Assalamualaikum? Ma ko nih?”

(Assalamualaikum. Ma ke ni?)


Ayat pertama bila panggilan aku bersambut, menandakan panggilan aku berjawab. Jarang benar klau aku call mak aku dia tak angkat. Kalau tak angkat, mesti ke masjidlah tu. Jarak tak jauh, so smayang wajib memang dia slalu buat kat masjid.


“Waalaikumussalam. Ho, Ma la nih. Pie sihat ko?”

(Waalaikumussalam. Haa, Ma la ni. Pie sihat ke?”)


Ibu. Apa-apa hal pun, kesihatan dulu dia tanya. Stereotaip. Takkan pernah dia start dengan soklan lain. Tapi ke’stereotaip’an sifat penyayang mereka itulah yg menjadikan diri seorg ibu 3 kali ganda lebih wajib dicintai dari seorg ayah. Lu ingat senang jadi penyayang?


“Oghe sihat yah, supo skalo. Ma dok wat gapo? Make nasik doh ko?”

(Orang sihat je. Macam biasa. Ma tengah buat apa? Dah makan ke?)


Sebenarnya aku kadang2 blank bila cakap dgn mak aku. Tak tau nk bukak topik apa sebab klau aku salah cakap mesti ada nasihat yg diberi. Bukanlah aku tak nak trima nasihat, tapi alah, korg tak yah hipokritlah, sapa suka dgr nasihat ye tak? Lebih kurang aku jer semua kan?


“Ho. Make nasik doh. Ni Ma nok ghoyak mugo ko pie.”

(Dah. Dah makan dah. Ni Ma nak bagitau benda pada Pie)


Gulp! Alamak, sesi nasihat tazkirah lagi ke? Adeyh! Tak sempat nak elak, tahan jelah. Naseb baek aku takde nk buat apa2 malam ni. Ni biasa klau opening macam ni, mau 15-20 minit nih.


“Ma nok ghoyak gapo?” Kias sket ah! Hehe!

(Ma nak bagitau apa?)


“Pie kalu nok caghi oghe tino, kalu buleh gak, caghi hok pakai klubung kepalo lah. Buke ma nok laghe ko gapo. Tapi Pie keno ingat, oghe jate ni bakal jadi ketuo keluargo. Ketuo keluargo besar tanggungjawab dio. Doso dio sedighi, doso bini dio, doso anok2 dio, semuo dia kena tanggung.”


(Pie kalau nak cari orang perempuan @ awek, kalau boleh carilah yg pkai tudung. Bukanlah Ma nak larang ke apa. Tapi Pie kena ingat orang lelaki ni bakal jadi ketua keluarga. Ketua keluarga besar tanggungjawabnya. Dosa dia sendiri, dosa isteri dia, dosa anak2 dia, semua dia kena tanggung.)


Err, apasal tetiba kluar topik pompuan pakai tudung tak pakai tudung nih? Aiyak! Ini membikin gua risau nih. Gundah gulana hati kecil beta. Macam Sadik Segaraga bila Abdul Wahub tak balik2 walaupun sudah malam hari.


“Hmm… Tapi Ma, buke semuo oghe tino hok tok pakai tudung tu tok baik. Ghama jugok hok baik. Buke semua oghe tino hok pakai tudung tu baik.”

(Hmm… Tapi Ma, bukan semua orang perempuan yang tak pakai tudung tu tak baik. Ramai jugak yg baik. Bukan semua orang perempuan yg pakai tudung tu baik.)


Aku cuba mencari punca. Nak kata membidas, takdelah. Saja nak dgr penjelasan lanjut, pandangan seorg ibu, seorg wanita. Seriously, gua tak tau kenapa topik ni tetiba muncul. Dalam telepon pulak tu!


“Betul. Ma tok kato oghe tino hok ghambut lepah tu tok baik. Tapi Pie yakin ko Pie buleh didik dio? Oghe tino ni pie keno ingat, bilo nikoh, dio haghap ko Pie doh nok didik dio. Nok ajar smaye, ajar poso, ajar amal-amal ibadat lain. Kalu dio tu pakai tudung doh, lagi mudoh Pie nok ajar.”

(Betul, Ma tak kata orang perempuan, err… ‘freehair‘ tu tak baik. Tapi Pie yakin ke Pie boleh didik dia? Orang perempuan ni Pie kena ingat, bila dah kawen, diorg mengharap pada Pie utk didik diorg. Nak ajar cara solat, ajar puasa, ajar amal-amal ibadat lain. Kalau dia dah bertudung, lagi mudah Pie nak ajar.)

“Hmm… Oghe tokse nikoh lagi Ma. Haha!” Batuk2 kecil.

(Hmm,.. orang tak nak kawen lagi Ma. Haha!)


Ehem! Ehem! Dah 2 kali dah batuk2 gelabah nih. Keluar crita pasal kawen la pulak. Ketawa tu nak tutup bunyi enjin motorbot yg tgh berdengung2 kat dalam. Kaver kaver!


“Tau. Ma tau. Cumo Ma beghaso ma keno peghingat ko Pie. Pie nok saing takpo, tapi keno ado batase. Kalu buleh, ajok saing-saing smaye skali. Pie oghe jate, jange malu nok ajak saing wat ibadat. Biarlah oghe kato gapo pun. Tapi Pie pecayo lah ko Ma, oghe jate hok wak baik denga ikhlas, insyaAllah Allah ake temuke jodoh dio denga oghe tino hok baik jugok.”

(Tau. Ma tau. Cuma Ma terasa Ma kena ingatkan pada pada Pie. Pie nak berkawan takpe, tapi kena ada batasan. Kalau buleh, ajak kawan-kawan solat skali. Pie orang lelaki, jangan malu nak ajak kawan buat ibadah. Biarlah orang lain kata apa. Tapi Pie percayalah pada Ma, orang lelaki yg berbuat baik dgn ikhlas, InsyaAllah Allah akan temukan jodoh dia dengan orang perempuan yg baik juga.)

“Yo Ma. Betul kato Ma. Tapi bakpo tibo-tibo ceghito pasal oghe tino nih? Hehe!”

(Ya Ma. Betul kata Ma. Tapi kenapa tiba-tiba cakap pasal orang perempuan ni? Hehe!)

“Pie anok Ma. Pie telepon sokmo ko ma. Ma buleh ghaso. Nasihat ma, kalu besaing, besaing besungguh kerano nok jago agamo dan budi bahaso kito. Jange besaing denga oghe tino kalu Pie ghaso dio merosakke diri. Pie dok jauh dulu lagi. Ma cayo ko pie, sebab tu ma pese awal-awal.”

(Pie anak Ma. Pie selalu telefon Ma. Ma dapat rasa. Nasihat Ma, kalau berkawan, berkawan betul2 kerana nak jaga agama dan budi bahasa kita. Jangan berkawan dengan orang perempuan kalau Pie rasa dia merosakkan diri. Pie jauhkan diri awal-awal. Ma percaya pada Pie, sebab tu Ma pesan awal-awal.)

“Baik Ma. InsyaAllah, oghe try jago stakat hok buleh.”

(Baik Ma. InsyaAllah, orang try jaga stakat termampu.)

“Ho lah. Haa, takpolah, nanti smula Ma telepon pulok. Assalamualaikum.”

(Baiklah, Haa, takpelah. Nanti lain kali Ma telefon pulak. Assalamualaikum.)

“Waalaikumussalam. Ma jago dighi molek deh. Kalu ado gapo2, ghoyak lah ko oghe.”

(Waalaikumussalam. Ma jagi diri elok-elok. Kalau ada apa2, bagitau lah pada orang.)

“Takpo. Ma tak dop gapo2.”

(Takpe. Ma takde pape.)

“Okey.”


Klik! Panggilan diputuskan, mak aku dah letak. Haih, tetiba rasa smacam bila mak tetiba call out of blue, pesan supaya jaga batas pergaulan aku dengan kawan2 pompuan. Apa crita nih? Ke ada benda jadi yg aku tak tau? Mak aku ada basic instinct macam Peter Parker ke? :P


Takdeah, aku yakin ini Cuma naluri seorg ibu ni, yg sentiasa mahukan yg terbaik utk anak dia. Tak caya? Try call mak korg. Agak2 kalau dengar suara korg, dia tau tak apa yg korg tgh rasa? Aku bet singgit dia tau! Aci potong jari kelingking korg. Hehe!


**************************************


(cantik! begini?)


(ayu! atau begini?)

Artikel yg aku merepek ni bukan nak justify sapa betul sapa salah, cuma aku sekadar cuba mentafsir pandangan seorg wanita bergelar ibu. Aku takdela jahil, aku tau bukak aurat tu haram. Tapi skrg ni bukan itu tujuan aku menulis. Bukankah kita tak boleh nk terus mengatakan semua yg ‘nampak baik’ itu baik? Dan bukankah tak adil utk menghukum sesuatu yg ‘nampak macam tak baik’ itu betul2 tak baik?


Aku menulis sebab aku rasa aku hanya mampu berfikir dalam2 pasal hal ni bila aku menulis. Kalau korg rajin pulak baca dan tetiba ada something yg lahir dalam hati korg yg korg rasa tetiba membuak-buak nk bgtau, just shoot me. Gua sedia mendengar pandangan korg. Manis atau pahit.


Aku agak isu tudung tak tudung ni sentiasa jadi topik ‘Pillow Talk’ di kalangan pompuan. Betul ke? Oooppss, girls! Pompuan tak bunyi omputeh, girls bunyi omputeh sket ye tak? Haha! Well, kalau ada minit mesyuarat tak rasmi pillow talk korg yg boleh dibentang, bentangkan je kat sini. Perap lama2 pun, korg lupa gak someday.


p/s: kalau aku mintak pendapat Akhil Hayy, korg rasa amacam? Dia kan slalu jemput tetamu undangan ‘freehair ‘dalam Café Akhil Hayy. Prasan tak?


Anak rusa nani, Baru pandai jalan.

Ada salah kami, Harap dimaafkan.


^_~


Chiow~


NotaDalamPoket: Pie adalah panggilan mak aku pada aku.


8 ulat gigit daun hijau:

erm..seyesly...sorg ibu...kuat instinct nye terhadap sorg anak dalam pe jua keadaan...eithr kita gtau ke x sesuatu perkara yg berlaku kat kita..darah yg mengalir dalam badan kita pun dari ibu kita..dats y la ibu e2 lg understd kita dari sorg ayah...tp xbermkna sorg ayah e2 perlu disish kn...:)

erm..sbnrnya isu ni agak sensitf..huhu.
kwn2 lelaki sy selalu ckp : cr awek biar yg sexy, body mantop n yg pasti freehair...
(dgn alasan bole dibw kemana-mana)
terasa beb kekadang..
tpi biar ar..da mmg sy bertudung.
dlm konteks tersebut (adeh..mcm lecture dlm kuliah plaks)
kite takleh serkap jarang kat org.kdg2 org yg freehair ni blum smpai seru (kata depa la..huhu..gua taktau nk komen pe tang tu)
and org yg bertudung blum tentu .... (sy tak mo ayat yg ni..tolong smbungkan eh..hihi)

so..

bak kata nabil : lu pikir la sndri..

bak kata saya : tepuk dada tnya la selera.. tanya la hati tnya la iman what type of girl that u want.. (",)v

~peace n harmony~

p/s perghhh! pjg plak komen kali ni..kihkih

haaa... hambek!!
kne ceramah sepamm...

cyndaguil - err, anda tersilap topik? hehe! :P

jijie - well, sy stuju utk mengatakan tudung bukanlah satu2nya ukuran utk mengatakan perempuan itu baik atau tidak.
cuma persepsi org (terutama dari pantai timur, lebih cenderung ke arah itu.
dan jangan risau, tudung tau tidak, member tetap member.
jodoh? masih jauh utk difikirkan... bukan begitu? :D

Fab Ray - haha! bukan ceramah, sekadar apa yg dirasa.
awek 'freehair' hot ke mie?? hehe! :P

naluri ibu mmg slalu mcm tu..
aku penah tepon mak aku,
pastu mak ak ckp die riso tgk budak2 pmpuan kat kmpg aku..
pastu die suh ak jgn wat prangai bukan2..
-_-"
mcm tau je ank die nh xbpe nak baek.

jgn wat prangai bukan2..

hahaha suraya

Suraya - dia ingatkan sebab sayang... :)

tienzyee - :P

daun hijau

daun hijau

ilustrasi pensil & cinta

Projek ini sudah lama aku rancang, tapi hingga saat ini baru diberikan sedikit kekuatan, ruang dan masa untuk benar-benar merealisasikannya.

Baru saja bermula, InsyaAllah sedikit demi sedikit projek ini akan aku usahakan dan sampai waktunya nanti, akan aku dedahkan secara umum matlamat dan hasil sebenar projek ini pada sahabat, kawan dan rakan-rakan bloggers.

Ianya projek yang ringkas, tapi amat sangat bermakna untuk kersani. Harap kalian sabar menunggu.

kira ulat

kroni ulat hijau

ulat hijau

tiga

tiga

rendam

rendam

sembang ulat


ShoutMix chat widget

pustaka ulat

FEEDJIT Live Traffic Feed