Kadang2 terasa penat mengejar. Mengejar sesuatu yg aku sendiri tak pasti baton penamatnya harus berakhir di mana. Pembuluh jantung sudah mengepam berkilo-kilo darah agar larian kali ini tak terhenti. Aku pun mengharap agar ia tak terhenti. Biar aku mampu berlari sejauh mata aku masih mampu memandang. Sejauh halwa telinga aku masih terngiang-tengiang nama kamu.


Tapi lelaki seperti aku juga ada batasan. 'Hunting Season' juga akan berakhir. Dan aku bukan spesies yg memburu semua. Aku memburu cuma yang satu. Yg aku pasti hasilnya akan membahagiakan kau dan aku. Cuma kamu kadangkala terasa 'jauh' benar. Termengah-mengah aku menapak. Bertongkat pada pancang2 usang juga sudah aku rasa utk cuba sampai pada kamu. Kamu lihatkah itu sayang?


Pahit benar perjalanan kali ini. Sungguh jauh dan samar2. Jauh itu aku tidak kisah, tapi kesamaran itu kadangkala membikin hati rasa "Ahh, lepaskan sajalah. Cari saja yang lain. Kadang2 sesuatu yg susah memang bukan ditakdirkan utk kita..." Tapi aku bukan lelaki begitu. Sudah berkali-kali aku berkata utk meyakinkan hati kecilmu. Aku mencari bukan mencari sekadar utk memuatkan ruang kosong. Bukan utk bermegah2. Walau aku bangga dengan diri kamu. Tapi kau jauh, dan mungkin kau sukar utk memahami.


Ya, aku tahu kisah lepas kamu juga ada duka. Dan kamu mengharap aku tidak melakukan sesuatu yg sama, yg bisa melukakan. Aku faham. Aku juga pernah melalui itu. Tapi fahamkah kamu apa yg kamu sedang lakukan ini, kadang2 melukakan orang yg cuba membahagiakan kamu? Pernah kamu terfikir itu? Aku tidak marah, cuma mengatakan apa yg aku rasa.


Semoga kamu faham..


Semoga kamu faham.....


Jangan bimbang, aku akan terus menuju pada kamu. Kerana aku tiada destinasi lain. Dan aku tidak berniat pun utk ke destinasi lain. Mereka tidak seindah kamu. Tidak semanja kamu. Fahamilah hakikat bahawa diri aku kan hilang tanpa kamu. Tapi aku mohon, selitkankah walau sedikit doamu untuk aku, agar aku tega melangkah mencapai kamu. Dan berikanlah aku sedikit semangat. Keyakinan. Sedikit keyakinan. Agar aku bisa membunuh kepenatan ini. Kepenatan menanti kenyataan kau akan menerima aku.


Kerana aku bimbang, aku akan hilang dalam kesamaran kamu. Hilang dalam perjalanan menunggu. Dan andai sekali aku hilang, jangan sangka aku akan pulang.


Tuhan, aku cuma mengharap yg terbaik utk aku dan dirinya...


2 ulat gigit daun hijau:

kejar la die selagi kau mampu...nanti kalo ko dah tak mampu...just let her know..=)

=(

daun hijau

daun hijau

ilustrasi pensil & cinta

Projek ini sudah lama aku rancang, tapi hingga saat ini baru diberikan sedikit kekuatan, ruang dan masa untuk benar-benar merealisasikannya.

Baru saja bermula, InsyaAllah sedikit demi sedikit projek ini akan aku usahakan dan sampai waktunya nanti, akan aku dedahkan secara umum matlamat dan hasil sebenar projek ini pada sahabat, kawan dan rakan-rakan bloggers.

Ianya projek yang ringkas, tapi amat sangat bermakna untuk kersani. Harap kalian sabar menunggu.

kira ulat

ulat rajin

kroni ulat hijau

ulat hijau

tiga

tiga

rendam

rendam

sembang ulat


ShoutMix chat widget

pustaka ulat

FEEDJIT Live Traffic Feed