Secara normalnya, penyesalan memang takkan datang awal. Sesuatu harus terjadi dan selalunya ia melibatkan perkara buruk, barulah rasa menyesal itu datang. Tapi bila dah menyesal, masa yg ada utk membetulkan keadaan selalunya tidak cukup, dan tindakan di luar dugaan adalah jawapan yg paling sesuai.
Jarang sekali bila keadaan terdesak, kita akan melihat manusia bertindak normal. Bagi student umpamanya. Ketika minggu final exam, di saat hasil pengajian selama hampir 6 bulan dilambakkan dalam satu fail dan kita diperlukan utk menghadam seberapa pantas yg boleh. Lebih memilukan, bukan hanya satu fail, tetapi ada yg enam, tujuh fail lain yg jika ditimbunkan, nampak setinggi paras hidung. Awek pulak tak habes2 merengek mintak belaian kasih manja di kala otak tgh serabut.
Dialog lanjutan : “Kamu tak fahamkah aku sedang blajar utk masa depan kita?!!” cakap dlm hati sajalah...
Menyesakkan nafas. Memang menyesakkan!
Hidup drebar teksi juga begitu aku rasa. Kalau kamu biasa naik teksi, selalunya ada ramai pemandu teksi yg duduk menunggu penumpang.
Dialog lanjutan : “Ayoyo! Ini hari banyak sial juga. Sikit juga customer.”
Sial. Memang sial!
Kamu kata kerja besar2 tak menyesal? Kerja manager2, kerja pegawai2 tak menyesal? Manager tak perlu susah2 ambil tahu semua benda, tahu sikit2 saja sudah cukup. Asal nampak macam tahu. Projek masuk, bagi motivation sedikit nanti orang lain yg kerah2 keringat. Manager tak perlu susah2.
Tapi bagaimana kalau projek juta2 yg sudah bikin senyum berbulan-bulan tiba2 ada sponsor tarik diri? Bagaimana kalau tiba2 ada orang kanan bikin hal bocorkan rahsia perincian projek? Dan bagaimana kalau dapat anak2 buah yg memang nak jahanamkan syarikat? Aku rasa ramai saja manager tumbang. Tumbang bukan sebab tak bersenam, tapi tumbang bila memikirkan masa depan BMW 5 Series yg belum penuh dibayar atau banglo mewah di Damansara Heights yg berbaki ribuan-ribuan atau memikirkan imej di depan rakan sekayu golf?
Dialog lanjutan : “Apa??? Projek tak lulus dgn kerajaan??? Matilah aku!”
Malu. Memang malu!
Macam yg aku kata tadi, penyesalan selalunya di hujung2. Jarang ada student yg bersedia dgn penyesalan. Sama macam drebar teksi, sama juga dgn manager. Tak ada beza. Yang membezakan ialah berapa teruk tahap penyesalan itu. Student kalau fail exam, boleh repeat katanya. Apa susah, sambung saja satu sem. Walhal masa depan belum berjanji kamu terlewat satu sem kamu dapat sama seperti yg kamu dapat kalau kamu awal satu sem.
Drebar teksi? Pandu teksi macam tgh race 100 meter dgn pelesit. Agaknya mat pelempit (pelesit + rempit) pun geleng kepala tgk drebar teksi bawak keta. Mat pelempit walaupun diorg bawak motor laju2, dia memang sudah mati. Jadi dia tau kalau bumper treler tayar 16 cium mulut dgn mudguard depan EX5 diorg pun, diorg takkan mati lagi skali. Tapi lu? Anne, lu ada anak bini mau makan, mau skolah juga. Sikit ingatlah sama anak bini. Sudah mati kalu, sapa mau tanggung? Lu mau anak lu jadi gangster ka? Kasi fikir sikit, bagi pelajaran sama anak kicik, nanti besar, diorg boleh jaga lu pulak. Mau laju tarapa, tapi kasi ingat itu orang tersayang juga. Tersampuk hantu raya ke bahasa aku nih?
Dan sedikit gua nak sentuh pasal manager2, serius dalam kerja itu satu keperluan. Tapi jangan sampai kerja tu mcm dah terniat nak bawak mati. Projek kecil2 pun kalau hidup berkat, senang beb. Apa guna merempat mintak projek besar2, tapi dalam merempat tu kau rendahkan martabat diri kau? Kau lunyaikan harga diri semata2 kerana kau nak tunjuk kau mampu main golf kat country club
Sudahlah aku merepek panjang2 pun. Aku tau korang akan skip2 jugak bila baca
Soalan lanjutan : “Apa punya post la dia ni? Tak ada gambar2 best pun?”
Menyampah. Memang menyampah!
Tapi aku menulis sebab smalam aku naik teksi. Hampir hilang nyawa sebab teksi tu tak reti berhenti kat lampu merah. Sedikit sebanyak seronok juga, macam naik roller coaster. Takde peraturan! Dan bila ingat nyawa boleh melayang kerana seronok yg tak seberapa, aku menulis dgn perasaan yg bercampur baur. Macam sambal balacan. Semua rasa ada.
Kalau rajin baca, bacalah. Aku nak layan kartun The Incredibles…
Chiow~
p/s: agak2 Lan MUH menyesal tak tinggalkan band yg telah menaikkan nama Lan di kalangan indie scene???
Sabtu
2.30 pm
MidValley
Aku sampai agak terlewat sikit dari masa yg dijanjikan. Tak pasal2 anak sedara aku nak ikut sekali tadi. Tak bawak karang, malas aku nak memujuk2 dia balik nanti.
Sesi jalan2 ptg ni lebih dari sekadar jalan2 sebenarnya. Nak kata terapi mental pun tak jugak. Tapi bila kawan kita needs a shoulder to carry her ‘story’ on, aku rasa dari hukum sunat, hukum tu dah jatuh wajib utk aku tolong dia, mana yg termampulah.
Save the story, jumpa dia kat MPH then let’s crita sambil makan.
Usha punya usha, akhirnya decided nk try rasa makanan kat Chili’s. Sedap ke tak, kena makan dulu lah kan?
Dah siap order semua, kawan aku ni memulakan cerita. Bertubi2, berdas2 dan bermacam2 hal yg mengusutkan otak dia. I can sense that. Kesian pun ada. Aku tak tau nk stop crita dia kat mana. Tak sempat nak hadam satu2 pun. Tapi dia ni bukan jenis senang2 crita masalah dalaman kat member2. Jadi di kalangan kawan2 dia pun, hanya sekelompok tu jelah yg tau dan maybe sikit sangat je pun yg anggap masalah dia serius.
Aku? Aku dah tau lama. Tapi when the silence moments between us had been so long, I assumed that the case had been raised. Dah setel! Finished! Full stop! Tapi rupanya belum, and looking at the fragile face and feelings she was trying to hide, aku tau dia tgh pendam suatu perasaan yg menggempur hati, tapi tak tau nk cakap kat sapa. Well, kalau rasanya pokok kaktus boleh mendengar dan angguk sebagai act of agreement, mungkin kawan aku ni boleh buat therapy session dgn benda alah tu. Sapa tau?
Well, hidangan sampai and the session went on. Sejam rasa macam 10 minit je. Senyuman Chinese waitress yg cute bagai Kelly Chen tu pun aku rasa tawar je. Words by words, she’s trying to choose the perfect everything for everyone, yg mana aku tau tu bukan kerja manusia yg normal. Frankly, I myself don’t really have a freaking solution for her. Macam dari point of blank, tetiba kabuak!!! Makin teruk!! And it keeps getting worse days by days. And as a stupid friend who tried to act like Mr.-Know-Everything, I just listened. Not much word uttered, just trying to put myself in her shoes. Still, I wasn’t able to do it right.
Too many variables, dan setiap satunya melibatkan the people she loves the most. Sebuah hipotesis yg aku tak brani nak conduct. Not in situation like hers. Kesimpulan? Sebuah soalan fill in the blank dgn ruangan jawapan yg ‘blank’ jugak!
Aku ni sapa nk judge mereka btw? Layak? Harem!
Nasib baik makanan kat Chili’s sedap. So it covered the whole dark and gloomy feelings all around and put some smiles on us, fake for me I guess. Aku senyum utk buat dia gembira masa tu saja. Jujur. Finally bila crita dah habis, aku mendengus. Told her to straighten her chin up, hide it, and believe it someday, it’s going to end. And that time will come. It will definitely come. When?
Aku takde jawapan. We leave that to the Almighty.
Be patient, friend. I know you're a strong girl.
Itu saja aku termampu lakukan...
Ini ada sebuah cerita. Dulu masa mula-mula Sang kiwi nak kenal epal hijau, semua takut2.
Sekarang? Wahhh, dia sudah lebih dari kita.
Intern satu tower sama2. Makan satu meja (kalau tak satu meja, takde selera). Balik keje kadang2 naik lrt sama2. Tengok wayang sama2. Keluar hujung minggu sama2. Semua sama2.
Cuma yg gua heran, dulu kemain takut2. Kalau dalam lecture, tak nak pandang satu sama lain sebab takut orang lain perasan.
Tapi takpe, sebagai member yang baik, aku ada simpan gambar lama sang kiwi tengah ‘ngedate’ dgn epal hijau. Mari usha.
Muka dua2 comel sebab menahan gugup di dada. Maklumlah 2 2 budak 'baek'.
Gelak2! Tapi aku respek sama ini 2 orang, diorg masih bersama selamanya sampai sekarang. Cuma 2 2 dah tak berapa nak cute, sebab dah tua. Smoga berbahagia korang...
p/s: cik Epal hijau, nak saya release gambar2 lain lagi? :P
Peace and Chiow!
(sumpah lepas ni farhah bunuh aku! Hahaha!)
Aku agak Bowbow tengah frust sebab seminggu lebih2 lagi, dia dah kena berpisah dgn Abang Jo. So, dia wat tag ni supaya tak nampak sgt dia tengah sedih. Biasala, lelaki macho naik ducati mana boleh menangis, ye tak? So, utk mengubat sindrom hilang kasih Bowbow, gua layan tag ni.
1) Berapa berat badan anda naik?
Ntah! Tak timbang. Yg pasti, naik...
2) 5 Benda yang anda beli sepanjang intern?
Beg galas, Cookie, Levi’s, iPod, tiket2 wayang di kala kebosanan…
3.Kata-kata Pedas Paling Diingati?
“You aaa, tala boleh duduk lain workstation sesuka hati ooo…"
4.Kata-kata Manis Paling Diingati?
“Good job!”
5.Berapa kali anda potong Rambut Sepanjang Intern?
2 kali. Selekeh...
6.Kerja paling penat yang pernah anda lakukan?
Membuat php utk database bagi 100 lebih projek minyak ngan gas.
7.Kenderaan yang kerap dinaiki sepanjang intern?
KTM, Lrt, Motor abg aku.
8.Berapa kerap anda pulang ke rumah sepanjang intern?
Secukup rasa.
9.Ada tempat paling menenangkan fikiran selepas balik kerja?
Taman KLCC. Flora yg hijau dan ‘fauna’ yang seksi baru balik shopping.
10.Apakah tabiat terbaru anda semasa intern?
Pagi pegi keje misti layan lagu dulu. Petang mesti nk dgr ‘kerusi panas’.
11.Bos Yang Pemurah atau Bos Yang Sporting?
Bos yang sporting. Pemurah skali je.
12.Letak nama orang yang korang menyampah sepanjang intern? Hahaha!
Staff PEP yang kedekut cubicle!
13. Minggu ke berapa yang paling anda ingati?
Minggu 2nd presentation. Dah macam kenduri, ramai gilos datang time tu!
14.Apa yang rosak sepanjang tempoh intern? Akhlak dikecualikan.
Perhubungan dengan member2 yang jauh.
15.Dunia ini (Penuh Tipu Daya/Harmoni Aman Damai) sila pilih satu dan komen.
Dunia ini Penuh Tipu Daya. Komen? Aku pun salah seorang…
16.Kerugian terbesar yang anda hadiahkan kepada syarikat?
Masa. Hehe!
17.Adakah SV anda sayangkan anda?
Kot. Dia suruh aku datang jumpa dia balik lepas grad. Samada nak bagi anak pompuan dia atau position dia, aku tak brapa pasti.
18.Kawan yang banyak membantu semasa intern?
Yang tau aku ada blog dan yg slalu ajak aku kluar time weekend.
19.Gambarkan tempoh internship dalam satu perkataan…
Leceh!
20.Gambarkan diri anda selepas internship dalam satu perkataan…
Rileks…
Bowbow, thanks for the tag~
(snap ini tiada kaitan dgn post...)
Sudah lama tak lepak kat taman KLCC. Bercakap macam jauh saja, walhal kalau rajinkan kaki tak sampai 10 minit pun rasanya. Kalau difikirkan, tak ada apa sangatlah sebenarnya kat taman tu, tapi aku rasa seronok melihat kanak-kanak bermain air, tengok orang beriadah, tengok kapel lepak2 dan memadu asmara, tengok family mat2 saleh yg dtg melawat bangunan berkembar tertinggi di dunia ni dan macam2 lagi panorama yg semuanya menarik perhatian anak mata.
Aku tertanya-tanya jugak sapa la yg terror sgt jadi lanskap arkitek taman ni, lively sungguh dia punya suasana.
Sedar-sedar dah dekat sejam aku kat sini. Maybe patut balik. Tapi bila nak balik je rasa sayang nak tinggalkan taman ni. Lepas ni, aku kena cari port lain utk jadi dumping spot aku. Zaman praktikal dah nak tamat, makanya pencarian dumping spot kat UTP akan bermula secara manual. Kat taman KLCC ni, aku ‘buang’ segala kekusutan yg menerjah akal. Yang mana aku sempat tapis, aku tapis. Nampak cam besar sgt saiz kalori masalah tu, atau yg nmpk cam boleh bikin tak lalu nak telan
Dan kadang2 bila aku buang tu, aku tak harap pun dia datang mengalir balik kat aku. Pegi kat orang lain pun takpe. Takdehal. Tapi hidup aku tak macam tu. Dengar je ringtone alarm pkul 5.50 pagi, selaras itu jugak otak aku memerah akal mencari apa problem yg tak setel lagi. Berbilang-bilang pulak tu. Bukan masuk macam masuk panggung wayang, satu satu, tapi macam anak itik nak masuk reban. Kiri kanan datang. Pintu otak pulak kecik, sebab masih mamai.
Sudahlah. Aku sendiri pun bosan membaca post aku kali ni. Kalau ada cadangan dumping spot kat UTP yg korg rasa nice utk aku, bgtau ah. Ameeth, Salam atau Farouq tidak termasuk dalam senarai. McD Gopeng? Waterfront lumut? Mungkin! Sebab kalau naik keta keane malam2 atau awal pagi, bila bukak je window dia, angin malam menyerbu masuk ke muka. Ada feeling cam angin malam tu ‘sapu’ skali masalah aku.
Sekarang pkul 2 3 pagi dah tak leh ajak keane lagi ah. Dia dah ada tanggungjawab. Ada anak bini kena jaga. Hidup aku memang melarat pada member2 je. Malu gak kadang2. Loser sket feeling mencucuk jiwa.
Dah dah. Sempat lagi aku melalut. Nak gosok gigi. Tidow.
Chiow!
p/s : Bobo, tag hang ada road block tgh jalan. Bagi feel sket mari, aku layan buat okeyh aaa??