Secara normalnya, penyesalan memang takkan datang awal. Sesuatu harus terjadi dan selalunya ia melibatkan perkara buruk, barulah rasa menyesal itu datang. Tapi bila dah menyesal, masa yg ada utk membetulkan keadaan selalunya tidak cukup, dan tindakan di luar dugaan adalah jawapan yg paling sesuai.
Jarang sekali bila keadaan terdesak, kita akan melihat manusia bertindak normal. Bagi student umpamanya. Ketika minggu final exam, di saat hasil pengajian selama hampir 6 bulan dilambakkan dalam satu fail dan kita diperlukan utk menghadam seberapa pantas yg boleh. Lebih memilukan, bukan hanya satu fail, tetapi ada yg enam, tujuh fail lain yg jika ditimbunkan, nampak setinggi paras hidung. Awek pulak tak habes2 merengek mintak belaian kasih manja di kala otak tgh serabut.
Dialog lanjutan : “Kamu tak fahamkah aku sedang blajar utk masa depan kita?!!” cakap dlm hati sajalah...
Menyesakkan nafas. Memang menyesakkan!
Hidup drebar teksi juga begitu aku rasa. Kalau kamu biasa naik teksi, selalunya ada ramai pemandu teksi yg duduk menunggu penumpang.
Dialog lanjutan : “Ayoyo! Ini hari banyak sial juga. Sikit juga customer.”
Sial. Memang sial!
Kamu kata kerja besar2 tak menyesal? Kerja manager2, kerja pegawai2 tak menyesal? Manager tak perlu susah2 ambil tahu semua benda, tahu sikit2 saja sudah cukup. Asal nampak macam tahu. Projek masuk, bagi motivation sedikit nanti orang lain yg kerah2 keringat. Manager tak perlu susah2.
Tapi bagaimana kalau projek juta2 yg sudah bikin senyum berbulan-bulan tiba2 ada sponsor tarik diri? Bagaimana kalau tiba2 ada orang kanan bikin hal bocorkan rahsia perincian projek? Dan bagaimana kalau dapat anak2 buah yg memang nak jahanamkan syarikat? Aku rasa ramai saja manager tumbang. Tumbang bukan sebab tak bersenam, tapi tumbang bila memikirkan masa depan BMW 5 Series yg belum penuh dibayar atau banglo mewah di Damansara Heights yg berbaki ribuan-ribuan atau memikirkan imej di depan rakan sekayu golf?
Dialog lanjutan : “Apa??? Projek tak lulus dgn kerajaan??? Matilah aku!”
Malu. Memang malu!
Macam yg aku kata tadi, penyesalan selalunya di hujung2. Jarang ada student yg bersedia dgn penyesalan. Sama macam drebar teksi, sama juga dgn manager. Tak ada beza. Yang membezakan ialah berapa teruk tahap penyesalan itu. Student kalau fail exam, boleh repeat katanya. Apa susah, sambung saja satu sem. Walhal masa depan belum berjanji kamu terlewat satu sem kamu dapat sama seperti yg kamu dapat kalau kamu awal satu sem.
Drebar teksi? Pandu teksi macam tgh race 100 meter dgn pelesit. Agaknya mat pelempit (pelesit + rempit) pun geleng kepala tgk drebar teksi bawak keta. Mat pelempit walaupun diorg bawak motor laju2, dia memang sudah mati. Jadi dia tau kalau bumper treler tayar 16 cium mulut dgn mudguard depan EX5 diorg pun, diorg takkan mati lagi skali. Tapi lu? Anne, lu ada anak bini mau makan, mau skolah juga. Sikit ingatlah sama anak bini. Sudah mati kalu, sapa mau tanggung? Lu mau anak lu jadi gangster ka? Kasi fikir sikit, bagi pelajaran sama anak kicik, nanti besar, diorg boleh jaga lu pulak. Mau laju tarapa, tapi kasi ingat itu orang tersayang juga. Tersampuk hantu raya ke bahasa aku nih?
Dan sedikit gua nak sentuh pasal manager2, serius dalam kerja itu satu keperluan. Tapi jangan sampai kerja tu mcm dah terniat nak bawak mati. Projek kecil2 pun kalau hidup berkat, senang beb. Apa guna merempat mintak projek besar2, tapi dalam merempat tu kau rendahkan martabat diri kau? Kau lunyaikan harga diri semata2 kerana kau nak tunjuk kau mampu main golf kat country club
Sudahlah aku merepek panjang2 pun. Aku tau korang akan skip2 jugak bila baca
Soalan lanjutan : “Apa punya post la dia ni? Tak ada gambar2 best pun?”
Menyampah. Memang menyampah!
Tapi aku menulis sebab smalam aku naik teksi. Hampir hilang nyawa sebab teksi tu tak reti berhenti kat lampu merah. Sedikit sebanyak seronok juga, macam naik roller coaster. Takde peraturan! Dan bila ingat nyawa boleh melayang kerana seronok yg tak seberapa, aku menulis dgn perasaan yg bercampur baur. Macam sambal balacan. Semua rasa ada.
Kalau rajin baca, bacalah. Aku nak layan kartun The Incredibles…
Chiow~
p/s: agak2 Lan MUH menyesal tak tinggalkan band yg telah menaikkan nama Lan di kalangan indie scene???
5 ulat gigit daun hijau:
WTF..kayu pon dah ada awek ..
gila terasa loser shialll diri ini..
(betulkah kayu itu,ka kayu lain)..hakhakhak..
anda salah komen di post lain... hehe! yup, kayu memang kayu bro! loser syiall!!
aku ni dah tahap nk sembah dinding dah! hahaha.... :P
lan ada pasai la dia tinggal kan MUH!
xpe! im still sokong dia!!
;)
perghhhh jd model tu.... cilaka lu matpi
Dahlia - yeah!! semoga perjuangan Lan tak berakhir si sini saja... \0/
Izuudin - hahahaha! padan moka kaoo!!! :P
Post a Comment