudara Fidot, bekas tukang masak Donald Trump yg dipercayai lari dari hutang tak bayar sewa bilik di New York. Dengan pendedahan sebegitu meluas di negara “chill” tersebut, tidak hairanlah Fidot mampu menggoreng lagu BYOB dari System Of A Down sambil memakan karipap daging dan membantu adiknya membuat kerja sekolah pada satu2 masa!
Bassist? Siapa lagi kalau bukan Peace-Ang-Gun! Nama yg cukup disegani dalam irama kuda kepang kerana beliau mampu membuat wheelie pada kuda kayu tersebut sambil pejam mata. Peace-Ang-Gun sebelum ini pernah menganggotai band Lifehouse dan menjadi tulang belakang Blink 182 tetapi beliau merasakan dunia Hollywood terlalu cemar dab bebas dengan perempuan, sedangkan beliau lebih suka berzanji di dalam bilik pada malam sabtu, bukannya pegi Las Vegas mengabihkan beras dan hasil kutipan royalti mereka.
Kini, dengan album baru mereka berjuduj “Intern Lagi 2 Minggu Nak Habis, Awek Burger King Masih Buat Tak Kenal” yg membawak konsep alternatif punk dan indie, mereka cuba menggabungkan elemen-elemen tarian puak Zulu di afrika dalam lagu-lagu mereka. Hasilnya, 138 lagu dimuatkan dalam album ini dan 33 singles ClassBatal telah meloloskan diri di BillBoard lagu2 nasyid di Tumpat Kelantan, dengan menggunakan Maya Karin dan Hamid Gurkha sebagai album artwork! Album ini juga dianggap tribute pada RaymeeKari , drummert mereka yg kini masih ditahan di Sungai Golok Thailand kerana cuba menyeludup 152kg belacan asli dari Narathiwat. Untuk RaymeeKari, mereka telah dedikasikan lagu “Apasal Kau Seludup Belacan Ikut Sungai Haa??” sebagai mengingati sahabat mereka yg kini meringkuk di Guantanamo dengan hukuman hisap rokok 15 batang skaligus setiap 2 jam, sekali selepas breakfast!
Jikalau anda kenal Wings, Search, Lefthanded, BPR, Black Dog Bone, Pertubuhan Seni Suara Anak Perlis, Kugiran Abuya dan Rakan2, atau setidak-tidaknya Band Bengkok (apala punya nama!), sudah pasti ClassBatal masih tersemat dalam hati nurani anda antara band2 yg pernah melengkapkan kisah hidup anda dgn gamitan lagu2 mereka. 14 lori anugerah dan trofi dari RTM, TV3, NTV7, Astro Oasis, Akademi Fantasia (WTF?), Mentor, Jangan Tidur Lagi, Jalan2 Cari Makan serta 2 pencalonan America’s Kids Choice Award membuktikan ClassBatal bukanlah calang2 band anak Melayu yg buta warna. Buta warna tidak pernah mencacatkan mereka dari menghasilkan berpuluh ribu lagu yg kini masih kedengaran jika anda ke kedai Basikal Ah Peng, Superstore Tesco, Mini Market Uda dan Stesen Radio KLFM! TV3 juga telah mengambil inisiatif utk membuat siri realiti TV khas utk ClassBatal dgn tajuk yg dipersetujui sehingga ini ialah “Kalau Kau Bukan Awek, Jangan Harap Nak Menang!” bagi mencari anggota mereka yg kelima.
Bakat ClassBatal juga tidak terhenti pada nyanyian sahaja, sebaliknya mereka turut mengambil peluang dgn memegang pelbagai watak dalam 5 buah filem, tempatan serta Hollywood. Filem2 seperti “Gerak Khas The Movie: Korean Version” telah mengambil BowBow sebagai tukang jual air batu campur di kaki lima di mana lakonan mantap beliau telah mendapat pujian Perdana Menteri Rusia pada waktu itu, seterusnya mengambil BowBow sebagai duta projek angkasawan pada tahun 2016 nanti.
Fidut juga tidak kurang hebatnya apabila ditawarkan watak Legolas dalam filem The Lord Of The Rings tapi beliau terkena demam campak pada waktu itu yg menyebabkan beliau menolak lamaran utk berlakon dalam filem tersebut. Namun tuah masih menyebelahi beliau apabila ditawarkan berlakon teater di bawah arahan Yasmin Ahmad utk teater berjudul “Tiang Letrik TNB Bukti Cintaku Pada Nenekmu”.Kalau tak silap kajian saya, Fidut memegang watak paling mencabar dalam teater tersebut, iaitu err… erm, tiang letrik la! Susah kot jadi tiang!
Saudara Peace-Ang-Gun pula mendakwa lakonan bukan sebahagian dari seninya. Maka beliau mengambil jalan pintas utk mempopularkan diri beliau dengan berlakon part-time dalam advertisement sebuah syarikat telekomunisi terkenal. Memakai kostum kuning sedikit gempal dan sentiasa mengikut pengguna telefon bimbit ke mana2, Peace-Ang-Gun menjadi faktor utama syarikat telekomunikasi berkenaan mendapat untung berbilion ringgit pada waktu itu. Kini, beliau lebih suka menyendiri di dalam washing machine LG sambil mencari ilham utk lagu2 ClassBatal.
Oleh itu, jangan lepaskan peluang menghadirkan diri anda (bawak adik pompuan ramai2 yer?) ke konsert ClassBatal yg bakal dilangsungkan pada 31 Julai ini di Secret Garden, Stadium Negara. ClassBatal dijangka menghangatkan keadaan dgn cuba membuat persembahan 3 hari 12 malam tanpa henti, kecuali utk buang air kecik dan solat sunat dhuha. BowBow yg kini mendapat sentuhan kasih sayang make up artis beliau sendiri turut mengundang Ahmad Dhani Bidin, vokalis Kumpulan Dewa Dewi Tadika Dzul Iman dan Mulan Jameela sebagai opening act utk konsert mereka.
Tiket2 berharga RM388, RM258, RM138, RM18 dan RM0.18 sen boleh didapati di kedai-kedai jamu Putri Wulandri, Kedai Jam Lee Ah Leong, Kilang Roti Ana, Pusat Latihan Memandu Kumaresan, Pondok Polis Kg Beruk, TGV KLCC, pintu-pintu masuk stadium dan kedai2 snuker seluruh Negara serta tong-tong sampah yg berdekatan. Tempahan online boleh dilakukan di www.jolikatak.com tetapi link dijangka mengalami kesesakan kerana peminat2 ClassBatal yg terdiri dari hacker2 negara Papua New Guinea telah mencerobohi database MySQL jualan tiket. Astaga!
Sebagai tip of the iceberg konsert tersebut, 55 buah jet A380 airbus milik AirAsia bakal dibakar dgn minyak tanah sebagai mercun dalam menyambut konsert 40 tahun ClassBatal! Dengan ClassBatal bakal terjun dari udara dalam menyampaikan 36 lagu mereka! Jumpa anda di sana!!!
6 ulat gigit daun hijau:
best ke??
Rajin plak ko tulis panjang2 nih...
Selamat habis intern! Haha, nak habes intern kemaruk lak~
waaa..amatlah panjang ayat anda..huhuk!
sharah - lagenda. ada lagenda yg tak best? hehe! :P
Sabun Fab Ray - hehe! memang style gua brader...
AlexAlabasta - hahaha! yeah! thanx. 2 minggu je lagi, then everyting's over! hehe... ^_~
Farhah - yerp. guess i'm born with it. hehe! :P
Post a Comment