Dengar2 cerita wabak selsema bab* yg tengah hot sehot lagu 'love story' ni dah merempat datang sampai KLCC?? Sampai ada satu level suma-suma staff dia diarahkan balik buat MC. Pastu siap kena home kuarantine (aku agak lar...) Heaven ah mcm tu!!!


Tapi takpe, aku tak minat nak cerita pasal bab* bab* nih, aku nk cerita pasal satu GENG MAFIA yg kini tgh diburu inter'Cepol'! PSSM singkatannya. Jangan tanya aku apa makna akronim tersebut. Dalam beberapa bulan lepas, geng ni sudah buat satu 'packed' bahawasanya setiap ahli2 nya harus berpegang teguh pada satu tekad yakni, "Lebih Baik Tidak Mempunyai Awek dari Mempunyai Awek Yang Tak Cun!" Dan dengan pegangan itu, mereka2 yg telah dikenalpasti sebagai layak utk direkrut sbg ahli2 PSSM diheret masuk ke dalam geng ini dan diwajibkan bersatu hati menentang pencerobohan awek2 yg tak cun dalam hidup satu sama lain.


Kemunculan seorg lelaki, biar aku namakan dia sbg B (bukan nama sebenar) di tempat internship mereka menjadi bahan gelakan dan neraka sumpahan pada ahli2 PSSM kerana jelasnya (lahiriah dan rohaniah!) B langsung tidak sekacak dan sehot jejaka2 ahli2 PSSM. Bahkan kalau skalipun dibandingkan kehenseman B dgn salah sorg ahli2 PSSM tu, ianya ibarat antara Venus Williams dan Maria Sharapova gamaknya! Ibarat taik gigi dan emas 24 karat pun boleh! Atau ibarat Honda Cup Prix 50 Sen dan Ducati Monster! Itulah metafora yg paling sesuai klau skalipun nk menggambarkan 20% dari tahap kehebatan dan kemachoan PSSM nih.


Tapiiiii, 2 hari yang lepas......


Geng Mafia kini bukan lagi Mafia. Sebaliknya mereka adalah pemegang lesen "L" yang paling besar! Ni bukan L lesen keta moto tu, tapi ini adalah lesel L yang maaf, hanya ahli2 PSSM saja yg faham. Sungguh tak disangka, cempedak jadi nangka, BigMac jadi CarlsJr dan selsema burung dah jadi selsema bab*, tiba2 saja kerna satu link blog yg amat simple, ahli2 PSSM dicampak taik manusia kat muka sorang2! Hahaha!


B, kamu telah membuktikan bahawasanya, kayu pun kalau berusaha boleh dpt awek yg (okey la, xdela cun sgt...) cun la. Bukanlah aku nak mengatakan kamu itu kayu, tapi selayaknya kamu patut mengambil itu sebagai satu pujian. Kayu adalah benda hidup. Selain dibuat perabot, kayu juga kadangkala menjadi arang. Dan tanpa kayu awek2 tak dapat berpaut andai jatuh.


Masalahnya kenapa awek tersebut 'berpaut' pada kayu kamu??


Dan seolah-olah awek itu buta kayu (maaf, bahasa kasar sket!) kerana memilih kayu yang sememangnya kayu yg tak hot, serabut dan selalu saja menjadi dubuk liar di kalangan singa2 mantap PSSM di taman KLCC. Hinakah kami??? Lunyai sangatkah kami kerana cuba memilih yg terbaik??? Roti canaikah kami jika mencari cinta sejati dari aweks2 yg seksi meksi, freehair dan hot??? Kenapa kayu juga pilihanmu???


Maafkan aku rakan2, ini cuma luahan perasaan menjadi antara umat L! Dan jangan juga kamu bertanya aku siapa ahli2 PSSM. Kamu letak pisau rambo platinum kat leher aku pun aku takkan cakap!!!


p/s: mungkin ahli2nya patut join aku dan bobo, majukan kilang budu di tumpat Kelantan. Sekian terima kasih.




Secara normalnya, penyesalan memang takkan datang awal. Sesuatu harus terjadi dan selalunya ia melibatkan perkara buruk, barulah rasa menyesal itu datang. Tapi bila dah menyesal, masa yg ada utk membetulkan keadaan selalunya tidak cukup, dan tindakan di luar dugaan adalah jawapan yg paling sesuai.


Jarang sekali bila keadaan terdesak, kita akan melihat manusia bertindak normal. Bagi student umpamanya. Ketika minggu final exam, di saat hasil pengajian selama hampir 6 bulan dilambakkan dalam satu fail dan kita diperlukan utk menghadam seberapa pantas yg boleh. Lebih memilukan, bukan hanya satu fail, tetapi ada yg enam, tujuh fail lain yg jika ditimbunkan, nampak setinggi paras hidung. Awek pulak tak habes2 merengek mintak belaian kasih manja di kala otak tgh serabut.


Dialog lanjutan : “Kamu tak fahamkah aku sedang blajar utk masa depan kita?!!” cakap dlm hati sajalah...



(bila belajar main2, inilah jadinya... terima kasih model2!)

Menyesakkan nafas. Memang menyesakkan!


Hidup drebar teksi juga begitu aku rasa. Kalau kamu biasa naik teksi, selalunya ada ramai pemandu teksi yg duduk menunggu penumpang. Ada saja kelibat manusia2 yg dilihat berpotensi utk menumpang lalu lalang, terus dioffer dgn perkhidmatan. Lebih2 lagi bila kerusi menunggu sudah penuh, dan persaingan mendapatkan customer dirasakan membahang. Cepat2 mahu dihantar penumpang yg ada, dan mencari penumpang yg baru. Cepat2 dihantar supaya lebih banyak duit yg didapat. Lebih banyak duit yg didapat, lebih banyak yg boleh dibawa pulang ke rumah, utk menyuap anak bini. Beli rokok dulu, baru bawa balik. Kalau rokok pun tak lepas macamana?


Dialog lanjutan : “Ayoyo! Ini hari banyak sial juga. Sikit juga customer.”



(saingan2 di depan mata...)

Sial. Memang sial!


Kamu kata kerja besar2 tak menyesal? Kerja manager2, kerja pegawai2 tak menyesal? Manager tak perlu susah2 ambil tahu semua benda, tahu sikit2 saja sudah cukup. Asal nampak macam tahu. Projek masuk, bagi motivation sedikit nanti orang lain yg kerah2 keringat. Manager tak perlu susah2.


Tapi bagaimana kalau projek juta2 yg sudah bikin senyum berbulan-bulan tiba2 ada sponsor tarik diri? Bagaimana kalau tiba2 ada orang kanan bikin hal bocorkan rahsia perincian projek? Dan bagaimana kalau dapat anak2 buah yg memang nak jahanamkan syarikat? Aku rasa ramai saja manager tumbang. Tumbang bukan sebab tak bersenam, tapi tumbang bila memikirkan masa depan BMW 5 Series yg belum penuh dibayar atau banglo mewah di Damansara Heights yg berbaki ribuan-ribuan atau memikirkan imej di depan rakan sekayu golf?


Dialog lanjutan : “Apa??? Projek tak lulus dgn kerajaan??? Matilah aku!”



(mana nak cekau duit ganti $15 juta dolar bank loan nih????)

Malu. Memang malu!


Macam yg aku kata tadi, penyesalan selalunya di hujung2. Jarang ada student yg bersedia dgn penyesalan. Sama macam drebar teksi, sama juga dgn manager. Tak ada beza. Yang membezakan ialah berapa teruk tahap penyesalan itu. Student kalau fail exam, boleh repeat katanya. Apa susah, sambung saja satu sem. Walhal masa depan belum berjanji kamu terlewat satu sem kamu dapat sama seperti yg kamu dapat kalau kamu awal satu sem.


Drebar teksi? Pandu teksi macam tgh race 100 meter dgn pelesit. Agaknya mat pelempit (pelesit + rempit) pun geleng kepala tgk drebar teksi bawak keta. Mat pelempit walaupun diorg bawak motor laju2, dia memang sudah mati. Jadi dia tau kalau bumper treler tayar 16 cium mulut dgn mudguard depan EX5 diorg pun, diorg takkan mati lagi skali. Tapi lu? Anne, lu ada anak bini mau makan, mau skolah juga. Sikit ingatlah sama anak bini. Sudah mati kalu, sapa mau tanggung? Lu mau anak lu jadi gangster ka? Kasi fikir sikit, bagi pelajaran sama anak kicik, nanti besar, diorg boleh jaga lu pulak. Mau laju tarapa, tapi kasi ingat itu orang tersayang juga. Tersampuk hantu raya ke bahasa aku nih?


Dan sedikit gua nak sentuh pasal manager2, serius dalam kerja itu satu keperluan. Tapi jangan sampai kerja tu mcm dah terniat nak bawak mati. Projek kecil2 pun kalau hidup berkat, senang beb. Apa guna merempat mintak projek besar2, tapi dalam merempat tu kau rendahkan martabat diri kau? Kau lunyaikan harga diri semata2 kerana kau nak tunjuk kau mampu main golf kat country club sana. Kau pukul bola golf pun banyak kali yang tak masuk dari yang masuk. Mungkin kau pun lupa, lepas kau pukul bola tu, kau kutip balik. Ironinya, kenapa nak kutip balik benda kau dah pukul jauh2? Sebab benda tu membuktikan kau pukul dan bola tu masuk dalam lubang. Maruah? Kalau kau dah campak kat kaki orang, kau boleh kutip balik?


Sudahlah aku merepek panjang2 pun. Aku tau korang akan skip2 jugak bila baca kan? Sambil hati korg mengutuk dan mencerca. Aku tau. Tengok, sekarang korg dah senyum. Kan?


Soalan lanjutan : “Apa punya post la dia ni? Tak ada gambar2 best pun?”


Menyampah. Memang menyampah!


Tapi aku menulis sebab smalam aku naik teksi. Hampir hilang nyawa sebab teksi tu tak reti berhenti kat lampu merah. Sedikit sebanyak seronok juga, macam naik roller coaster. Takde peraturan! Dan bila ingat nyawa boleh melayang kerana seronok yg tak seberapa, aku menulis dgn perasaan yg bercampur baur. Macam sambal balacan. Semua rasa ada.


Kalau rajin baca, bacalah. Aku nak layan kartun The Incredibles…


Chiow~


p/s: agak2 Lan MUH menyesal tak tinggalkan band yg telah menaikkan nama Lan di kalangan indie scene???


(LAN.)








Salah satu cara paling simple utk mengindahkan gambar2 tanpa perlukan byk usaha adalah dgn membuat gambar kelihatan old school atau hitam putih. Warna taik cicak.

Kalau di KedaiPhoto, aku suka gunakan greyscale dan sedikit ejasan pd "curves", "brightness & contrass", "shadow & highlight" serta "exposure". Tak sempat berpeluh jari, biasanya akan dapat gambar yg nostalgic dan bermemori.

Cuma perlu pastikan gambar itu ada 'soul'. Pasti akan cantik.

Sekurang-kurangnya cantik pada kamu yg membuatnya bukan?







(jumpa kat mid. agak2 letak pic sport idaman, bagi mood heppy bila menulis...)


Sabtu

2.30 pm

MidValley


Aku sampai agak terlewat sikit dari masa yg dijanjikan. Tak pasal2 anak sedara aku nak ikut sekali tadi. Tak bawak karang, malas aku nak memujuk2 dia balik nanti.


Sesi jalan2 ptg ni lebih dari sekadar jalan2 sebenarnya. Nak kata terapi mental pun tak jugak. Tapi bila kawan kita needs a shoulder to carry her ‘story’ on, aku rasa dari hukum sunat, hukum tu dah jatuh wajib utk aku tolong dia, mana yg termampulah.


Save the story, jumpa dia kat MPH then let’s crita sambil makan.


Usha punya usha, akhirnya decided nk try rasa makanan kat Chili’s. Sedap ke tak, kena makan dulu lah kan?


Dah siap order semua, kawan aku ni memulakan cerita. Bertubi2, berdas2 dan bermacam2 hal yg mengusutkan otak dia. I can sense that. Kesian pun ada. Aku tak tau nk stop crita dia kat mana. Tak sempat nak hadam satu2 pun. Tapi dia ni bukan jenis senang2 crita masalah dalaman kat member2. Jadi di kalangan kawan2 dia pun, hanya sekelompok tu jelah yg tau dan maybe sikit sangat je pun yg anggap masalah dia serius.


Aku? Aku dah tau lama. Tapi when the silence moments between us had been so long, I assumed that the case had been raised. Dah setel! Finished! Full stop! Tapi rupanya belum, and looking at the fragile face and feelings she was trying to hide, aku tau dia tgh pendam suatu perasaan yg menggempur hati, tapi tak tau nk cakap kat sapa. Well, kalau rasanya pokok kaktus boleh mendengar dan angguk sebagai act of agreement, mungkin kawan aku ni boleh buat therapy session dgn benda alah tu. Sapa tau?


Well, hidangan sampai and the session went on. Sejam rasa macam 10 minit je. Senyuman Chinese waitress yg cute bagai Kelly Chen tu pun aku rasa tawar je. Words by words, she’s trying to choose the perfect everything for everyone, yg mana aku tau tu bukan kerja manusia yg normal. Frankly, I myself don’t really have a freaking solution for her. Macam dari point of blank, tetiba kabuak!!! Makin teruk!! And it keeps getting worse days by days. And as a stupid friend who tried to act like Mr.-Know-Everything, I just listened. Not much word uttered, just trying to put myself in her shoes. Still, I wasn’t able to do it right.


Too many variables, dan setiap satunya melibatkan the people she loves the most. Sebuah hipotesis yg aku tak brani nak conduct. Not in situation like hers. Kesimpulan? Sebuah soalan fill in the blank dgn ruangan jawapan yg ‘blank’ jugak!


Aku ni sapa nk judge mereka btw? Layak? Harem!


Nasib baik makanan kat Chili’s sedap. So it covered the whole dark and gloomy feelings all around and put some smiles on us, fake for me I guess. Aku senyum utk buat dia gembira masa tu saja. Jujur. Finally bila crita dah habis, aku mendengus. Told her to straighten her chin up, hide it, and believe it someday, it’s going to end. And that time will come. It will definitely come. When?


Aku takde jawapan. We leave that to the Almighty.


Be patient, friend. I know you're a strong girl.


Itu saja aku termampu lakukan...


(her best smile of the day...)



Aku jumpa klip ni (tengok bawah!) masa tgh usha video2 Paramore kat youtube. And maybe kalau korg tak pernah dengar lagu2 Paramore atau tak pernah kenal langsung menatang apa itu Paramore, that red-headed girl yg tengah live interview dgn budak tu adalah vokalisnya.


(Paramore!!!)


(Hayley Williams aka budak mangsa buli anggota Paramore yg lain)


Nama sebenar gadis sunti ni ialah Hayley Nichole Williams tapi fan2 dia slalunya panggil dia Hayley saja. Berumur baru 20 taun (27 disember ni, umur dia 21), Hayley bersama dgn Josh dan Zac Farro serta Jeremy Davis bersatu pada 2005 utk menubuhkan Paramore. Dan dari situ minah ni belajar vokal dgn gigihnya dari sifoo Brett Manning utk memantapkan vokal dia.


Antara lagu2 Paramore yg telah membolehkan Hayley ni dinobatkan 2nd Sexiest Female Vokalist selepas Amy Lee adalah "That's What You Get" (ada gua selit video kat bawah jugak), "Misery Business", "Conspiracy", "Crush Crush Crush", "For A Pessimist, I'm Pretty Optimistic", "Emergency" dan pelbagai lagi. Membuktikan Paramore walaupun adalah sbuah band yg baru, mereka begitu serius dgn muzik punk, rock dan alternatif mereka! Album pertama diorg yg telah mencipta kejutan di States adalah 'Riot' yg dianggap menjadi salah satu art peace yg gempak sbg introduction bg Paramore.


Picit sini utk tau lebih kenal dekat dgn Paramore.


p/s: aku cuma tertanya-tanya, Hayley di dahla fames dan cun, tapi dia still melayan peminat kecik dia dgn baik. siap trima offer budak tu jadi BF lagi. artis kita ada layan peminat mcm tu???


-duaduniaberbeza-


chiow!


(brutally cute isn't she??)


(them. simple, sempoi dan kelakar!)


(Paramore MTV Life: That's What You Get)


(Hayley n Cute Lil Boy Ryan...)




Ini ada sebuah cerita. Dulu masa mula-mula Sang kiwi nak kenal epal hijau, semua takut2.


Nak tegur takut2, nak jumpa takut2, nak dating takut2.


Sekarang? Wahhh, dia sudah lebih dari kita.


Intern satu tower sama2. Makan satu meja (kalau tak satu meja, takde selera). Balik keje kadang2 naik lrt sama2. Tengok wayang sama2. Keluar hujung minggu sama2. Semua sama2.


Cuma yg gua heran, dulu kemain takut2. Kalau dalam lecture, tak nak pandang satu sama lain sebab takut orang lain perasan.


Tapi takpe, sebagai member yang baik, aku ada simpan gambar lama sang kiwi tengah ‘ngedate’ dgn epal hijau. Mari usha.


Muka dua2 comel sebab menahan gugup di dada. Maklumlah 2 2 budak 'baek'.


(date kat padang beb... :P)


(lampu dan tiang menjadi saksi chenta kita...)


(eh? dah prasan?? Ahahaha!)


Gelak2! Tapi aku respek sama ini 2 orang, diorg masih bersama selamanya sampai sekarang. Cuma 2 2 dah tak berapa nak cute, sebab dah tua. Smoga berbahagia korang...


p/s: cik Epal hijau, nak saya release gambar2 lain lagi? :P


Peace and Chiow!


(sumpah lepas ni farhah bunuh aku! Hahaha!)



Aku agak Bowbow tengah frust sebab seminggu lebih2 lagi, dia dah kena berpisah dgn Abang Jo. So, dia wat tag ni supaya tak nampak sgt dia tengah sedih. Biasala, lelaki macho naik ducati mana boleh menangis, ye tak? So, utk mengubat sindrom hilang kasih Bowbow, gua layan tag ni.

1) Berapa berat badan anda naik?
Ntah! Tak timbang. Yg pasti, naik...

2) 5 Benda yang anda beli sepanjang intern?
Beg galas, Cookie, Levi’s, iPod, tiket2 wayang di kala kebosanan…

3.Kata-kata Pedas Paling Diingati?
“You aaa, tala boleh duduk lain workstation sesuka hati ooo…"

4.Kata-kata Manis Paling Diingati?
“Good job!”

5.Berapa kali anda potong Rambut Sepanjang Intern?
2 kali. Selekeh...

6.Kerja paling penat yang pernah anda lakukan?
Membuat php utk database bagi 100 lebih projek minyak ngan gas.

7.Kenderaan yang kerap dinaiki sepanjang intern?
KTM, Lrt, Motor abg aku.

8.Berapa kerap anda pulang ke rumah sepanjang intern?
Secukup rasa.

9.Ada tempat paling menenangkan fikiran selepas balik kerja?
Taman KLCC. Flora yg hijau dan ‘fauna’ yang seksi baru balik shopping.

10.Apakah tabiat terbaru anda semasa intern?
Pagi pegi keje misti layan lagu dulu. Petang mesti nk dgr ‘kerusi panas’.

11.Bos Yang Pemurah atau Bos Yang Sporting?
Bos yang sporting. Pemurah skali je.

12.Letak nama orang yang korang menyampah sepanjang intern? Hahaha!
Staff PEP yang kedekut cubicle!

13. Minggu ke berapa yang paling anda ingati?
Minggu 2nd presentation. Dah macam kenduri, ramai gilos datang time tu!

14.Apa yang rosak sepanjang tempoh intern? Akhlak dikecualikan.
Perhubungan dengan member2 yang jauh.

15.Dunia ini (Penuh Tipu Daya/Harmoni Aman Damai) sila pilih satu dan komen.
Dunia ini Penuh Tipu Daya. Komen? Aku pun salah seorang

16.Kerugian terbesar yang anda hadiahkan kepada syarikat?
Masa. Hehe!

17.Adakah SV anda sayangkan anda?
Kot. Dia suruh aku datang jumpa dia balik lepas grad. Samada nak bagi anak pompuan dia atau position dia, aku tak brapa pasti.

18.Kawan yang banyak membantu semasa intern?
Yang tau aku ada blog dan yg slalu ajak aku kluar time weekend.

19.Gambarkan tempoh internship dalam satu perkataan…
Leceh!

20.Gambarkan diri anda selepas internship dalam satu perkataan…
Rileks…

Bowbow, thanks for the tag~


(snap ini tiada kaitan dgn post...)


Sudah lama tak lepak kat taman KLCC. Bercakap macam jauh saja, walhal kalau rajinkan kaki tak sampai 10 minit pun rasanya. Kalau difikirkan, tak ada apa sangatlah sebenarnya kat taman tu, tapi aku rasa seronok melihat kanak-kanak bermain air, tengok orang beriadah, tengok kapel lepak2 dan memadu asmara, tengok family mat2 saleh yg dtg melawat bangunan berkembar tertinggi di dunia ni dan macam2 lagi panorama yg semuanya menarik perhatian anak mata.


Ada satu ketenangan kat situ. Dan aku pulak tak reti nak bercerita rasa tenang tu macamana. Maybe kalau aku boleh describe feeling tu rasa macam baru lepas presentation internship 8 bulan! 2 bulan takde feeling pape. Atau rasa macam korang dah cukup iman kat dada dan klau mati esok hari pun, korg tak risau. Haa, macam tulah yg aku rasa bila melepak kat taman KLCC tu. Sbijik!


Aku tertanya-tanya jugak sapa la yg terror sgt jadi lanskap arkitek taman ni, lively sungguh dia punya suasana.


Sedar-sedar dah dekat sejam aku kat sini. Maybe patut balik. Tapi bila nak balik je rasa sayang nak tinggalkan taman ni. Lepas ni, aku kena cari port lain utk jadi dumping spot aku. Zaman praktikal dah nak tamat, makanya pencarian dumping spot kat UTP akan bermula secara manual. Kat taman KLCC ni, aku ‘buang’ segala kekusutan yg menerjah akal. Yang mana aku sempat tapis, aku tapis. Nampak cam besar sgt saiz kalori masalah tu, atau yg nmpk cam boleh bikin tak lalu nak telan nasik atau tidor malam, aku buang cepat2 kat sini. Biar terapung kat atas air kat tasik ni. Sok sok datang ambek lagi.


Dan kadang2 bila aku buang tu, aku tak harap pun dia datang mengalir balik kat aku. Pegi kat orang lain pun takpe. Takdehal. Tapi hidup aku tak macam tu. Dengar je ringtone alarm pkul 5.50 pagi, selaras itu jugak otak aku memerah akal mencari apa problem yg tak setel lagi. Berbilang-bilang pulak tu. Bukan masuk macam masuk panggung wayang, satu satu, tapi macam anak itik nak masuk reban. Kiri kanan datang. Pintu otak pulak kecik, sebab masih mamai.


Sudahlah. Aku sendiri pun bosan membaca post aku kali ni. Kalau ada cadangan dumping spot kat UTP yg korg rasa nice utk aku, bgtau ah. Ameeth, Salam atau Farouq tidak termasuk dalam senarai. McD Gopeng? Waterfront lumut? Mungkin! Sebab kalau naik keta keane malam2 atau awal pagi, bila bukak je window dia, angin malam menyerbu masuk ke muka. Ada feeling cam angin malam tu ‘sapu’ skali masalah aku.


Sekarang pkul 2 3 pagi dah tak leh ajak keane lagi ah. Dia dah ada tanggungjawab. Ada anak bini kena jaga. Hidup aku memang melarat pada member2 je. Malu gak kadang2. Loser sket feeling mencucuk jiwa.


Dah dah. Sempat lagi aku melalut. Nak gosok gigi. Tidow.


Chiow!


p/s : Bobo, tag hang ada road block tgh jalan. Bagi feel sket mari, aku layan buat okeyh aaa??

daun hijau

daun hijau

ilustrasi pensil & cinta

Projek ini sudah lama aku rancang, tapi hingga saat ini baru diberikan sedikit kekuatan, ruang dan masa untuk benar-benar merealisasikannya.

Baru saja bermula, InsyaAllah sedikit demi sedikit projek ini akan aku usahakan dan sampai waktunya nanti, akan aku dedahkan secara umum matlamat dan hasil sebenar projek ini pada sahabat, kawan dan rakan-rakan bloggers.

Ianya projek yang ringkas, tapi amat sangat bermakna untuk kersani. Harap kalian sabar menunggu.

kira ulat

kroni ulat hijau

ulat hijau

tiga

tiga

rendam

rendam

sembang ulat


ShoutMix chat widget

pustaka ulat

FEEDJIT Live Traffic Feed