Sebenarnya agak susah menjadi lelaki. Lebih2 lagi kalau kamu lambat atau tidak tahu di waktu mana dalam frasa hidup kamu, kamu mula bertransformasi menjadi tempat pergantungan orang lain.


Tadika?


Kamu diasuh dengan permainan2 kubik yg simple, mudah dan ada berbagai2 kaler. Ada hijau, biru, ungu, merah, kuning dan sebagainya. Pada waktu itu, masalah yg kamu perlu selesaikan ialah membuat sebuah robot yg kaku dari kubik2 itu. Kemudian, kamu dibantu pula oleh rakan2 yg memberi pendapat masing2. Aku punya power rangers, kamu punya otromen, dan kau punya robot gaban barangkali.


Dan bila petang, kamu gembira pulang ke rumah kerana 'tanggungjawab' menyudahkan robot sudah selesai. Balik kamu bukak tv, kamu tonton kartun kegemaran kamu. Tapi hidup terus berjalan...


Sekolah rendah?


Kamu mula kenal apa itu tatabahasa. Apa itu bahasa melayu, apa itu nombor2 dalam matematik dan apa itu istilah2 pelik dalam sains. Otak kamu sedikit bergegar sebab kamu susah utk menghadam semuanya. Dan kamu ada masa 6 tahun utk faham itu semua. Pelajaran jadi makin susah, nak tengok kartun pun tak ada masa sebab kamu ada kerja rumah. Bila petang saja, kamu mesti mengadap buku, tulis itu, tulis ini.


Tapi kamu dapat ramai kawan sebaya yg baru. Kamu berkongsi minat dan kamu mula membina hubungan dengan manusia lain. Masalah dan solution kamu, masih lagi kamu percaya pada kata2 ibu dan bapa kamu, serta guru2 kamu. Waktu ini kata2 kawan2 hanya utk gelak2 saja. Dan hidup terus berjalan...


Sekolah menengah?


Persoalan bahasa bukan lagi sekadar BM, kamu ada matematik dgn nombor2 yg lagi besar, proses2 yg terlebih2 sukar dan kamu juga bertangungjawab dgn kelab itu dan ini. Kamu mula diberi tanggungjawab dan manusia2 lain di sekeliling kamu menaruh kepercayaan pada kamu. Kamu diberi ruang utk belajar tapi kamu juga harus menanggung risiko jika kamu gagal. Dengan kata lain, kamu tidak boleh gagal. Tapi hidup terus berjalan dan kamu mula merasa memerlukan seseorang utk kamu berkongsi perasaan kamu. Apa perasaan itu? Dan hidup terus berjalan...


Kawan2 kamu pada waktu ini, adalah menjadi unsur paling byk mempengaruhi perwatakan kamu. Kawan2 tak semestinya semuanya baik, semua dalam tangan kamu utk kamu pilih.


Universiti?


Di sini, apa yg ada pada kamu tidak lagi dipandang hanya pada fizikal. Pointer kamu menentukan kemana hala tuju kamu selepas ini. Tanggungjawab yg kamu pikul waktu ini jika dibandingkan dgn tugasan pertama kamu (yakni membuat robot kiub), mungkin berjuta2 kali lebih berat. Kamu mula mengenali manusia yg bermacam2 ragam. Dan mereka2 ini tidak seperti kawan2 kamu di tadika. Mereka adalah manusia yg bersaing dgn kamu. Positif atau negatif, tiada siapa yg akan memberi guideline pada kamu utk melakukannya. Maka, kamu harus pilih sendiri jalan mana yg mahu kamu terokai.


Dan kamu mencipta sedikit keberanian utk menegur seseorang. Perempuan. Jika kena caranya, kamu bahagia. Jika tidak, kamu pening kepala. Mudah saja calculation aku.


Dan waktu itu kamu sedar, kamu bukan lagi kanak2 yg boleh bergantung harap pada orang lain. Sebaliknya, keluarga kamu, rakan2 kamu, perempuan kamu, semuanya bergantung pada kamu. Mereka menaruh percaya pada kamu. Sikit atau banyak, itu bukan persoalan.


Fikirlah. Kamu ada kekuatankah pada waktu itu? Jadi, jangan 'tumbang' sekarang. Kamu masih banyak tanggungawab yg WAJIB kamu penuhi. Dan kamu tidak layak mati selagi tanggungjawab itu tidak tertunai...


~Pada lelaki yg menyedari hakikat ini, tahniah aku ucapkan.~


Chiow~


p/s: perempuan, kamu fahamkah?


1 ulat gigit daun hijau:

hait! wakarimashita.
=P

daun hijau

daun hijau

ilustrasi pensil & cinta

Projek ini sudah lama aku rancang, tapi hingga saat ini baru diberikan sedikit kekuatan, ruang dan masa untuk benar-benar merealisasikannya.

Baru saja bermula, InsyaAllah sedikit demi sedikit projek ini akan aku usahakan dan sampai waktunya nanti, akan aku dedahkan secara umum matlamat dan hasil sebenar projek ini pada sahabat, kawan dan rakan-rakan bloggers.

Ianya projek yang ringkas, tapi amat sangat bermakna untuk kersani. Harap kalian sabar menunggu.

kira ulat

ulat rajin

kroni ulat hijau

ulat hijau

tiga

tiga

rendam

rendam

sembang ulat


ShoutMix chat widget

pustaka ulat

FEEDJIT Live Traffic Feed