Perghhh! Nak dekat seminggu balik, baru aku ada mood nak menconteng cerita-cerita hikayat sampah. Sampah tak sampah, sebab buku ditulis oleh penulis tersohor macam Shahnon Ahmad, baca tak baca belakang cerita kan?


Trip kali ni aku plan dekat 2 minggu jugak, last skali aku decide dalam masa 2 menet! Semua gara2 selsema babi punya pasal. Terima kasih babi.


Khutbah Jumaat, 31 julai 09: Budak UTP diarahlah berambus kluar dari UTP slpas 3 ptg dan sebelum malam esok. Ahhh, sudah! Tetiba saja rumours jadi kenytaan. Mana2 yg memang kaki balik rumah, ibarat memenangi gameshow 'Jangan Lupa Lirik' walaupun baru dtg UTP 2 minggu lepas.


Aku dah kelat. Nak balik, pakai duit lagi. Demam. Demam. Plan nak buat backpack trip Melaka minggu depan macamana?? Ahhh, sudah! Babi la babi nih!


Hmm, apakata awalkan trip? Pegi Melaka? Jom! Tak sampai 2 minit, kemas2 beg, masuk apa2 yg patut saja. Dan pagi sabtu 1 Ogos, aku mulakan musafir seorang diri ke Melaka. Bukan tak pernah pergi, tapi kali ini aku pergi seorang. Cuba berseorangan, jauh dari sahabat2 dan setan2 ITIS buat seketika. Sebab selama ini, aku hidup dgn kawan2. Aku perlukan masa utk bersendiri. Dan Melaka mungkin, mungkin saja destinasi yang tepat. Melayan hati.


Aku sampai Melaka plus minus 8.30 malam. Cari tempat nk crash. Motel cikai2 pun xpe. Akhirnya aku jumpa ini.


(Yellow Mansion. Gelap dan sedikit feeling mafia. Sebab chinese style.)

Dalam pukul 10, irama grunge rock perut mula berbunyi. Minta diisi. Aku hayun langkah jalan pegi jonker street. Mintak2 ada gerai2 ke. Janganlah semua restoran chinese je. Sebab aku tak yakin sgt nk telan makanan diorg. Walau kadang2 aku suka. Tengah2 jalan melewai Sungai Melaka, jumpa monumen ni. Aku sangka di Belanda saja ada wingmill. Sungai Melaka di malam hari memang indah. Sejuk dan mendamaikan.


(windmill yg err, aku tak tau apa nama dia... lapar beb!)

Jalan lagi. 5 minit ke Jonker Street sungguhlah jauh bila lapar. Dan aku berhenti kejap bila jumpa signboard nih. Macam nice je buat proof aku jejak bumi Melaka hari ni. Masa dah dekat pukul 11 dah.


(time amek gambar, aku sorang2 kat situ. gelap gila. tapi gelap tu yg buat aku tenang. buang semua fikiran2 buruk. dah lepas dah... sudahlah.)



Akhirnya, Jonker Street! Kat sini hmm, macam2 manusia. Orang masih lagi ramai. Macam Gerbang Malam di Ipoh cuma kat sini lagi banyak barang pelik2 kalau kau manusia normal. Cari2 kedai makan tak jumpa, akhirnya aku tibai sotong bakar je. Sedap, dan aku boleh makan sambil berjalan. Orang2 Melaka memang ramah. Mungkin diorg terbiasa bersopan dgn pelancong. Melayu ke, Cina ke, India ke, sangatlah ramah tamah.


12.30 malam, aku tinggalkan JOnker Street. Pusing2 bandar lama Melaka. Masih jelas bangunan2 di sini kaya dgn style tinggalan penjajah. Contoh paling baik, kopitiam ni. Feeling dah macal gangster dan lone wolf je jalan sorang2 dalam gelap... heh!



Dan pada salah satu hari, aku jumpa "Tun Teja". Tun Teja ni bagi aku perempuan melayu asli yang sejati. 'Dia' bukan PGL (sebab PGL bukan orang melayu), bukan juga Mahsuri (mahsuri hanyalah mitos) dan dia memang istimewa sebab keayuan dan kecantikan gadis melayu. Masakan Sultan Melaka gila melarikan puteri dari Pahang kalau tak kerana indahnya Tun Teja bukan?

(melangkah pulang. jauh, penat, berpeluh. tapi jumpa yang aku nak, dan aku buat apa yang aku nak buat. Alhamdulillah, Tuhan memudahkan segala.)


Moga aku sampai lagi di sini di lain kali. Bukan semata-mata kerana berjumpa Teja, tapi kali ini aku nak menjelajah Melaka di sisi lain pula.


Dan Teja, mungkin masanya waktu itu kita putuskan apa yg terbaik utk kita. Pertemuan pertama, hatimu masih terkunci dari berkata-kata. Dan kali kedua nti, aku ingin genggam kunci itu, biar tersimpan kemas, biar kejab.


Senyuman dua dunia, aku tahu. Tapi ia sejati. Kau putuskanlah apa terbaik untukmu... Masihkah kau semanis itu di lain hari nanti?



0 ulat gigit daun hijau:

daun hijau

daun hijau

ilustrasi pensil & cinta

Projek ini sudah lama aku rancang, tapi hingga saat ini baru diberikan sedikit kekuatan, ruang dan masa untuk benar-benar merealisasikannya.

Baru saja bermula, InsyaAllah sedikit demi sedikit projek ini akan aku usahakan dan sampai waktunya nanti, akan aku dedahkan secara umum matlamat dan hasil sebenar projek ini pada sahabat, kawan dan rakan-rakan bloggers.

Ianya projek yang ringkas, tapi amat sangat bermakna untuk kersani. Harap kalian sabar menunggu.

kira ulat

ulat rajin

kroni ulat hijau

ulat hijau

tiga

tiga

rendam

rendam

sembang ulat


ShoutMix chat widget

pustaka ulat

FEEDJIT Live Traffic Feed