2.15 am:


Aku hampir tidur. Dan aku call seseorang. Katanya dia ada menulis sesuatu ttg aku dalam blognya. Aku dah tak boleh tidur. Aku kena baca dulu. Memang sifat semula jadi aku, harus selesaikan semua sebelum mata mahu lelap. Kadang2 tengok cicak bermain kejar-kejar di siling pun aku tak boleh tidur. Sebab? Cicak yang tengah mengejar masih tak dapat nk tangkap cicak yg sedang berlari!


2.43 am:


Aku mula menulis post ini. Aku nak beri tajuk post ini sebagai...


Hakikatnya Begitu.


Bagi aku (lelaki), tak ada satupun kasih sayang, atau lebih tepat, CINTA yg diberi pada wanita tanpa mengharapkan balasan. Untuk manusia normal seperti saya, awak atau orang2 lain, semua di antara kita mengharapkan balasan bila hati sudah bersedia memberikan kasih sayang, kemesraan atau cinta.


Kita cinta pada Tuhan, dan kita mengharapkan agar Tuhan meredhai dan merahmati hidup kita.


Kita cinta pada Rasul dan kita mengharap syafaat Baginda di titian Sirat Al-Mustaqim kelak.


Kita cinta ayah dan ibu dan kita mengharap agar ayah dan ibu menyayangi dan merestui hidup kita.


Kita sayang lecturer dan guru kita dan kita mengharap kita akan lulus dengan cemerlang utk jadi orang berjaya.


Kita sayang member2 kita dan kita mengharapkan kita boleh berkongsi masalah dan kegembiraan dengan mereka.


Maka, sama juga halnya bila seseorang lelaki memberi cintanya atau sayangnya pada seseorang wanita. Menipu sangatlah kalau ada lelaki yg memberi cinta dan boleh berkata begini...


"Saya cintakan awak. Tapi kalau awak nak kahwin dengan si polan tu, saya bahagia. Saya lagi suka."


Tak ada. Tak ada lelaki yg memberi cinta pada wanita yg disayanginya tanpa mengharapkan balasan. Cuma bentuk balasan yg dimahukan itu mungkin berbeza2. Lelaki yg jujur dan ikhlas akan mengharapkan dirinya dicintai kembali. Tetapi lelaki yg bangang, mungkin mengharapkan fizikal satisfaction semata2. Terpulang.


Dan saya mahu kamu tahu, saya tak ada hak utk generalize yg baik atau buruk dalam pandangan orang lain. Mata hati orang lain bukan mata hati saya. Mungkin mata hati saya mengatakan balasan yg saya inginkan ialah...


"Kamu dapat melupakan kenangan sedih kamu bila bersama saya."


Kerana saya pun begitu. Aku tahu pertemuan kita singkat. Sangat. Tapi pertemuan yg singkat tidak bermakna 'perjalanan'nya juga harus jadi sekejap bukan? Kenapa tidak diberikan ruang?


Mungkin hingga hujung pernafasan langit nanti baru ada jawapan dari kamu. Saya harap ada.


Jangan bimbang. Saya masih senyum.Untuk awak.


4 ulat gigit daun hijau:

ehem!

(O.o)?

ehem2 jugak!=P

"Kamu dapat melupakan kenangan sedih kamu bila bersama saya."



i hope so :')

Suraya - ehem kembali! :P

Farhah - ehem ehem ehem! :P

Chipsmore - terima kasih. :D

daun hijau

daun hijau

ilustrasi pensil & cinta

Projek ini sudah lama aku rancang, tapi hingga saat ini baru diberikan sedikit kekuatan, ruang dan masa untuk benar-benar merealisasikannya.

Baru saja bermula, InsyaAllah sedikit demi sedikit projek ini akan aku usahakan dan sampai waktunya nanti, akan aku dedahkan secara umum matlamat dan hasil sebenar projek ini pada sahabat, kawan dan rakan-rakan bloggers.

Ianya projek yang ringkas, tapi amat sangat bermakna untuk kersani. Harap kalian sabar menunggu.

kira ulat

ulat rajin

kroni ulat hijau

ulat hijau

tiga

tiga

rendam

rendam

sembang ulat


ShoutMix chat widget

pustaka ulat

FEEDJIT Live Traffic Feed