Tempat : Johnny's Restaurant, Queensbay Mall, Penang

Masa : 4.20 petang

Situasi : Janggal, aneh dan senyum kambing.

Pelakon: Aku dan Encik B (Lelaki!)

Aku baru saja selesai satu trip ke career fair yang sedang berjalan di kampus induk USM, penang. 3 walk-in interviews dalam masa 2 jam 45 minit dan aktiviti mencampak sebanyak mungkin resume di booths company yang menjadi target telah dijalankan dengan rancaknya. Biasalah, kalau dah namanya interview, goreng sudah pasti! Bila sudah goreng, tekak pun terasa haus, lapar pun ada. Lalu, kami (Aku labelkan member aku sorang ni sebagai Encik B) terus ke Johnny's Restaurant untuk menjamu selera. Dengan pakaian formal, maklumlah baru lepas interview dan ditemani suasana dingin air-con, aku dan Encik B mengorder apa-apa yang selayaknya untuk dibaham sekadar melepas dahaga dan kelaparan.

Nak dijadikan cerita, Encik B ni telah mengorder dessert yang bernama 'Water Chestnut with Syrup' (lebih kuranglah!) sebagai hidangan tambahan dan lebih berunsur makanan santai. Bentuknya macam ABC dan itu bukanlah sesuatu yang pelik. Tapi yang peliknya, bila dessert tersebut dihantar ke meja kami ia telah dihidangkan dengan 2 sudu! Mulanya aku dan Encik B tak adalah perasan pun benda tu, tapi bila difikirkan senyuman sinis si waiter yang bernama 'Nourul' tu, aku dan Encik B mula rasa lain macam. 

Kenapa? Sebab 2 sudu tu elok disusun macam sudu untuk couple! Damn! Dia ingat aku dan Encik B ni gay ke apa??? Dan yang aku tak boleh blah ialah sambil berlalu pergi, Nourul mengukir senyuman manis ke arah kami sambil berkata' "Please enjoy your dessert Mr and Mrs......." WTF! Okeyh, aku tipu. Dia tak adalah cakap macam tu, tapi seriously cara dia hidang sudu, siap susun apa semua memang nampak dia layan kami macam couple. Nak nak pulak aku dan Encik B pakai formal macam syial, maka nampaklah kami ni macam high-class gay yang datang bercuti kat Penang. Kot....

Lepas dah tak tahan gelak macam kat mamak (jangan tiru aksi ini!), kitorang gi bayar kat kaunter sambil mencari-cari Nourul, tapi tak jumpa. Agaknya dia tengah gelak-gelak tahap guling-guling kat kitchen sambil berkata "What a gay! One ice-cream, one spoon. Aiyoo, soooooo sweet!"(dalam loghat bangla.). Aku tak taulah samada benda ni pernah terjadi pada bloggers atau readers kat luar sana, but surely bila ni berlaku, korang takkan perasan awal-awal. Bila dah start masuk awkward zone, barulah korang rasa macam syial bila ditreat macam orang gay. Damn lagi skali!

Untuk Nourul (kalaulah kau kebetulan ada broadband, pastu kebetulan kau ada blog, pastu kebetulan kau terbuka blog aku), aku nak bagitau dengan jelas dan seikhlas hati pada kau, Encik B dan aku member baik lah baghal! Kalau kami gay, kami takkan masuk restoran tu jalan sebelah-sebelah, instead kitorang akan masuk sambil berpeluk cium, kiss kiss kat pipi dan dengan selambanya buat aksi ranjang atas meja kat situ! Hahaha! Maaf, bahasa agak kasar tapi ini cuma lawak semata-mata. Kalau korang nak imagine sendiri, lantak!

Hadoihhh..... Kelakar betul! Pelik bila memikirkan di zaman sekarang bila 2 lelaki berjalan atau makan bersama, itu sesuatu yang pelik. Sebab kalau tak banyak, mesti sikit dalam kepala hotak akan terselit "Ish, gay ke hapa?" Zaman dulu-dulu, lelaki dan perempuan makan bersama dianggap pelik, tapi sekarang nyata zaman dah berubah. Lepas ni cuba korang yang perempuan pulak try, cuba masuk restoran yg classy sket, dress lawa-lawa pastu bila masuk korang buat act manja-manja antara satu sama lain. Tengok macam mana respons dia. Hehe. Ada bran? Mana tau dapat award 'Best Couple of The Day' ke kan kan kan???

(Amacam? Sweet kan 'gay spoon' ni? :P)


21 ulat gigit daun hijau:

ahhahaah.. klu btol la pe di waiter tu pk,agak2 awak ni pegang watak laki ke pompuan firdaus.??.. hiihhi...:D

heheh so sweet.....heheheh...kantoi...

kalo aku da pnggil da minah tu,
bkan mrah tp tnye dlam keadaan membahan....
rugi ko dowh,tu da kre point besar nk malukn die...

api72.blogspot.com

hahaha!! ooo..ini lar yg ko sruh aku bace nie?? hahah..

weyh..ko and Mr. B mmg nmpak gay weyh..hahah..

adekah encik B tu bobo? XD

lol. aku rasa x sama la beb. pompuan sama pompuan even kalo kiss kt pipi pon org still anggap BFFs; tapi kalo laki wat camtu mmg sah2 la ghei.haha.

mars - awak ni memang pengkomen setia saya! awak selalu yg teratas di ruangan komen. hehe!

hmm, about ur question tu, tak reti nak jawab. sebab sejak azali dilahirkan lelaki, dan memang tak pernah terfikir nak jadi pompuan. Encik B pun sama. Dia pun geli geleman bila fikir-fikir balik.

haha! :D

zetty e - so sweet? hahaha! takde apa yg sweetnya.

geli geleman, sumpah!

kantoi? haha! takde apa yang kantoi. kitorang lelaki sejati. tak main ah gay gay ni. bukan katak kot!

:P

-api- yeke? haha! actually bro, it's waiter, bukan waitress. maknanya dia lelaki.

tapi nama serious shit macam syial bukan? 'Nourul'. Nama pompuan. Bangla.

Maybe sebab tu kot dia senang nak stereotaip kan kitorang sebagai gay. ish! geli ah!

Fauzan Abdullah - hahaha! ni lagi sorang.

kalau aku gay, dah ranap dah segala benda yang 'patut' diranapkan tuh bro! hahaha!

geli syial bila fikir mat bangla pandang kita gay. dia macam nak gelak tapi takut kita marah. padahal dalam hati, ntah dia kutuk kaw2!

huwaarrghhh!!!

Suraya i - bukan. Encik B telah mengugut supaya tidak sama sekali mendedahkan siapa diri beliau yang sebenarnya.

makanya, maafkan saya. Tapi yang jelas, Encik B mahupun saya, kami memang 2 2 bukan gay!

ahhh, geli ah sebut gay banyak2 kali nih!

kucingsiber - setuju! tapi macam mana kalau kiss tu dibuat oleh 2 orang perempuan yg salah seorang daripadanya berpakaian stereotaip ala2 lelaki dan seorang lagi pula stereotaip perempuan?

ada 'special' effect x rasa-rasa?

hee! curious nih! :P

ahhaha.. tp kan firdaus,cam comey je kalau watak perempuan itu dipegang oleh awak.. waaah~ how sweet..*devil laugh*

hehe...nice..xdpt bygkan muker ko ader ciri2 gay..haha

lol..ini lawak

funny but true.. (^^,)

skrg nih klau ada lelaki yg mcm jambu sket, mesti dah kena label gay.. padahal dia metrosexual ja, tak salah pun.. kasihannn.. =)

-mars- hahaha! pandailah kamu!

blueSpecky - agaklah kan? :P

Rafi - haaa! gelak gelak! sekali kena sendiri. hehehe...

segan seyh!

eh, ko bukan gay ke?

anak melayu - aah!

daun hijau

daun hijau

ilustrasi pensil & cinta

Projek ini sudah lama aku rancang, tapi hingga saat ini baru diberikan sedikit kekuatan, ruang dan masa untuk benar-benar merealisasikannya.

Baru saja bermula, InsyaAllah sedikit demi sedikit projek ini akan aku usahakan dan sampai waktunya nanti, akan aku dedahkan secara umum matlamat dan hasil sebenar projek ini pada sahabat, kawan dan rakan-rakan bloggers.

Ianya projek yang ringkas, tapi amat sangat bermakna untuk kersani. Harap kalian sabar menunggu.

kira ulat

kroni ulat hijau

ulat hijau

tiga

tiga

rendam

rendam

sembang ulat


ShoutMix chat widget

pustaka ulat

FEEDJIT Live Traffic Feed