(koleksi gambar dalam handphone Tae Yeon, 10 Mac 2009)

Baru sahaja 2, 3 hari lepas aku terjumpa 'semangat' untuk kembali menulis di blog ini. Blog aku juga, bukan blog orang lain pun. Tidak disangka-sangka kanda sungguh bijak, eh silap dialog!Tidak disangka-sangka, member baik aku yang sorang ni dah selamatnya tag aku untuk menjawab soalan-soalan di bawah. Agaknya tag ini untuk projek dentistry dia kot, maka gembiralah aku pada mulanya. Harap-harap membantulah ya?

Kejujuran soalan: 100%.

Kejujuran jawapan: 98.5% diragui!

In this tag you have to talk about anything on anyone that you like, which is:

Aku terjemahkan ya, "Dalam tag ini, anda dikehendaki menulis tentang apa  saja mengenai sesiapa saja yang anda suka." (Ini blog bahasa melayu, jadi tahan saja dengan aku!)


Jadinya aku akan bercakap tentang Kim Tae Yeon dari Girl Group, So Nyeo Shi Dae atau lebih senang disebut, SNSD. Persahabatan 'teman tapi mesra' kami pun dah lama terjalin, tinggal nak jumpa family dia saja. Maklumlah, Korea Selatan tu jauh, bukan senang nak jumpa. Bapak dia tau aku suka makan Kimbap, sebab tu dia suruh aku grad cepat-cepat, pastu masuk meminang. Bukan senang nak jumpa Melayu suka makan kimbap, ye tak?


1. Apakah hubungan anda dengan dia?
Dia secret admirer aku masa aku kat Sains Machang dulu. Kitorang kenal dalam friendster sebab dia adalah first perempuan yang aku approve untuk jadi 'friends' kat laman sosial tersebut. Masa tu, dia tak adalah lawa sangat dan belum pun jadi leader SNSD, tapi sebab aku nak blajar bahasa Korea, kebetulan dia pulak fasih sedikit-sedikit berbahasa Melayu, jadi dari situlah mulanya cinta monyet kami.


2. 5 'first impression' terhadap dia.

Gelabah, comel-comel,  bijak, punya suara yang lunak serta mempunyai sifat keibuan (penyayang) yang tinggi.



3. Perkara yang paling memorable dia lakukan pada awak?
Dia kata lagu 'If'  yang dia first skali perform lepas join SNSD, dia tujukan untuk aku! Aku ya kan sajalah...

Dan owh lagi satu, dia belikan tiket percutian kitorang kat Pulau Jeju 2 tahun lepas. Dia support tiket sajalah, yang lain semua aku bayar sendiri. 


4. Perkara yang paling memorable yang dia katakan pada kamu.

Saye suke pade kamuu! Kamuu tidek sembongyo... (loghat korean campur Melayu, biasalah!) Sarang hae yo! Oppa, Dangshin uhl sarang hab nida.... (sambil buat logo hati dengan jari-jemari dia yang mulus tu).


5. Kalau dia kekasih awak?

Dia anggap aku kekasih dia! Aku susah sikit nak terima golongan artis ni jadi orang yang istimewa dalam hidup aku. Lebih-lebih lagi aku selalu tegur dia jangan pakai seksi-seksi bila buat on-stage performance. Tapi sayang tu, sayang jugalah...


6. Kalau dia jadi musuh awak?

Entahlah! Tapi last skali dia call smalam, dia kata "Oppa, Bae dooddok mattoga..." maksudnya lebih kurang macam ni, "Oppa, I can't live without you..." Boleh ke dia jadi musuh aku? 


7. Kalau dia kekasih awak, awak akan?

Support dia terus success dengan SNSD, Chin Chin Radio dan terus jadi Good Girl Generation untuk Korea. Dia kata nak stay kat Malaysia lepas ni, nak datang tengok KLCC lah, Pulau Tiomanlah apa semua. Tapi aku tak bagi, aku tau schedule dia penuh. Kesian dia penat nak ulang alik. Nantilah bila aku dah kerja, aku bawak dia tour around Malaysia nih!

 
8. Kalau dia jadi musuh awak mungkin kerana?

Aku pernah terlayan SMS Tiffany (SNSD)! Haha, masa tu  Tiffany nak tanya aku samada aku kenal  rapat dengan Dae Sung  (Big Bang),  aku jawablah aku lagi rapat dengan TOP and TaeYang. Sekali Tae Yeon ternampak pulak Tiffany tengah video call dengan aku. 3 hari jugaklah aku dok memujuk dia. Aku kirim sambal belacan dari Malaysia. Lepas try dengan kimchi, terus dia call aku, minta maaf  sebab cemburu takde sebab. Aku tak kisah pun, sebab sayang kan? Dia buat muka comel yang dah memang comel, mana tahan beb!



9. Overall impression tentang dia.

98.889% perfect untuk long-term relationship. Aku sekarang berkira-kira nak buat master kat South Korea, kesian pulak dia selalu menangis malam-malam rindukan aku.  Kadang-kadang pkul 3, 4 pagi dia call semata-mata nak cakap jangan lupa breakfast. Padahal aku tau dia tengah busy kat studio. Selalunya, aku tenangkan dia. Aku cakaplah "Kalau sayangkan Oppa, Pinku Jelly kena jaga kesihatan, takleh sedih-sedih." Owh lupa, dia bahasakan diri dia Pinku Jelly bila bercakap dengan aku, lebih kurang macam Pink Jelly lah tu!


10. The most desirable thing to do to her?

Aku prepare suprise candle-light dinner untuk dia kat Building 63, Korea.  Tak sempat nak prepare lebih-lebih sebab aku sampai pun petang  8 Mac, birthday dia malam tu. Aku sempat beli baju kurung sepasang. Macam biasalah, kaler pink. Ayu je aku layan dia dinner pakai baju kurung.  First forehead kiss kitorang... err, segan ah nak cerita kat sini!



11. Apa pandangan orang lain awak rasa terhadap awak?

Saya tak pernah peduli. Maaf.

12. Apakah sebenarnya perangai awak?

Cuba tanya Tae Yeon sendiri. Saya rasa dia buat satu list lengkap pasal diri saya, ada ditampal kat almari dorm SNSD. Lebih kurang 25 points kalau tak silap saya!


13. Perangai anda yang anda benci?

Perangai tak kisah. Dah beberapa kali Tae Yeon tegur saya pasal ni. Betullah tu kot!

14. Orang yang anda ingin bersama.

Of course lah keluarga saya, keluarga Tae Yeon especially bapak dia yang sempoi (dia bukak grocery store), rakan-rakan saya di UTP dan di mana-mana jua, SNSD dan most importantly, semestinya my sweet Pinku Jelly.


15. Katakan sesuatu untuk orang-orang yang suka anda.
Tiffany, maaflah saya jatuh hati dengan Tae Yeon dahulu sebelum saya kenal awak.

Yoon Ah, Yuri, Soo Young, Sunny, Jessica, Hyo Yeon dan Seo Hyun, thanks for the support.

Dan tak lupa pada TOP, Dae Sung dan Tae Yang yang susah-susah menguruskan percutian saya ke South Korea tahun lepas. Tahun ni Tae Yeon sambut birthday kat kampung saya, Rantau Panjang.

 
16. Tag 4 orang.

Zetty, Tirah, Farhah dan pada fans Tae  Yeon  atau SNSD amnya, anda boleh try. Selamat mencuba!



17. No 2 ada hubungan dengan siapa?
Dengar cerita, salah seorang member Kat-Tun! Kena tanya empunya diri, saya pun tak berapa sure.


18. No 3 lelaki atau perempuan?
Perempuan. Pasti!


19. No 1 single kah?
Tidak juga. Sekarang officially awek  Ok Taecheon 2PM!


20. No 4 belajar apa?

Ramai sangat. Malas nak jawab!


22 ulat gigit daun hijau:

gile korea!

hahahahha lucu!!!!!!!!!!!!!!!!!

wehhh.ko tag aku.sur tag aku.aku dah buat lame daaa.tapi bukan pasal SNSD.hahaha.kalau aku, prefer jessica.lol~:P

hahhahahaaa
siottt jer
prasan r weyh.
neway kalo die sambut birthday kat kampung ko nnt bwkla die jumpe aku.bole mintak autograf.
album snsd dlm kete aku nak terkoyak da cover die,kalo taeyeon sign sure aku balut lawa2 balik
hehe~

official girlfriend of Ok Taecyeon?
Owh im so proud~

peah: owh anda peminat sica rupenyer!
kite ni cam dah cukop korum je nak bukak fanclub.jom open UTP's SNSD fanclub!

Suraya - aah! heh! :P

Cik Ecah - ni based on a true story. betuuuuuul... percayalah!

Farhah - owh ya ke? Haha! well, okey then. anda dikecualikan dari membuat tag ini.

jessica? maaf, tidak minat dia.

Zetty - insyaAllah. Tae Yeon pun dah lama nak jumpa kawan-kawan aku. Nanti kita lepak mapley ramai-ramai ya?

aku nak minta dia try RBTM! hehe. :P

Zetty - jom!!! SNSD Malaysian Fan Club - SMFC! sapa nak jadi presiden?

bila nak buat AGM? hahaha! :P

hehhehhe kalakar la....nnti bawa jumpa zetty tau,tringin juga nak jumpa artis korea nie.....hehhehhe caiyok2....

xaci letak celebrity.... :P

Korang kena invite pisunk jadi leader group SNSD korang nih..
Dier antara org kuat di blakang tabir gaks...

Zetty E - hahaha! boleh saja.lagipun Tae Yeon ni memang mudah mesra orangnya. macam awak jugak!

:D

wani g.g.g - haha! kalau serius sangat, rasanya saya tak ada sesiapa yang boleh ditulis.

semua orang buat tag tulis pasal bf dan gf saja.

:D

Jessica BF @ Akim - haha! baik baik! akan difikirkan secepat mungkin.

ko tak nak join skali?

ko kan peminat tiffany????

:P

Yeke xde?? Heee....

wani - haha! kenapa? tak percaya aaa?

pernah nampak saya date dgn sesapa kat utp?

hehe! :P

wau~in depth siot.aku pon xtau byk psl SNSD cam ko~
lol.member KAT-TUN yg mn satu? kt blog bru jawab xD

wahh.jom ar buat team terus weyh.SNSD versi utp punye.lol~

go jessica!hahaa~

zetty, aku x minat jessica la.aku minat yuri ja~:P

kucingsiber - haha! nice. will be commenting ur post soon!

:D

Farhah - hehe. ala, yuri pun comel and cute jugak kan?

Yuri, the Black Pearl of SNSD!

^_~

daun hijau

daun hijau

ilustrasi pensil & cinta

Projek ini sudah lama aku rancang, tapi hingga saat ini baru diberikan sedikit kekuatan, ruang dan masa untuk benar-benar merealisasikannya.

Baru saja bermula, InsyaAllah sedikit demi sedikit projek ini akan aku usahakan dan sampai waktunya nanti, akan aku dedahkan secara umum matlamat dan hasil sebenar projek ini pada sahabat, kawan dan rakan-rakan bloggers.

Ianya projek yang ringkas, tapi amat sangat bermakna untuk kersani. Harap kalian sabar menunggu.

kira ulat

kroni ulat hijau

ulat hijau

tiga

tiga

rendam

rendam

sembang ulat


ShoutMix chat widget

pustaka ulat

FEEDJIT Live Traffic Feed