Hari ini perbualan pulang aku dan rakan-rakan dari kelas kebanyakannya berkisar tentang "X-factor" yang membunuh perasaan seorang lelaki pada wanita dan sebaliknya, wanita pada lelaki juga. Awalnya, soalan yang timbul adalah bersifat suka-suka, tetapi as the conversation started mula menyentuh pada hubungan timbal balas yang sememangnya wujud dalam 3 antara kami, masing-masing cuba memberi pendapat terbaik dan aku rasa 2 dari hubungan itu boleh aku kategorikan normal, dan satu lagi hubungan yang 'pelik tapi aneh'! 

Usahlah bertanya siapa yang aku maksudkan kerana sampai mati pun aku takkan cakap hubungan mana satu yang aku maksudkan, tapi yang jelas aku seorang sahaja yang masih kempunan merasa nikmat sesuatu perhubungan. Tak apalah, kita tinggalkan sekejap cerita tentang aku dan kita ke chapter di mana soalan pertama yang berbunyi begini telah diutarakan dengan sangat selamba oleh aku sendiri...

"Bro, kau rasa I****i tu okey tak? Kalau per sepuluh, berapa kau bagi?"

"Hmm, 8.5! Gred A lah senang cerita."

Pendapat seorang lagi pula, "Hish, bagi aku 5 je! Kau sendiri pulak macamana?"

"Aku tak gred apa-apalah, tapi bagi aku dia tu menarik. Kira tak seganlah kalau nak bawak jumpa bakal mak mertua."

"Kalau N**a, macamana?" Salah seorang ahli panel bertanya soalan maut!

"Uish, yang tu tak boleh bro. Adalah sebab-sebabnya..."

Dan semua ahli panel tergelak besar. Cuma ada satu suara merdu yang menyatakan begini...

"Korang memang tengok fizikal. Men are always like that!" 

"Of course..."

Okeyh! Setakat itu sahaja conversation yang aku rasa berkaitan dengan apa yang nak aku tulis kat sini, kerana perbualan selepas itu rasanya lebih bersifat peribadi.

Tapi betul ke lelaki selalunya HANYA memandang fizikal bila pertama kali memandang wanita? Aku rasa tak selayaknya untuk aku menjawab bagi semua kaum lelaki, tapi bagi diri aku sendiri kalau nak dikatakan HANYA, tidaklah juga. Tapi appearance memang memberi kesan besar pada first impression seorang lelaki pada seorang wanita! Lebih-lebih lagi jika penampilan itu disertakan dengan satu tingkahlaku atau past experience yang manis atau memeritkan. Susah aku nak terangkan dengan jelas sebab aku tak berapa pandai bermain kata tapi kalau aku boleh bagi contoh, mungkin kedengaran begini.

Gadis A kamu pernah kenal dulu. Tapi tidak sebegitu rapat. Dan kamu tahu dia ini memang jenis yang 'selalunya' di luar kawalan bila bercakap, ketawa atau senang cerita, 'lebih-lebih'! Dan selepas satu jangkamasa kamu jumpa dia lagi buat kali kedua. Percaya atau tidak, walau secantik mana pun cara pemakaiannya, walau semahal mana pun skarf atau stiletto atau semeriah mana pun lipstik yang dipakai, persepsi kamu bahawasanya dia ini 'lebih-lebih' mungkin 95% mustahil untuk dibuang! Lelaki seterusnya akan reserve diri mereka dan aku jamin, tak sampai 10 minit, kamu akan mengucapkan kata-kata indah berbunyi "B***h lah dia ni!" Walhal, dia memang cantik tapi disebabkan sifat seperti itu, secara spontan kata-kata itu datang sendiri.

Gadis B pula kamu kenal melalui kawan kamu, dan kamu tak pernah bertemu pun dengannya. Tapi dari cerita kawan kamu, kamu tahu dia ini lembut, tidaklah pula terlalu 'alim' sampai bercakap dengan lelaki pun menjarakkan diri 20-30 meter dan mudah atau senang diajak berbual dan berbincang. Percaya atau tidak, walau se'simple' mana pun pemakaian atau penampilan gadis itu, kamu tetap akan respect dan tidak terlalu membina tembok besar untuk bertegur sapa dengannya. Dan mungkin selepas 10 minit perbualan, lelaki akan berkata "She is nice..." dalam hati kamu. Padahal kamu tak kenal pun dia! 

See? Maka, jika ingin dikatakan lelaki selalu memandang fizikal bila memandang wanita, itu betul dan aku tak nafikan walau sekelumit pun! Tapi rasanya bilamana kamu ingin membuat pernyataan sebegitu lain kali, cuba fikir dan pandang dalam konteks fizikal itu bukan 100% "X-factor" yang membuat seseorang lelaki terpikat pada seorang wanita. Sifat diri kamu, tutur lembut kamu, tingkahlaku kamu semuanya mencerminkan personaliti kamu. Percayalah, kamu tak akan makan di restoran yang servisnya teruk walau sesedap mana pun hidangan yang disediakan. Same goes with this situation, first impression yang baik terhadapa kamu bukan saja mengatasi kecantikan fizikal malah menjadi satu tarikan lelaki melihat kaum wanita lebih sempurna dalam segala aspek!

Lagipun, wanita kan perhiasan terindah di muka bumi ini? Perhiasan terindah tak semestinya yang 'mahal'. Mungkin perhiasan itu hanya perlu tahu menjaga 'kilauan' dirinya, kerana kilauan yang tidak pernah disentuh sentiasa jua memukau mana-mana mata yang memandang!


20 ulat gigit daun hijau:

u r absolutely rite bro...

yes!aku suke ayat2 matpi dalam post kali nih *sile jgn kembang* hahaha.

but still, judgement lelaki besenye mmg lebih kpd physical judgement or at lis pd bnde2 yg dorg boleh nmpk from dat girl, btul x?

hehe.. org ckp,klu hati da baik,maka kita akn nmpk seseorg itu cantik even physically ye dia biasa2 sahaja..1st impression penting,i mean physically penting sebagai pembuka tuk kt kenal some1 lbh dekat tp bila da kenal n attitude xok,sy rasa,we will think twice~peace..:D

jangan bilang aku lelaki jika tak...

anak melayu - well, i'm writing just from my perception. orang lain mungkin berbeza. :D

anyway, thanks for dropping by!

Farhah - hahaha! tulis dari pengalaman rakan-rakan selalunya betul dan berintegriti! hehe...

Suraya i - betul! kerana apa? kerana perangai, sifat dan tingkahlaku tak boleh dilihat at the very first sight.

bila dah kenal lama, persepsi boleh jadi makin baik, boleh jadi juga makin buruk.

Mars - u might have proved that i am damn right. ini pandangan salah seorang kaum wanita, setuju atau tidak, terpulang.

^_~

bobo - kerana wanita itu diciptakan Tuhan penuh keindahan....

kan?

Woman, u should be proud of yourselves. :D

persepsi boleh diubah. mungkin persepsi pertama lelaki "Woaaahhhh!!! cantik giler minah ni"

dapat la bonus.

tapi boleh change thru times. macam yg ko cakap.

Terbaekkkklaaa matpi! baru aku boleh bc dgn terang lg nyata. hehe :)

Orkid - setuju! bagaimana dengan persepsi wanita? samakah?

aku kena bertanya, kerana aku pernah berada dalam situasi yg amat kekok untuk bertanya secara terbuka.

:)

persepsi wanita pon ekceli lebih kurang sama la gak.
physical beauty is superficial;bole berubah dalam sekelip mata bila dah kenal dengan lebih mendalam.

kucingsiber - hmm, rasanya lelaki dan wanita sehati sejiwa dalam hal ini.

hee!

:)

laki n pompuan pon sama... tp nobody is perfect.. kekurangan dan mb t'kdg ad attitude pd sang pasangan yg kita kurg blh terima.. tapi blajar give n take .. yg paling penting,bleh duk semeja dan berbincang.. insyaallah,kekurangan yg ad akan jd kelebihan untuk menciptakan satu relationship yg lbh akrab dan sempurna..:)

betul sgt!
Haha best citer ni n it happens! :D

Mars - setuju dengan anda! tidak diragui lagi...

Fazzuaney A - :D

Laki pompuan ekceli same je, semua have their first impression. tapi yang buat kite lagi nak rapat ngan orang tu mestilah perwatakannya. Baik laki, baik pompuan~

Just a question, Kersani. Enggang same enggang, pipit same pipit. What is your view? Willing to write about it? =)

AlexAlabasta - Brader, u r one of the awesome bloggers who have inspired me to write up until today.

i will, soon okeyh?

:D

daun hijau

daun hijau

ilustrasi pensil & cinta

Projek ini sudah lama aku rancang, tapi hingga saat ini baru diberikan sedikit kekuatan, ruang dan masa untuk benar-benar merealisasikannya.

Baru saja bermula, InsyaAllah sedikit demi sedikit projek ini akan aku usahakan dan sampai waktunya nanti, akan aku dedahkan secara umum matlamat dan hasil sebenar projek ini pada sahabat, kawan dan rakan-rakan bloggers.

Ianya projek yang ringkas, tapi amat sangat bermakna untuk kersani. Harap kalian sabar menunggu.

kira ulat

kroni ulat hijau

ulat hijau

tiga

tiga

rendam

rendam

sembang ulat


ShoutMix chat widget

pustaka ulat

FEEDJIT Live Traffic Feed