Petang ini, tamatlah perjuangan aku di UTP. 4 tahun berlalu yang penuh susah payah akhirnya berakhir dengan penyudahan yang riang. Aku puas hati menjawab semua 6 soalan itu tadi. Mungkin itu 6 terakhir yang aku jawab berdasarkan nota-nota dari buku, kerana selepas ini aku harus jawab dari pengalaman dan apa yang berlaku di sekeliling aku. Bukan lagi berdasarkan sebutir-sebutir seperti tertulis di nota dan buku-buku.
Kekejaman Israel di Palestin masih berterusan, aku doakan mereka selamat. Dalam apa jua erti kata selamat.
Hmm, kamu pernah berdepan dengan siput babi?
Aku sesungguhnya sangat membenci binatang/haiwan bernama siput babi ini. Bukanlah kerana namanya yang mengandungi perkataan 'babi' tapi kerana sifatnya yang begitu menjijikkan. Melekit-lekit, berjalan menggunakan perut, tidak berleher, hidup melekat di dinding-dinding, makan benda-benda kotor, eeeeewwwwww memang aku lemah betul dengan 'babi' yang satu ini!
Kadang-kadang bila aku berjalan seorang diri di malam hari di kawasan yang penuh dengan pokok-pokok berdaun seperti daun pandan, aku dapat melihat siput babi yang begitu banyak sekali. Banyak maksudnya sangat banyak! Melekit-lekit di lantai dan daun-daun. Tidak bergerak-gerak, pemalas macam babi juga. Aku akan cepat jalan laju-laju bila berdepan dengan binatang ini. Aku tidak tahulah kenapa. Tapi jijiknya binatang siput babi ini hinggakan bila aku terpijak pun, aku masih terasa jijik.
Selalunya kalau benda yang kita benci, kita pijak untuk menghancurkannya bukan?
Tapi siput babi, aku terasa kasihan dengan tapak selipar aku untuk memijak siput babi. Rasa macam haiwan ini sangat hina. Pengotor! Melekit! Ahhhhh, semua sifat yang boleh dibayangkan semua ada pada siput babi. Orang zaman dulu kalau lelaki atau perempuan ditangkap berzina, diorang akan kata.....
"Kena tangkap masa tengah bersiput babi!"
Begitulah bencinya aku pada siput babi. Kadang-kadang ilmu yang pada aku tidak sampai untuk memikirkan nikmat apakah yang ada pada siput babi. Sungguh besar kuasa Allah menjadikan suatu haiwan itu begitu jijik, mampu pula memberi perasaan jijik yang sebegitu rupa dalam hati aku. Tidak terbayang di akal fikiran aku.
Ikan kelisa?
Berbeza dengan ikan kelisa. Aku mampu menatap ikan kelisa selama sejam, dua jam tanpa bergerak-gerak. Kerana bagi aku ikan kelisa ini haiwan air yang paling cantik selain ikan paus pembunuh. Ikan kelisa ini renangnya perlahan-lahan saja, macam anak gadis yang baru pulang mengaji. Lenggok-lenggok, bisa memikat sesiapa jua yang memandang. Cantik, lembut, bersinar-sinar. Menggoncang iman para taukeh-taukeh kedai emas, di mana-mana sahaja.
Sudahlah cantik, ada orang kata membela ikan kelisa ini membawa tuah pula. Menjadi lambang kemewahan pun ya juga. Memang serba-serbi tentang ikan kelisa ini yang baik-baik sahaja. Kalau dapat yang kelisa emas merah itu, bukan calang-calang orang. Kalau ada duit pun belum tentu boleh memiliki ikan kelisa jenis ini. Hidupnya liar dan makan pula makanan-makanan yang terpilih. Lipan, cengkerik dan lipas jadi habuan biasa.
Apa kamu ingat ikan kelisa makan roti? Atau makanan tiruan macam ikan emas?
Hmm, sekali lagi besar kuasa Allah menjadikan sejenis haiwan begitu indah dan cantik. Hinggakan tak lari mata yang memandang. Jujur, kalaulah aku dapat memilih antara jenis-jenis haiwan untuk dijadikan belaan, ikan kelisa sudah tentu tentu nombor satu menjadi pilihan!
Tapi sebaliknya...
Siput babi tak memerlukan beribu-ribu untuk membelanya. Dan ia tak minta dibela pun. Makan pun tak perlu susah-susah. Makanannya sampah-sampah.
Sampah-sampah itu siapa punya?
Manusia. Hmm....
Ikan kelisa? Cantik? Memang cantik! Tapi menjadi lambang orang bermegah-megah. Berlagak-lagak. Angkuh bila memilikinya.
Siapa yang angkuh?
Manusia. Hmm....
Benarlah, kadang-kadang aku tidak mampu mengerti hukum alam. Penciptanya lebih mengerti. Apa yang putih aku lihat hitam. Apa yang hitam terkadang aku lihat putih. Aku lebih senang mengikut kata hati. Kerana cuba me'reason'kan setiap kejadian itu satu nikmat. Hidayah yang membuka pintu hati.
Dan hidayah bukan sesuatu yang senang untuk dijumpai. Apatah lagi dimiliki.
10 ulat gigit daun hijau:
ko bela la weih ikan kelisa...good investment..aku tgk aritu kat tv die wat ladang ternak ikan kelisa...gle untung...kalo ko beli anak die dalam seribu lebey..dalam 3 tahun da besar ko bley jual dalam puluh ribu...kan bgus tuh? haaa..pe lg daus...kumpul2~ haha
bayangkan makan siput babi macam makan siput sedut..wow, penuh mulut..
Spinach - modal mana mau cekau????
:P
Lan Bingka - wow! aku tak mampu lah bro.
kau ikat kaki tangan pun belum tentu aku telan!
heh!
salam ziarah.
saya rasa mesti malam-malam siput babi menangis sebab orang benci dia. sebab tu badan berlendir.
ikan kelisa memang lemah lembut berenang, tapi saya suka ikan puyu.
sekarang bela William je kat rumah.
william tu kura-kura.
BalqisShafiqa - owh, bela kura-kura?
william?
hehe. kelakar.
:)
siput babi macho per?
wakakakkaka ....
semuda dijadikan tuk kita berfikir hikmah yg tsmbnyi disbliknya.
>>___<<
Frodo Baggins - setuju. :)
oh student UTP sebenarnye..
huhuhu..
ermm kenal x ngn dr.mokhtar
and isteri die pensyrah kt citu??
merdhieya - hmm, tak. maybe dia dari department engineering.
Post a Comment