Dengar2 cerita wabak selsema bab* yg tengah hot sehot lagu 'love story' ni dah merempat datang sampai KLCC?? Sampai ada satu level suma-suma staff dia diarahkan balik buat MC. Pastu siap kena home kuarantine (aku agak lar...) Heaven ah mcm tu!!!


Tapi takpe, aku tak minat nak cerita pasal bab* bab* nih, aku nk cerita pasal satu GENG MAFIA yg kini tgh diburu inter'Cepol'! PSSM singkatannya. Jangan tanya aku apa makna akronim tersebut. Dalam beberapa bulan lepas, geng ni sudah buat satu 'packed' bahawasanya setiap ahli2 nya harus berpegang teguh pada satu tekad yakni, "Lebih Baik Tidak Mempunyai Awek dari Mempunyai Awek Yang Tak Cun!" Dan dengan pegangan itu, mereka2 yg telah dikenalpasti sebagai layak utk direkrut sbg ahli2 PSSM diheret masuk ke dalam geng ini dan diwajibkan bersatu hati menentang pencerobohan awek2 yg tak cun dalam hidup satu sama lain.


Kemunculan seorg lelaki, biar aku namakan dia sbg B (bukan nama sebenar) di tempat internship mereka menjadi bahan gelakan dan neraka sumpahan pada ahli2 PSSM kerana jelasnya (lahiriah dan rohaniah!) B langsung tidak sekacak dan sehot jejaka2 ahli2 PSSM. Bahkan kalau skalipun dibandingkan kehenseman B dgn salah sorg ahli2 PSSM tu, ianya ibarat antara Venus Williams dan Maria Sharapova gamaknya! Ibarat taik gigi dan emas 24 karat pun boleh! Atau ibarat Honda Cup Prix 50 Sen dan Ducati Monster! Itulah metafora yg paling sesuai klau skalipun nk menggambarkan 20% dari tahap kehebatan dan kemachoan PSSM nih.


Tapiiiii, 2 hari yang lepas......


Geng Mafia kini bukan lagi Mafia. Sebaliknya mereka adalah pemegang lesen "L" yang paling besar! Ni bukan L lesen keta moto tu, tapi ini adalah lesel L yang maaf, hanya ahli2 PSSM saja yg faham. Sungguh tak disangka, cempedak jadi nangka, BigMac jadi CarlsJr dan selsema burung dah jadi selsema bab*, tiba2 saja kerna satu link blog yg amat simple, ahli2 PSSM dicampak taik manusia kat muka sorang2! Hahaha!


B, kamu telah membuktikan bahawasanya, kayu pun kalau berusaha boleh dpt awek yg (okey la, xdela cun sgt...) cun la. Bukanlah aku nak mengatakan kamu itu kayu, tapi selayaknya kamu patut mengambil itu sebagai satu pujian. Kayu adalah benda hidup. Selain dibuat perabot, kayu juga kadangkala menjadi arang. Dan tanpa kayu awek2 tak dapat berpaut andai jatuh.


Masalahnya kenapa awek tersebut 'berpaut' pada kayu kamu??


Dan seolah-olah awek itu buta kayu (maaf, bahasa kasar sket!) kerana memilih kayu yang sememangnya kayu yg tak hot, serabut dan selalu saja menjadi dubuk liar di kalangan singa2 mantap PSSM di taman KLCC. Hinakah kami??? Lunyai sangatkah kami kerana cuba memilih yg terbaik??? Roti canaikah kami jika mencari cinta sejati dari aweks2 yg seksi meksi, freehair dan hot??? Kenapa kayu juga pilihanmu???


Maafkan aku rakan2, ini cuma luahan perasaan menjadi antara umat L! Dan jangan juga kamu bertanya aku siapa ahli2 PSSM. Kamu letak pisau rambo platinum kat leher aku pun aku takkan cakap!!!


p/s: mungkin ahli2nya patut join aku dan bobo, majukan kilang budu di tumpat Kelantan. Sekian terima kasih.



6 ulat gigit daun hijau:

Pom[uan tu minat inner beauty je kot, haha~!

alahai..
rezeki die dpt dlu lorh..haha..

budu?????
mkn ngan nasi krabu jauh peginye 2....
huhuhu...

AlexAlabasta - masalahnya inner pun tak brapa beauty kot... hehe!

Suraya - err, definisi rezeki ialah? :P

api - hahaha! btol2. anyway, thanx for steppin a footprint in my blog! :D

cikEpal - hehe. P... S... S... M!!! :P

agak la tidak puas ati slagi taktau pe mksd PSSM tu...
adeh..

jijie - nak tau gak ke? hehe! :P

daun hijau

daun hijau

ilustrasi pensil & cinta

Projek ini sudah lama aku rancang, tapi hingga saat ini baru diberikan sedikit kekuatan, ruang dan masa untuk benar-benar merealisasikannya.

Baru saja bermula, InsyaAllah sedikit demi sedikit projek ini akan aku usahakan dan sampai waktunya nanti, akan aku dedahkan secara umum matlamat dan hasil sebenar projek ini pada sahabat, kawan dan rakan-rakan bloggers.

Ianya projek yang ringkas, tapi amat sangat bermakna untuk kersani. Harap kalian sabar menunggu.

kira ulat

kroni ulat hijau

ulat hijau

tiga

tiga

rendam

rendam

sembang ulat


ShoutMix chat widget

pustaka ulat

FEEDJIT Live Traffic Feed