Hari ke-3 di UTP. Dan aku baru saja ada sedikit mood nk campak cerita kat sini. Maaflah kalau bahasa direct sket, sebb aku dah malas nak draf. Redah saja apa2 yg terlintas kat benak neuron. Naseb baek masih berfungsi walau dah 3 4 hari tak mengasah otak, karat nih!


Selasa 2 hari lepas, abang dgn mak aku ikut skali datang utp. Katanya dah lama tak datang. Nak tengok perubahan apa yg ada kat sini. Dari Rawang, amek highway sket, pastu masuk Bidor, Temoh, then sampai Gopeng pastu trus ke Batu Gajah dan UTP. Sempatlah usha2 bandar lama Bidor. Dalam 2 jan setengah, dah sampai pintu pagar UTP. Tak banyak mana pun perubahan, selain Village 5 lama yg nampak tenang dgn tasik2.



Sebab aku baru balik intern, dapatlah keistimewaan sket, dapat apartment@rumah yg agak selesa kat Village 5. Selesa lah sket klau nk compare dgn Village 1 atau Village 2. Ada dapur, then bilik pun agak luas sketlah. Okeyh cukup pasal hostel, lepas dah siap2 kemas semua, aku bawak femly aku pegi cafe V5, lagipun dah dekat pkul 1 tengahari dah time tu. Nak makan, kesian tadi sarapan ringan sangat kat rumah.


Tengah2 makan...


"Kat sini ramai jugak pelajar pompuan yer dik?" Kak Awin, akak ipar aku bukak cerita.

"Aah. Tapi lelaki lagi ramai."

"Haa, kalau dah macam tu maknanya, saham budak laki kat sini tinggilah, kan?" Abang aku pulak menambah, menghangatkan topik sembang2 kosong.


Aku tengok mak aku dah macam sedih2 dah nak tinggal aku kejap lagi.


"Ma tengok sini takde pun yang jelingas..." Tetiba mak aku melepaskan kata. Dia tak pandang kat aku pun, tapi aku tau dia maksudkan pada aku.


"Jelingas tu apa?" Aku blur. Sumpah. Perkataan aku tak pernah dengar.


Abang aku gelak. Gelak kaw2 punya!


"Nanti adik dah dekat2 nk kawen, adik bawak jumpa ma, adik taulah apa dia jelingas..."


"Hahaha! Lambat lagi ah, nak cari Fairlady Z dulu."


Mak aku senyum je. Lepas makan tu, aku bawak femly aku pusing2 UTP sket, tunjuk Pocket C, Pocket D, Chancellor Hall, tasik2 then around pkul 3 ptg, diorang bertolak balik. Lepas ni dah takde sapa dah nak kejut aku subuh. Kena bangun sendiri. Ahhh!!


Tengah aku jalan nak naik top floor (rumah aku kat top floor), aku terfikir, kenapa abang aku gelak? Dan masa dia gelak tu, akak ipar aku pulak macam blushing. Apahal? Sumpah sepanjang aku hidup aku tak pernah dengar perkataan jelingas. Mak aku salah pilih timing daa nak main teka teki silang kata pulak...


Korang rasa apa benda jelingas tu?



(adakah budak ni mempunyai ciri2 jelingas? pic sekadar tempelan.)


Chiow~


8 ulat gigit daun hijau:

jelingas?
spesis ape kah itu?

sape kah awek itu????
cun2..
huhu

takde kat wiki pun jelingas tu..
apekah..

jelingas??? bahasa jerman ke?? hehe

ni bahasa2 da vinci code ni..

jijie - spesies yg sayer pun tak tau! hehe. mgkn blum masanya lagi...

api - ahahaha! awek kebetulan-jumpa-naik-komuter... :P pecaya?

suraya - haha! wiki xde. sam witwicky ader! ^_~

chipsmore - aah. bahas manusia peribumi jerman! hehe... =)

anip - hahaha! betul!

x penah dgr pon...pelik je bunyi...

mmg tak la aku nk pcye...
huhuhu..

daun hijau

daun hijau

ilustrasi pensil & cinta

Projek ini sudah lama aku rancang, tapi hingga saat ini baru diberikan sedikit kekuatan, ruang dan masa untuk benar-benar merealisasikannya.

Baru saja bermula, InsyaAllah sedikit demi sedikit projek ini akan aku usahakan dan sampai waktunya nanti, akan aku dedahkan secara umum matlamat dan hasil sebenar projek ini pada sahabat, kawan dan rakan-rakan bloggers.

Ianya projek yang ringkas, tapi amat sangat bermakna untuk kersani. Harap kalian sabar menunggu.

kira ulat

ulat rajin

kroni ulat hijau

ulat hijau

tiga

tiga

rendam

rendam

sembang ulat


ShoutMix chat widget

pustaka ulat

FEEDJIT Live Traffic Feed