(snap ini tiada kaitan dgn post...)


Sudah lama tak lepak kat taman KLCC. Bercakap macam jauh saja, walhal kalau rajinkan kaki tak sampai 10 minit pun rasanya. Kalau difikirkan, tak ada apa sangatlah sebenarnya kat taman tu, tapi aku rasa seronok melihat kanak-kanak bermain air, tengok orang beriadah, tengok kapel lepak2 dan memadu asmara, tengok family mat2 saleh yg dtg melawat bangunan berkembar tertinggi di dunia ni dan macam2 lagi panorama yg semuanya menarik perhatian anak mata.


Ada satu ketenangan kat situ. Dan aku pulak tak reti nak bercerita rasa tenang tu macamana. Maybe kalau aku boleh describe feeling tu rasa macam baru lepas presentation internship 8 bulan! 2 bulan takde feeling pape. Atau rasa macam korang dah cukup iman kat dada dan klau mati esok hari pun, korg tak risau. Haa, macam tulah yg aku rasa bila melepak kat taman KLCC tu. Sbijik!


Aku tertanya-tanya jugak sapa la yg terror sgt jadi lanskap arkitek taman ni, lively sungguh dia punya suasana.


Sedar-sedar dah dekat sejam aku kat sini. Maybe patut balik. Tapi bila nak balik je rasa sayang nak tinggalkan taman ni. Lepas ni, aku kena cari port lain utk jadi dumping spot aku. Zaman praktikal dah nak tamat, makanya pencarian dumping spot kat UTP akan bermula secara manual. Kat taman KLCC ni, aku ‘buang’ segala kekusutan yg menerjah akal. Yang mana aku sempat tapis, aku tapis. Nampak cam besar sgt saiz kalori masalah tu, atau yg nmpk cam boleh bikin tak lalu nak telan nasik atau tidor malam, aku buang cepat2 kat sini. Biar terapung kat atas air kat tasik ni. Sok sok datang ambek lagi.


Dan kadang2 bila aku buang tu, aku tak harap pun dia datang mengalir balik kat aku. Pegi kat orang lain pun takpe. Takdehal. Tapi hidup aku tak macam tu. Dengar je ringtone alarm pkul 5.50 pagi, selaras itu jugak otak aku memerah akal mencari apa problem yg tak setel lagi. Berbilang-bilang pulak tu. Bukan masuk macam masuk panggung wayang, satu satu, tapi macam anak itik nak masuk reban. Kiri kanan datang. Pintu otak pulak kecik, sebab masih mamai.


Sudahlah. Aku sendiri pun bosan membaca post aku kali ni. Kalau ada cadangan dumping spot kat UTP yg korg rasa nice utk aku, bgtau ah. Ameeth, Salam atau Farouq tidak termasuk dalam senarai. McD Gopeng? Waterfront lumut? Mungkin! Sebab kalau naik keta keane malam2 atau awal pagi, bila bukak je window dia, angin malam menyerbu masuk ke muka. Ada feeling cam angin malam tu ‘sapu’ skali masalah aku.


Sekarang pkul 2 3 pagi dah tak leh ajak keane lagi ah. Dia dah ada tanggungjawab. Ada anak bini kena jaga. Hidup aku memang melarat pada member2 je. Malu gak kadang2. Loser sket feeling mencucuk jiwa.


Dah dah. Sempat lagi aku melalut. Nak gosok gigi. Tidow.


Chiow!


p/s : Bobo, tag hang ada road block tgh jalan. Bagi feel sket mari, aku layan buat okeyh aaa??

5 ulat gigit daun hijau:

oh..my dad manager taman d c2..no wonder taman d c2 lawa..hikk ;)

haha! really?

hahahah..again..ayat panjang gak!salute2!=) neway, takpe..nanti kita wat rombongan jalan ramai2 di waktu pagi kol 2 3 pagi yer..hahah!

alolo~~
dun wori ah.
ak xkan ambek keane dr ko sbb die tetap kwn ko.
kalo g mne2 rmi2 lg ah meriah kn..
date beramai-ramai juge meriah so ko kene crik awek dlu ok? (kidding~ =P)

Farhah - haha. final year maybe dah start kena pikir pasal duit, kerjaya, tangunggajawab bla bla bla... :P

Suraya - kalauulah tawaran anda itu datang bersama pakej awek yg sporting kan best? ^_~

daun hijau

daun hijau

ilustrasi pensil & cinta

Projek ini sudah lama aku rancang, tapi hingga saat ini baru diberikan sedikit kekuatan, ruang dan masa untuk benar-benar merealisasikannya.

Baru saja bermula, InsyaAllah sedikit demi sedikit projek ini akan aku usahakan dan sampai waktunya nanti, akan aku dedahkan secara umum matlamat dan hasil sebenar projek ini pada sahabat, kawan dan rakan-rakan bloggers.

Ianya projek yang ringkas, tapi amat sangat bermakna untuk kersani. Harap kalian sabar menunggu.

kira ulat

ulat rajin

kroni ulat hijau

ulat hijau

tiga

tiga

rendam

rendam

sembang ulat


ShoutMix chat widget

pustaka ulat

FEEDJIT Live Traffic Feed