Akhirnya, terbuka juga sedikit masa untuk aku menulis tentang suatu topik yang sudah lama aku ingin tulis, tetapi idea-idea panas aku ter'filter' dengan sendiri bila aku cuba menjaga hati readers yang melepak-lepak di blog ini. Tapi kali ini, aku kena juga tulis sebab ini adalah request dari salah seorang blogger yang sudah banyak inspire aku untuk menulis dan meluahkan pendapat aku di sini. Dan ini link beliau kalau korang pun berminat untuk singgah di blog beliau, Nyamouq.

Ini topik yang direquest oleh saudara Nyamouq "What is your view about the concept of Enggang sama enggang, Pipit sama Pipit"? Kebetulan, tajuk ini kena sekali dengan apa yang aku originally nak tulis kat sini. Tidaklah impressive mana pun, tapi pernahkah korang atau pasangan yang sedang bercouple asyik masyuk terfikir, bila korang sudah kahwin, adakah ianya hanya terhenti setakat di situ? Kahwin. Okey, kahwin. Then??? Macamana dengan family bakal isteri kamu??? Anak pinak dia??? Saudara-mara dia???

Pertama, untuk menjawab soalan Nyamouq, secara jujurnya aku katakan ini adalah pepatah orang tua-tua. Dan bila melibatkan orang tua, mereka selalunya bercakap berdasarkan pengalaman mereka sendiri atau mereka melihat dan memerhati pengalaman orang-orang lain. Aku setuju enggang terbang dengan enggang, dan pipit terbang dengan pipit - tapi BUKAN dalam ertikata ukuran yang melibatkan status, harta, pangkat dan yang sama waktu dengannya. Bukan dari segi itu! Tapi apa yang penting adalah didikan agama, sifat, personaliti dan sikap seseorang atau pasangan itu sendiri. Aku berikan contoh mudah, Ali dan Abu sukakan Limah. Ali dari keluarga sederhana, manakala Abu dari silver spoon family. Limah pula berasal dari keluarga kaya-raya tak hengat. Walaupun kurang berada, Ali rajin orangnya. Tidak seperti Abu yang suka melangsaikan harta mak bapaknya sendiri. Dalam hal ini, bagi aku lebih sesuai untuk mengkategorikan Ali dan Limah sebagai enggang terbang sama enggang. Kerana apa? Ali punya semangat untuk memajukan diri sendiri dan itu sifat yang mulia dari segi agama. Se'khufu', itu konsep dalam Islam yang sebenarnya melindungi hak wanita untuk memilih lelaki yang terbaik dalam hidupnya, atau jika pertimbangan wanita itu mungkin tersalah, hak itu kemudiannya diberi pada Si ayah dan Si datuk.

Tapi malang sekali dalam senario masyarakat hari ini yang memandang material sebagai kayu ukur dalam menilai hati budi. Bila berkereta mewah dan punya kad kredit setebal buku teks, senang saja bagi kita mengatakan "Owh, ini sudah bagus! Banyak kad kredit mesti banyak duit di bank. Bila banyak duit, mesti kerja kuat." Walaupun kedengarana logik, tapi cuba perhatikan di mana kayu ukur sebenar. Semuanya maaf kata, mem'benchmark' perwatakan seseorang itu dengan duit dan kebendaan. Benar, tidak salah untuk wanita atau keluarga memilih lelaki yang berada, malahan ramai pula lelaki yang berada dan baik hati, tetapi janganlah 'berada' itu dijadikan 'plaza tol' untuk menapis dan menilai harga diri seseorang. "It's good if he/she has money, but living with someone who has money and loves you more than he/she loves his/her money, means everything in this world..." 

Dan lagi, percayalah perempuan yang benar-benar mencintai kamu takkan sekali-kali meletakkan not-not 50, 100 atau apa saja nilai sebagai batu penghalang hubungan kamu. Jangan persendakan dan per'murah'kan sesuatu perasaan cinta yang dikurniakan Ilahi semata-mata melihat dalam dimensi kekayaan semata-mata. Lagi pula, siapa yang dapat menjamin harta itu akan kekal? Nikmat sebenar bila kamu hidup bahagia dengan hati yang tenang bersama orang yang menyayangi kamu, bukan punya kereta yang bersusun-susun! Sebesar dan seindah rumah bertingkat-tingkat, bermula dengan sekecil bata. Tepuk dada, pertimbangkan dengan akal dan tanyalah selera! 

Kedua, bila satu pasangan itu melangkah ke alam perkahwinan, aku rasa mereka harus sedar perkahwinan bukan seperti membeli ais-krim Paddle Pop di kedai runcit Ah Keong. Kamu bayar, dapat barang yang kamu nak, kamu blah! Bukan seperti itu, jauh sekali. Perkahwinan digelar satu institusi kerana ia punya sistem yang harus dihormati dan dipertahankan. Aku cukup terpegun dengan drama-drama yang dipaparkan di TV hari ini, kerana si pelakonnya dengan mudahnya berkata, " Aku tak kira. Aku nak dia pinang aku malam ni jugak!" atau dialog seperti "Pedulikan bapak dan mak kau, kau yang nak kahwin. Bukan diorang!"

Aku rasa terpegun bukan kerana apa, tapi kerana dialog itu cukup menghina salah satu ibadah dan institusi yang amat penting dalam agama kita. Walhal, perkahwinan adalah sesuatu hubungan yang aku rasa mengangkat martabat wanita setinggi-tingginya dalam mencipta hubungan antara 2 makhluk, iaitu lelaki dan wanita. Sesuatu perkahwinan itu senantiasa akan melibatkan ayah dan ibu, datuk dan nenek serta sanak saudara suami dan isteri. Sedarlah, banyak hati yang perlu dihormati dan dijaga selain pasangan kamu. Sehingga kini, aku tidak pernah jumpa satu pasangan yang 'meninggalkan' atau neglect keluarga mereka demi cinta kononnya, hidup bahagia tanpa sekelumit rasa bersalah. Pasti ada sesuatu yang tidak kena di kemudian hari. After all, hidup ini bagai roda. Seronok bila di atas, atau seronok bila dimadahkan dengan kata-kata manis orang tersayang. Tapi kata-kata manis itu sampai bila? Umur kamu 40, 50 tahun, kamu yakin kata-kata manis itu masih ada?

InsyaAllah masih ada jika pasangan kamu mampu menjaga hati kedua-dua orang tua kamu. Lelaki atau wanita yang menyayangi dan menghormati mertuanya, percayalah, cintanya dan sayangnya pada kamu takkan lebih kerana kecantikan kamu, dan takkan pula berkurang kerana usia yang memakan diri kamu.

Penulisan aku kali ini sebenarnya kadang-kadang mengagumkan aku sendiri. Kerana aku pun tak tahu samada aku mampu atau tidak. Tapi sekurang-kurangnya kita masih ada peluang untuk mencuba bukan??

p/s: Azima, aku takkan buat review about Interfaith Understanding Dialogue, since Rose dah review kat blog dia. Here's the link- Rose.


16 ulat gigit daun hijau:

yup2,
aku setuju ngan pndpat2 ko,
kite kna pk sejauh jauh mungkin dlam hbungan,
bkan antara psangan tp org2 sekeliling especially family....
:P

lelaki dan perempaun.. both punya hak untuk memilih dan dipilih.. dr sudut pandangan seorg wanita,enggang sama enggang dan pipit sama pipit tuh lebih menjurus kepada kasih sayang dan saling menghormati...dari dua unsur ni,kita boleh menaikkn martabat kita dari pipit kepada enggang...harta sebagai pelengkap untuk mejamin hubungan simbiosis agar berpanjangan..:)

-api-

terima kasih atas komen anda. tapi ramai saja couple hari ini yg tidak fikir sejauh itu.

:D

-mars- harta adalah pelengkap? maknanya kalau tak ada harta atau kurang harta, tidak lengkap?

diut bukan segalanya......cinta sejati 2 yang penting.....jangan kerana duit kita hilang org yang kita syg....

zetty e - setuju. tapi berapa ramai yang sanggup melakukan apa yang awak cakap ni kan?

:D

'harta sebagai pelengkap untuk mejamin hubungan simbiosis agar berpanjangan'.. sy copy balik ayat sy tu...dan sy tekan kn kepada word.....agar berpanjangan'..means agar berpanjangan sampai ke gerbang perkahwinan dan ke anak cucu..so if awak tanya'tak ada harta atau kurang harta, tidak lengkap?'..i will say yes..hurai pnjg2 xbleh gak cz im pretty sure u will have ur own point but i jz stick at this..no money no talk..:D

mars - maknanya, dengan kata lain, walau seikhlas mana pun lelaki tu, he got to have some money at least?

correct me if i'm wrong.

yeah~ sebab bg saya,laki ngan dwet xdapat dipisahkn.. maksudnya,itu da jadi tanggungjawab dia tuk berduit.. mmg boleh cari harta bersama2 tp tugas itu lebih diutamakan kepada lelaki... so,laki,mesti kena ad dwet...:D.. xde dwet,susah nk jalan... hihi

it is normal dan rasenye tak boleh nak halang that thought to pop out in our mind. but syukur, aku tak dig that pop out deeper. just accept him, apa pun kurang dia, dan apa pun lebih aku. sbb to me, he is my jigsaw partner. but u are correct, people will typically go for money, better than love. alangkan bunga pun kena dibeli baja, apetah cinta. tp xlah dimaksudkn cinta tu dibeli juga. so to all bakal suami isteri, complete the puzzle with beautiful decoration with great effort, spy nti bila da siap puzzle cinta tu, life would be better and happier no matter susah mahupun senang. barulah enggang ke, pipit ke, merak mahupun burung unta boleh bersatu :) aawww..aku ke yg tulis sume ni ~_~

mars - menarik. tapi ini subjektif seperti biasa, kita tak menulis untuk mewakili semua.

anyway, thanks for the opinion.

si gadis - hmm. lebih 8 persepuluh pasangan akan berkata begini sebelum kahwin.

bukanlah nak mengatakan apa yg 'si gadis' ni katakan salah, tapi selalunya begitulah.

susah nak menguis perasaan susahnya kalau xde duit, tapi kadangkala memang kena bersedia dengan keadaan seperti itu.

harus diingit juga, bila sudah kahwin, duit bukan sentiasa ada!

ermm...setuju sangat dgn ayat "banyak hati yang perlu dijaga dan dihormati selain pasangan kamu"...

Macam kawan@bf saya,prinsip dia yang selalu dia pegang "buat family bahagia dulu" and kalau apa2 pasal hubungan cinta,kalau betul tu perempuan untuk dia,dia nak family dia kenal jugak. Ada baiknya sebab sesuatu perhubungan seperti perkahwinan perlukan restu dari banyak pihak. Lebih ramai orang yang mendoakan kebahagiaan kita, lebih sejahtera lah hidup berumah-tangga. And kahwin is not about LOVE je, perlukan banyak persefahaman. Fikir betul2 kalau betul nak kahwin, sebab once u step in, u cannot turn back time...sekian~

msHanum - should i say satu pasangan yang berani confess pada keluarga as pasangan yang matured?

yeap, kerana selalunya lelaki kalau main2, dia tak berani nak berdepan dengan keluarga!

:D

ermm...harap2 betul la dat guy serius kan. Because sometimes, guy ni susah nak predict la. Nak bagitau dia suka kita pun payah. Setahun sekali kut... ^^

As for me, semua kawan2 patut parents kenal jugak. Nanti hilang senang nak carik kat mne. ;D
And, my prinsip, kalau my parents x suka that guy so i wont continue the relationship because dorang makan garam dulu,so dorang pasti ada reasons tersendiri untuk x suka someone.

:)

Ohoho~! Nice2~!!! Sori br reply~

After all, yang nak hidup semati siape kan?

daun hijau

daun hijau

ilustrasi pensil & cinta

Projek ini sudah lama aku rancang, tapi hingga saat ini baru diberikan sedikit kekuatan, ruang dan masa untuk benar-benar merealisasikannya.

Baru saja bermula, InsyaAllah sedikit demi sedikit projek ini akan aku usahakan dan sampai waktunya nanti, akan aku dedahkan secara umum matlamat dan hasil sebenar projek ini pada sahabat, kawan dan rakan-rakan bloggers.

Ianya projek yang ringkas, tapi amat sangat bermakna untuk kersani. Harap kalian sabar menunggu.

kira ulat

kroni ulat hijau

ulat hijau

tiga

tiga

rendam

rendam

sembang ulat


ShoutMix chat widget

pustaka ulat

FEEDJIT Live Traffic Feed