Awal pagi tadi, lebih kurang pukul 4.48 am waktu tempatan, aku dah bangun utk menunaikan salah satu sunat yg sgt dituntut dalam agama kita. Bersahur. BUKAN tahajjud. Menu sahur pagi aku tidaklah 'heaven' sangat seperti sup sirip yu, abalone soup, lobster masak merah atau ikan siakap 3 rasa. Ia cuma sekeping roti gardenia yg disapu selapisan Lady's Choice Peanut Butter dan Strawberi. Tambah air sunquick tropicana. Cukuplah utk mengalas perut menghadapi 12 jam yg akan datang. Mungkin lebih.


Lepas sahur, aku tak mau tidur sebab kalau aku tidur, aku MUNGKIN akan terlepas subuh. Gila apa sahur boleh bangun, tapi subuh miss. Baek kau tak sahur tapi boleh bangun subuh. Subuh lebih utama. Tapi itu bukan topik perbincangan aku kali ini. Jadi, utk mengisi waktu antara lepas sahur dan subuh, aku usha balik muvi2 lama yg tersimpan dalam hard disk aku. Tetiba terasa cam nak tgk balik muvi 'The Girl Next Door'. Yeah, memang, aku memang obses dgn muvi ini walaupun pada sesetengah kamu anggap muvi ini sucks atau biasa2 saja.


The Girl Next Door (TGND) pada aku sebuah cerita yg cukup simple. Lakonan Emile Hirsch dan Elisha Cuthbert (maaf, aku memang suka dia!). Muvi ni cukup sinis tentang pandangan manusia pada manusia lain yg 'dianggap' hina. Dan dalam konteks TGND, Elisha adalah pornstar. Ya, pornstar! Macamana kalau ahli keluarga kamu jatuh cinta pada pelacur???


Gila bab*! Kalau melayu, aku rasa mungkin ahli keluarga kamu yg terbabit akan dibomohkan agar melupakan perempuan itu. Yeah, itu dianggap normal kalau hakikat itu betul2 jadi realiti. Siapa mau perempuan lacur jadi ahli keluarga kan? Sapa mau perempuan lacur jadi ibu pada anak2 kita kan??? Perempuan lacur hina kan?? Kan??? Kan???


Kamu benar2 fikir begitu? Maaf. TGND mengubah persepsi aku pada hal ini. Mengubah apa yg aku lihat pada seseorang wanita sekaligus. Bukan semua perempuan yg melakukan sesuatu yg hina itu atas kehendak dirinya. Aku setuju kalau kamu kata perempuan yg melakukan kerja hina itu utk kemewahan adalah hina, tetapi amat tidak adil utk 'pukul rata' semua perempuan itu atas satu generalization sahaja. Mungkin dalam fikiran mereka waktu melakukan itu penuh dengan penyesalan, atau mereka mungkin memejam mata kerana tidak sanggup melakukannya. Tapi bila memikirkan tanggungjawab yg terpikul di bahu, mereka tidak ada pilihan. Mereka tidak ada pilihan...


Sangat senang utk kita menghukum perempuan2 seperti ini. Baling batu, sembunyi tangan dan baling lagi dan lagi. Tanpa belas kasihan. Tapi berama ramai antara kita yg memahami perempuan2 ini? Kamu mungkin tidak berada di tempat mereka bila anak2 kecil mereka merengek meminta susu di tengah2 malam? Atau ketika bapa atau ibu mereka meruntun menahan sakit yg tak mampu diubati di hospital kerana kos perubatan yg terlalu mahal?? Kamu tidak tahu itu, jadi jangan menghukum terlalu awal!


Kalau kamu neutral dan kamu mendapat perempuan suci utk dijadikan teman hidup, bersyukurlah. Kamu mendapat permata dunia, insyaAllah akhirat juga. Berterima kasihlah pada Tuhan. Tapi janganlah memandang jijik pada perempuan2 yg melakukan kerja hina di luar sana semata2 kerana mereka tidak diberi pilihan lain. Seharusnya kalau kamu mendapat perempuan yg baik, fikirlah utk mereka. Apa yg boleh kita lakukan utk kembalikan mereka pada jalan yg betul. Aku pun bukanlah baik sgt, tapi TGND membuka mata aku bahawa hatta perempuan 'hina' pun mempunyai rasa cinta, mempunyai rasa ingin dicintai lelaki yg baik. Yang mampu menyayangi dan membahagiakan mereka.


Tak faham? Aku sarankan kamu khatamkan novel 'Salina' karya Pak Samad. Tapi sebelum itu, layan dan fahami mesej The Girl Next Door. Selamat menyelak balik muvi lama kamu!



(Setiap manusia, hina atau tidak, ada hak utk hidup...)


Kamu lelaki yg baik kalau kamu bukan JUDGEMENTALIST!


Chiow!


6 ulat gigit daun hijau:

huhu, ak pun penah judge manusia sesuke suki b4 nh. tp lps tu bila ak pk blk, mungkin ade kebaikan dlm diri dorang yg kite x nmpk. bila org buat jht besenye mnusie akn trus judge org tu as jht and then x pndg lgsg pd kbaikan yg dorang ade. pdhal dorang wt jahat kdg2 x mnyusahkan org laen pun. but then ak learn that mnusie x prfect. everybody ade klemahn. so as long org2 yg 'jht' tu x menyusahkan idup ak, i juz wont care.

okay serious kena tengok jugak TGND ni.
after that sambung baca Salina tu.
kadang2 mentaliti and pandangan sesetengah orang dekat jenis perempuan macam ni mesti tak pernah elok.
betul macam kau cakap,mungkin dorang takde pilihan lain.
and mungkin jugak aku akan cakap,kerja lain yang elok masih banyak.
tapi kita takde hak nak judge siapa diri dorang yang sebenar based on baik atau buruk nya kerja dorang tu.kan?
nice post though :)

hurm..btol3 ak stuju...kite xptt judge org bile kite sndiri pon ap kurangnye..just put ourselves in their shoes...ad sst yg kite xthu dari hanya memandang siapa mereka..tp lumrah manusia..boleh judge sbelah mate je..n buat andaian smpai mati..huhu..it just cant be helped...
nway..thanx for the wish.really appreciate it..:)

suraya - yeah. well, semua org ada pandangan masing2. dan yg pernah lalui atau pernah buat benda ni akan faham perasaan tu. rasa macam bersalah gila especially bila ornag yg kita judge tu adalah member baik kita sendiri.

khadijah - kamu belum tengok? patut tengok! bagi aku ia menarik sebab ia melihat isu itu dari perspektif remaja, dan maybe alignment cerita ini ada sangkut paut dengan kau dna aku juga.
yeah, kita tak ada hak utk menghukum. judgemental? siapa kita kan? :D

Nisah - yeah. i'm happy if ur in the same page as me. haha. no worry for the wish, from a fren to a fren.
:D

daun hijau

daun hijau

ilustrasi pensil & cinta

Projek ini sudah lama aku rancang, tapi hingga saat ini baru diberikan sedikit kekuatan, ruang dan masa untuk benar-benar merealisasikannya.

Baru saja bermula, InsyaAllah sedikit demi sedikit projek ini akan aku usahakan dan sampai waktunya nanti, akan aku dedahkan secara umum matlamat dan hasil sebenar projek ini pada sahabat, kawan dan rakan-rakan bloggers.

Ianya projek yang ringkas, tapi amat sangat bermakna untuk kersani. Harap kalian sabar menunggu.

kira ulat

ulat rajin

kroni ulat hijau

ulat hijau

tiga

tiga

rendam

rendam

sembang ulat


ShoutMix chat widget

pustaka ulat

FEEDJIT Live Traffic Feed