Secara normalnya, penyesalan memang takkan datang awal. Sesuatu harus terjadi dan selalunya ia melibatkan perkara buruk, barulah rasa menyesal itu datang. Tapi bila dah menyesal, masa yg ada utk membetulkan keadaan selalunya tidak cukup, dan tindakan di luar dugaan adalah jawapan yg paling sesuai.


Jarang sekali bila keadaan terdesak, kita akan melihat manusia bertindak normal. Bagi student umpamanya. Ketika minggu final exam, di saat hasil pengajian selama hampir 6 bulan dilambakkan dalam satu fail dan kita diperlukan utk menghadam seberapa pantas yg boleh. Lebih memilukan, bukan hanya satu fail, tetapi ada yg enam, tujuh fail lain yg jika ditimbunkan, nampak setinggi paras hidung. Awek pulak tak habes2 merengek mintak belaian kasih manja di kala otak tgh serabut.


Dialog lanjutan : “Kamu tak fahamkah aku sedang blajar utk masa depan kita?!!” cakap dlm hati sajalah...



(bila belajar main2, inilah jadinya... terima kasih model2!)

Menyesakkan nafas. Memang menyesakkan!


Hidup drebar teksi juga begitu aku rasa. Kalau kamu biasa naik teksi, selalunya ada ramai pemandu teksi yg duduk menunggu penumpang. Ada saja kelibat manusia2 yg dilihat berpotensi utk menumpang lalu lalang, terus dioffer dgn perkhidmatan. Lebih2 lagi bila kerusi menunggu sudah penuh, dan persaingan mendapatkan customer dirasakan membahang. Cepat2 mahu dihantar penumpang yg ada, dan mencari penumpang yg baru. Cepat2 dihantar supaya lebih banyak duit yg didapat. Lebih banyak duit yg didapat, lebih banyak yg boleh dibawa pulang ke rumah, utk menyuap anak bini. Beli rokok dulu, baru bawa balik. Kalau rokok pun tak lepas macamana?


Dialog lanjutan : “Ayoyo! Ini hari banyak sial juga. Sikit juga customer.”



(saingan2 di depan mata...)

Sial. Memang sial!


Kamu kata kerja besar2 tak menyesal? Kerja manager2, kerja pegawai2 tak menyesal? Manager tak perlu susah2 ambil tahu semua benda, tahu sikit2 saja sudah cukup. Asal nampak macam tahu. Projek masuk, bagi motivation sedikit nanti orang lain yg kerah2 keringat. Manager tak perlu susah2.


Tapi bagaimana kalau projek juta2 yg sudah bikin senyum berbulan-bulan tiba2 ada sponsor tarik diri? Bagaimana kalau tiba2 ada orang kanan bikin hal bocorkan rahsia perincian projek? Dan bagaimana kalau dapat anak2 buah yg memang nak jahanamkan syarikat? Aku rasa ramai saja manager tumbang. Tumbang bukan sebab tak bersenam, tapi tumbang bila memikirkan masa depan BMW 5 Series yg belum penuh dibayar atau banglo mewah di Damansara Heights yg berbaki ribuan-ribuan atau memikirkan imej di depan rakan sekayu golf?


Dialog lanjutan : “Apa??? Projek tak lulus dgn kerajaan??? Matilah aku!”



(mana nak cekau duit ganti $15 juta dolar bank loan nih????)

Malu. Memang malu!


Macam yg aku kata tadi, penyesalan selalunya di hujung2. Jarang ada student yg bersedia dgn penyesalan. Sama macam drebar teksi, sama juga dgn manager. Tak ada beza. Yang membezakan ialah berapa teruk tahap penyesalan itu. Student kalau fail exam, boleh repeat katanya. Apa susah, sambung saja satu sem. Walhal masa depan belum berjanji kamu terlewat satu sem kamu dapat sama seperti yg kamu dapat kalau kamu awal satu sem.


Drebar teksi? Pandu teksi macam tgh race 100 meter dgn pelesit. Agaknya mat pelempit (pelesit + rempit) pun geleng kepala tgk drebar teksi bawak keta. Mat pelempit walaupun diorg bawak motor laju2, dia memang sudah mati. Jadi dia tau kalau bumper treler tayar 16 cium mulut dgn mudguard depan EX5 diorg pun, diorg takkan mati lagi skali. Tapi lu? Anne, lu ada anak bini mau makan, mau skolah juga. Sikit ingatlah sama anak bini. Sudah mati kalu, sapa mau tanggung? Lu mau anak lu jadi gangster ka? Kasi fikir sikit, bagi pelajaran sama anak kicik, nanti besar, diorg boleh jaga lu pulak. Mau laju tarapa, tapi kasi ingat itu orang tersayang juga. Tersampuk hantu raya ke bahasa aku nih?


Dan sedikit gua nak sentuh pasal manager2, serius dalam kerja itu satu keperluan. Tapi jangan sampai kerja tu mcm dah terniat nak bawak mati. Projek kecil2 pun kalau hidup berkat, senang beb. Apa guna merempat mintak projek besar2, tapi dalam merempat tu kau rendahkan martabat diri kau? Kau lunyaikan harga diri semata2 kerana kau nak tunjuk kau mampu main golf kat country club sana. Kau pukul bola golf pun banyak kali yang tak masuk dari yang masuk. Mungkin kau pun lupa, lepas kau pukul bola tu, kau kutip balik. Ironinya, kenapa nak kutip balik benda kau dah pukul jauh2? Sebab benda tu membuktikan kau pukul dan bola tu masuk dalam lubang. Maruah? Kalau kau dah campak kat kaki orang, kau boleh kutip balik?


Sudahlah aku merepek panjang2 pun. Aku tau korang akan skip2 jugak bila baca kan? Sambil hati korg mengutuk dan mencerca. Aku tau. Tengok, sekarang korg dah senyum. Kan?


Soalan lanjutan : “Apa punya post la dia ni? Tak ada gambar2 best pun?”


Menyampah. Memang menyampah!


Tapi aku menulis sebab smalam aku naik teksi. Hampir hilang nyawa sebab teksi tu tak reti berhenti kat lampu merah. Sedikit sebanyak seronok juga, macam naik roller coaster. Takde peraturan! Dan bila ingat nyawa boleh melayang kerana seronok yg tak seberapa, aku menulis dgn perasaan yg bercampur baur. Macam sambal balacan. Semua rasa ada.


Kalau rajin baca, bacalah. Aku nak layan kartun The Incredibles…


Chiow~


p/s: agak2 Lan MUH menyesal tak tinggalkan band yg telah menaikkan nama Lan di kalangan indie scene???


(LAN.)



5 ulat gigit daun hijau:

WTF..kayu pon dah ada awek ..
gila terasa loser shialll diri ini..
(betulkah kayu itu,ka kayu lain)..hakhakhak..

anda salah komen di post lain... hehe! yup, kayu memang kayu bro! loser syiall!!
aku ni dah tahap nk sembah dinding dah! hahaha.... :P

lan ada pasai la dia tinggal kan MUH!
xpe! im still sokong dia!!
;)

perghhhh jd model tu.... cilaka lu matpi

Dahlia - yeah!! semoga perjuangan Lan tak berakhir si sini saja... \0/

Izuudin - hahahaha! padan moka kaoo!!! :P

daun hijau

daun hijau

ilustrasi pensil & cinta

Projek ini sudah lama aku rancang, tapi hingga saat ini baru diberikan sedikit kekuatan, ruang dan masa untuk benar-benar merealisasikannya.

Baru saja bermula, InsyaAllah sedikit demi sedikit projek ini akan aku usahakan dan sampai waktunya nanti, akan aku dedahkan secara umum matlamat dan hasil sebenar projek ini pada sahabat, kawan dan rakan-rakan bloggers.

Ianya projek yang ringkas, tapi amat sangat bermakna untuk kersani. Harap kalian sabar menunggu.

kira ulat

ulat rajin

kroni ulat hijau

ulat hijau

tiga

tiga

rendam

rendam

sembang ulat


ShoutMix chat widget

pustaka ulat

FEEDJIT Live Traffic Feed